About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Sunday 8 December 2013

Budak "sTandard A"

Bismillah.


Banyaknya lebihan makanan budak-budak ni. Bisik hatiku di saat melihat masih banyak lebihan "feeding" budak-budak sekolah yang hanya dibiarkan di dalam kontiner itu tanpa dijamah. Walau hanya sekadar kuih ala-ala muffin yang simple, still bukan alasan untuk dibazirkan. Ni kalau diberi pada budak-budak somalia ni pasti mereka akan tersenyum bersyukur.

"Kamu, lekas ni bawa semua makanan ni bawa balik asrama, untuk makan nanti malam"panggil aku pada mereka yang sudah bersedia mahu berangkat pulang. Memang geram jugaklah apabila budak-budak ni langsung tidak menjamah makanan tersebut. Punyalah kerajaan baik hati sediakan feeding dorang hari-hari, senang-senang saja mereka nak bazirkan? Tak patut!


"Tak mahu cikgu, kami takkan makan tu" jawab salah seorang dari mereka. Haaiih baik punya jawapan, kalau ikut rasa  hati, ingin saja disumbatkan kuih tu ke mulut dorang ni biar dorang "kenyang" sampai bila-bila!

Memang kecewa mendengar jawapan sebegitu. Paksa punya paksa, akhirnya ada jugak yang "mahu" membawa kuih2 tersebut, itu pun mereka tak mahu bawa semua. Takpelah kalau dah tak nak, aku boleh bawa, aku bukan tak mahu bawa tapi semua tu kan feeding budak2, mereka lebih berhak. Tapi kalau dah dipaksa pun tak nak, apa boleh buat.


Namun, dalam kehampaan, tiba-tiba ada satu suara menyapa…..

"Cikgu, saya nak" ku perhatikan seketika raut wajah yang penuh dengan senyuman tanpa paksaan. Ya Allah, ternyata masih ada di kalangan mereka yang MENGHARGAI REZEKI ALLAH ini! Aku pun tersenyum bersyukur. Memang budak ini "lain daripada yang lain" :)

Aku kenal budak ni, dia adalah salah seorang pelajar yang memang excel dalam akademik..
Memang keEXCELan budak ini menyerlah apabila dia tidak suka membazir. Tidak mustahil, mungkin ini adalah one of the contributing factors yang menjurus kepada keEXCELannya kan? *grammar berterabur*


…..

Hari berikut.



"Kotornya" ujarku sambil tangan menuju ke arah tong sampah yang sudah muntah dengan isinya. Sehingga mee yang tidak habis dimakan kelihatan berkeluaran daripada tong sampah tersebut dan mengotori lantai.


"Mari tolong cikgu bersihkan" inilah kata-kata yang masih tersangkut di hati belum sempat ku lafazkan, apabila ada seorang budak tanpa disuruh mula mengaut sisa-sisa sampah itu dengan menggunakan plastik sebagai alas dan membersihkan lantai tersebut sehingga bersih.

Masya Allah, tersentuh hatiku melihat kesucian pekerti budak ni.

Inilah budak yang sama yang TIDAK SUKA MEMBAZIR itu.

Ya Allah, budak ini memang BUDAK STANDARD A !!!

*MENANGIS*





Friday 6 December 2013

Kisah Budak-Budak I.S

Bismillah.



Ni nak cerita "sikit" (yang mungkin boleh jadi panjang tanpa niat) pasal BUDAK-BUDAK I.S , I.S? hehe al ma'na : Ibnu Sinaa, ahhh senang cakap, aku nak cerita pasal kisah budak2 pra u1 ibnu sinaa yang selama lebih kurang sepanjang tahun 2013 ini diamanahkan untuk berada di bawah jagaanku,

Dalam erti kata yang tidak berbelit dan lebih kedengaran akademik adalah,
Aku adalah Form Teacher mereka, *tangan ke bahu, mata ke atas"

First thing first, aku nak suarakan rasa tidak puas hati ni, *hopefully mereka baca* :P ,

