About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Monday, 29 September 2014

Hang Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahiim……


Alhamdulillah, sekali lagi Allah izinkan aku untuk terus bermusafir di bumi Allah yang serba luas ini. Bumi MELAKA adalah destinasi kali ini. Subhanallah, belum mula cerita, memori manis di Melaka sudah terimbas semula. Seronoknya!


26.9.2014 (Hari pertama di Melaka)


Halaman rumah Ninde Penyayang (Mak) :D Suasana kampung yang sungguh mendamaikan.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa lebih kurang dua jam. Sepanjang perjalanan, mak berkali-kali call, dia kata tak sabar nak jumpa anak angkat dari Brunei ni, mak siap dah masakkan untuk kami, masya Allah! Terujanya saya! Mak tak sabar, saya lagilah beribu kali ganda tak sabar nak jumpa mak! Sebelum ni medium facebook cuma jadi jambatan pengikat ukhuwwah kami, oh eh ya, Ninde Penyayang a.k.a ibunda terchenta BondaNor (makcik pakar Pujuklah Hati tu :P), kenal mak melalui asbab perkenalan dengan BondaNor, sungguh indah aturan jalan cerita-Nya kan!


Lebih kurang jam 5 petang, Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga ke rumah Ninde Penyayang. Mereka dah tunggu di luar rumah, menyambut kami dengan penuh ramah! Subhanallah, siapa sangka, selama ini hanya berjumpa di alam maya namun akhirnya Allah izinkan juga bersua muka! Keluar saja daripada kereta, memang terus dapatkan Ninde Penyayang dan peluk dia sekuat hati! Yay finally!! :D


Dua orang abang dan seorang kakak yang ikut bermusafir bersama juga turut berkenalan dengan mak dan abah. Eh tak lama lepas tu muncul lagi salah seorang anak Ninde, kak Ayu nama dia :D 

Lepas tu apa lagi, mereka memperlawa kami untuk masuk ke dalam rumah, menikmati juadah. Masya Allah, seronoknya dapat rasa masakan Melaka buat kali pertama! Hahhhh tu dia lauk Melaka! Terima kasih ya mak, dapat juga merasa air tangan mak! hehehe memang saya muka tak malu, layankan sajalah ye! XD





Sambil makan-makan tu, inilah juga waktunya kami saling berbual dan berkenalan dengan lebih rapat. Subhanallah, jujur cakaplah, entah kenapa dan mengapa, baru pertama kali jumpa dengan mak, abah dan kak Ayu, rasa macam dah kenal lama, alahai boleh usik mengusik pula! Memang betul-betul selesa dan rasa seperti satu keluarga! 



Hahaha sungguh tidak tahu malu! Dushes! Sabo jelah ye! XD , mak suruh bawa sikit untuk pergi homestay, apa lagi, nak laa! haha!


Habis makan, barulah kami dibawa pergi ke homestay, abang yang dua orang dah pergi terlebih dahulu daripada kami berdua sebab nak kena hantar bagasi dulu. Sebelum pergi homestay, sempat juga singgah kedai runcit mak kejap dan jumpa Yun :D , lepas tu barulah gerak pergi homestay Anjung Firasat. Thanks kak Ayu sebab sudi jadi driver sukarela….. rela jelah kak Ayu ye… hehehe :P





Kawasan beranda #Homestay #AnjungFirasat


Ruang tamu 

Serious cakap, inilah home stay yang sungguh convenient. Semua serba lengkap, bersih dan selesa, aih memang tiptoplaaa!! So korang kalau ada yang cadang nak pergi Melaka, tak yah susah2 , sila catit nomor telpon di atas… SELESA, SANTAI & STRATEGIK! 



Sewaktu tengah-tengah seronok berborak di luar rumah dengan mak dan kak Ayu, haaahhh Cikgu Mai dah sampai tu! Errr…. hi kak long, kali ni kita kosong-kosong lah ye, kita "gaduh" kat FB je… Dapat jugaaa jumpa Cikgu Mai sorang ni! Memangla semakin berganda-ganda excited! :D suasana semakin meriah! Sempat jugak berbual sekejap dengan kak long yang tersangatlah busywoman ni…susah bebeno nak jumpa! hehe!


