About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Friday 24 February 2012

....Bila kiTa Di Uji....


:: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? :: (29:2)




Maha benar kata-kata Allah Yang Mahu Agung.....

Untuk mendapatkan Imaan memang tidak semudah ucapan dan tidak sesenang perbuatan...... hati ini sentiasa saja terasa berbolak-balik , tidak mudah untuk mendapatkan Syurga Allah yang kekal abadi... namun jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan cintaNya kerana Allah itu terlalu dekat.... :')

Apa itu ujian? Kenapa kita diuji? Kenapa PERLU diuji???

Aku yakin, semua pasti akan terdetik di dalam hati kecil kita tanpa sedar atau pun tidak....
Allah maha mengetahui bahawa PASTI hambaNya akan "bertanya".....

Allah yang Maha Agung menjawab persoalan kita melalui kitabNya....

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (29:3)


Ya! Bagaimanakah kita layak mengucap "Aku beriman" sedangkan kita belum mendapat ujian? Sebagai misal.... Layakkah kita mengakui bahawa kita mendapat Grade A dalam peperiksaan tanpa melalui sebarang ujian dan juga peperiksaan? Mustahil kan? mustahil untuk kita "clarify" bahawa kita adalah "A" student tanpa LULUS dengan CEMERLANG dalam peperiksaan.....

Namun bezanya, imaan itu HANYA ALLAH yang mampu mengukurnya... hanya Allah yang layak menilainya..... Tidak guna kita hebat di mata manusia jika HINA di sisiNya :'(


Bagaimana pula untuk kita mendapatkan iman? hanya sekadar berangan-angan? seperti kita berangan-angan untuk mendapat Grade A dalam peperiksaan TANPA USAHA?

Sudah setentunya TIDAK!

Semuanya perlukan USAHA. Iman berkait rapat dengan "hati" .... bila berbicara soal hati, kita akan menyentuh pula soal perasaan..... di sinilah bermula titik yang agak sukar..... kerana perasaan adalah sesuatu yang "intangible" .... tidak mampu dilihat, tidak mampu didengar, tidak mampu disentuh....

Sungguh mudah jika Imaan yang berwajahkan perasaan itu mampu kita lihat kerana kita akan dapat menilai sejauh mana tahap keimanan kita......

Tapi persoalannya... kenapa kita BELUM "diizinkan" untuk melihatnya? Allah maha Mengetahui..... Mungkin jika kita mampu melihatnya, kita akan mula "berkira" ? jika imaan kita berada di "tahap yang selesa" ... mungkin kita akan bersikap sambil lewa?.....
jika iman kita merundum, barulah terkapai-kapai nak "upgrade" nya semula? ....

Na'udzubillah..... >.<

Berbalik dengan USAHA..... memang kita perlu berusaha untuk sentiasa dekat padaNya.... sedangkan untuk MENGEKALKAN silaturrahim dengan saudara mara, kita patut sentiasa berkunjung ziarah....

Inikan pula hubungan kita dengan Allah.....
Cinta Allah MAHA AGUNG.
AGUNG! Adakah layak kita ingin mendapatkannya dengan "Jalan Sambil lewa"?
Setentunya tidak :'(

Syurga itu begitu tinggi tarafnya, Syurga itu begitu tinggi nilainya, Syurga itu begitu indah ciptaannya, Syurga itu bagai sebuah cinta yang hanya orang yang layak saja mampu mendapatkannya :')

SYURGA ITU HEBAT!

Bacalah surah Ar-Rahmaan, kita akan mula jatuh cinta pada syurgaNya
Hayatilah surah Al-Waaqi'ah, kita akan rindu untuk berada di dalam syurgaNya .. :')

Sesuatu yang HEBAT tidak mungkin kita akan dapatkan TANPA USAHA!

Laksana Mutiara.... perlu juga kau menyelaminya
Laksana Emas.... perlu juga kau menggalinya

Semua itu tetap saja perlu usaha.


