About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Thursday, 23 February 2012

"Apakan Kristian ani?"

I just had a conversation wiv my nephew...
Umur dia baru masuk 8 tahun.... Kami tadi makan sama-sama duduk di meja makan di bilik makan,
Kami berborak macam-macam, hehehhehe macam dewasa lagaknya budak ni! aku nak ketawa pun terpaksa ditahan2 sebab tak nak stop dia cakap, biarlah,
Let him free to talk, to express!!! XD

Mula-mula tu dia tegur bingkai gambar yang dihiasi dengan gambar Kebawah DYMM Sultan Brunei.... untuk makluman, my nephew Zahin ni memang meminati Raja kita! :D

Dia tiba-tiba cakap macam ni...

"Usunana tau dimana sultan keraja?"

Aku mengangguk je.... dan tersenyum sebab mulut penuh dengan sup tulang *perghh nikmat, alhamdulillah* hehe

Dia pun sambung lagi, ...

"Ahin sudah basar kan kraja sama sultan"

aduiiyaaii hampir tersedak aku dibuatnya budak ni! hahahaha! tapi takpe perbualan diteruskan.

Aku cakap "Kalau ahin mau kraja sama sultan, mesti blajar rajin2"

Zahin"Rajin kali ah ahin slalu dapat numbur satu"

Ek? hahaha entahlah betul ke dak XD tp aku tahu budak ni memang pintar tapi part "SELALU" tu masih dalam keraguan XD memang pernah dpt tempat pertama, betul lah kot SELALU nombor satu XD

Amiin , insya Allah , sekurang2nya dia ada cita-cita tinggi XD hehehe dia memang minat nak jadi pegawai askar sebetulnya XD


Okay kami pun kembali menyambung makan.....

Ingatkan topik pasal gambar sultan ni habis setakat itu, tapi tidak! XD
Dia kembali menyambung, aku tak dengar dengan jelas tapi yang pasti tiba-tiba isu
"Kristian" pun masuk ==' , entah apa2 entah budak ni XD

Disebabkan dia melalut tak tentu pasal sebab "kristian" & "Brunei" ni, aku mula menyedari bahawa budak ni memang ....

KELIRU HABIS A.K.A TIDAK FAHAM!!! XD


Aku pun bertanya : "Apakan kristian ni ahin? Kristian ni bukan org Brunei kan?"

Zahin: "Bukan, kristian atu kristian lah, ia ada Kristian melayu, ada melayu brunei, ada melayu malaysia" ... aku tergamam buat seketika..

Tidak puas hati, aku menyoal lagi, kali ni lebih cuba memprovokasi

Aku: "Ertinya kalau Kristian ni bukan org Brunei lah???"

Nak tahu apa dia jawab???

Zahin: "Kristian ni bukan urg Brunei, MACAM LADY GAGA BAH! kristian jua tu! Bukan jua org Brunei"

HAAHHAHAHHAHA aku pun tanpa menanti saat, KETAWA AKU PECAH BERDERAI!!! berair-air mata aku!!

hahaha budak ni memang comel betul! dia pun turut tersenyum lantas memukul lembut tangan aku agar aku memberhentikan tawaku yang melampau2 HAHAHAHAHA




THIS IS HIM!

Negaraku Brunei Darussalam

"ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR"

Itulah kalimat keramat yang dilaungkan oleh Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien tepat dinihari 1 Januari 1984 Di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien!





Alhamdulillah pada hari ini ..

23hb Februari 2012 bersamaan dengan 1hb Rabiulakhir 1433H..
Genaplah 28 tahun usia Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam dibawah pemerintahan Raja yang berdaulat, adil lagi bijaksana iaitu
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.


Seorang Raja yang menjadi kebanggaan para rakyat jelata Negara Brunei Darussalam. Yang Menyanjung tinggi Al-Quran dan As-Sunnah.

