About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Saturday 31 December 2011

From "MY 2011" To "MY Clueless 2012"

Assalamu'alaikum & SaLam SeJahTera ...... :)

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilahaillallah Wallahu Akbar.... !

Phew Tak terasa sudah BerLaLu Perjalanan Hidup pada Tahun 2011.... Pasti setiap dari kita mempunyai kisah kita yang tersendiri sama ada yg suka,duka,derita,ceria,melukakan,dilukakan,terluka,punah harapan, terlalu berharap,hajat tercapai, impian terlaksana, pengalaman bertambah, kehilangan,perpisahan, kekecewaan, fuhhh banyaak tuuu klw nak sebut hehheehe,

Tapi Yang Pasti , Jadikanlah Yg baik itu sebagai kenangan terindah yg begitu berharga, Yg Buruk sebagai Pengajaran untuk kita menjadi Yg Lebih baik dan lebih baik dan lebih baik.....

Okay As Usual!!! Setiap 1 Januari.... hehe nak buat RECAP apa yg telah berlaku dalam

MY 2011.......

Tapi takdelah nak cerita apa yg berlaku setiap hari XD... big things that hppnd in my life :) Insya Allah....


The First BIG BIG BIG event utk 2011 was My Brother's wedding!!! Setelah hampir sepuluh tahun agaknya dalam family langsung belum ada yg kawin, so yea when my bro kawin, tu yg meriah semacam tu XDD..... cerita lanjut cek je lah archive tahun lepas XDD


Kemudian, hah aku juga mula bekerja sebagai Guru Tusyen di salah sebuah sekolah tusyen swasta....

Then ehm aku juga mula bergiat aktif kembali dalam "Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah" setelah "bercuti" sepanjang tahun 2010 disebabkan perkara2 yg tertentu :) , Alhamdulillah pelbagai mcm pengalaman dan kenangan yg berlaku :)


Tahun 2011 juga cukup mencabar kerana genap setahun lebih diriku bergelar sebagai seorang penganggur berwibawa hahahaha XDDD
Tapi tu lah as i always keep on telling to myself.....

Things Happened For reasons :)))

Sebab kenapa ? Sebab kalau ku dah kerja, pasti cerita yg bakal aku kongsikan ini takkan berlaku ryt? Allah lebih mengetahui :))) .... so Bacalah seterusnya kisahku :DD


Ryt,seterusnya, haha atu, :P aku berasa bertuah kerana pernah menjadi salah seorang
"Pegawai Banci Penduduk" untuk "Banci Perumahan & Penduduk 2011" ... Walau cuma bekerja lebih kurang dua minggu namun pengalaman dan kenangan yg ditimba terrrrrramatlah berharga, tak ramai yg berpeluang mendapat opportunity mcm tu kan, 10 tahun sekali heehhehe


2011 juga memberi aku peluang untuk menghasilkan sebuah novel .... yea novel hehe harapan tu supaya dapat siap by 2011 tapi kita hanya mampu merancangkan? :) insya Allah mungkin akan dpt disiapkan by this january 2012 dengan izin Allah , doakan yg terbaik ya :)


Next......

TRAVEL BUDDIES!!! hehe thanks to my travel buddies, Raihan , Nad & Biqah!! The trip to Kota Kinabalu Sabah was reaaallllyyyyy AWESOME BAAAHHHH!!! Tiadalah bah ku nyasal XD.



Apa lagi? ......


alaaa atu :( My "soul mate" and adik manith blyr.... miss them now ;')) , doakan yg terbaik for you raihan & Tyrah!!! Balik dgn berjaya this yr!! look forward to meet u both!! :DDD


Oh, Towards the end actually many things hpnnd....!
Since aku adalah salah seorang sukarelawan yayasan SHHB, so aku pun telah menjadi salah seorang AJK kerja sukarelawan bagi Program anjuran KKBS iaitu Perkhemahan Sahabat Remaja Perempuan Kali Ke-2 , bnyk betul ilmu diperolehi di sana Alhamdulillah :)

Oh yea!!! My girlfriend kawin!!! Alhamdulillah one of my ABCs kahwin jugak dlm tahun 2011, ku doakan agar Ryna bahagia berkekalan dunia akhirat, cinta smpy syurga lah ye :) Amiin , And and Aku tak sabar nak timang "anak buah" :PPPP

Berbeza pada tahun 2010, pada 2011 aku boleh dikatakan kembali bergiat aktif dlm aktiviti Fotografi ku, alhamdulillah ada some events aku dberi kepercayaan utk mnjadi photographer mereka, mudah2an satu titik permulaan yg baik amiin :)


Ehm mungkin itu adalah diantara jenis EVENTs yg berlaku dlm MY 2011 ....

Disamping itu.... 2011 juga banyak mengajar aku tentang banyak benda, dan telah membuatkan cara berfikir aku juga berubah, menyebabkan aku telah membuat beberapa keputusan yg bakal merubah cara hidupku di tahun 2012 ini insya Allah hanya semata-mata untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t

Aku tahu aku hanya seorang manusia biasa, pasti kdg2 aku terlalai,terlupa, tapi kita sama-sama berdoa pada Allah agar kita sentiasa diberi hidayah dan petunjuk daripadanya jua... kerana...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka" QS 13:11


2011 juga telah mencelikkan aku tentang sesuatu perkara...

kalau nak recall post pertamaku pada tahun 2011, aku ada menyatakan aku ingin mencari "the answer" untuk bbrapa "persoalan" ku, tapi sekarang walaupun aku belum menemuinya tapi aku mula sedar kerana kadang2 ada persoalan yg kita tidak perlukan sebarang jawapan, cukuplah kita berserah pada Allah, DIA lah perancang yg TERBAIK untuk kita....

Dan Alhamdulillah aku lebih merasakan ketenangan kerana menyerahkan semuanya pada Allah, tidak ada lagi rasa terbeban utk mencari jawapan untuk persoalanku yg belum lagi terjawab itu :) kerana Aku tahu..... ALLAH PASTI memberikan yg TERBAIK buat kita ...

Sebab......

"Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu, padahal Ia AmaT Baik Bagimu, dan Boleh Jadi (PuLa) Kamu Menyukai Sesuatu, padahal Ia AmaT Buruk Bagimu; Allah Mengetahui, sedang Kamu Tidak Mengetahui" (Al-Baqarah 216)

Sudah jelas di dalam Kitabullah.... Ilmu itu milik Allah, Allah jua yg lebih mengetahui apa yg TERBAIK buat kita kan? :) So tak payah lah kita nak merungut kalau tak dapat apa yg kita mahu, kerana
Apa yg kita MAHU itu mungkin bukan apa yg kita PERLU di sisi Allah yg Maha Mengetahui :)


And... 2011 mengajar aku tentang erti sebuah "harapan" :)

Dalam kehidupan Ini, kdg2 "Harapan" ini jugalah menyebabkan kita jatuh tersungkur , kerana apa?
Kerana Harapan terlalu TINGGI melangit, kalau menggunung tu takpelah jugak kan? at least masih boleh di daki kalau cukup ilmu di dada, klw tinggi melangit tu yg susah sikit tu..
Tangan Tak Tergapai,
Kalau sampai ke langit pun, tiba-tiba harapan yg diimpikan tu sebenarnya bukan seperti yg kita mahukan, kalau jatuh ke bumi, bayangkanlah macamana sakitnya kan? kalau sakit je takpe, Dari Langit, jatuh ke bumi..... rasa2 boleh survive tak? hehehhe

My point is..... things hppnd made me realise yg dlm hidup di dunia yg hanya bersifat sementara ini....

"Berharap boleh, tapi jgn terlalu berharap" lakukanlah harapan kita dengan tawakal dan istikharah insya Allah jika ianya bertepatan dgn keredhaan Allah, pasti Allah akan beri jugak Insya Allah :)))

And.... sebenarnya kalau benda tu dah memang ditakdirkan untuk kita *apply to many things* , tak pyh susah2 kita nak meletakkan harapan terlalu tinggi, Kalau ianya utk kita, pasti kita dpt..... kalau ianya bukan ditakdirkan buat kita, Nak Berharap Terlalu tinggi sangat pun pasti takkan dapat :) sebab tu lah langkah selamat utk menjaga hati kita yg mudah rapuh dgn menerima sebarang kegagalan ni,
Kita berserah saja pada Allah yg mencipta hati kita.... :)


Phew enough soal harapan hehehhe.....

Bagaimana pula dgn "Keputusan" ....
2011 telah menyebabkan aku membuat beberapa keputusan yg agak besar lah jugak, diantaranya i've shared in my previous blog....
Dan yg lain tu biarlah menjadi rahsia peribadi..... hanya orang2 yg tertentu sj mungkin mengerti dan tahu :)

Apa-apa pun whatever decision we are gonna make.... Jika ianya bersandarkan untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH ...... JUST DO IT ... Tak perlu nak takut apa orang cakap, penerimaan masyarakat dan sebagainya sebab kita takkan boleh nak puaskan hati semua orang... kita lah yg akan SEORANG berdepan di hadapan Allah di akhirat nanti, bukan orang LAIN ....

Sempurnalah Sudah Cerita MY 2011 ,
Alhamdulillah kerana kiTa masih diberi kesempatan oleh Allah unTuk Terus Merasa NikmaTnya Yg Melimpah ruah..... Terima Kasih Ya Allah kerana memberi HambaMu ini keizinan utk bernafas sepanjang 2011....

Ok Now.....

Let's JusT Welcome MY CLUELESS 2012 !!! :D

Why clueless??? of course lah clueless kan.... We never know what's gonna happen in the future....
Masa Depan itu Rahsia Allah :)

Walau Apa pun, Azam aku tahun ini insya Allah, sebenarnya it feels awkward sebab sebelum ni aku tak pernah nak letakkan specific azam utk setiap tahun baru ehhehhe but yea perubahan itu perlu kan klw utk ke arah yg lebih baik? :)

Azam dan juga impian ku....

1- Aku ingin menjadi muslimah yg lebih baik..... KITA SEMUA sama2 jadi yg terbaik yea??? Insya Allah , say ameen :)))

2- Kalau ada rezeki aku nak tunaikan umrah.... ehm Haji tu nak jugak tp as ive told Nad and she agreed... :PPP kalau Haji nanti boleh pergi dgn suami :PPPP, tp kalau ada rezeki berlebih, tak perlu lah nak tunggu kawin kot? hehe apa2 pun insya Allah mudah2an semuanya dipermudahkan :)

3- Nak siapkan my novel "Keranamu Putera" secepat mungkin

4- Nak kembangkan sikit skill photography hehee

5- Selebihnya aku hanya berserah pada Allah atas setiap perjalanan yg diaturkan untukKu.... :)

Marilah kita sama2 mencapai keredhaan Allah , menuju kebahagiaan yg kekal abadi di Syurga Yg Abadi insya Allah... Moga kita sama2 bertemu di Syurga nanti... say Ameen :')

One video from Dr. Reda has said..... There is no absolute happiness here in dunia.....
Nak Dapatkan kebahagiaan yg HAKIKI hanyalah di Syurga.....
Tak hairanlah kalau kita seringkali terluka, sakit, kecewa dan merasa TERASING hidup di bumi "sendiri" sebab " WE DONT BELONG HERE" ....
Dunia hanyalah tempat PERSINGGAHAN untuk kita "Menanam AMAL" dan "Menuai HASILnya" di sana nanti insya Allah.....

Aku bercakap bkn bermakna ingin menunjukkan bahawa aku lah yg terbaik, aku bercakap untuk mengingati diri sendiri yg sering kali lalai dalam menjalani hidup ini....
Jika aku terlupa, aku harap saudara sesama islam akan membimbingku ke arah yg lebih baik :)

Dah panjang nampaknya post ni.... sudah2lah, aku berhenti di sini lah dulu :)

LeT's see how will my MY CLUELESS 2012 reveal its cluelessness by the end of 2012 nanti insya Allah kalau Aku masih diberi peluang untuk bernafas sepanjang 2012 ini :)


"DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DI DALAM KERUGIAN. KECUALI MEREKA YANG BERIMAN, BERAMAL SOLEH DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN" (AL'ASR 103 : 1-3)

MAHA BENAR KATA-KATA ALLAH YG MAHA AGUNG


SaLam 2012 All!!! Love Allah! Love Rasulullah! Love Islam.... :)

Thursday 22 December 2011

It takes u ONE SECOND to change ur mind

SaLam ~~


Nak sTory sikiT apa yg jadi today ..... firstly i wanna show these faces

(^_^) :D XD


Hehehe something "Too Good To Be True" has happened, sounds exagerrate but that's what I feel at least XDDD

Ok kita mula dgn ...