Sekali lagi, kita patut BERUSAHA, jangan berputus asa.... :') .. kekalkan ibadah padaNya.... jauhi laranganNya.... memohon taubat dan istighfar daripadaNya.....
Kita bukanlah Nabi yang maksum yang dijamin untuk mendapat syurga,
Sedangkan Rasulullah yang dijamin syurga baginya juga melakukan taubat dan istighfar padaNya, kenapa kita pula yang cuba menyombongkan diri??? merasa ibadah kita sudah cukup??? merasa diri kita hebat???? Jangan... Jangan....Jangan.... Naudzubillahi mindzalik..... :'(


Terkadang..... di dalam pencarian imaan... di dalam memburu cintaNya....
kita seringkali DI UJI... untuk menguji SEJAUH mana, SEKUAT mana, SETEGUH mana, SEDALAM mana cinta kita padaNya..... bukankah jika kita betul-betul inginkan sesuatu benda itu, walau apa rintangan pun pasti kita akan tempuhinya?

Jika DIUJI pun kita tidak sanggup..... bagaimana kita layak untuk mengakui dan mendapatkan cintaNya? mendapatkan Imaan itu?

TANPA UJIAN........ APA BUKTINYA? apa buktinya kita beriman pada Allah? Jika kita bersabar dan terus bangkit meneruskan perjuangan dalam berusaha mendapatkan imaan yang sejati, mendapatkan cintaNya, ITULAH BUKTINYA..... jika kita berpatah balik jauh daripada jalanNya, memang tidak layak untuk kita mengatakan kita beriman... tidak layak!

Ya Allah.. jauhkanlah kami daripada golongan yang berpaling daripadaMu... Amiin :')


Walaupun Allah menguji kita..... Kita haruslah bersabar dan berserah pada Allah, menerimanya dengan berlapang dada... :') kerana......... kerana.... kerana bukankah Allah dengan jelas telah berfirman dalam kitab suciNya...

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya......................"
(Al-Baqarah, 286)

Nah, apa alasan kita untuk mengeluh sehingga mengeluarkan kata2 "Aku tidak sanggup untuk memikul semua ini" .... tidak cukupkah lagi JAMINAN yang ALLAH berikan? Jaminan bahawa DIA tidak akan menduga seseorang MELAINKAN apa yang terdaya oleh kita???

Pasti setiap ujian itu Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya... kerana Allah sekali lagi berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216

".......dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya....."


Dari itu, tidak usah kita cuba "mempersoalkan" setiap ujian yang kita hadapi kerana ALLAH LEBIH MENGETAHUI..kita LANGSUNG tidak layak untuk mempersoalkannya kerana Ilmu kita TERLALU terbatas, bukankah ILMU ITU MILIK ALLAH?


ALLAH KNOWS THE BEST, ALWAYS KNOWS THE BEST!! :'D

Duhai saudaraku, sahabatku, semua yang ku nukilkan ini adalah semata-mata nasihat untuk diriku dan juga peringatan buat dirimu agar kita semua sama-sama mengiring langkah menuju ke satu negeri yang kekal abadi.... negeri di mana kita akan memperoleh kebahagiaan yang HAKIKI..... biarlah kita merasa "sakit" hidup di dunia ini kerana "di sana" lebih bererti..... :')

Love Till Jannah..... Amiin Insya Allah :'D




Allah Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis

Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu

Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu

Kau yang Slalu Terjaga
yang Memberi segala

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu

Kau yang slalu Terjaga
Yang Memberi Segala...

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu CahyaMu

Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

(Cahaya hati, opick)



Thursday 23 February 2012

"Apakan Kristian ani?"

I just had a conversation wiv my nephew...
Umur dia baru masuk 8 tahun.... Kami tadi makan sama-sama duduk di meja makan di bilik makan,
Kami berborak macam-macam, hehehhehe macam dewasa lagaknya budak ni! aku nak ketawa pun terpaksa ditahan2 sebab tak nak stop dia cakap, biarlah,
Let him free to talk, to express!!! XD

Mula-mula tu dia tegur bingkai gambar yang dihiasi dengan gambar Kebawah DYMM Sultan Brunei.... untuk makluman, my nephew Zahin ni memang meminati Raja kita! :D

Dia tiba-tiba cakap macam ni...

"Usunana tau dimana sultan keraja?"

Aku mengangguk je.... dan tersenyum sebab mulut penuh dengan sup tulang *perghh nikmat, alhamdulillah* hehe

Dia pun sambung lagi, ...

"Ahin sudah basar kan kraja sama sultan"

aduiiyaaii hampir tersedak aku dibuatnya budak ni! hahahaha! tapi takpe perbualan diteruskan.