Perkara yang paling aku tidak puas hati adalah dari awal tahun sampailah aku "bersara" dari menjadi form teacher dorang, dinding papan yang ada di bahagian belakang kelas dorang ni LANGSUNG TIDAK MENJADI, planning mula2 bagai nak rak, nak simpan itulah, nak simpan inilah,
last2, semua terbabas *buat muka garang* , memang agaknya budak sains macam ni, ehhhh jap, bukan sepatutnya korang lebih "praktikal" ke?? Lalalalalla :P


Hehe, ok sekarang dah boleyh switch mode :)


Sepanjang hampir setahun bersama mereka, aku boleh simpulkan mereka ini jenis "gila-gila" sikit, bukan gila, tapi gila-gila, fahamkan? terpulanglah kalau tak faham, :P

Budak-Budak I.S ni asalnya adalah seramai 19 orang, tapi Alhamdulillah 3 orang daripada mereka telah berjaya mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pengajian A-Level mereka di luar negara. Alfu Mabrouk, teacher doakan semuanya akan pulang dengan kejayaan :D


Kalau nak diceritakan satu persatu perangai mereka ni memang alamatnya esok tak kerja lah aku *boleh?*

Actually mereka ni punya karenah yang pelbagai , "bising, ulat buku, suka ngantuk dalam kelas, suka cakap2, suka makan2" , nampak byk negatif? Negatif bagi yang berfikiran negatif tu…. :P


sambung lagi, "suka tangkap gambar, suka sambut harijadi, suka cakap TEACHER BELANJA KAMI TEACHER!!" *lagi sekali tangan ke bahu, mata ke atas"  :PPP


Anyhow, dari lubuk hati yang paling dalam (alahai dah masuk bab hati lah pulak) , i love to have these kids under me, sometimes they've put smiles on my face pada waktu2 muka lupa nak senyum ….

walaupun begitu, as a teacher, i hope my kids ni akan lebih matang dalam kehidupan, i believe, pengalaman akan mengajar mereka untuk bersikap lebih dewasa dalam menjayakan hidup :)

As what I've told them, next year will be the very tough year, I've been there and done that,
so my advice is

GRAB EVERY SINGLE OPPORTUNITIES, BECAUSE GOOD THING WILL NEVER KNOCK YOU TWICE…

Akhir kalam, I love my Budak-Budak I.S , keep strong in life, you all know where to find me IF YOU NEED ME :P but first, FIND ALLAH FIRST…. He knows where to lead your way.. :)

By the way…. mohon share the pixies via I.G haahahaha





Selamat Maju Jaya semuanya,

Love Love,
Your Ex-Form Teacher, pis pis kacang pis















KPAF Di HaTi


2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013….. bukan satu jangka masa yang singkat… banyak sejarah sudah tercipta, banyak perjuangan sudah ku saksikan, ragam budak-budak keluar masuk silih berganti. ada ketikanya aku membesarkan suara kerana ingin mendidik, membisu ketika mentasmi'e , bukan mahu mencari kesalahan tapi ingin membetulkan kesalahan murid-murid…..

Aku sedar, aku banyak belajar erti kesabaran di sini. banyak belajar erti kehidupan. 

Memang berat rasa hati di saat dimaklumkan bahawa

"Kelas Pengajian Al-Furqan terpaksa berhenti setakat di sini" …. Ya rabb…. sungguh lemah jiwaku… 

Tidak pernah terlintas langsung di fikiran bahawa suatu hari nanti perkara ini berlaku…. KPAF terpaksa diberhentikan oleh sebab-sebab yang tertentu, aku kecewa pada "sesetengah pihak" yang seakan tidak menjulang tinggi satu pengajian yang mengangkat martabat mukjizat teragung…..


Biarlah Allah membukakan hati, mencelikkan pandangan 'mereka' tentang kepentingan Al-Quran….
Betul kata tuan pengerusi, mungkin perjuangan kami bukan di sini, pasti ada di luar sana yang lebih hebat sedang menanti. 

Hari ini , in sya Allah pasti akan ku semadikan sebagai salah satu tarikh yang akan aku kenang hingga ke mati.

6hb Disember 2013 , Perjuangan Kami, Perjuangan KPAF kami akhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran buat anak-anak hasil didikan KPAF sendiri…..