Plan hari ni adalah utk hantar borang permohonan menyambung MasTer di UBD .... Plan wiv Nad beberapa hari lepas, so kami janji nak jumpa di Examination Section sebab nak cop sijil2 sebelum dihantar ke bahagian penghantaran borang sambung belajar.

Aku bertolak dari rumah kira-kira jam 1.57ptg hehe, biasalah SUKAAAA sangat buat kerja LAST MINUTE so aku zoom lah dulu ke kedai berdekatan untuk memotokopi borang dan sijil2 untuk dihantar tu.....

Punyaalah lama pekerja tu nak photocopy smua sijil2/borang, ehmm dlm hati ada juga terdetik "baru kraja kali urg ani" adalah juga dalam hampir 20min nak kena tunggu ==' , ehmm dugaan betul lah kan~~ sabar je lah.... salah sendiri sbb hari ni baru nak photocopy~~

Okay lepas dh siap, aku terus je lah menuju ke UBD , cari tempat letak kereta berdekatan admin, sambil2 tu aku pun menyusun semua sijil dan borang yg baru sj diphotocopy ...

Ni lagiiii satu hal, cukup menduga kesabaran... sebab semua berteraburan!!! pekerja tu bukannya nak SUSUN ELOK2 , lepas tu siap ada yg KURANG lagiii ... pheww tarik nafas ... lepaskan! hehe..... naik juling juga mata nak kena susun balik semua kertas2 tu... sambil2 tu Nad pun sampai, memandangkan aku masih sibuk menyusun kertas2 tersebut, aku pun suruh dia masuk dalam kereta dulu,

nasib baik Nad ada tolong serba sedikit XD ,and nasib baik mula2 masa di kedai tu aku suruh photocopy lebih, so yg KURANG tadi tu bukanlah jadi masalah sngt... ehm....

Ok lepas selesai susun semua, kami berdua pun naik lah ke bangunan bahagian "Examination" utk menCop sijil2 kami, adalah juga nak kena tunggu dlm 11 minit *i think so* hehe

Habis je urusan kat sana, kami terus menuju ke bangunan ILIA utk hantar borang tersebut dgn menaiki kereta ku, lecehlah klw tu pun nak kena guna kereta asing2 ,bknnya jauh sngt pun, tp klw jln kaki, JAUH lah jugak!!! XDDD

Sesampai di sana... ehm cuaca pun semakin kelihatan romantik... hujan mula merintik... Sebelum naik tu, kami sekali lagi menyemak borang kami klw ada yg kurang ke apa ke,lupa nak isi ke.....

Ternyata memang ada yg KURANG!!! borang ku memang ada masalah!! haahhaha XD ada masalah pun boleh gelak XD ......

Borangku rupanya TIDAK SEMPURNA hehe setiap muka surat ada yg kurang di bahagian bawah muka surat kecuali muka surat terakhir .... Aku pun baru teringat...

Aku sebelum ni cuma perasan yg cuma muka surat terakhir sj yg mempunyai kekurangan bahagian bawah muka surat... ternyata mukasurat2 sebelumnya JUGA mempunyai kekurangan .... semua sebab TECHNICAL ERROR!!! mls lh nak ceta camna boleh jd mcm tu =='


Ok .... so apa lagi..... saat2 seperti itu... PLAN B atau KREATIVITI terrrramaaat sangaaaatlah dititikberatkan , lantaklah entah layak ke tidak tu disebut kreativiti ==' hahahaha but apa2 pun TAK SALAH MENCUBA!!!

jam sudah menunjukkan pukul 3.35ptg .... aku tanya nad "pukul berapa kan tutupnya?"

Nad "pukul 4 kali" .... ok KALI XD

Berbalik pada isu "kreativiti" , dsebabkan borang yg ku miliki itu kurang butir2an yg tidak "TER-PRINT OUT" , so apa lagi, takde pilihan, aku pun menulis butir2an itu secara MANUAL dgn menggunakan PEN ==' , dah lah guna pen, tulisan pun bila aku tengok, istighfar banyak2 lah!! ehm tu baru borang pertama, ada 3 borang lg nak kena tulis, memandangkan tulisan tanganku TERLALU lah "menarik" , aku pun minta pertolongan Nadirah utk menuliskan kerana tulisan tangannya jauh lebih SMART drpada aku heeeheee jujur je lah XD , mujurlah tk bnyk sngt nak kena tulis, cuma 2 sections yg wajib sj, selebihnya tu nasib baik takde kena mengena so bolehlah skip XDD


Tapi dlm pada masa yg sama memaaaang aku beristighfar bnyk2 ,kenapalah cuai sangaaat , dah tu dgn keadaan borang mcm tu , aku ckp pada nad "Mudahan sj diorang terima ah" ishhhh hahhaa tak pernah dibuat org, borang tulis MANUAL macam tu =='

Selesai smua tu, kmi pun masuk ke bangunan tersebut, ada security tnya nak kemana, kmi ckplah nak hantar borang master.... tau apa dia jwb?

"Sbanarnya tutupnya pukul 3.45 plg ni,tp cuba saja tah dulu manatau diorang masih ada. tapi naik tangga tah biskita tu psl Lif rusak" ujarnya sambil tersenyum

like WHATT?!!! waktu tu dh pukul 3.46ptg!! hah takpelah, CUBA JE LAH NAIK!! kami pun naiklah, skali lagi,mujur ada Nad yg tau sikit selok belok kat sana hehee

so kmi menuju ke tmpt yg dmksdkan.... heeeeeeeeee ALHAMDULILLAH ternyata mereka masih sibuk bekerja, BERLONGGOKAN borang2 memenuhi ruang meja mereka, errkkk confirm drg kena kerja lebih masa ni hehhehehe

Sesampai tu agak panic juga kalau2 drg tak terima lagi sbb kami lewat tapi ALHAMDULILLAH nasib baik mereka ni SPORTING sngt2 dan tak cerewet.... mcm tu lah ada Tekad Pemedulian Orang Ramai!!!! :DDDDD


So masa nak bagi borang tu, aku bagitau lah masalah dgn borangku, mujur dorang ckp "OKAY" ,bukan masalah besar pun kan hehhehe tapi apabila difikir balik , antara semua borang2 tu, CONFIRM borangku lah yg PALING COMOT!!! eeee


Tapi lepas tu..... ALHAMDULILLAH rasa lega sangat2 :))))) walaupun bnyk DUGAAN yg dilalui tp dgn tekad dan keinginan yg kuat dan bnyk bertawakal pada Allah, Insya Allah, Allah pasti permudahkan semuanya :)))) ,mungkin ini baru dugaan ringan kan? more to come maybe? :D


.....................