Aku cakap "Kalau ahin mau kraja sama sultan, mesti blajar rajin2"

Zahin"Rajin kali ah ahin slalu dapat numbur satu"

Ek? hahaha entahlah betul ke dak XD tp aku tahu budak ni memang pintar tapi part "SELALU" tu masih dalam keraguan XD memang pernah dpt tempat pertama, betul lah kot SELALU nombor satu XD

Amiin , insya Allah , sekurang2nya dia ada cita-cita tinggi XD hehehe dia memang minat nak jadi pegawai askar sebetulnya XD


Okay kami pun kembali menyambung makan.....

Ingatkan topik pasal gambar sultan ni habis setakat itu, tapi tidak! XD
Dia kembali menyambung, aku tak dengar dengan jelas tapi yang pasti tiba-tiba isu
"Kristian" pun masuk ==' , entah apa2 entah budak ni XD

Disebabkan dia melalut tak tentu pasal sebab "kristian" & "Brunei" ni, aku mula menyedari bahawa budak ni memang ....

KELIRU HABIS A.K.A TIDAK FAHAM!!! XD


Aku pun bertanya : "Apakan kristian ni ahin? Kristian ni bukan org Brunei kan?"

Zahin: "Bukan, kristian atu kristian lah, ia ada Kristian melayu, ada melayu brunei, ada melayu malaysia" ... aku tergamam buat seketika..

Tidak puas hati, aku menyoal lagi, kali ni lebih cuba memprovokasi

Aku: "Ertinya kalau Kristian ni bukan org Brunei lah???"

Nak tahu apa dia jawab???

Zahin: "Kristian ni bukan urg Brunei, MACAM LADY GAGA BAH! kristian jua tu! Bukan jua org Brunei"

HAAHHAHAHHAHA aku pun tanpa menanti saat, KETAWA AKU PECAH BERDERAI!!! berair-air mata aku!!

hahaha budak ni memang comel betul! dia pun turut tersenyum lantas memukul lembut tangan aku agar aku memberhentikan tawaku yang melampau2 HAHAHAHAHA




THIS IS HIM!

Negaraku Brunei Darussalam

"ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR"

Itulah kalimat keramat yang dilaungkan oleh Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien tepat dinihari 1 Januari 1984 Di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien!





Alhamdulillah pada hari ini ..

23hb Februari 2012 bersamaan dengan 1hb Rabiulakhir 1433H..
Genaplah 28 tahun usia Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam dibawah pemerintahan Raja yang berdaulat, adil lagi bijaksana iaitu
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.


Seorang Raja yang menjadi kebanggaan para rakyat jelata Negara Brunei Darussalam. Yang Menyanjung tinggi Al-Quran dan As-Sunnah.

Aku selaku rakyat Brunei, sejujurnya rasa bertuah dan bersyukur menjadi rakyat Brunei,berada di bawah pemerintahan baginda Kebawah Duli Tuan Patik! Di saat di serata dunia mengalami kekacauan dan malapetaka, namun Alhamdulillah, Brunei kekal dalam kedamaian dalam perlindungan Allah Subhanahu WaTa'ala...
Sama-samalah kita berusaha dengan berdoa dan bertawakal pada Allah, melakukan suruhanNya serta meninggalkan laranganNya agar kedamaian ini akan sentiasa kita kecapi bersama :'D

Sepertimana harapan Raja yang kita kasihi supaya menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah NEGARA ZIKIR! Amiin Yarobbal 'Alamiin! ;D

Oh yea! Aku cukup tersentuh dan tertarik hati melihat persembahan padang sempena sambutan Hari Kebangsaan pada pagi tadi .

Persembahan padang Yang Bertemakan "DEMI MASA" dengan membawakan Surah Al'Asr sebagai pembuka acara ;'D Masya Allah!

I LOVE BRUNEI!!!!! FOREVER!

ALLAHU AKBAR! Allahumma solli 'Alaa Saiyyidina Muhammad! :D





"YA ALLAH, PELIHARAKANLAH RAJA KAMI" AMIIN! ;D

Wednesday 22 February 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.


Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.








Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.



Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way



“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…


Sumber:

http://diarihati.com/blog/2011/10/25/cukuplah-aku-mencintai-dalam-diam/

♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..

Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥

Sumber:
http://diarihati.com/blog/2011/06/08/dalam-diam-aku-mencintai-dirinya/

:) I really love this article.... Thanks to my friend adyani for sharing this article. It really means a lot to me:)

Saturday 18 February 2012

RIFDI 'ELMAN

Subhanallah.... Alhamdulillah.... Laa Ilaahaillallah.... Allahu Akbar!!!

