About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Sunday, 23 March 2014

Hadiyatul Haramain





Angin dingin di salah satu Haramain…
Menjirus sayu di jiwa yang dahaga kasihMu sehingga aku menagihnya hingga ke sini…
Ombak di dada tidak mampu ku duga. Deras juga gelombangnya turun naik silih berganti.

Dahulu, bersimpuh duduk, melontar angan, menyingkap sirah, mendengar kisah, hanya itu yang aku tahu dan aku mampu.
Soalan itu muncul kembali
Benarkah aku di sini?
Seluruh jasadku berpijak pada dataran Masjid Nabawi?
Masjid Nabawi ya Allah….
Apa benarkah aku di sini?

Di bawah Kubah Hijau itu, sekujur tubuh suci sedang bersemadi.
Bersama empat teman sejati
Bukti kasih mereka jelas hingga ke mati.

Malam indah dan hening, suara si kecil cengkerik beralun merdu di luar maqammu.
Luar biasa, mungkinkah ini salah satu suara dari syurga?
Ya Allah…. izinkan mutiara jernih ini tumpah berkali-kali.
Semuanya indah di Taman Raudhah ini.

Taman Raudhah, Maha Besar Engkau ya Allah, menempatkan salah satu taman syurga di tanah Masjid Nabawi

Saat dahiku yang penuh dosa ini bersujud padaMu di dalam Taman RaudhahMu, sungguh…. aku lemah, hampir saja terkulai jasadku.
Aku banyak dosa, tapi tetap saja dengan sifat RahmanMu, peluang hebat ini KAU beri juga padaku.

Saat mengakhiri lambaian Wida'ku, ku perhati pintu gerbang Maqammu duhai Muhammad kekasih Allah….
Sebak jiwaku, sungguh tenang wajah maqammu Ya Rasulullah….
Sudah banyak Perjuanganmu, titisan darahmu mengalir demi kami umatmu.
Pasti engkau lelah kan ya Rasulullah….?
Pasti engkau penat kan….?
Berehatlah, berehatlah, berehatlah dulu duhai kekasih Allah.
Walau aku tahu, kau tetap saja tidak mampu berhenti memikirkan nasib umatmu.

Ya Rasulullah…. izinkan aku mendapat tempat di hatimu.
Aku umatmu, aku umatmu, aku umatmu.




***


Di sini pula letaknya salah satu Haramain yang Utama.
Banyak pantang larang wajib dijaga, sesuai sungguh dengan pangkat kesuciannya.

Tiba-tiba Qalbuku mula terasa tenat.
Bukan kerna pantang larang yang diperintah, tapi kerna aku sedar, Jalan untuk menuju syurgaMu bukanlah mudah ya Allah.
Sungguh, bukan mudah.

Satu rasa sewaktu di Taman Raudhah kini aku rasa pula di MasjidilHaram ketika seluruh jasadku menghadap Ka'abah.

Inilah… inilah dia Qiblatku, Qiblat semua sahabat seagamaku!
Bukan sekadar satu rekabentuk senibina yang indah bertabir Aswad..
Tapi di sinilah lambang penyatuan seluruh umat.

Allah cipta pelbagai rupa dan bangsa, pelbagai suku dan negara.
Untuk apa?
Untuk saling mengenal dan berbaik bahasa.

Sungguh kerdil aku rasa. Tujuh pusingan Tawaf masih tidak cukup rasanya untuk mengubat rindu, untuk mengharap cintaMu.
Sekali lagi Wida' harus aku harungi.

Al-Wida',
Hukum Alam, Awal Pertemuan pasti bertemu Akhir Perpisahan.
Hati rasa berat, jiwa hampir tenat.
Tapi hambaMu terpaksa melangkah pergi.
Pergi untuk memperbaiki diri sebelum Engkau beri rezeki untuk bertemu lagi.

Jemput kami lagi Ya Allah
Seru kami lagi Ya Rahman
Kasihi kami Ya Rahiim


Bumi Haramain, Hadiah Terindah.
Jalan Allah sentiasa lurus aturannya, sentiasa indah hikmahnya, sentiasa luas kasihnya.



-Hadiyatul Haramain-


Monday, 10 March 2014

Saya Tunggu Awak!