Insya Allah moga2 Langkah ini Adalah Langkah yg Tepat... Mungkin ada yg agak terkejut dgn keputusan yg aku buat secara mendadak ni, MEMANG tak sangka :)))

Tapi Semua kuasa Allah... Kalau DIA nak buka pintu hati kita, bila2 masa saja DIA boleh buat kan? It takes u ONE SECOND to change ur mind :)))

Nak jadikan cerita..... sebetulnya sepanjang tahun ni, ramai rakan2 yg tanya padaku

"Inda ko sambung master?" "Kenapa ko nda nyambung?" "Baik Tah nyambung" "Sayang eh, krg klw bkraja pyh g" ... kata2 seperti itu yg slalu ku dgr tp ku cuma seringkali menjawabnya dgn senyuman dan yakin dgn matlamat asalku "kan kraja dulu", sbb kalau nak diterangkan panjang lebar pun ... ehm bukannya nak cakap mereka takkan faham cuma mungkin sudut pandang kami agak berbeza dan "environment" yg kami hadapi juga berbeza :))))


Setiap keputusan yg dibuat pasti mempunyai sebabnya yg tersendiri, klw pada mula2 aku bercadang hanya akan menyambung belajar selepas mendapat pekerjaan sebab Niat UTAMA aku adalah untuk mendapat satu pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan tak sabar nak BELANJA MAMA :)))) , tapi ni dah setahun lebih masih belum mendapat pekerjaan, mungkin rezeki belum ada, tp takdelah aku buat "nothing" , adalah juga buat kerja part time ..... lagi pun klw nak ckp psl rezeki, rezeki ni tak semestinya dr unsur kewangan kan? :)


Tapi aku yakin semua yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersendiri yg Allah rancangkan untuk kita kan?? :) , Contohlah kalau dari awal tahun aku dah dapat pekerjaan tetap.... pastiiiii bnyk perkara yg aku TERRLEPAS peluang, sperti mnjd salah seorang "Pegawai Banci Penduduk" , Menulis Novel, Sukarelawan Yayasan dan kenal ramai kawan baru, mengajar kelas tuition which semua ni memberi aku peluang MELUASKAN pengalaman, menambah KAWAN2 , dan mcm2 mungkin aku terlepas pandang dan banyak lagi PERKARA2 YG TAK PERLU DITERANGKAN :))) , yang pasti.... aku TIDAK pernah menyesal dgn keputusanku dgn tidak menyambung terus lepas habis ijazah pertamaku :)))


berbalik dgn "Kenapa aku tiba2 decide nak sambung master" .... it started actually the day aku jln wiv my fren Noni ke Bridex :DDD ada Job Fair ..... Minggu lepas

16/12/2011

Pendekkan crita, aku tanya lah dia sebelum kami balik, "Apatah ko pilih program mastermu?" *lebih kurang* , noni ckp "Master of Counseling" 1st choice, hati ku pun tiba2 mcm cuba berbisik sesuatu tp ku buat tak endah je sebab aku dulu mmg ada bercadang juga nak pilih program tu sbagai salah satu program yg ku nak buat......

Then Noni ckp smtg abt klw dpt kerja pun takpe, runding dgn jabatan je nanti,mesti senang punya~~ hahha lebih kurang lah kan Noni?? :PP and Noni cakap lagi yg TARIKH TUTUP UNTUK MENGHANTAR BORANG TELAH DIGANJAKKAN HINGGA 31/12/2011 yg sepatutnya sudah tutup pada november lepas.... ehmm..... *pasti ada hikmahnya kan?* :)

Aku pun mcm ehmm ada betul jugak ckp dia hehe.... so lps balik mmg tak fikir langsung lah psl benda tu, kembali normal, "Nanti saja, kraja saja ku dulu"

Tapi keesokan harinya hari Sabtu (17.12.11) .... entah kenapa tiba2 sj hatiku rasa teringin sangat nak tengok Video Dato' Dr. Fadzilah Kamsah sebab aku memang meminati beliau, memang aku nak jadi seperti beliau.....
waktu tengah tengok tu ehmm... Dato ni kan pakar kaunselor/motivasi...... tiba2 , aik mcm kebetulan lah pulak kan? or mungkin itu satu petunjuk???... tapi hatiku masih tidak pasti namun jauh disudut hati, ada sesuatu yg berbisik kuat dlm hati.....

Dengan perlahan.... aku pun mula memasuki laman web Universiti Brunei Darussalam..... cursorku dgn pantas menuju ke bahagian "Post Graduates" section untuk melihat program2 yg ditawarkan ..... dan di luar kawalanku juga ternyata aku telah memuat turun "Soft copy borang untuk menyambung belajar" .....

hatiku semakin kuat tiba2 berminat utk mencuba nasib..... seharian ianya menghantui fikiranku... tp dlm masa yg sama terfikir "klw ku masih alum kraja jua, rugi jua if nda nyambung kan...." aku lebih bnyk bersoal jawab dgn diriku pada hari tu.....

Tapi aku yakin bahawa Allah pasti mempunyai jawapan sebenar untuk setiap persoalanku... aku sedar bahawa ILMU manusia memang TERLALU CETEK dan TERBATAS .....

pada hari Ahad (18/12/11), aku berdoa dgn bersungguh2 dan juga solat istikharah seperti biasa agar aku diberikan kemudahan utk membuat keputusan.... Aku memang tidak mampu utk mengetahui apa yg berlaku di masa depan Kerana
MASA DEPAN ITU RAHSIA ALLAH , tapi aku pasti , Allah mempunyai perancangannya yg terbaik ....