Syukur Alhamdulillah Akhirnya Setelah Lebih Kurang 9 buLan Menanggung Seorang Bayi Di DaLam Rahim Seorang Ibu (Isteri kepada My BroTher!) ......

Hari ini...

18th February 2012M
25th Rabi'ulawwaL 1433H

Jam 9.11 pagi ....

Dengan izin dan takdir Allah....
Lahirlah seorang bayi lelaki menjenguk dunia ... Diberi nama..

RIFDI 'ELMAN BIN MOHAMMAD HAYDEE ~~

Ini merupakan anak pertama bagi my brother and Sis-in-Law hasil perkahwinan mereka pada Januari tahun lepas!! Murah rezeki bro! :D

Agak berdebar menanti saat-saat kemunculan si comel ni tapi syukur pada Allah kerana telah memudahkan kesemuanya dengan baik :D

Setelah menerima berita bahawa kakak iparku telah selamat melahirkan pagi tadi, rasa syukur dan bahagiaku tidak terkata :') syukur sangat-sangat! Bertambahlah lagi warga ALL 7's ! Meriah! :D
Aku juga turut tidak sabar untuk menemui mereka di hospital!
Alhamdulillah tengahari tadi aku dan dua orang kakakku pergi menjenguk mereka!

Aku mengucapkan tahniah pada abang dan kakak iparku. Walau kakak iparku nampak lemah,tapi wajahnya tampak bersinar, sinar seorang ibu lah agaknya? :D
Abangku? aishh tersenyum hingga ke tengkuk hahhahaha *exaggerration!* :P
Nampak kekok... but yea, SELAMAT JADI SEORANG AYAH bro!! :DD

RIFDI 'ELMAN????
Masya Allah~~~ :'DDDDDDD
Ya Allah... Sungguh sempurna ciptaanMu, Engkau Maha Agung! Tiada siapa yang akan mampu mengADAkan ciptaan sesempurna ciptaanMu... :'D
Wajah 'Elman ku tatap penuh gembira,sayu,semua bercampur aduk, hampir ku menitiskan air mata saat melihat wajah SUCI bayi itu....

Ya Allah, memang seorang bayi adalah SUCI DARI DOSA. BERSIH DARI DOSA!
setiap inci wajahnya ku tatap. Memang ciptaan ALLAH cukup sempurna! tiada siapa akan dapat menandingiNya! Siapa dapat cipta mata? Siapa dapat cipta hidung? mulut? telinga? tangan? kaki? jantung? rambut? TIADA!! TIADA KECUALI ALLAH! :'D

Sesungguhnya "Teknologi" Allah Maha BIJAKSANA ... kan Allah tu MAHA PENCIPTA :) Al-Khaliq :)

Oh ya! hehe selepas tu kan.... dua orang kakakku, dan aku bergilir2 tidak sabar untuk mendukung si comel ni. Teruja sangat2!!!
Bila tiba giliranku. waaaaaaaaaaaaaah!!!! :D
Ehhhmmmmm finally , aku dapat jugak cium BAU BABY!! :D hehehe
Fresh tau~~~dia belum dibersihkan lagi~~ dah namanya SUCI kan? :D
And , weeeeeee DIA BUKAK MATA!!! tengok tu tengok tu XD, panahan mata 'Elman menusuk betul ke qalbu "Cu Nana" dia ni~~

Ada satu perasaan yang sukar ku jelaskan sebetulnya yg telah berlaku tadi. 'Elman memandang tepat ke anak mataku dalam beberapa saat. Aku merenung jauh ke dasar anak mata 'Elman, masya Allah, pandangan mata itu cukup menggetarkan jantungku, "bayi ini suci, bayi ini tiada dosa" pandangan matanya juga begitu tulus, jujur, seperti dia sedang berbicara padaku menggunakan "bahasa" yg aku tidak mengerti O.o , apa yg cuba dia sampaikan sebetulnya? ;'D


Ya Allah :') aku sebak sebetulnya tapi ku cuba tahan :') , mungkin..... aku juga mendambakan seorang bayi seperti itu nanti Insya Allah.... :'D
Siapa tak nak jadi seorang ibu kan? siapa tak nak ada zuriat kan? Tapi...... doakanlah kita kawin dulu..... hehhehehe barulah doa dapat anak, doakan saya dapat suami yg mampu membimbing keluarga ke arah Keredhaan Allah, Amiin ;'D


I guess I wanna stop here but before that... I wanna share something :)


Firman Allah Subhanallah wa Ta'ala dalam Surah Az-Zumar : 6

"...Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam TIGA SUASANA yang GELAP-GELITA. Yang demikian (kekuasaan-Nya) ialah Allah tuhan kamu; bagi-Nyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan?"