Sewaktu perkumpulan ringkas pada pagi tadi, diiringi dengan ucapan ringkas daripada tuan pengerusi, aku tahu, pasti semua yang berada di situ menyembunyikan kesedihan yang ditahan…. aku tahu, keluarga KPAFku semua berat hati mahu melepaskan semuanya pergi….

Tidak mengapa wahai sahabat-sahabat, Allah punya perancangan yang lebih baik kan? :') …
Ukhwah kita tidak akan terputus setakat di sini, kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga pasti kita akan terus bersama walau di mana kita berada.


Tersentuh rasa hati apabila menerima satu mesej daripada salah seorang parents murid KPAF pada pagi tadi melalui WhatsApp...





Allahumma Masya Allah…. sungguh tinggi penghargaan ini. Namun, kami serahkan semuanya pada Allah, hanya Allah yang mampu menilai :') … syukur kerana perjuangan ini telah melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran

Nasihatku, dari manusia yang serba kekurangan ini:

Semoga anak-anak didikan KPAF akan terus menjulang tinggi mukjizat yang terhebat.
Berakhir KPAF bukanlah penutup jalan bagi Kalam ALLAH ini daripada terus membasahi bibir-bibir anak-anak produk KPAF.

Teruskan Perjuangan bersama, walau di mana berada, biarlah kita bersatu dalam mencintai Al-Quran, kerana Allah CINTA pembaca Al-Quran…. tidak ada yang lebih hebat daripada mendapat cinta Allah… :)


Gambar kenangan bersama anak-anak KPAF yang berada di bawah jagaanku…. Ya Allah, lindungilah mereka agar sentiasa berada di bawah rahmatMu… :')))) Ameen...





"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."







Secara rasminya….

Bekas Tenaga Pengajar KPAF….

Cikgu Liyana

Saturday 16 November 2013

Pigeon hole Hati

Bismillah…..


Senyap sepi si blog tanpa entri , maaf cik blog, lama aku tak update entri ni. Sepi bukan sebab tiada kisah mahu aku kongsi , atau "hilang" rasa untuk diberi. Melampau pula kalau sibuk aku jadikan alasan. Sudahlah cukuplah aku mengarut.


Kadang-kadang ada saatnya kita pasti akan merasa terlalu banyak untuk diluah tapi tersekat di dinding hati yang halus sifatnya. Tidak akan mungkin mampu dikeluarkan semua secara sempurna.


"Pigeon hole hati?"
Entah burung hantu mana pula yang singgah meletakkan "surat" tanpa alamat pada si pigeon hole hati yang sudah berhabuk ni. Ish --''



Tiba-tiba ada pula jiwa sedang diduga ketenangannya. Aku tahu, DIA mahu aku belajar menguatkan jiwa. Memang unik cara sang penganugerah cinta yang hakiki. DIA mahu aku ingat kembali, memang betulkah aku SERIUS dengan "ikrar"ku selama ini , atau aku hanya sekadar CAKAP KOSONG yang punya tarikh luput buat sepurnama dua. Sebab itulah barangkali ada surat tanpa alamat sedang mengisi pigeon hole ni.

Nah, kau buktikanlah sekarang….

Iye, in sya Allah, terima kasih Allah kerana mengingatkan "janji" itu kembali. Tapi hambaMu ini lemah jiwanya, masih rapuh imannya. Bagaimana aku mampu lakukan semua ini tanpaMu duhai Rabbku….

Aku tahu, KAU amat dekat, terlalu dekat. Tidak perlu aku menjerit pada dunia untuk mereka memahami, cukuplah ENGKAU mengerti…..

Aku yakin, Allah yang Rahman pasti akan bantu aku atasi semua ini. Tunjukkan jalan keluar yang terbaik. Berikan pilihan yang ada redha bagiMu…. agar tidak cacat perjalanan hidupku…..

Basah wajahku bukan kepalang, kerana mengenang betapa masih melimpah ruah kasihMu buat aku yang masih terkontang kanting mencari makna untuk semua ini…… kenapa perlu aku menagih kasih dunia sedangkan kasihMu di depan mata dan tidak terhitung kiraannya. Bodoh betul aku.


