About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Saturday 28 January 2012

.....Hidayah......

I just watched this movie and it really touched my heart.....

AllahuAkbar, Subhanallah, ALhamdulillah.. Laa ilahaillallah... :')

Hidayah Allah dtg tidak mengira siapa,bila,di mana, pasti akan di berinya pada yg mencariNya...


Ya Allah tetapkanlah kami di dalam agamaMu :') Amiin!

Rasa cemburu pulak pada gadis ni sebab dia dah pergi tunaikan Haji :') insya Allah one fine day I will go there. Ya Allah... :')


"Cikgu Ayu"


SaLaM Friends!!! Still remember my adowwaable Mr.KoTak????? XDDDD

Sekarang kiteee dah ada "Cikgu Ayu" pulak !!! *sukanyeeeeee*

Pada 21.01.2012 secara rasminya adalah "kelahiran" cikgu ayu!!! hahahha disebabkan terlalu mengAdorekan c mr.kotak tu, so my friend NaD mengambil inisiatif untuk kami sama2 mencipta DANBO kami sendiri!! XDDD

Punyalah susah pada mula2 nak buat tu, sebab tak paham macamana konsep penyusunan serpihan2 kertas tersebut HAHAHA , nak gam pun agak susah sebab benda tu dah lah kecik, banyak bahagian nak kena letak gam pulak tu, silap2 gam confirm boleh jadi "Cikgu ayu KAKU" LOL XD.

Disebabkan itu adalah percubaan pertama kami, hampir dua jam jugaklah nak kena siapkan tapi finally,..... HAPPY SANGAT!!! the feeling to see "Cikgu Ayu"a.k.a Danbo pompuan ni,memang tak terkata!! we greet her by saying * Haiiiiiiiiiiiiiiiii!!!* XD

Kite tengok je lah gambar kat bawah ni~~~







Wednesday 25 January 2012

Qasrun HasanaH

SaLaM~~~

Qasrun Hasanah? Nama bagi "Syurga" Kami :)))) ...It Means IsTana Bahagia....


Secara rasminya Berpindah dan Menginap Di Rumah Baru kami pada 15.01.2012 (Ahad) yang Lepas. Hahaha memang berkejar ke sana ke mari. Barang-barang jangan cakaplah, masih belum habis berkemas! hahhaha. Mana tak nya, confirmation electric disambung ke rumah mendapat approval on 14thJan.2012 , Rancangan asal kiranya nak tunggu beberapa hari lepas tu baru nak pindah. Tapi memandangkan Mama terlalulah sangat susah hati sebab meter elektrik dah dipasang, sekarang ni macam2 kes kecurian yang berlaku, nak ditinggalkan rumah walau sehari pun bahaya! Tapi memang betullah cakap mama,

So apa lagi, malam tu 14hb, kempen secara agak sederhana besar lah jugak. Membersihkan dan mengemas mana2 yang patut. Belum cukup itu, aku pun turut diserang migraine yang teramat sngt sebab dipertanggungjawabkan oleh mak, nak kena cari Kumpulan Dzikir,LAST MINUTE hahahhaha!!

Mana sibuk nak kemas itu kemas ini, nak contact beberapa kumpulan dzikir lagi yang kebanyakkannya tak available! Dah nama Last Minute, agak2lah... nasib baik mereka ni pun tolong bagi beberapa contact kwn2 mereka yg mungkin available, mlm tu memang aku belum dpt lagi, balik dr berkempen di rumah baru pun hampir jam 11 ==' memang tulang blakang pun rasa nak patah dah hahahhaha


Pencarian kumpulan dzikir utk sama2 berjemaah dan mbaca quran sempena mula berpindah rumah (cuma majlis sederhana di kalangan keluarga) aku sambung lagi pada esoknya 15hb! bangun pagi2 lps subuh,terus message salah 1 kumpulan dzikir tu, hahhaha confirm org tu geram sebab pagi2 buta kite kacau XDD ,dah tu untuk majlis pada malamnya plak tu! buat lagi buat lagi~~~ aku yg kena! hahhahaha


Agak kelam kabut jugak hari ahad tu, nak kena berkejar ada jemputan majlis perkahwinan lagi, adik pada salah seorang kwn aku yg bersanding pada hari itu. Memang betul2 BEKEJAR KE SANA KE MARI, mak pesan "Jangan balik akhir" ok ok, ~~


Phew penat sungguh lah bila terkenangkan hari tu XD, lepas majlis tu, aku pun menerima 1 panggilan telefon, selepas beberapa message dari bbrapa kumpulan dzikir tersebut memaklumkan bahawa mereka tak available ,panggilan telefon tersebut akhirnya jd pengubat rasa kecewaku hahhaa, dia cakap dia try..... dan dia juga cakap lebih kurang "Jgn diamalkan last minute ah" ..LOL!!!! XD nak buat macamana?? :PP