Dan sebelum mereka balik, abah bagi kunci kereta, kalau nak jalan-jalan nanti malam, boleh guna. Ya Allah, baik sungguh keluarga ni, errr…. rasa segan pula…. huhu….



Ada cerita di sebalik kunci kereta…. HAHA!

Emm…bila kunci kereta dihulurkan, tiba-tiba rasa berat nak sambut…bukan sebab segan.. tapi 'takut'…

"Kak Ayu…. ehm kereta tu manual ke auto?" aku tanya kak Ayu…

Kak Ayu jawab, manual. 
Err…. macamana nak cakap ni, ahhh cakap jela!

"Saya tak reti drive manual kak…."

"Abang-abang kat dalam tu mesti boleh kan?" tanya kak Ayu lagi dengan penuh yakin…

HAHA mana nak letak muka duhai abang-abang terunaku! maafla kak Ayu, memang mereka pun tak tau! hadoyyaiii hahahaha! 

Let me explain , let me explain! Di Brunei, kebanyakkan kitorang memang tak drive manual, lebih banyak auto…. so, kalau campak kereta manual kat kami berempat ni memang FAIL TOTAL laaa! hahaha! XD *dushes!!*

*case closed!* XD



27.9.2014 (Hari kedua di Melaka)




Awal-awal pagi mak sudah sediakan sarapan buat kami berempat. Kali ni memang dah segan tahap gaban terhadap kebaikan yang dihulurkan. Hanya Allah mampu membalas kebaikan mak dan abah sekeluarga :') . Jujur, saya terharu.

Sewaktu jumpa mak pagi tu, ternyata ada satu kejadian tidak baik telah berlaku pada malam tu. Kedai runcit mak dimasuki pencuri, (innalillahi wa inna ilaihi roji'un) . Ya Allah, Allah uji mak dan abah di awal-awal pagi. Sungguh, kami terkejut menerima berita tersebut.

Namun, satu perkara yang buat aku terkesan adalah apabila melihat ketenangan mak dan abah menerima ujian ini. Abah kata, takpelah, 'dia' nak makan juga. Mak kata, takpelah, asalkan nyawa selamat dan sekurang-kurangnya kita tak jadi seperti 'dia' yang terpaksa mencari 'rezeki' dengan cara mencuri…

Allahu Akbar! Tabahnya mereka! Mereka berjaya mengaut hikmah dan bersangka baik atas musibah ini, masya Allah. Ini yang patut kita contohi.
Memang banyak pengajaran yang aku dapat di awal pagi. Ternyata dengan musibah ini, masih banyak pengajaran yang Allah mahu kita perolehi. Buka mata , buka hati. Cari dan cari…..


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un… Ya Allah, Engkau berilah mereka pahala atas musibah ini dan Engkau berilah mereka ganti yang lebih baik atas musibah ini…. Aamiin…



Selepas sarapan pagi di rumah Mak, abah pula dengan sukarela mahu bawa kami jalan-jalan sekitar kota Melaka, ya Allah terujanya! Mak kata, pukul 1 mesti selesai, sebab nak ajak kami pergi kenduri kawin lagi! Yay seronoknya!!! 


A Famosa Melaka


 Naik becha dikayuh abang becha di tengah kota… :P


Mari membeli-belah di kedai kak Ayu, Double Collection! Best! :D


Terima kasih Kak Ayu sebab sudi "ponteng" kedai semata-mata nak temankan kami pergi "Istana Kesultanan Melaka" :D i love you!


Kenduri kahwin di Melaka! :D

Sungguh rasa bertuah sebab mak dan abah ajak pergi kenduri kahwin ni! Pengalaman pertama menghadiri majlis kahwin di Melaka! Masakan sedap!! *asyik makan je aku ni…* XD




 Selfie dengan mak dan abah dalam kereta sebelum sesi jalan-jalan di sebelah petang bermula! Yiha! XD

 Hah yang ini Perigi Hang Tuah! Tak dapat jumpa Hang Tuah, jumpa perigi pun jadilaaaah!