Duhai pencipta hatiku, izinkan aku untuk lebih dekat padaMu dalam mencari makna yang sebenar dalam mencari jawapan yang pasti akan Engkau beri. Jika juga ada redhaMu, permudahkanlah jalan bagiku,Entah esok, lusa, aku tidak tahu. Yang aku PASTI, …. cuma satu. KAU akan beri yang terbaik buat aku.

Hanya padaMu aku bergantung harap. Aku takut jika ada surat yang tidak mampu aku hayati kata-katanya. Aku masih bernyawa di sini hanya untuk mencapai redhaMu

Pigeon hole hati, maaf, setakat ini aku masih membiarkanmu berhabuk dengan kehadiran si burung hantu pengantar surat tanpa alamat.


Aku sekadar mencari erti,
L.J







Friday 26 July 2013

247 is 27 ...... Love is Heaven

ALHAMDULILLAH

I'M TURNING 27! 




27...... Allahumma Masya Allah... :) dah 27 dah? Hanya pada Allah ku panjatkan kesyukuran, ku serahkan kecintaan..... Tidak pernah aku berasa yakin untuk masih mampu bernafas pada usia sebegini kerana masa depan itu rahsia Allah.... dan apabila kini aku diberi peluang lagi untuk merasa nikmat Allah yang tidak pernah surut, Aku yakin bahawa ada masih tanggungjawabku pada dunia, pada agama, In sya Allah... Allah maha mengetahui ... :)


Mari ku namakan sambutan ulangtahunku pada kali ini sebagai CINTA.....

Mengapa? Mari aku mulakan cerita...........


24.7.2013


Hadiah PERTAMA yang aku terima..... adalah HADIAH daripadaNYA....! Hadiah Terindah, Teristimewa, Sungguh tinggi nilainya. 27 pada 247! Allahu Akbar.. Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan usia ini! Hadiah TERHEBAT!

247  bermula dengan mengabdikan diri hanya padaNya di bulan ramadhan yang penuh barakah...sahur sahur jangan pernah ditinggalkan kerana di dalamnya ada keberkatan, Rasul kita yang ingatkan... :) , subuh jangan pula dilupakan... jangan... 


Itulah permulaan usiaku yg ke-27 tahun.... mari mari aku kongsikan lagi CINTA di hari lahirku! :D

Dari awal pagi sudah aku merasakan alam turut tersenyum bersamaku, rasa bahagia yang sukar untuk ku jelaskan sedang berirama merdu di dada , aku hanya ingin berkongsi rasa bahagia :D :D :D Perjalanan menuju usia 27 bukanlah mudah, sebab itulah aku tersenyum kerana tanpa ku sedar, aku telah berjaya melangkah hingga ke "sini" .... semuanya atas kehendakNya :)

Aku teruskan lagi menerokai usia 27 ku pada 247 itu, Kewajipan aku jalani seperti biasa, pergi kerja~~ kereta ku pandu bahagia, 247 adalah "hariku", WAJIB aku ceria! Ya!!  

Mesej daripada telefonku tidak pernah jemu berbunyi, ucapan harijadi ku terima sejak semalam belum pernah surut, masya Allah , sungguh ku hargai :DDD , daripada keluarga, daripada  sahabat2, rakan sekerja, tidak kurang juga para pelajar2ku ! Dan ternyata di tempat kerjaku ada tiga orang termasuk aku mempunyai tarikh harijadi yang sama! Tu yang texts dari Group WhatsApp tidak berhenti berbunyi tu! :D pelbagai kata2 ucapan yang menyentuh hati, menghibur hati, doa2 yang hebat diberikan! Semoga kamu semua juga turut diberi kebaikan yang sama! Ameen Ya Allah!

Oh! Ni dia "kembar"ku! Teacher Saidah!