Bismillah………



Saya Tunggu Awak


Tajuk selamba yang amat, siapa sangka di dalamnya terbuku kisah yang hebat? 
STA, satu novel tarbiah yang cukup sarat dengan ilmu dan "sindiran nasihat" ,
bukan sekadar melepaskan batuk di tangga atau "tulislah apa saja, janji ada cerita",
bukan, STA bukan begitu. 

Aku tahu aku bukan peminat novel sejati tapi apabila membaca naskhah ini, masya Allah, setiap babak sungguh bermanfaat, watak2nya seperti "wujud" dan memberi kesan yang kuat. Hatta sekarang, setiap teguran dan nasihat dari "Ustazah Hanna" yang berpegang teguh pada Quran&Hadith masih melekat! 

Cerita ini hebat kerana penulisnya BERANI, 
Maksud aku berani, watak Hanna yang berperanan sebagai seorang Ustazah nampak realistik. Dia juga manusia biasa yang tidak mungkin lepas dari ujian keimanan. Berani, kerana penulis jujur dalam menunjukkan betapa susahnya apabila dilanda "ujian HATI"…. tapi semuanya jadi mudah kerana kita ada Allah. Menangislah, tidak mengapa, asal tahu di mana mahu cari Allah!



Aku sendiri cuba memahami "situasi ustazah Hanna", ada saatnya akalku juga hampir "tewas" namun penulis berjaya menyedarkan pembaca kembali.
Memang terasa seram sejuk satu badan jika situasi itu terjadi kepada batang tubuh sendiri.. na'udzubillahi mindzalik! Moga Allah perkuatkan iman di hati! Syaitan tidak kuat, Allah lah yang Maha Hebat!

Satu naskhah yang tidak cliche, sehingga sukar untuk aku membuat tekaan sepanjang pembacaan, tapi ada SATU perkara yang membuat aku "Hampir Berjaya menerka"…

Kerana, dari mula, aku kenal peribadi Hanna……
Aku percaya dengan setiap tindakannya
Aku percaya dengan matlamat akhiratnya…

Sungguh aku puji sikap watak utama ini. Watak-watak lain juga istimewa, penambah seri dan rasa!

Walaupun pada saat-saat akhir aku hampir keliru dengan "keputusan" Hanna tapi akhirnya memang aku tahu Hanna akan buat begitu! kerana penulis berjaya menguatkan dan memberi gambaran pada pembaca bagaimana peribadi Hanna DARI MULA!

Saya Tunggu Awak!

Buat Bonda Nor, Tahniah, jika ini jalan da'wahmu, teruskan! Moga Allah permudahkan dan ilmu yg bermanfaat melalui penulisan akan terus mengalir dan menerangi di "alam sana" nanti.
Ameen Ya Allah!


Beli STA sewaktu PestaBuku minggu lepas :D

P/s: Bonda Nor, buku Puan sold out di pesta buku di sini! Lepas baca buku ni, memang tidak habis2 promosi besar2an pada kawan2! Hihi . Assalam…...

Monday, 27 January 2014

HEBATNYA ALLAH!

27 Januari 2014


Bismillah……


Rasanya jantungku sekarang ini dipenuhi seluruh caj positif yang mengalir terus ke seluruh pembuluh darah. Aku tidak boleh lengah. Sementara semuanya masih terasa "Hangat" , semoga semua ini bukan sekadar "hangat2 tahi ayam"! tolong tidak! katakan tidak pada semua kegagalan dan ketidakyakinan!


Mari aku cerita :DDDD ….. HEBATNYA ALLAH!! HEBAT HEBAT HEBAT!

Berkejaran seluruh tubuhku dibuatnya :D , mahu dijadikan cerita (yang pasti semuanya sudah tertulis dalam ilmu ALLAH yg HEBAT itu )

Tadi petang aku memulakan sesi petang bertugas sebagai guru seperti biasa, hariku biasa-biasa saja, tiada kelas petang tapi mesti siapkan kerja yang lain. Tapi semuanya jadi LUAR BIASA apabila aku periksa seketika message melalui whatsApp group, aku memang maklum dari mula bahawa memang petang ini ada ceramah MOTIVASI MENGHADAPI PEPERIKSAAN yang diadakan di KUPUSB bangunan sebelah dgn bangunan sekolah tempatku bertugas, yang turut dihadiri oleh beberapa orang guru2 dan semua murid Upper 6 dari sekolahku….