Penemuan Saintifik telah membuktikan bahawa...

Kehidupana Bayi di dalam uterus mempunyai TIGA PERINGKAT perkembangan yang berbeza iaitu:

1- Pra-embrionik
2- Embrionik
3- Fetus


"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta"
(Surah Al-Mukminuun: 14)

Kejadian ini, yang Al-Quran telah khabarkan kepada kita 1400 tahun dahulu, diceritakan di dalam sebuah terbitan saintifik bertajuk DEVELOPING HUMAN:

Bentuk rangka menentukan penampilan umum embrio di dalam peringkat tulang ketika minggu ke-tujuh; otot-otot tidak terbentuk pada masa yang sama tetapi pembentukan mereka selepas itu mengelilingi tulang-tulang di seluruh tubuh dan dengan itu ia membaluti tulang-tulang ini. Oleh itu otot-otot mendapat bentuk dan struktur mereka.
Ringkasnya peringkat-peringkat pembentukan manusia sebagaimana yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah seiring dengan penemuan-penemuan ilmu embriologi moden.
ALLAH, TUHAN SEKALIAN ALAM, telah memberikan maklumat ini kepada manusia berabad-abad dahulu.


-Sumber- Keajaiban Penciptaan Manusia, Harun Yahya




My brother wiv his first son~~ aww~~ sorry gambar my kaka ipar tak dapat dipamerkan kerana tadi dia masih lemah dan perlu rehat :D


Alalalala sayang cunana~~~ :D

To Rifdi 'Elman....

Semoga jadi Anak Yang Soleh, Berilmu ('ELMAN=ILMU) ,Beramal, Beriman :)

Amiin~~ Jadi macam ayah dan ibu kay? dua-dua cikgu~~ mesti anak pintar nanti! Amiin! :D


Love From Cunana To RIFDI 'ELMAN!!!

Tuesday 14 February 2012

14-02-2012

Banyak perkara yang berlaku pada hari ini, well not really banyak, i should say BIG EVENT!! weehee! of course not that "v-day" , sorry i'm not celebrating it. Islam forbids it FOR GOOD :D

Okay leave dat thing!

Aku nak cerita sikit apa yg berlaku today, semalam aku menerima satu mesej "Last minute' dari pihak universiti....... hampir nak gugur jantung jugak! tak sangka seawal macam ni!

INTERVIEW FOR MASTER OF COUNSELING!!!

Hahaha nervous+senyum , so aku dijadualkan untuk menghadiri temuduga pada sesi petang, 1.15ptg tapi apabila sampai d universiti, alahai ,interview telah "re-scheduled to 2pm" ngaaaa lama lagi :( takpe sabar je lah kan....

Tapi setelah ku memasuki kawasan bilik tersebut, haahhaha banyak wajah2 yg ku kenali turut menghadiri temuduga, OH! aku lupa, sblum tu aku terjumpa kawan aku yg turut sama menghadiri temuduga, Peachy!!! aduh lama betul tak jumpa dia, utk pengetahuan semua, dia adalah seorang kurang upaya, tidak mampu melihat sejak lahir lagi. Tapi aku cukup bangga dan kagum pada wanita ini :) , Walau mata dia tak mampu melihat tapi hati dia cukup "terang" :)

Tak sangka jugak dia masih cam suara aku tanpa aku perlu mengenalkan diri aku lagi hehheheh, oh ya,dia tidak berseorangan, ibu dia menemaninya :D

Okay kami pun masuk dan menanti detik2 utk ditemuduga!!

Pendek cerita, giliran aku tiba, nervous tu jgn ckplah, mmg nervous sangat tp nak buat macamana, takkan nak lari pulak kot? XD aku pun masuk ke bilik temuduga, pelbagai jenis soalan diajukan, walau grammarku,vocabulary,ayat2 englishku ku rasakan semua tunggang langgang retak seribu, tapi sekurang2nya aku cuba menjawab soalan mereka hehhehhe tapi sekurang2nya anggukan mereka melegakan aku, kerana aku mengagak bahawa mereka mengerti maksud yg cuba ku sampaikan heehhehe

and salah satu soalan yg diajukan oleh salah seorang penemuduga yg mencepuemaskan keadaan adalah....