 River Cruise


Makan lagi makan lagi! Hihi!


Sembang ngan Cikgu Mai tengah malam di Tadika Anjung Firasat


Selepas pulang dari makan malam ngan mak dan abah, sempat juga meluangkan masa bersembang dengan Cikgu Mai yang gagah ni haha! Seronok dapat berbual dengan kak long, lepak di dalam Tadika Anjung Firasat! Best dengar pengalaman dan cerita kak long mengendalikan tadika tersebut. Terima kasih kerana sudi berkongsi :) singkat betul waktu kita kan kak, tak terasa bersembang sampai tengah malam XD . In sya Allah nanti kita jumpa lagi :)




Hari Terakhir (28.9.14)

Seperti biasa, mak dengan baik hati, menjamu kami dengan sarapan pagi lagi untuk hari terakhir kami di sini. Seronok lagi sebab kak Ayu kali ni ikut sekali bersama putera puteri yang sungguh comel!

 Ana & Dalilah Mardhiah XD (senyumla sikit sayang… hehe)

Ana bersama putera Akhyar & puteri Dalilah Mardhiah :D


Haha, kak Ayu kata, Dalilah jenis memilih, tapi kali ni melekat pulak dengan Ana, haahhh kalau ikutkan rasa, memang saya nak bungkus bawa balik Brunei je kak Ayu! hahaha!! 


 Alhamdulillah, hajat di hati akhirnya terlaksana sebab teringin sangat mahu menjejakkan kaki ke Masjid Selat Melaka yang indah ini!


Dan destinasi 'lawatan' terakhir di Melaka sebelum balik, Cendol! :D

Makan tengahari di rumah Ninde Penyayang


Dari hari pertama hingga hari terakhir merasa masakan Ninde Penyayang… ya Allah, SEMUA SEDAP!! alahai, rindulaaa nak rasa air tangan mak nanti! 


AllahuAkbar… sungguh, pengalaman selama 3 hari berada di Melaka dan bersama mak, abah sekeluarga adalah pengalaman yang cukup istimewa dan berharga. Banyak kenangan yang terpahat, bertemu insan-insan yang cukup hebat. 
Masya Allah, sungguh bertuah kerana Allah pertemukan kami, sekaligus menjalinkan ukhuwwah yang terlalu indah ini. Jujur, tidak pernah terfikir untuk dilayan sebegini istimewa. Ya Allah, Engkau limpahkanlah rahmat, kesihatan yang baik, rezeki yang luas buat mak dan abah sekeluarga. 

Mak, Abah, Kak Ayu, Kak Long. Terima kasih atas semuanya. Terima Kasih setinggi langit pun tidak akan cukup rasanya. Semoga Allah memberikan yang terbaik dunia akhirat buat kalian. Semoga jalinan ukhuwwah ini akan kekal indah hingga ke Jannah. Aamiin aamiin aamiin ya Allah…..

Bak kata BondaNor dalam SayaTungguAwak 
"Dalam hidup ini tidak ada istilah kebetulan. Setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula"

Terlalu sempurna dan indah jalan cerita susunan Allah…. setiap babak ada kisah yang penuh hikmah. Siapa sangka, hanya bermula dengan Sebuah Novel Tarbiah akan terjalinnya sebuah ukhuwwah yang indah. Subhanallah.

Buat BondaNor, terimakasih juga atas ukhuwwah yang indah ini. Sayang BondaNor, Sayang semua! Ada jodoh, panjang umur kita jumpa! <3 p="">


 Ana & Ninde Penyayang :)
 Sayang mak sangat-sangat….




Catatan Musafir Di bumi Melaka,

Ana July @ 26.7.14 - 28.9.14

Wednesday, 20 August 2014

Pelik Tapi Benar

Bismillahirrahmanirrahiim….



Petang-petang begini teringat pula aku kenangan sewaktu umrah dulu. Allah…. bila teringat mesti rindu. Namun bukan 'rasa' ini yang mahu aku kongsi, tapi sebuah 'keajaiban' yang DIA telah beri.