Aku selaku rakyat Brunei, sejujurnya rasa bertuah dan bersyukur menjadi rakyat Brunei,berada di bawah pemerintahan baginda Kebawah Duli Tuan Patik! Di saat di serata dunia mengalami kekacauan dan malapetaka, namun Alhamdulillah, Brunei kekal dalam kedamaian dalam perlindungan Allah Subhanahu WaTa'ala...
Sama-samalah kita berusaha dengan berdoa dan bertawakal pada Allah, melakukan suruhanNya serta meninggalkan laranganNya agar kedamaian ini akan sentiasa kita kecapi bersama :'D

Sepertimana harapan Raja yang kita kasihi supaya menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah NEGARA ZIKIR! Amiin Yarobbal 'Alamiin! ;D

Oh yea! Aku cukup tersentuh dan tertarik hati melihat persembahan padang sempena sambutan Hari Kebangsaan pada pagi tadi .

Persembahan padang Yang Bertemakan "DEMI MASA" dengan membawakan Surah Al'Asr sebagai pembuka acara ;'D Masya Allah!

I LOVE BRUNEI!!!!! FOREVER!

ALLAHU AKBAR! Allahumma solli 'Alaa Saiyyidina Muhammad! :D





"YA ALLAH, PELIHARAKANLAH RAJA KAMI" AMIIN! ;D

Wednesday, 22 February 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.








Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.



Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…


Sumber:

http://diarihati.com/blog/2011/10/25/cukuplah-aku-mencintai-dalam-diam/

♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥

Sumber:
http://diarihati.com/blog/2011/06/08/dalam-diam-aku-mencintai-dirinya/

:) I really love this article.... Thanks to my friend adyani for sharing this article. It really means a lot to me:)

Saturday, 18 February 2012

RIFDI 'ELMAN

Subhanallah.... Alhamdulillah.... Laa Ilaahaillallah.... Allahu Akbar!!!

Syukur Alhamdulillah Akhirnya Setelah Lebih Kurang 9 buLan Menanggung Seorang Bayi Di DaLam Rahim Seorang Ibu (Isteri kepada My BroTher!) ......

Hari ini...

18th February 2012M
25th Rabi'ulawwaL 1433H

Jam 9.11 pagi ....

Dengan izin dan takdir Allah....
Lahirlah seorang bayi lelaki menjenguk dunia ... Diberi nama..

RIFDI 'ELMAN BIN MOHAMMAD HAYDEE ~~

Ini merupakan anak pertama bagi my brother and Sis-in-Law hasil perkahwinan mereka pada Januari tahun lepas!! Murah rezeki bro! :D

Agak berdebar menanti saat-saat kemunculan si comel ni tapi syukur pada Allah kerana telah memudahkan kesemuanya dengan baik :D

Setelah menerima berita bahawa kakak iparku telah selamat melahirkan pagi tadi, rasa syukur dan bahagiaku tidak terkata :') syukur sangat-sangat! Bertambahlah lagi warga ALL 7's ! Meriah! :D
Aku juga turut tidak sabar untuk menemui mereka di hospital!
Alhamdulillah tengahari tadi aku dan dua orang kakakku pergi menjenguk mereka!

Aku mengucapkan tahniah pada abang dan kakak iparku. Walau kakak iparku nampak lemah,tapi wajahnya tampak bersinar, sinar seorang ibu lah agaknya? :D
Abangku? aishh tersenyum hingga ke tengkuk hahhahaha *exaggerration!* :P
Nampak kekok... but yea, SELAMAT JADI SEORANG AYAH bro!! :DD

RIFDI 'ELMAN????
Masya Allah~~~ :'DDDDDDD
Ya Allah... Sungguh sempurna ciptaanMu, Engkau Maha Agung! Tiada siapa yang akan mampu mengADAkan ciptaan sesempurna ciptaanMu... :'D
Wajah 'Elman ku tatap penuh gembira,sayu,semua bercampur aduk, hampir ku menitiskan air mata saat melihat wajah SUCI bayi itu....