Eh ye aku cakap ada 3 orang kan? Hah sekarang ni dia masih cuti bersalin, in sya Allah minggu depan dia akan masuk kerja balik! :D hah ni dia gambar yang sempat aku "curi" daripada dia hehe

Happy bday Ka Mizah~~ hahahha i know we are "TWINS" but seniority cant help me not to address you as KAKA.... hehehhehehe XD but anyhow I love you like sister! haha :D

Baiklah! Teruskan lagi kisah "cinta" ku :D , sesampai aku di bilik staff... keadaan staff kosong, sunyi... taaapiiiiiiii senyumanku mula melebar dan tersentuh hati apabila mendapati ada sesuatu istimewa diletak di atas meja kerjaku.... Terima Kasih Kak Seri!!! Nyaris2 aku...... hehe nasib mampu ku tahan! memaaaang kan! hehe..... here is the lady that put smileeeee on my face early at workspace!




Hadiah kedua yang aku terima! Oreo balls! Sedaaaaaaaap!! Thanks again Kak Seri! U r always my "Kau Yang Bernama Seri" haaahahaha XD


Okay cepat mari aku teruskan lagi! pada 247 itu sekolahku agak sibuk kerana ada pelbagai acara, dan ianya memerlukan aku dan Ka Seri berjalan ke sana ke mari menguruskan beberapa tugasan, dan "perjalanan" ku itu diiringi dengan ucapan harijadi lagi daripada rakan2 sekerja, murid2, Ya Allah bahagianya! ... tidak sedar masa berlalu begitu pantas, aku dan ka Seri kemudian masuk kembali ke bilik staff kira2 jam 11 pagi..... menyelesaikan lagi beberapa tugasan untuk persediaan Parents Teacher Meeting pada esoknya......

Tiba-tiba...... ekor mataku, sepasang telingaku menangkap satu "keriuhan" daripada luar.... Murid2 di bawah jagaanku! PraU1 Ibnu Sinaa.... aaaaahhhh mereka buat apa pulak niiii..... dalam hati aku dapat mengagak.... kemudian beberapa orang daripada mereka masuk dan memanggilku untuk keluar sebentar... ngaaaaaa aku tidak tahu apa yang sedang ku rasa pada saat itu, Malu atau apa? Hahahha budak2 ni memang!

Aku pun hanya menurut kehendak mereka.... keluar sebentar..... tidak menanti saat...

Hadiah Ketiga...!
Selantang2nya Mereka menyanyikan lagu harijadi buatku, Masya Allah, aku malu...... campur terharu sebetulnya..... sungguh, aku dikelilingi oleh CINTA! Ini adalah cinta! Aku semakin terharu apabila ada beg bungkusan pula dihulur padaku.... Ya Allah mereka bersusah payah memberiku hadiah pula! Hadiah keempat tu!!

Aku suka.....cantik... sehelai tudung, coklat......manis sungguh!


Nah tengoklah wajah2 mereka yang tersayang! Terima Kasih.... :') 







Aku lanjutkan lagi kisah cinta ini... aku beralih di rumah pula..... memang tidak ada perancangan istimewa untuk menyambut ulangtahunku kerana memang itu permintaanku sebab pada 257 adalah harijadi abangku, disatukan saja, lagi bagus kan? hehhehe ...... dan dan..... kisah cinta tidak berhenti.....

pada sebelah petang, kira2 jam 5 lebih.... aku dikejutkan lagi dengan kedatangan seseorang....tak, bukan seorang, TIGA ORANG!!! hhahahahaa Nad!!! memang sengaja nak "kenakan" aku niiiii! Nadhirah, Suzi dan Safwan datang ke rumah hanya semata2 ingin memberiku hadiah...Ya Allah.....sungguh hati mereka penuh dengan rasa cinta, kasih dan sayang...... tapi sayangnya aku terlupa hendak mengambil gambar bersama2.... tapi takpe, aku kongsikan gambar HADIAH KE LIMA! iaitu Kek dan Coklat! ehm kek tu aku akan cerita kemudian....hehhee ni gambar coklat je dulu! :P





Eh, jangan lupa, kita berada di bulan ramadhan... itu maknanya, tidak lama lepas tu akan tiba waktu berbuka puasa! Juadah berbentuk HADIAH! Hadiah daripada salah seorang kakakku bersusah payah memasakkan Mee Kuah!! sedap sangat! aku bahagia kerana aku bersama keluarga :')))) ini adalah Hadiah ISTIMEWA.......

