About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Friday 30 November 2012

"Ada duit, cari duit. Ada peluang, jangan buang"

A: "berapa umur kita?"

B: "cuba teka"

A: ehmm.... "50 labih?"

B: senyum ... "62"

A: "Ya Allah! banar???? kita nampak muda!" ... 

A: "Apa petua kita nampak muda?" :)

B: "Duit ada, nada masalah" senyum senyum 

B: sambung lagi...... "Kalau ada masalah, jangan terlampau difikirkan. Perkara lepas jangan dibawa ke masa depan. Kitani inda dapat mengubah tani punya past. Buang masa saja kan? Future mesti tani terus liat" :)

A: Angguk2 setuju. Dalam hati...."she is really something"

A & B really had a very qualitative conversation together. Si A dengar dgn tekun cerita perjalanan hidup B sehingga B berjaya seperti sekarang.........


Sampai satu ketika.... B mengungkapkan satu ayat yang sehingga kini melekat di minda dan hati si A

B:  "Ada duit, cari duit. Ada peluang, jangan buang" 

Si A terus tabik spring pada B, seorang Wanita yang berjaya dalam perniagaannya yang hanya bermula dengan minatnya jadi seorang tukang hias pengantin sehingga sekarang dia telah pun memiliki tiga buah cawangan butik pengantin milik peribadi beliau sendiri....

Si A tergamam seribu bahasa. Tidak sangka. Perwatakan wanita itu hanya bersederhana.... Humble, terlalu Humble..... Pelbagai nasihat dan petua yang dikongsikan......

Hidup mesti positif. Rebut peluang selagi ada. Jangan pernah kenal erti putus asa. Jika ada masalah, cari apa puncanya dan bukan mengalah. Jangan pernah tinggal di masa lampau. Masa depan lebih penting. Hobi boleh buat duit. Dan... JANGAN PERNAH BERHENTI..... dan yang lebih hebat lagi..... SOLAT JANGAN LUPA......... :')


Ye ye, si A itu akulah tu.... :) ... Si A yang masih punya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, banyak ilmu perlu dicari, banyak tunjuk ajar yang perlu diberi .... :) 

Terima Kasih buat B yang memberi aku semangat dan lebih percaya diri. Memberi galakan untuk meneruskan bidang fotografi ku :).....

Tidak sangka bahawa aku akan berjumpa wanita sehebat ini pada petang tadi.... di rumah salah seorang pengantin tempat aku menjalankan tugasan fotografiku :) ....

Thanks Allah......... :)


Wednesday 14 November 2012

1434H ...... Berhijrahlah...

HIJRAH ................

Tidak berdiri hanya dengan berkakikan NIAT
Tidak berjalan hanya dengan sehayun PERBUATAN

Tapi Hijrah yang sebenar akan memiliki denyutan nyawa dengan istiqamah yang berterusan. Pantang menyerah di pertengahan jalan, walau datarannya tajam dengan duri yang menyakitkan.

Siapa yang pernah menjamin perjalanan akan sentiasa rata jalannya? sedangkan si kecil yang mula merangkak lagikan tersungkur,  si tupai pula, yang mahir melompat pun akhirnya terhempas ke tanah jua.
Tapi pernahkah kita melihat si kecil yang merangkak dan berkali-kali tersungkur itu berhenti berjuang? Tangisannya tetap saja ada, itu lumrah dunia, menangislah kalau rasa sakit, siapa kata ianya berdosa?

Namun, senyumlah semula sebab ....DIA kata "Jangan bersedih, Allah bersama kita" :'))) .... Menangislah dalam senyuman dan teruskan perjuangan!!! Allah sayang kita. Allah sayang kita. Allah sayang kita. Pertolongan Allah tetap saja dekat dekat dekat. Dan kenapa kita harus rasa takut dan menghentikan semuanya?

Berjuanglah jika ianya memberi kebaikan
BerHijrahlah kita semua ke arah kebaikan. Usah peduli apa orang mahu nilai, Bukan BUKU mereka yang dihisab dalam penentu syurga/neraka kita nanti. Hijrah kita, 'buku' kita.

Wahai saudara seagamaku, Mari Hijrah sama-sama ke arah yang lebih baik? :) Kalau jatuh, kita bangun sama-sama :) , jangan terus tidur hingga hilang nyawa.


SaLam Ma'aL Hijrah 1434H. MaaF Zahir BaTin.....

Love Allah, Love Rasulullah. Love Ibu Ayah. Love All Till Jannah.............