(note: Solat istikharah boleh diamalkan selalu wlwpun bkn utk mbuat pilihan yg besar, insya Allah dipermudahkan :) )

Hari Ahad pun berlalu......
Tiba hari isnin (19-12-11) .... pada waktu pagi selepas matahari terbit... aku pun mula merapati ibuku...... agak gementar juga nak membuka topik ... tp apa2 pun I HAVE TO MAKE DECISION VERY FAST!!

Perbualan pun bermula, ternyata ianya cukup membuat ku sebak.... aku cuma hendak memohon restu dari ibuku kerana aku tahu jauh disudut hatinya adalah ingin mahu aku mendapat pekerjaan secepat mungkin tp ibuku juga ingin melihat anaknya menjadi orang yg semakin berjaya...... ayat demi ayat yg terluah dari mulut ibuku cukup membuatku terkesan.... dia cukup restu dengan keputusanku utk menyambung belajar kerana itu mungkin adalah yg terbaik utkku dan masa depan KAMI :'))))))

... TERIMA KASIH IBU KERANA MERESTUI ANAKMU ... :')))) dengan itu hatiku bertambah YAKIN utk meneruskan hasratku itu kerana aku tahu....

"Redha Allah Tergantung Kpd Keredhaan Ibubapa & Murka Allah Tergantung Kpd Kemurkaan Ibubapa" (Hadith Riwayat Bukhari)


.... Dan aku pun memulakan misi mengisi borang permohonan dan dihantar pada hari ini (22-12-11) ..... Alhamdulillah..... ehm ternyata kurang dari seminggu aku telah membuat satu keputusan yg agak besar :D , satu keputusan yg selama ini aku begitu yakin tidak akan melakukannya....
Aku bukan mahu mengatakan yg keputusanku itu adalah yg terrrbaik utk masa depanku sebab as i said, Masa Depan Itu Rahsia Allah...... Tapi sekurang-kurangnya aku tahu itu adalah keputusan yg terbaik SETAKAT INI :)

Apa-apa yg akan berlaku di masa akan datang masih di luar batas kemampuan kita kan? Tawakkaltu 'Alallah.....


NOTE:

1- Kalau nak hantar borang.. cek betul2 esp. yg memPrint direct terus dari internet.... JGN CUAI :)

2- Setiap benda yg berlaku PASTI ada hikmah disebaliknya, walau sekecil2 kejadian.... Misalnya..... Kalau Nadhirah tak ikut sama2 aku hantar borang, pasti aku takkan tahu ada kekurangan dlm borang aku kan? :D and kalau lah Tarikh Tutup tu tidak diganjakkan, pasti aku tak apply sambung master kan? :D .... so Never UnderEstimate The Littlest Thing dat happn in our lives!!! :D .....

3- Jgn lupa minta restu mak bapak sebab tanpa mereka, we are NOTHING

4- Jgn gusar jika kita BELUM dapat apa yg kita mahu..... sebab Allah TAHU bila waktu yg TEPAT untuk kita dapatkannya dan DIA tahu bila kita benar2 BERSEDIA.... atau Allah punya perancangan LEBIH baik dari itu.... Sentiasa Yakin dengan Ketentuan Allah :)

5- Jgn buat kerja LAST MINUTE!!! bahaya!!! *keep on reminding myself* hehhehe


Wednesday 14 December 2011

...Alhamdulillah.... "guru oh guru"

Hari ini 15hb Dec 2011 ....

Jam 7 pagi aku sudah bertolak dari rumah untuk menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan pada hari sabtu lepas.... iaitu JabaTan Sekolah-Sekolah. Di Jalan Ong Sum Ping.... untuk menghadiri satu sesi temuduga bagi jawatan sebagai

GURU RELIF....

Pagi yang hening ku hiasi dengan senyuman di wajahku semasa memandu, lebih-lebih lagi saat melihat PELANGI muncul di pagi hari!! Indahnya ciptaan tuhan :DDD Ehmm hatiku terdetik "mungkin satu petanda dan permulaan yang baik kerana sang pelangi sudi menyapa aku pada awal2 pagi" :DDD


Sesampai di sana, aku pun mencari tempat letak kereta, nasib baik aku jalan awal sikit, tak lah susah sangat nak cari tempat letak kereta~~


Tidak lama kemudian, berbekalkan kalimat Bismillahirrahmanirrahim... aku mula mengatur langkahku satu persatu untuk menuju ke tingkat 4 bangunan tersebut...


Saat kaki ku mula melangkah di kawasan lantai 4 itu, aku ternampak seorang perempuan sedang menunggu di salah sebuah bilik yg pintunya separuh terbuka..... ternyata Nadhirah!! hehe temanku sudah sampai terlebih dahulu daripada aku rupanya~~ Semangat nampak~~ Alaa, kan kalau awal lebih banyak rezeki :DDD


Pendekkan cerita, salah seorang pegawai yg bertugas di situ telah memberi kami satu tugasan penting.... kami disuruh menjawab satu soalan berbentuk esei dalam bahasa inggeris, Pilih 1 daripada 4 soalan..... Ehmm 4 soalan yg agak mencabar....

Aku pun memilih soalan pertama, ianya berkaitan tentang The effectiveness ways of teaching that the teacher should do ,ehm lebih kuranglah, tak ingat the exact soalan hehe...


So yea kami diberi masa selama 30minit utk menyiapkannya, Alhamdulillah nasib boleh buat :)


Lepas siap, kami disuruh masuk ke bilik sebelah, sebelum sesi temuduga bermula. Sementara menunggu, tak sangka ada pulak sesi "Pre-interview" hehehe, kebetulan ada salah seorang kakitangan disana sedang duduk membaca suratkhabar, ternyata bekas guru sekolah tempat Nadhirah pernah menuntut.... Macam2 isu menarik yg cikgu tu timbulkan, iaitu isu pengangguran, isu disiplin kanak2 remaja zaman sekarang, sekurang2nya "perbincangan" itu berguna jugak untuk sesi "pemanasan" sebelum di temuduga XD


Ok, now! Aku adalah peserta kedua dipanggil untuk temuduga, out of 7 candidates :DD

Aku pun mula masuk ke bilik temuduga, agak gementar jugak, tapi entah kenapa, saat melihat wajah2 penemuduga itu,rasa gementar itu mula beransur surut, mereka memberi "Environment" yg selesa, jauh berbeza dgn sesi temuduga untuk jawatan lain yg pernah ku alami , syukur Alhamdulillah sekali lagi, :D