Mama selalu berpesan, jika berada di tanah suci, jaga percakapan, jaga perbuatan, jangan main-main sebab di sana semuanya 'akan kelihatan'. Biasalah, aku hanya mampu menadah telinga, cuba untuk faham. Ehm nyatanya benar, ketika berada di sana, ada beberapa kejadian 'pelik' telah berlaku, tapi petang ini biarlah aku kongsikan salah satunya dulu.


Ketika berada di Mekah, kalau tidak silap itulah minggu kedua pelayaran kami. Terpaksa diakui, sebagai seorang "anak emak", sudah pasti dalam tempoh itu rasa rindu sudah mula membuak-buak. Hatta mendengar suara melalui panggilan telefon pun masih belum terubat, tapi apakan daya, haruslah juga kuatkan semangat! Hehe. Mama siap tolong aku menghitung hari, dia kata 'tidak lama lagi'!

Dan kejadian 'pelik' ini berlaku sewaktu aku dan kakakku melakukan solat fardhu Asar (kalau tidak silap) , seperti biasa, memang kami akan berangkat lebih awal sebelum waktu kerana tidak mahu membuang waktu dengan hal-hal lain yang tidak bermanfaat. Dan sewaktu tengah menunggu masuk waktu Asar, seusai membaca Quran, mataku liar memerhati sekeliling. Memerhatikan suasana yang bakal aku rindui. Dan….. pandanganku terpaut pada seseorang yang duduk di sebelah kiriku. Allahu Akbar, dalam hatiku terus berdetik MACAM MAMA!!


Betul! Perwatakan wanita berusia ini boleh aku katakan 90% seperti ibuku! Buka setakat wajahnya, tingkahlakunya, malah wanita itu juga berkerusi roda! Allahu Akbar! Sungguh, aku tergamam seketika! Dan kemudian aku menggamit si kakak di sebelah sambil berbisik padanya, kakak aku pun turut teruja! Subhanallah! DIA Maha Tahu bahawa aku sedang merindu dan dia kirimkan seorang wanita yang seakan-akan seperti ibuku, *starstruck*


Cerita ini tidak berhenti setakat itu.
Aku tidak tahu, mungkin terlalu ketara yang aku tengah terkejut melihatnya dan aku menatapnya lama, wanita itu memandangku pula dan tersenyum, LANTAS….. dia usap wajahku dengan penuh mesra! AKU TERGAMAM LAGI! Jujur pada detik itu aku terharu, subhanallah, seolah-olah mama di depan mata dan membelaiku mesra.

Walau kami berdua berbeza bahasa, aku cuba faham gerak tubuhnya, dia suruh aku doa sebanyak-banyaknya, sebanyaknya-banyaknya pada yang Maha Esa….. Dan setelah habis solat Asar, sebelum balik semula ke hotel, aku tidak membuang peluang untuk memeluknya, masya Allah, terubat sudah rindu!


Bila kejadian ini aku cerita pada mama pada malam itu, mama selamba kata "pasal kau rindu mama la tu" …..hahaha memanglah!

Thanks Allah!


-AnaJuly, babyTua -









Wednesday, 13 August 2014

Bosan lagi

Bismillahirrahmaanirrahiim...



Pagi ini bila tidak terlalu banyak sangat nak dibuat ditempat kerja, budak-budak banyak pergi lawatan, guru-guru sestaf sudah berkurangan sebab memenuhi tuntutan kerja di luar dan akhirnya aku tinggal berseorangan.  Tiba-tiba kebosanan melanda. Akhirnya aku hanya mampu membaca buku Ustaz Pahrol sehingga khatam. Bosan lagi, aku lantas melajukan langkah keluar staff yang merupakan perpustakaan sekolah dan sebagai "part-time librarian", buku-buku yang berselerak di sana-sini pun aku cuba susun rapi. Selesai.

Bosan lagi! 

Dan ini membuat aku berfikir dan terus berfikir. Ternyata apabila kita diberikan amanah dengan banyaknya kerja, itu pun juga salah satu nikmat rupanya. Hakikatnya aku jadi tidak senang duduk sebab tidak ada kerja mahu diselesaikan. Sungguh aku terasa banyak waktu yang tersia. Tapi inilah manusia, di saat dilambakkan dengan kerja di depan mata, kita mahu merungut pula.Sifat manusia memang tidak pernah puas dan semua benda ada-ada saja yang serba tidak kena. Allah.....karenah manusia memang boleh buat sakit kepala!