Kemudian kami pun bertolak dari rumah kakak aku (tempat yg kami tumpang menginap, thanks sis n bro in law sbb bagi kitorang tempat berteduh walau cuma untuk beberapa bulan :))
Oh, aku lah yg jadi driver untuk Mak!! XD

Ehm agak tersentuh jugak sewaktu mula nak berangkat tu..... Aku cakap pada mama.."Pindah tah kitani ni ah?" , mama tersenyum penuh kesyukuran, aku dapat merasakan bahawa dia cukup bahagia..... dah lama kami nantikan saat-saat ini :') .... perasaan memiliki rumah sendiri memang jauh berbeza dgn menumpang atau menyewa rumah lain..... pelbagai dugaan dah kami tempuhi, dan aku pasti semuanya berkat kesabaran kami sekeluarga akhirnya Allah berikan kami kebahagiaan ini... Syukur padaMu ya Allah :')

Cuma yang membuat aku sikit sebak adalah..... alangkah bahagianya jika Ayah turut ada bersama meraikan kegembiraan ini bersama..... tapi apakan Daya, Allah punya perancangan yang lebih baik..... (Al-Fatihah buat ayah Haji Julay Bin AmaT) .... Moga Allah mempertemukan kita semua di dunia yg kekal abadi di sana nanti AMIIN :'D



Aku pun memulakan perjalanan dengan membaca beberapa surah pendek agar perjalanan dan penghijrahan kami kali ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah..... biarlah ini kali yang terakhir, dah tak nak pindah2 lagi dah!!!! ahhahahha, dah 4 kali pindah rumah! oh my memang sungguh memenatkan! kalau pindah ni cuma nak bawa badan,tak kisahlah! ini, nak angkat dan kemas barang2 tu yg leceh , phew!

Finally we have our own house again!!! Kampung halaman LUPAK LUAS tetap dalam kenangan :') tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat bermain,bermanja,bersusah,bersenang,bersedih,bergembira,. tapi apakan daya, kadang2 "Penghijrahan" itu PERLU kan? :)

Sekarang kami tinggal di Kampong Kilanas, Ban 3 ! Aku dah jadi ORANG BAN dah sekarang, bukan lagi ORANG LUPAK!! hahahahhaha


Aku nak skip , penat lah kisah petang yg memenatkan tu,sebab sesampai di rumah baru kami, masih banyak benda yg kami perlu buat,

dipendekkan cerita, alkisah kumpulan dzikir tersebut, dtg lewat sikit tapi sempatlah ketua mereka mengetuai kami sekeluarga solat fardhu maghrib berjemaah diikuti dengan solat sunat hajat.... Mereka cuma TIGA ORANG hahahha nak tergolak lah jugak *last minute punya pasal, what do u expect?* XD

Masya Allah....!! Punyalah MERDUUUUUU yang AmaaaT suara ketua dia tu!!!! hampir nak nangis dibuatnya mendengar alunan bait2 ayat2 suci quran yang dibaca oleh saudara tersebut!


Lepas solat, kami pun membaca beberapa surah quran yg khas ,sehingga masuk waktu 'isya ..... saat dia suruh kami turut berdoa agar keluarga kami dapat hidup dengan harmoni di rumah ini,hatiku terusik, rasa nak nangis lah pulak tapi tahan je lah, kerana memang itu yang kami semua harapkan, hidup bahagia,harmoni dan aman serta mendapat rahmat daripada Allah s.w.t , amiin :')))


Ya Allah.... aku bersyukur padaMu, setelah sekian lama, bermacam-macam dugaan yg timbul dalam memastikan pembinaan rumah ini berjalan lancar, akhirnya Engkau beri jugak ,Alhamdulillah.... :') ..... Penghijrahan demi penghijrahan, dugaan demi dugaan, akhirnya kami sampai jugak ke sini...ke "Baiti Jannati" :')))


Biarlah kisah lampau yang memeritkan itu terkubur bersama detik yang sudah berlalu :)

bukankah "Allah uji tanda DIA sayang" ...? :)


Yang penting aku bersyukur kerana sekarang kami kembali merasakan kebahagiaan yang pernah tercicir pada suatu ketika dahulu :)



ALHAMDULILLAH !!!


Hey hey, Now I have MY OWN spoT To write my novel~~ hhahahhaa :P


This is my humble "Tiny WorLd" where my 'heart' is living now :)