Biasalah pada awalnya pengenalan diri, kemudian aku diberi tugasan untuk membaca satu artikel yg terletak di atas meja, cuma 2 paragraphs yg disuruh baca,

Lepas tu,soalan SEBENAR pun bermula~~

"Memilih cikgu hanya sebagai Last Resort?" wow soalan agak panas hehe, soalan yg cukup berkaitan dgn artikel yg dbaca, isu kebanyakan graduan hanya memilih guru sebagai Last Resort!! Ehm I shud say it is my FIRST RESORT!!! aku jawablah dengan penuh keyakinan, pelbagai jawapan yg tdk dirancang sudah terkeluar dgn lancar Alhamdulillah :)


Soalan seterusnya, klw tak silap.... "Apa yg dayang selalu lakukan di masa lapang???" haha suka sangat soalan ni XDDD, Apaaa lagiiiiii ,aku pun tak bagi chance!! XD salah satu yg menarik perhatian mereka ialah apabila ku memberitahu aku pernah menghasilkan satu novel islam untuk dipertandingkan dan pada masa ini sedang menghasilkan satu lagi novel yg baru, ehm insya Allah moga2 siap tahun ni! :D


Kemudian beralih pula pada soalan tentang pengalaman Teaching Practice yg pernah kmi lakukan sewaktu semester terakhir di ubd.... Satu soalan yg agak di luar jangkaan...
"Kenapa memilih sekolah menengah arab perempuan" sebagai tempat untuk ku menjalani kursus Teaching Practice? , jujur je lah, :) , cuma nak mengalami suasana baru macamana rasanya berada dalam "Single sex school" kerana dahulu aku sudah pernah mengalami belajar dalam suasana "Co-ed school" , so yea so on and so on , Alhamdulillah again, :)


Soalan BESAR yg terakhir adalah mengenai pendapatku tentang SPN21 (sistem pendidikan negara abad ke-21) yg mula mengambil tempat sepenuhnya di Brunei pada tahun lepas,

Soalan ni agak berat tapi alhamdulillah "homework" yg dbuat mmg bnyk membantu dan pengalaman yg ada cukup berguna, Experience is really the best teacher :)

Aku pun mengeluarkan hujahku dimana dgn sistem baru ini, kita beralih dari cara "Traditional method of teaching" kepada "Constructivist method of teaching" where students can be able to construct the knowledge by themselves ... because I believe ...

"I see, I Forget. I Listen, I remember but when I do, I will understand" and this quote really really put some smiles on their faces :DDDD Thanks Allah! :DDDD


Lepas tu aku memberitahu betapa bertuahnya pelajar sekarang kerana berbeza pda waktu dahulu, sbagai contoh subjek Matematik, kita cuma main hafaaaaaaaaal je the formulae rather than cuba nak faham ehm, takde "peluang" nak "kaji" the formulae brbanding sekarang yg memakai sistem pendidikan seperti ini,

Hehehe aku terketawa saat salah seorang penemuduga mengiyakan pendapatku dan bercakap

"Awu ih, kalau inda... Mesti dayang Dapat DISTINCTION kali maths dayang dulu kalau bkn Credit" dia bergurau ehhehehe, dalam hatiku bckp, MUNGKIN?? :PPP dpt credit pun dh bersyukur alhamdulillah :))))



So yea i think dats all i wanna share :DDDD....

Overall... The interview was REALLY REALLY GOOD....., and...

I Love To be A Teacher!!! teeeheee :DDDD


"Ya Allah... Jadikanlah ini satu permulaan yg baik" :) ...

I Believe Allah knows better :) ... Walaupun dah setahun mencari pekerjaan, tp ianya di isi dgn perkara yg bermanfaat dan berfaedah, penantian bukanlah satu perkara yg menyakitkan :DDD


I'm happy today :) , smpy jari terkerat sebab nak kerat buah utk mak pun masih tersenyum XD


Waiiitt..... CIKGU IJA!!! Hope You Read This! :DDDD


Monday 12 December 2011

Running in The Rain......




Petang tadi, aku telah pergi ke Tasek Lama untuk Jogging. Dalam perjalanan, hujan mula turun. Dalam hati terfikir sama ada hendak meneruskan niat atau patah balik saja ke rumah. Ehm tapi pedal minyak dan stereng kereta ternyata lebih pantas bergerak daripada akal yang masih membuat keputusan. Tup tup, Dah Sampai Tasek!! Alaaah Lari Je Lah!!! XD

Mp3 Dipasang, langkah demi langkah dihayun dari kelajuan paling minima hingga kelajuan yang boleh dipanggil sebagai JOGGING! Hujan yang pada mulanya hanya merenyai semakin menjadi-jadi seiring dengan larian yang semakin laju. Sesekali ada sekumpulan 3 budak kecil berbangsa cina menarik perhatianku, ku hanya tersenyum dalam hati melihat gelagat mereka entah apa2 entah XD. Mereka bermain air di salah satu kolam kecil yang terdapat di tasek tersebut, menyiut sesuatu, aku tidak pasti apa, ehm takkanlah ikan kot? aiiik ada ikan ke kat situ??

Ehm pedulilah, larian hanya diteruskan.

Air Hujan yang semakin deras menitis di wajahku yg bercampur dgn peluh yg mula bercucuran ternyata menyukarkan larianku....

SUNGGUH TIDAK KU SANGKA ... BERLARI DI BAWAH HUJAN MEMANG TIDAK SEMUDAH YG DIBAYANGKAN!!

Aku terpaksa bertarung dgn lebih kuat untuk menyerap Oksigen kerana rembesan air dari sang hujan sedikit sebanyak menjadi penghalang bagiku untuk bernafas, ehmmm ..... ditambah lagi dgn lagu2 indon dr mp3 yg tersumbat di telingaku semakin membuatku terasa seperti berada dlm sinetron Randi Pangalila hahahhaha RANDOM!!! XD LEMAS!!! XD


Tapi mindaku masih sempat berfikir tentang kebaikan berlari di dalam hujan.....