Acap kali terdengar keluhan seperti ini:

Bila sudah menjadi seorang berkerjaya, rindu mahu jadi pelajar pula.Sewaktu jadi pelajar dahulu, tidak sabar mahu bekerja. 
Aiihhh, apa yang kita mahu sebenarnya?
Mahu semuanya serba perfect untuk kita? Kita mahu, bila menangis, dengan segera 'dihulurkan gula-gula'? Dan mahu bahagia sepanjang masa? 
Wah! MANJAnya kita!
Kawan..... semua kesempurnaan itu cuma ada di syurga, ya hanya di syurga!

Hargai 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. 
Kita semua tahu hakikat ini, tapi bila terlalu manja dengan dunia, dengan mudah kita abaikan realiti akhirat yang sedang menanti.Akhirnya, kita akan mudah rasa tertekan kerana "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Dan Alhamdulillah, sekarang aku masih berada di sekolah, nak kerja lebih masa, sebab tiba-tiba ADA KERJA sampingan nak kena buat, hahahaha, tadi NAK SANGAT, indahnya bila DIA faham kita. 

Okay aku sekarang mahu menghargai kerja yang ada. 
Bahagia. 


AnaJuly - Di Meja Kerja





Friday, 25 July 2014

Catatan di Hari Lahir - 24.07.2014 -

Bismillah….


Syukur Alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku nyawa untuk hidup. Apabila terbangun daripada lena pada malam hari lahirku yang bertepatan jatuh pada bulan ramadhan lagi, akalku jauh berfikir. Aku mengambil masa untuk bangkit daripada katil.  Sejauh ini sudah perjalanan hidup yang Allah kurniakan padaku. Apakah cukup sudah aku menjadi seorang hambaNya yang terbaik? Apakah tertunai sudahkah tanggungjawabku sebagai seorang anak? Apakah cukup sudah aku menjadi seorang manusia yang memberi manfaat pada manusia yang lain?


Allah… Allah…. bila diimbas kembali, sungguh aku terasa masih terlalu banyak yang aku rugi. Mustahil "masa" mampu aku beli lagi untuk menebus semuanya kembali. Namun aku tahu, dengan nyawa yang masih berbaki, pasti masih ada tanggungjawab yang harus aku jalani kerana buktinya aku masih di sini.

Doaku padaNya pada awal detik hari lahirku, biarlah usiaku kali ini menjadi usia yang berharga, bukan untuk aku jual pada dunia, tapi untuk pelaburanku di akhirat sana. Ameen….Ameen…Ameen…..


Masya Allah, ulangtahunku pada kali ini boleh aku sifatkan sebagai ulangtahun yang agak 'kelam kabut' , semua kerja mahu aku buat dalam satu petang yang singkat! Ha ha ha semuanya gara-gara aku mahu kembali bertenaga daripada tubuh yang tiba-tiba kurang sihat. Aduh, dugaan di ulangtahun, redha redha hehe. Tapi yea I manage to do so many things.


Seusai Zohor, tanpa berfikir panjang, segala perkakas untuk membuat cupcake aku sediakan. sekadar mahu meraikan semua ahli keluarga yang diajak untuk bersungkai bersama-sama, yes memang teruja!
Dan setelah dapur di-kapal-pecah-kan,  akhirnya terhasillah cupcakes RV versi AnaJuly yang punya kekurangan dari sudut "presentation", hahaha! Jangan banyak komplen duhai ahli keluarga, makan saja!





Selepas siap dengan cupcake. Selepas asar, misi kedua pula mengambil tempat. BELI HADIAH BUAT MAMA!! Aduhai gara-gara last-minute baru nak ingat, inilah padahnya, semua nak kena cepat! ZOOOOOM! Misi pencarian aku lakukan dengan sepantas kilat, kerana misi ketiga sedang menanti, warning pertama sudah diberi daripada kakak melalui sms, BALIK, MASAK!!