Selamba je lah tak kisah sangat pun, Motivasi untuk pelajar kan? buat apa aku nak kecoh mahu ikut serta (dushes) lagi pun aku tak dijemput… (tutup muka) …

POINT aku disini, waktu baca message dan tengok GAMBAR yg di post oleh one of my friends yg ada dsana, MASYA ALLAH , hanya ALLAH saja yg tahu perasaanku di saat mengetahui siapa SPEAKER yg dijemput untuk ceramah motivasi itu!!

Seorang yang aku kagumi kejayaannya, yang aku hormati peribadinya, yang aku jadikan salah seorang daripada role model ! Ya Allah, sungguh semenjak akhir-akhir ini , sejujurnya, diri ini mula "down" dengan ujian hidup yang tidak pernah berhenti yang selalu saja aku terlewat menyingkap hikmahnya, ujian yang pastinya tanda KASIH ALLAH pada hambaNya :'DDD , aku patut bersyukur, kamu patut bersyukur dengan ujian Allah!

Dan Engkau Maha Memberi ya ALLAH! Engkau beri aku HARI INI ….

Allah beri aku peluang untuk bertemu dengan manusia hebat ini! maha Hebatnya Engkau Ya ALLAH!! dia adalah Dr. Haji Fadzilah Kamsah!! Sungguh tidak aku sangka hari ini hari BERTUAH

Aku tidak membuang masa di saat mengetahui bahawa masih ada seats yg kosong DI SANA, tanpa berlengah aku turun jumpa pengetua dan minta kebenaran sama ada bolehkah aku ikut serta (jam sudah menunjukkan 2.20ptg, acara itu sudah bermula pada jam 2) i believe it's never too late to do a decision!!!

And ALHAMDULILLAH pengetua benarkan! dan aku ZOOM DENGAN SENYUMAN !!

Sesampai di sana, masya Allah memang penuhlah dewan! kawan aku sesama cikgu yg sudah dr mula berada di sana pun tunjukkan aku tempat duduk barisan 3 dari hadapan, malu sikitlah pasal kena merempuh ratusan orang ehehe…..


SEKARANG ini aku hanya mahu KONGSI ILMU agar suatu hari nanti kubur Insan yang hebat ini akan terang benderang, ini yang dia inginkan, Allah merahmatimu Dr. :') , Ameen Ya Allah… sungguh ilmu ini melimpah ruah, izinkan aku berkongsi sebahagian yg sempat ku semadikan di hati, di jiwa dan di buku harian…..


Disebabkan aku terlewat, aku rugi beberapa poin yang disampaikan oleh Doktor, sungguh rasa rugi, tapi leeeebiiih rugi daripada TIDAK HADIR! :D

Walaupun ini ceramah khas untuk para pelajar yang ingin menduduki peperiksaan tapi jujur aku lihat semua isi ceramah itu sarat dengan ilmu yang boleh dipraktikkan oleh setiap orang kerana hidup ini sendiri adalah medan peperiksaan… kan? :)


Isi ceramah: (dari waktu aku sempat menjejak ke dewan, maaf aku ketinggalan poin sebelum aku hadir)


1- Bagaimana mahu tahu sama ada diri kita ini BAIK atau TIDAK di mata ALLAH?
Ini ada hadithnya (maaf aku tidak sempat catit perawinya) ….

Jawapan: ALLAH akan kata kita baik , bila orang sekeliling kata kita baik.

*Sama-sama kita muhasabah dan cermin diri ye :)


2- Dapat ilmu TERUS AMAL!

Kenapa?

Jawapan: Ilmu yang kita dapat DALAM MASA 48 JAM … JIKA TIDAK DIAMALKAN, semuanya akan dipadamkan oleh Allah!!



*Jangan rugikan diri sendiri!

3- CABARAN 48 JAM!!

Kenapa kita perlu berubah? Hijrah kepada kebaikan!

Jawapan: Kerana kita ingin meraih kasih Allah, dan juga kasih manusia :) , indah kan?