Ianya sesuatu yg bagus kerana tidak akan ada yg mampu mengagak sama ada wajah kita yg basah itu adalah Lebih kepada PELUH.... atau AIR HUJAN semata2.. ATAU pun...... AIR JERNIH yang jatuh dari kelopak MATA..... :)


Oh ya! ingat masih 3 budak kecil berbangsa cina yg bermain di kolam kecil tu?? Sewaktu ku dalam perjalanan menuju ke kereta, ku melihat ketiga2 mereka tersenyum girang membawa satu bekas berisi air setiap seorang, kelihatan dlm bekas itu terdapat BENDA HIDUP ahhahhaa aku tidak pasti APA!!! XD ikan barangkali...or BERUDU??? XDDD


Aku kemudian baru menyedari baju ku sudah basah dek air hujan, nasib baju itu hanyalah baju lapis, terasa penat juga berlari pada waktu hujan ni, kepenatan jelas terasa. Tanpa berlengah ku menuju ke gerai mak cik yg berjual AIR KELAPA! perrgghh nikmat,Alhamdulillah :D ,

Masa untuk pulang!!! Kejap!! Sewaktu dalam kereta, aku telah menerima 1 mesej, rupanya dr temanku NONI!! ea ckp "Serius jua" XD pada awalnya ku berfikir mungkin dia masih berada disana atau sudah mahu pulang, ku hanya membalas selamba mesejnya.

Mesej punya mesej..... ternyata.... yg dilihatnya dlm perjalanan,bukanlah aku tapi kakak ku!!! XD Yg kebetulan berada di kawasan lain pada waktu yg sama dan memakai kereta yg selalu ku gunakan utk pergi kemana2, hehehehe THINGS HAPPENED yea noni?? XDDD


Ok, enuf for this entry :D , see u next time insya Allah :D




Sunday 11 December 2011

GerhAna buLan 2011


Allahu Akbar ..... Allah yang berkuasa menjadikan sesuatu diluar daya kemampuan kita berfikir. Ilmu itu milik Allah...

Last night 10.12.2011 , buat kesekian kalinya, fenomena Gerhana Bulan terjadi .... Gerhana Bulan terjadi apabila bumi berada diantara bulan dan matahari....


Apabila Allah berkehendak, maka akan terjadilah tanpa sebarang kesukaran, milik Allah segala yang ada di langit dan di bumi....

Perasaan melihat Gerhana Bulan memang sukar digambarkan......

Inilah saatnya bila kita berpeluang melihat "Full Moon, Half Moon & CrescenT Moon" in just ONE nighT....! Allahu Akbar!

Nothing much to say, gmbr yg dibawah adalah some shots that ive taken last night.... :)









Dari Abu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda : “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana karena kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah, apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan shalat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” (HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nomor 1516)

Wednesday 7 December 2011

..... The Interview ......

The interview......


Alhamdulillah.... It went quite well but .... I just don't understand the idea of :


1- Kenapa perlu dipertikaikan my 'educational background' (Bachelor of arts.Education: Economics/Mathematic) yang tidak memenuhi syarat dan kehendak jawatan yg dipohon sedangkan boleh saja pihak yang tertentu menapis dari mula lagi dan tak perlu nama saya disenaraipendekkan untuk dipanggil temuduga.......


Akan Tetapi.... kenapa pula dlm sudut yg lain... *just my own opinion*
bagi mereka yg tidak memiliki Ijazah pendidikan tp memohon utk menjadi guru, tidak pula dipertikaikan, malahan diberi peluang utk melanjutkan setahun pengajian bagi mendapatkan sijil perguruan.... saya masih boleh faham mungkin rezeki mereka , tapi.... tapi.. tapi kenapa pihak yg berkenaan lebih

"MEMILIH MEREKA yg tidak memiliki ijazah pendidikan/perguruan OVER US yg dah tentu2 ada ijazah dan sijil dlm perguruan/pendidikan pd asalnya" ... tak salah jika mereka dipilih dan mungkin itu adalah rezeki mereka....


tpi bukankah ianya satu pembaziran dr segi kewangan dan masa , dr segi kewangan kerana mereka perlu dibiayai utk menjalani kursus setahun utk mengambil sijil perguruan.....sedangkn yg sudah sedia memiliki ijazah pendidikan tidak perlu lagi menjalani kursus sedemikian....



ianya juga tdk menjadi isu jika sekiranya memang terdapat kekurangan dlm para graduan yg memiliki ijazah pendidikan, tp masalahnya sekarang ialah terlalu bnyk lepasan graduan yg memiliki ijazah pendidikan dan tidak diberi peluang utk sekurang2nya menjalani ujian bertulis... saya bercakap berdasarkan fakta...


Jawatan yg dipohonkn adalah "Pegawai Pelajaran" tp langsung mendapat jawapan

"Dukacita memaklumkan awda tidak memenuhi syarat iklan setelah diperakukan bagi jawatan tersebut"

, well, mungkin mereka mempunyai "sudut penilaian" mereka sendiri..... fikiran saya mungkin masih cetek dlm cuba memahami "sudut penilaian" mereka.





2- Kenapa perlu isu "anak ke berapa dlm keluarga" dijadikan persoalan...?? O.o tolong betulkan persepsi saya yg masih cetek ini.....

Menurut'NYA' ,....... menjadi seorang anak bongsu dlm keluarga, SUSAH untuk menjadi seorang PEMIMPIN , so maknanya semua anak bongsu di dunia ni SUSAH lah utk mendpt peluang utk menjadi pemimpin atau bertanggungjawab utk menjawat jawatan ataupun tugas yg penting dan juga berat?????


Anak bongsu SUSAH lah jugak utk mendpt tempat dlm mana2 lapangan pekerjaan yg berbentuk KEPIMPINAN???? may i know jenis kerja macamana yg langsung TIDAK MEMERLUKAN ciri2 KEPIMPINAN???? tak bnyk, sikit pun ciri2 kepimpinan perlu ada dlm diri individu.


Sekarang saya sendiri dh keliru dgn definisi KEPIMPINAN itu sendiri....



BERTANGGUNGJAWAB dlm mencari wang belanja sendiri dgn tidak terlalu memilih pekerjaan (sementara menunggu mndpt pekerjaan yg tetap) wlwpun gajinya tidak lah setinggi mana, sekurang2nya tdk menyusahkan keluarga....... ..... *Anak bongsu pun boleh buat* , mungkin ini belum lg mencapai makna KEPIMPINAN itu sendiri


..ehmm......