HAHAHA!! BAIKLAAH!! Nak balik lah ni!!! Phew Alhamdulillah, mujur pemilihan hadiah itu tidak banyak ragam. Okay, hadiah mama sudah dapat, balik cepat!

Misi ketiga, masuk rumah, salin baju, dan aku harus berlari pecut ke dapur, kena masak ayam seperti yang dijanjikan, siapa suruh buat janji? kenalah tepati! XD


Baru saja mahu melangkah ke dapur, si anakbuah panggil, mahu beri hadiah


TADA!!


Yay!! Cantik!! Cunana sukaaaa!! Thankssss! :D

Datang lagi si kakak, "Nah, boyfriendmu bagi" dan hadiah kini bertukar tangan.

Huh? Boyfriendlah sangat! Haha! Siapalah pulak mahu buat drama lagi ni, hehe… and… This is it..




Ya Allah, memang dia "BUAT LAGI!" , hahaha last year, this lady sudah buat drama yang dramatik, Al-kisah sepucuk kad raya "terbang tanpa sayap" , andai curiosity melanda diri, sila klik link d bawah ini untuk cerita yang lebih lanjut… XP

http://sutongkiot.blogspot.com/2014/07/kosong-yang-hilang-kembali-pulang.html

Terima Kasih my dear Sahabat "Se-abad" , you are more than a friend to me, you are a sister, and a SOUL-MATE for sure! :'D , thanks for everything my dear sister . Love you for the sake of Allah, friends till jannah? Ameen ..



Phew, okay line clear? I can cook now? yes? ok!
Dan…..

Dalam sibuk2 menyediakan juadah berbuka, ada pula yang datang ke rumah, deliver hadiah!!




Thank you Kaka Far! Aduh, inilah salah satu punca kenapa aku masih jadi "budak kecik" , tengok saja kek ni, sampai bila-bilalah aku takkan dewasa kalau macam ni! HA HA!


Dipendekkan cerita, kami pun berbuka dengan riuh-rendahnya, bila semua sudah berkumpul, memang rumah bagai nak runtuh! Masya Allah, inilah nikmat yang tidak mungkin dapat dijual-beli. I love my family, terimakasih kerana sudi "bercemar duli" , hehehehe …..


Hey, my brother ada buat home-made cake for me! Wah special ni! Yayyerrrr!




And lastly……



This is my greatest gift of all….. Thanks Allah kerana masih meminjamkan waktu untuk kami terus bersama. Mendapat curahan kasihnya yang tidak pernah ada hadnya. 

Wanita inilah hadiah sepanjang hayat
Wanita inilah cinta sepanjang zaman
Wanita inilah Ibuku, sumber cintaku, sumber inspirasiku, sumber kekuatanku, sebab dia selalu kata padaku
"Tabahkan hati, anakku" 


Ibu tanya , kenapa pula aku yang beri dia hadiah…..? 

Duhai ibuku, 
28 tahun yang lalu, siapa yang bertarung nyawa melahirkanku? Kau Ibuku…
28 tahun yang lalu, siapa yang berjaga malam kerana melayan tangisanku? Kau Ibuku…
Sepanjang 28 tahun, siapa yang selalu ambil berat tentang anakmu? Kau Ibuku…

Hadiah itu memang tidak mampu membalas seluruh pengorbananmu duhai ibuku, sedikit pun tidak. Terimalah, sekadar tanda penghargaanku padamu… ibuku…. 


Terima Kasih Allah. Terima kasih ibu yang masih bersamaku. Terima kasih ayah yang sudah bersamaMu.


Alhamdulillah, syukur atas doa-doa daripada keluarga dan rakan-rakan semuanya. Aku sangat menghargainya. Semoga Allah juga memberikan limpahan rahmat serta maghfirah pada kalian, Ameen. 


Semakin meningkat usia, bermakna semakin ianya menghampiri tarikh kematian kita. Moga hidup ini akan sentiasa dalam redha-Nya. Ameen…. :)



-AnaJuly- Catatan Di Hari Lahir -