About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Saturday, 7 May 2011

9 Bulan, 1 Hari, 24 Tahun


9 Bulan Ku Bersatu Denganmu

9 Bulan Kau Terseksa Menantiku


Saat Hari Pertamaku

Kau sambut Dengan Senyuman, Kegembiraan dan Kesyukuran

Kau Seolah-olah Lupa Dengan Semua Kesakitan

Ku Balas Pula Dengan Tangisan


Semakin BerTambah Hariku Dalam Hidupmu

Semakin Aku Menyusahkanmu

Seperti Si Kacang Lupakan Kulit

9 Bulan Pengorbananmu Seperti Tidak Pernah Berlaku


24 Tahun Kini Sudah Aku Bersamamu

Sudah Terlalu Banyak Pengorbananmu

Terlalu Banyak Juga Penyeksaanku


Kini Aku Sedar

Siapalah Aku Tanpa Ibu

Takkan Ku Bangga Lahir Ke Dunia Tanpa Cintamu

Tanpa Kasihmu, Cacatlah Aku


Andai ku Dapat Jelajah Ke Seluruh Isi Angkasa

Akan Ku Khabarkan Pada Mereka

Kasihmu Adalah Kekuatanku

Air matamu adalah racunku

Senyumanmu Adalah Penawarku

Pengorbananmu Takkan Mampu Terbalas Olehku

Ucapanku Jua Tak Mampu Mengungkap Rasa HaTiku


Ibu,

Terimalah cinta Dariku,

Cinta yang Tak Mungkin menandingi besarnya Cintamu Padaku

Terimalah Kasih Dari Anakmu

Terima Kasih untuk 9 Bulan Di dalam kandunganmu

Terima Kasih untuk Hari Pertamaku

Terima Kasih untuk 24 Tahunku Menyusahkanmu


Terima Kasih Ibu

RaTu, PermaTa, Bidadari, Pahlawan HaTiku


Selamat Hari Ibu!!


Warkah Dari Anak Buat Ibu: Liyana Julay

Monday, 2 May 2011

Awan Menangis


Duhai awan.

Kenapa kau bersedih? Adakah kerana tanggungjawab hidupmu?

Tanpa cerahmu, cacatlah putaran air.

Tanpa ketangkasanmu, hilanglah semangat mentari.

Kesusahanmu menghirup air laut untuk memenuhi keperluan bumi, adakah ada yang mengerti?

Ku lihat kau semakin bersedih

Begitu berat beban yang kau tanggung, semakin gelap dan ada sendu di wajahmu.

Kau ingin menangis?

Keluarkanlah air matamu dengan segera.

Biar bumi sama-sama merasa kesedihannya.

Biar mentari berhenti berbicara.

Biar langit termenung seketika

Biar manusia terpana.


Karya : Pena Syuna