Ya Allah, memang seorang bayi adalah SUCI DARI DOSA. BERSIH DARI DOSA!
setiap inci wajahnya ku tatap. Memang ciptaan ALLAH cukup sempurna! tiada siapa akan dapat menandingiNya! Siapa dapat cipta mata? Siapa dapat cipta hidung? mulut? telinga? tangan? kaki? jantung? rambut? TIADA!! TIADA KECUALI ALLAH! :'D

Sesungguhnya "Teknologi" Allah Maha BIJAKSANA ... kan Allah tu MAHA PENCIPTA :) Al-Khaliq :)

Oh ya! hehe selepas tu kan.... dua orang kakakku, dan aku bergilir2 tidak sabar untuk mendukung si comel ni. Teruja sangat2!!!
Bila tiba giliranku. waaaaaaaaaaaaaah!!!! :D
Ehhhmmmmm finally , aku dapat jugak cium BAU BABY!! :D hehehe
Fresh tau~~~dia belum dibersihkan lagi~~ dah namanya SUCI kan? :D
And , weeeeeee DIA BUKAK MATA!!! tengok tu tengok tu XD, panahan mata 'Elman menusuk betul ke qalbu "Cu Nana" dia ni~~

Ada satu perasaan yang sukar ku jelaskan sebetulnya yg telah berlaku tadi. 'Elman memandang tepat ke anak mataku dalam beberapa saat. Aku merenung jauh ke dasar anak mata 'Elman, masya Allah, pandangan mata itu cukup menggetarkan jantungku, "bayi ini suci, bayi ini tiada dosa" pandangan matanya juga begitu tulus, jujur, seperti dia sedang berbicara padaku menggunakan "bahasa" yg aku tidak mengerti O.o , apa yg cuba dia sampaikan sebetulnya? ;'D


Ya Allah :') aku sebak sebetulnya tapi ku cuba tahan :') , mungkin..... aku juga mendambakan seorang bayi seperti itu nanti Insya Allah.... :'D
Siapa tak nak jadi seorang ibu kan? siapa tak nak ada zuriat kan? Tapi...... doakanlah kita kawin dulu..... hehhehehe barulah doa dapat anak, doakan saya dapat suami yg mampu membimbing keluarga ke arah Keredhaan Allah, Amiin ;'D


I guess I wanna stop here but before that... I wanna share something :)


Firman Allah Subhanallah wa Ta'ala dalam Surah Az-Zumar : 6

"...Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam TIGA SUASANA yang GELAP-GELITA. Yang demikian (kekuasaan-Nya) ialah Allah tuhan kamu; bagi-Nyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan?"

Penemuan Saintifik telah membuktikan bahawa...

Kehidupana Bayi di dalam uterus mempunyai TIGA PERINGKAT perkembangan yang berbeza iaitu:

1- Pra-embrionik
2- Embrionik
3- Fetus


"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta"
(Surah Al-Mukminuun: 14)

Kejadian ini, yang Al-Quran telah khabarkan kepada kita 1400 tahun dahulu, diceritakan di dalam sebuah terbitan saintifik bertajuk DEVELOPING HUMAN:

Bentuk rangka menentukan penampilan umum embrio di dalam peringkat tulang ketika minggu ke-tujuh; otot-otot tidak terbentuk pada masa yang sama tetapi pembentukan mereka selepas itu mengelilingi tulang-tulang di seluruh tubuh dan dengan itu ia membaluti tulang-tulang ini. Oleh itu otot-otot mendapat bentuk dan struktur mereka.
Ringkasnya peringkat-peringkat pembentukan manusia sebagaimana yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah seiring dengan penemuan-penemuan ilmu embriologi moden.
ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM, telah memberikan maklumat ini kepada manusia berabad-abad dahulu.


-Sumber- Keajaiban Penciptaan Manusia, Harun Yahya




My brother wiv his first son~~ aww~~ sorry gambar my kaka ipar tak dapat dipamerkan kerana tadi dia masih lemah dan perlu rehat :D


Alalalala sayang cunana~~~ :D

To Rifdi 'Elman....

Semoga jadi Anak Yang Soleh, Berilmu ('ELMAN=ILMU) ,Beramal, Beriman :)

Amiin~~ Jadi macam ayah dan ibu kay? dua-dua cikgu~~ mesti anak pintar nanti! Amiin! :D


Love From Cunana To RIFDI 'ELMAN!!!