JENG JENG JENG........ kakak aku tiba2 letakkan satu cupcake MINION di depanku! hahahah comeeeeeel!!!!!!! aku tunjukkan nanti....... dan juga ada sepotong kek kecil lagi....juga akan ku kongsikan nanti.....! dah berapa hadiah ni? 6? 7? 8? :D


Dipendekkan cerita sikit ..... malam tu lepas terawih, aku ada janji untuk bertemu dengan my "soulmate" hehe sahabatku Raihan, malah aku boleh kategorikan dia sebagai Kakakku :) ... dia angkut aku pergi CBTL.... berkongsi "cerita kami" .... :)




Dan Hadiah ke Sembilan...............


 Sepasang Jubah dan tudung labuh...... Bila kita ingin berubah, Allah akan Bantu.... hakikatnya hadiah yang ku terima juga menjurus ke arah "hijrah" ... :)

 This is not just a box, not just a present, but instead a symbol of love, friendship, trust, as we believe that "we never get tired to have each other" .... Allah telah hadiahkan aku seorang sahabat yang mengerti walau terkadang aku hanya berdiam diri, memahami walau ada ketikanya aku tidak mahu berkongsi cerita hati...... 
And you want to know... this is not just a box but also a CREATIVITY! .. LETS SEE!!









CREATIIIIIIIVE SANGAAAAAAAT!!!! SALUTE YOU! and dia juga beri aku kek!! hahahaha


LOVE IS REALLY EVERYWHERE IN MY LIFE!

Mari aku rumuskan apa yg terjadi pada 257 pula, the "real" celebration hehe.. naaahhhh tu diaaaaaa.... perasan ke tak tadi dah ada berapa biji kek? aku boleh katakan harijadi aku tahun ini FULL OF CAKES!!!

Nah tengok! semuanya terletak di atas meja makan, bulat jugak mata nengoknya! nak makan yang mana satu! 


Hey .... ada lagi hadiah seterusnya..... daripada my one and only "honey" hahhahaha....alalala dia maluuuu nak beri hadiah tu.... thanksss loveeee kerana menambah lagi rasa CINTA....
ini dia....hadiah dari dia.. adyanny! :DDD


Cinta ada di mana-mana!!! 


Dan ini salah satu hadiah istimewa yang tidak boleh ditukarganti... itulah bday brother Haydee! hehhe, Elman pulak yang lebih teruja!! budak ni!! hehehe, selamat ulangtahun brother...moga rahmat Allah sentiasa melimpahi diri dan keluargamu...Ameen...


Dan seperti ku katakan tadi, apabila kita berubah ke arah yang lebih baik, in sya Allah keadaan sekeliling akan berjalan beriiring, Allah pasti SOKONG :) .... ini pula hadiah daripada kakak iparku...


Cinta Allah melebihi dari segalanya...yang tidak akan pernah mampu terlintas oleh hati, tidak mampu dibaca oleh akal...sebab semua itu DIA yang beri... :)



Dan sekarang bagaimana..? Tidak melampau kan kalau aku katakan tadi.... 247ku kali ini adalah penuh dengan CINTA.... 

DAN CINTA ITU JUGA ADALAH INI............


Dengan takdir Allah.... kerana Cinta wanita inilah aku mampu merasa Cinta pada setiap 247....
Wanita inilah hadiah sepanjang hayat....
Wanita inilah cinta sepanjang zaman....
Wanita inilah IBUKU, inilah sumber cintaku, sumber inspirasiku, sumber kekuatanku sebab dia selalu kata padaku

-Tabahkan Hati ...anakku....-

Namun aku juga tidak lupa, ada satu lagi cintaku...jauh di mata, tapi sentiasa dekat di jiwa melalui jambatan doa.... Almarhum AYAHKU..... AlFatihah selalu ada buatmu.... besar harapan agar engkau juga ada bersamaku..tapi Allah lebih menyayangimu ..dan aku REDHA itu... :'))) Aku yakin rasa cintaku pasti sampai padamu .....