"Orang yang DUA HARI BERTURUTAN tidak berubah, pasti menuju ke arah kegagalan!" (Hadith riwayat Dailami"

BAGAIMANA MAHU BERUBAH?

Semuanya bermula dari qalbu, sekeping hati yang Allah ciptakan di mana letaknya niat.

Kenali diri untuk berubah. Kenali masalah diri,  untuk berubah.

OUR CURRENT PROBLEM IS:

- current HEART  (HATI KOTOR)
- current THINKING (FIKIRAN KOTOR)
- current ACTION (AMALAN SALAH)

Oleh itu, rawat hati, kerana hati yang baik akan menghasilkan peribadi yang baik juga.

MAAFKAN orang sebelum tidur! (nasihat untuk diriku sendiri semoga terus istiqamah!)

"Maafkan orang sebelum tidur akan membuka pintu syurga, menutup pintu neraka DAN membuka pintu rezeqi!"

Mulai hari ini mari kita semua istiqamah dalam melakukan solat sunat taubat (dan witir) , kenapa pula tidak perlu untuk solat sunat taubat? bersih sudahkah diri kita daripada dosa? Rasulullah yang maksum dijamin syurga juga beristighfar 70kali sehari semalam! Ayo kawan2! Mari kita sama-sama istiqamah dalam mencari redha Allah, kita hamba hanya mengharap ehsan dari Allah.


4- Tips MUDAH FAHAM & MUDAH INGAT :

Belajar dengan NIAT supaya dapat faham & TOLONG ORANG untuk FAHAM. Dengan izin Allah yang Maha Pemurah, yang Maha Luas IlmuNya, Allah akan beri 10 KALI GANDA kefahaman & daya ingatan!

MARI KITA COBA!

5- Tapak tangan KANAN kita nampak bentuk 18 dalam tulisan Arab.. kan? :) Maha Suci Allah,

Kajian sains membuktikan tangan kanan kita ada 18 jenis enzymes yang membantu sistem penghadaman! Masya Allah!

Tangan KIRI pula 81 kan? :) , untuk guna apa? dah tau dah kan? :P , 81 pun ada penjelasan saintifik, ianya mampu MEMBUNUH SEMUA BAKTERIA yang kita sentuh. ALLAHU AKBAR!!!


6- KENALI DIRI untuk KENALI ALLAH

Untuk kita mengeluarkan kehebatan yang ada dalam diri. Apa yang kita FIKIR adalah DOA , apa yang kita SEBUT adalah DOA!!

Hadith kudsi, ALLAH berfirman "AKU BERTINDAK SEBAGAIMANA YANG DIFIKIRKAN OLEH HAMBAKU"

Ini sudah terang lagi berlampu spotlight! Kita mesti sentiasa bersangka baik pada Allah! Kita fikir baik maka hasilnya akan baik, kita fikir negatif, hasilnya juga akan negatif! Hebatnya Allah!!

"Pasang NIAT, DOA, USAHA!"

Bukankah Allah itu Maha Memberi?? YA!

Kita mohon pada Allah, mohon , mohon dan mohon.

Tapi ingat….

"Kita boleh memohon apa yang kita MAHU, tetapi Allah akan PERKENAN apa yang kita PERLU, BAIK & LAYAK kita dapat" :) , again, kenalah DOA dan USAHA, taati perintahNya  :) dan yang penting Tawakal pada Allah!


7- Boleh amalkan (for me bagus ni tips untuk before interview :D)

Baca "Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir!" … in sya ALLAH semua akan berjalan lancar, kan Doktor kan? :D , kerana kita tidak perlu takut sebab KITA ADA ALLAH, KITA ADA ALLAH!

******


Mungkin setakat itu saja di antara isi2 bermanfaat yang aku mampu kongsikan, moga ilmu ini akan terus mengalir dan menjadi amal jariah buat Dr. Fadzilah Kamsah sendiri, Ameen ya Allah …


Sesi Peribadi:


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana tunaikan impianku selama ini ingin bertemu salah seorang insan berjaya ini, i would be happy if Dr. dapat baca ni because i dont know how to explain my happiness.

You give me so much inspirations, you motivate people, you open my mind dengan izin Allah yang hebat.

Allah gives this opportunity at a very RIGHT TIME , di saat aku hampir terkandas dalam memahami erti sebenar BERJAYA DUNIA AKHIRAT…….