Oh yea, i'd like to say thanks to


My beloved bonda
My sisters/bro
Adyani Adanan
Kak Wardina Saffiyah
Cikgu HelizaHelmi

For their KATA2 SEMANGAT td pagi.... really appreciate that

LOVE YOU ALL!!!! truely :'D


Moga kalian sentiasa mendpt kebaikan dunia akhirat amiin :)


Tolong doakan saya akan mndpt pekerjaan tetap so soon yea :) hugggssss


Rezeki Allah ada dimana2 :)



Monday 5 December 2011

Khemah Persahabatan Remaja Perempuan Kali Ke-2


Cerita bermula pada suatu hari.... aku menerima 1 panggilan telefon.... :P dari Unit Sukarelawan YSHHB ... "Mau jadi AJK Kerja Utk K.P.R.P kali ke-2" ? mula2 bpikir2 plg kn mau or nda hehe tp since jobless atu and yea dah namanya sukarelawan, it's my duty n responsibility yea :)

so yea pendekkan crita, i agreed! the program runs for 4days , sukarelawan YSHHB 3 org sj hehee, c Nad bun bun last minute ku tariik sal nda cukup urg hahahhaha sakleeeekonadeeehh XDDDD , kami bemukim di Pusat Belia , BSB !


But yea as i always remind to myself, anytg we did, anytg hppnd, surely for reasons :DDD

i mean yea, if i didnt join this program, i wont get the chance to meet up new friends or shud i say family yea? wlwpun only 4 days, i feel glad to know them kaka2 ajk and sisters peserta :) and yea missed BABU ALUS!!! :DDDD

My 1st time merasa tinggal di hostel Pusat Belia, not bad tmptnya :D

siuk bnrnya the activities , mcm2 kmi buat, diantaranya, Eksplorasi Bandar Seri Begawan, siuuk!!! hahahhahhaa camapa tu ah raun2 BSB mcm ala2 explorace tp nda mereezz lah, yeta sini ku lap lap "My heart" hahhaha nah rindu tah ku kn Kaka Farah nah XD , and kaka2 lain jua hehhehe


den ada g lawatan Ke Unit Penderaaan Kanak2 dan Wanita... never regret to choose to visit this place, bnrnya kmi ada pilihan 4 tmpt kn dlawat dat day , tp ku memajal kn ikut ke dat Unit, lurus nad?? XD , p yea baguslah the visit ,pendedahan yg berguna utk students remaja masani yg most of them telampau Sosial...... it's not wrong but yea by having this talk.. dpt mbuka mata drg lagi and us of course, and most of cases yg drg handle atu mcm unbelievable it hppnd in our peaceful country ... but yea kejahatan ada dmana2 klw nada pegangan agama yg kuat....
I remember that ASP "Puan Mar" ckp ...


Nobody can define ourselves unless tani sendiri.... *lebih kurang*

and ..... "The only thing we can change is ourselves" .... quite true... we cant change urg lain, melainkan tani sndri yg mau brubah.....

i really adore her!! ada karisma!!! :DDD Tabik lah!!! :D


and i hope that talk dpt mbantu para remaja yg join msatu lebih berpikir luas dlm keburukan isu "pergaulan bebas"


some cases atu mbari sedih, kanak2 nda bedusa jd mangsa ulih mereka2 yg nda bertanggungjawab.... luar nmpk baik tp blakang2..... so yea berhati2 klw kn bkwn or what. it's not tani kn nda mau pecaya urg,ganya..... BERHATI2 ..... jgn mudah terpedaya dgn kata2 manis :)


and tani sebagai wanita berhak mempertahankan hak & kepentingan tani, jgn biarkan jd mangsa , Wanita walaupun kaum yg lemah tp mampu menggegar dunia yea? hehehhe buh


OK! enough said hahahhaha XD

Aktiviti lain yg ku suka lg... ah! yg ari jumaat ptg! hahhaha mcm2 drg buat! siuk meliat, drg kana pacahkan into 6 groups and masing2 buat lain2 aktiviti, ada yg Membuat recycle thing djadikan bentuk bangunan Pusat belia, ada yg membuat origami pakaian pengantin , atu g yg melukis inai apakah namanya tu hahhahaha alaaa yg ala2 pacar india ah ehhehhe, den cara2 bemekap! haahha! main alat muzik guling tangan, membuat kelupis, masak kek batik vico, phew atu bnyk!! hahaha tp siuk lah siuk hehehhe

den last day ku nda brapa mliat aktiviti sukanria drg colaborate wiv Pusat bahagia Pulaie :( psl sibuk sdiakan speech utk jadi Emcee acara Penutup ptgnya huhuhu tp nda apalah, hehhehe pengalaman baru jd Emcee hukhuk hahhahaha antah eh hehehehe


Overall...... I feel so glad and thankful to be part of this team :) . rindu kamu2 semua :)

Hugggsssss!!!!

Thursday 1 December 2011

.... sTaTus updaTe ......

Hehehe random post ...... ani diantara sentences yg ku pernah buat..... bulih dh dibukukan ni..... hahhaha banarrr th tu XD , bnrnya kn paste smua yg pernah ku buat jd status dlm fb tp sangal jua ah mengakas fb lama atu,ketara th tu slalu update status smpy bnyk kn diunjar... ehm.... ane sj dulu dpt ku slamatkn.... manatau ku bnr2 kn mendelete fb Liyana Julay atu, so syg jua "ayat-ayat" yg pernah dicipta dulu atu huhuhu... so yea~~ :D

Some of My Quotes......


... Bila Kaca Disangka PermaTa... Usah Hairan Andai GeLap Disangka MaLam...


... Lebah Yg Kehilangan SengaT TakkAn MenJadikAnnyA Seekor LaLaT ...


... TakkAn NamanYa Penawar jika Tiada sAkiTnya ...


... TakkAn namanyA 'MaLam' JikA Tak BerTemAnkAn 'Sepi' ...


... TakkAn nAmanyA HuJan JikaLau TidAk MembasAhi Bumi ...


... Being A HumAn Doesn'T sTop You To Fly Like A Bird ...


... JangAn Dibenci Lebah KeranA BisanyA ... HargaiLah ia KeranA Penawar Yg DibawanyA ...


... SyurgAkan HaTi, IsTanakAn Jiwa ...


... Di dALam Seekor LebAh Yg BerbisA , Ada MembawA Penawar Yg BerhargA ....