"What would you do if your student, a boy, comes to you and say 'I like you, I can't stop thinking of you' ?"

errrrrrrr whaaaaat hahhahaha mau tak terdiam!! ku diam buat beberapa detik tapi dgn segera ku jwb.

Right enuf abt the interview, alhamdulillah dah lepas, aku hanya berserah pada Allah selepas ni,klw Allah bagi rezeki ni, aku bersyukur, jika tidak, pasti Allah punya perancangan yg lebih baik buatku :)



BACK TO THE MOST IMPORTANT EVENT OF THE DAY!!!!!!

14-02-2012 adalah merupakan ULANG TAHUN BONDA TERCINTA YANG KE 69 TAHUN!!!!
Ya Allah ,kami memanjatkan syukur padaMu kerana melimpahkan rahmat ke atas ibu kami, memanjangkan umur ibu kami untuk kami terus dapat merasakan kasih sayang daripadanya. :'D Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya :')


Ibuku adalah ratu hatiku, :) aku cukup bangga kerana lahir dari rahimmu duhai ibu. Ibu adalah seorang srikandi terhebat buatku, sumber inspirasiku, sumber kekuatanku, sumber ketabahanku :')

Ahh-----Ha!!! tadi kami begitu seronok menyambut ulangtahun ibu di salah sebuah restoran terletak di Jerudong, KTM!! WE really really really had fun!!

The smile on her face..... i remember the smile on her face....

I know she is happy , not because of the bday cake,.... tapi adalah kerana keberadaan kami bersama-samanya :') sayang mama sampai bila-bila, insya Allah hingga ke syurga .. Amiin Ya Allah.... :')

Weeheee gambar2 di bawah ni adalah beberapa "shots" yg mampu ku kongsi, enjoy~~~:DDDD










Monday 13 February 2012

Aku perlukan cintaMu...

Ya Allah...... Tetapkanlah hati kami....Iman kami... agar TEGUH di atas jalanMu yg Lurus....

Ya Allah.... Sungguh aku takut, aku gentar seandainya aku lalai ,seandainya aku lupa, seandainya aku mula tersasar jauh daripada jalanMu yang INDAH ini.....

Aku sedar aku bukanlah hambaMu yang sempurna, ibadahku mungkin belum layak untukku persembahkan padaMu pada hari kebangkitan nanti...

Aku sedar, masih banyak lagi perlu ku perbaiki, masih banyak lagi perlu ku pelajari, masih banyak lagi perlu ku cari....

Ya Allah, tanpa kasihMu, begitu tajam dan penuh duri ku rasakan perjalananku di bumi "khayalan" ciptaanMu...

Tanpa cintaMu, begitu sukar kakiku untuk mengorak tapak untuk mencapai tujuan sebenar hidupku....

Tanpa sayangMu, sungguh lemah rasanya jiwa dan ragaku...

Ya Allah ,
Betapa manisnya ku rasakan saat mengingatMu dalam setiap desah nafasku
Betapa damai ku rasakan saat mencium bumi,tunduk sujud menghambakan diriku padaMu...
Betapa tenteramnya sanubariku di kala air jernih membasahi wajahku di saat memohon pengampunan daripadaMu, menyesali atas setiap perbuatan lampauku yang seringkali mengundang murkaMu, ampunilah aku Ya Allah, Ampuni hambaMu, Maafkan hambaMu yang selalu lupa, selalu dibuai , selalu asyik dengan kelalaian dan permainan duniawi yang penuh tipu daya ini....

Ya Allah,
hanya padaMu ku mengadu segala-galanya,
hanya Engkau yang Maha Mendengar setiap bisik hatiku,setiap rahsiaku,setiap rintihan qalbuku


Ya Allah,
Layakkah hambaMu ini untuk mendambakan cintaMu?

Ya Allah,
Aku merinduiMu

Ya Allah,
Aku merindui kekasihMu, Rasulullah

Ya Allah,
Aku merindui syurgaMu

Ya Allah... layakkah hambaMu ini bertemu denganMu dan juga RasulMu...?

Ya Allah.....Ya Allah.... Ya Allah....