Hehe Dr.Fadzilah kata tadi…. orang yang nama LIYANA ni punya erti nama KELEMBUTAN tapi bnyk yg dia kenal "kasar" , pecah ketawaku, memang sentap dan terasa lah kan, :P ,

And the moment waktu Dr. tanya "siapa dalam dewan ni nama Liyana" …. angkat jelah, THEN doktor suruh aku angkat tangan kiri, dia tengok tapak tangan, Dr. pakar psikologi, bukan tukang tilik ye (jangan salah faham) …


Dia kata…. "keras ni orangnya, samseng" …. ek?? haahhahhahaha dushes, pecah tembelang, satu dewan tahu! hahahaha! … tapi "tapi boleh juga dipujuk" ….erk erk ehm kot…? :P kalau kena cara memang bolehlah…. :P


Again, alhamdulillah, kalau boleh banyak yang ingin aku bicarakan dengan doktor, byk ingin ku soal… tapi tidak mengapa, aku bersyukur kerana ceramah ini sungguh memberi aku impak yang luar biasa…..


… Terima Kasih Doktor kerana menjadi sumber inspirasi, teruskan dakwahmu dalam memotivasi manusia yang mudah lupa…. Moga hidupmu sentiasa mendapat rahmat dunia dan akhirat bersama keluarga yang tercinta…Allahumma Ameen





"Manusia merancang, Allah merancang, Perancangan Allah LEBIH BAIK" :)





-LIYANA- 24-07-




Wednesday, 1 January 2014

From "My Secret 2013" To "My Hope 2014"

1.1.2014 ….. Di sini….



2013

Alhamdulillah, 
Tiada siapa yang mampu membuat aku tetap bernafas di sini melainkan Hanya DIA yang MAHA MEMBERI. 

Selesai sudah kakiku berjalan di daerah 2013, tercipta pelbagai kisah, tersemadi beberapa sejarah. Kenangan? Tetap akan aku simpan …. 
Tapi perjalanan hidupku tetap masih bergerak tanpa henti selagi mana DIA berkehendakkan aku untuk terus berada di sini.

Tidak ada bezanya seperti tahun-tahun yang lalu. DIA lebih awal sudah mengingatkan bahawa hidup kita ini adalah untuk diuji, bukan calang-calang punya uji. 
IMAN kita yang hendak diuji duhai sahabat….
Lemahkah kita? Marahkah kita? Kecewakah kita? Kenapa? Bukankah Janji Allah itu benar…

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bersabar" (2:153)

Percayalah, ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah. Tarbiyah bukankah menunjukkan kasih Allah. Tarbiyah bukan mahu menghukum, Tarbiyah bukan mahu melemahkan. Allah hanya mahu kita untuk jadi lebih kuat dan DEKAT.

2013,
Ingin ku imbas, ada yang kata, Air mata itu pasti seiring jalannya, bukan bererti kita tidak redha, itu tanda kita perlu kembali padaNya, meminta kekuatan hanya padaNya. Kita semua lemah wahai kawan :') . Menangislah kalau itu mampu membuatmu membuka mata.. tidak mengapa, Allah yang ciptakan air mata..untuk apa? Untuk mengadu padaNya.

2013, 
Sudah aku kata, DIa MAHA MEMBERI, Dia beri aku KERJA , Syukur padaMu ya Allah :) , jika ku singkap kembali, Engkau uji aku di awal tahun, Engkau BERI aku juga di awal tahun…. :)

2013,
Banyak ilmu yang aku gali, hey, aku berjaya menjadi salah seorang "Pembantu kecemasan terlatih" , kursus selama dua hari ternyata sarat dengan pengalaman dan ilmu! Aku tahu buat CPR dah sekarang :D, aku reti selamatkan orang yg tercekik kot? *tak lucu* 

Agak-agak nyawa siapa yang Allah ingin aku bantu nanti kan? Kita tak tahu. :) Ilmu Allah beri pasti berguna dan luas sifatnya …

2013,
Woish first time ever dapat Gold Medal ! haha alahai betul lah tu hehhe, Dpat hasil perlawanan Badminton sempena sukan tahunan sekolah *konon-konon hebat* . Tapi at least tak kempunan juga , first time ever kot? :P


2013,
*Muhasabah seketika*…. 

Cuba ku renung dengan lebih dalam atas apa yang pernah terjadi di sini…. satu persatu ku cuba fahami hikmah yang tersembunyi… ada yang jelas, ada yang masih kabur…

Tidak mengapa, yang penting aku masih mampu tersenyum atas semua itu, memang hebat Allah, ujian yang DIA beri memang tiada siapa boleh challenge, Hebatnya Allah :)
Betul lahkan, dia uji kerna mahu kita dekat lagi…dan lagi….

Aku belajar dan mula faham erti sebenar "berbicara pada Allah" …. jika Dia tidak duga aku, pasti sampai bila-bila aku tidak akan mengerti, sampai bila-bila aku tidak akan dapat menikmati kasih sayang Allah.
DIA ajar aku erti Berserah, didik aku makna Istikharah, tunjukkan aku jalan untuk menghadapi masalah.

2013 sempat menguji aku dengan "3 persimpangan dilema" …. semuanya berlaku sekaligus dan sekelip mata, bukan aku pinta, … ia terjadi begitu saja.
Aku tidak tahu apa yang orang cari dalam diri, Aku bukan srikandi seperti Rabiatul Adawiyah yang tidak gentar menghunus pedang di medan peperangan, jauh panggang dari api pula jika mahu dibandingkan seperti Saiditina Khadijah, Saiditina 'Aisyah mahupun Saiditina Fatimah……. AKu bukan begitu, aku bukan begitu  (>.<)

Aku di sini hanya berdiri sebagai seorang muslimah yang masih sentiasa mencari ruang untuk berubah…… mencari hikmah di setiap masalah.
Jika kamu anggap aku tidak akan pernah membuat orang kecewa, kamu silap.

Siapa kata membuat pilihan adalah perkara mudah? susah saudara…..
Mujur ada Allah , walau berat bagaimanapun semua itu, Allah ada , semua terasa ringan…
Tidak mudah membuat orang kecewa, kerana aku juga pernah merasa sakitnya kecewa. Jangan sangka aku akan tertawa terbahak2 melihat keperitan orang lain, tidak, tidak. Aku juga terseksa.

Tidak mudah membuat harapan orang punah, kerana aku pernah nyaris2 rebah
Tapi kita harus mengerti, setiap yang terjadi tidak selari dengan apa yang kita harapkan, setiap pilihan yang dilakukan pasti ada juga sesuatu yang harus dilepaskan…… bukankah lumrah alam memang nyatanya begitu? Tapi kenapa masih ada juga yang tidak mengerti atau tidak mahu mengerti atau mungkin pura-pura tidak mengerti…. Terserahlah…. -.-



Finally, 

2013 meninggalkan aku dengan beberapa persoalan untuk aku jawab di 2014. Mungkinkah aku akan menyelesaikan kekusutan itu, mungkinkah aku akan jumpa "jalan yang baru", aku masih tidak tahu kerana 2014 masih misteri di hujung sana, entah aku ada bersama entah aku sudah kembali ke alam "sana" …


2014 , mari datang padaku!

Silakan! Aku ingin meneruskan "perjalananku"




2014

Bakal merubah sesuatu dalam diri
Diri yang masih cuba mencari siapa diri ini
Salah satu impianku mungkin akan terlaksana dengan izinNya
Moga Allah permudah semuanya
Aku hanya ingin langkahku seiring dengan redhaNya
Hanya itu

Impianku?
Jadi Hamba hanya buatNya
Aku teringin jadi "pengembara" . Inginku rentas beberapa ceruk dunia, mentadabbur alam ciptaan Allah untuk menambah keimanan di dada
Aku ingin menjadi guru yang bersifat murabbi
Aku teruja 2014 ini kerana….
:) 

Biarlah masih menjadi rahsia kerana kita tidak tahu mungkin yang di ATAS punya rancangan yg berbeza






2014 is just one step there. One step to another chapter of life. Enjoy the journey, you may meet "tigers", you may get tonnes of "flowers" , but surely, Allah is always there waiting for us to say "Thank You", waiting for us to say "I need You"

-Liyana Julay-
Hanya sekeping nama milik insan biasa

Selamat Tahun Baru 2014