Jangan biarkan, Jangan sesekali Engkau biarkan Kami jauh daripadaMu...

Ya Allah,

Ingatkanlah di saat kami lupa
Sedarkanlah di saat kami lalai
Pimpinlah kami di jalanMu yg benar di saat kami jauh daripadaMu...

Amiin...Amiin... Amiin... Ya Robbal 'Alamiin..... :''')

Sunday 5 February 2012

12hb Rabi'ulAwwal 1433H

SaLam MauLidurrasuL : SeLawaT Ke Atas JunJungan Besar KiTa Nabi Muhammad S.A.W .... May Allah Allow Us (UMAT RASULULLAH) To MeeT Him in HereAfter.. sAy Ameen ... :'D



Seorang lelaki bertanya kepada Nabi (sal Allahu alaihi wa sallam), "Apabila hari kiamat akan ditubuhkan Rasul Ya Allah?" Nabi (sal Allahu alaihi wa sallam) bertanya, "Apakah anda bersedia untuk itu?" Lelaki itu berkata, "Saya belum bersedia untuk banyak solat atau puasa atau sedekah, tetapi saya mencintai Allah dan Rasul-Nya." Nabi (sal Allahu alaihi wa sallam) berkata, "ANDA AKAN BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG KAMU KASIHI" [Bukhari]


*****


Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"

Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"

Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"

Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"

Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"

Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"

Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-



Masya Allah... Betapa rindunya baginda Rasulullah S.A.W pada umatnya..... :'( , kita pula bagaimana? layakkah kita mengungkapkan bahawa kita rindu pada Rasulullah sedangkan kita masih lalai dan lupa melakukan Sunnahnya :'( ...

Ya Allah... izinkanlah kami untuk bersua dengan KekasihMu RASULULLAH di akhirat kelak ... Amiin... :')))


LOVE ALLAH. LOVE RASULULLAH


Friday 3 February 2012

Sinopsis "Keranamu Putera"




PUTERA DANIAL. Itulah satu-satunya kekasih hati, perawat luka, penghibur duka buat wanita itu. Kerana Putera Danial, dia sanggup kehilangan cinta. Kerana mahu mempertahankan satu-satunya zuriat yang dikurniakan tuhan itu, dia rela Haikal membuangnya. Memang rasa sakit bukan kepalang. Betulkah perkahwinan di usia remaja tidak akan berkekalan? Bukankah lebih baik rumahtangga didirikan untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlaku? Atau adakah dirinya begitu naif dalam mengenal erti cinta sebenar.

SYAKILA. Keruntuhan rumahtangga di awal perkahwinan turut sekaligus menghalang cita-citanya untuk sama-sama melangkah ke menara gading bersama sahabat baiknya, Fizatul Akmal. Putera Danial lebih memerlukan perhatiannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Akhirnya Syakila menyambung kembali impiannya selepas beberapa tahun kejadian pahit itu berlaku. Semuanya juga kerana Putera Danial. Untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat Putera Danial.

Serik dengan seorang yang bernama lelaki! Kenangan lama itu cukup membuatkannya hilang kepercayaan pada seorang lelaki. Kasihnya hanya untuk Putera Danial. Sayangnya cuma untuk Putera Danial. Apa yang dilakukan hanya kerana kebahagiaan Putera Danial.

ASHRAF. Seorang pensyarah. Muda, berkaliber, mampu menarik banyak perhatian mahasiswi yang lain. Akan tetapi lelaki ini juga seringkali membuatkan Syakila rimas dan lemas dengan sikapnya. Semuanya kerana pertelingkahan yang berlaku pada awal pertemuan empat mata mereka. Bukan Syakila sengaja ingin menaikkan api kemarahan pensyarahnya itu. Dia terpaksa. Dia juga mempunyai hak. Sebetulnya, “ianya” adalah kewajipan!

Bagaimana pula dengan Ashraf? Masihkah berdendam? Jika sehari tidak melihat kelibat Syakila, pasti membuatkan harinya pudar, hilang warna. Akhirnya terpaksa akur dengan bisikan hati. Dia memang mula meminati wanita yang pernah mencabar egonya itu. Mampukah Ashraf memenangi hati Syakila? Dalam waktu yang sama, sukar baginya untuk memohon kemaafan. Perlukah ego itu dipertahankan? Tinggi sangatkah harga ego itu sehingga dia perlu melepaskan permata di depan mata. Layakkah dirinya buat Syakila?