Buat semuanya....terima kasih atas CINTA yang kalian beri
Bukan material sebagai kayu pengukur 
Tapi ingatan dan kasih yang tidak pernah luntur....

Doaku pada Allah supaya Allah mengurniakan limpah rahmat, taufik hidayah, rezeqi dan umur yang baik BUAT KAMU agar kita sama-sama menuju jalan yang SATU..... 

Jalan CINTA yang kita damba...

Cinta sebenar....berada di SYURGA .....






SALAM CINTA....DARI AKU INSAN BIASA....

LIYANA..........





Sunday 14 July 2013

24

6hb Ramadhan .........


3 biji kurma dan beberapa teguk air selesai masuk ke dalam perutku, Alhamdulillah sudah tiba waktunya berbuka, tanpa berlengah aku solat maghrib dulu. Jumpa "DIA" dulu sebelum aku menyambung tugasan lagi :D , DIA yang bagi aku peluang utk berpuasa lagi kali ini. Terima kasih.

Ku kerling jam seketika, ek? dah pukul 7? aduh kena cepat ni, janji 7.15 kena ada semua di sekolah.
 Ah ah ye , malam ni giliran sekolah tempatku bertugas pula untuk memenuhi jemputan Tadarus Al-Quran di Istana Nurul Iman, satu kebiasaan yang tidak pernah ditinggalkan oleh raja kami yang menjunjung tinggi perintah sang pencipta, pada setiap Ramadhan, aku bersyukur menjadi rakyat baginda :) ,sungguh...

Hehe tengok, mudah carried away tapi takpekan? hehe.....

Aku pun dengan seberapa segera bersiap untuk bertolak dari rumah, jumpa ibu kejap, pergi luar meja makan, abang offer something, cendol, teguk cendol sikit, eh sedaplah pulak? tapi syukurlah at least sempat rasa sikit

Kunci kereta aku ambil seberapa pantas, erk dah pukul 7.15 dah? aku sempat lagi tarik keluar hp , cek mesej melalui WhatsApp group , eh eh masih ramai yang baru nak bertolak dari rumah, phew nasib.

kereta ku pandu dalam kadar "kebiasaan"ku (hehehehe muka bersalah) ... okay, drama bermula........

sampai pada lampu isyarat utk menuju ke sekolahku..... erkk JALAN TUTUP ke??! O.o ada polis, alahai apani? pikir punya pikir, Memaaaanglaaah tutup, kenapalah aku tak terfikir dari mula, mungkin sebab ini baru pertama kali aku melalui jalan tersebut pada malam bulan ramadhan, memang "Jalan Tutup" adalah satu kebiasaan sebab mengelakkan kesesakan kereta di hadapan Istana Nurul Iman.....

Tapi perempuan sorang ni memang tak reti bahasa, redah kasi pecah! buat muka toya je......

Pak Polis: "kita kan ke mana?"

Aku: "ke sekolah arab, jemputan tadarus di istana"

Pak Polis: "banarnya jalan tutup dah ni, kita lalu jalan sana saja short cut"

Aku: "Jalan mana ah? lalu mana tu?"  , eh??? sejak bila pula aku tak tahu jalan tu? hahahha lantaklah kau, buat muka blur tahap siput. polis tu pun tunjuk ke arah tu, aku masih buat2 tak faham. akhirnya........

Pak Polis: "inda apalah, kita cuba nasib saja lalu sini"

ALHAMDULILLAH, boleh LEPAS pun kan??!! bukan apa, jalan yang dicadangkan tu aku tengok kereta dah panjang macam lelipan gergasi bersaiz 2KM , kalau aku lalu sana, pukul berapalah aku nak sampai skolah? ........ Terima kasih pak polis! :DDD


Aku pun menyusuri perlahan laluan "Babu raja" dan hadapan Istana Nurul Iman.... masya Allah boleh tahan juga ramai orang yang sudah berbaris untuk masuk ke istana.......hah sudah2 menyibuk, jalan terus, dalam beberapa minit kemudian, sampai perkarangan sekolah, park kereta,

kakak-kakakku ramai dah berada di sekolah, mereka sudah bagai keluarga baruku, lagak macamlah jarang-jarang berjumpa pada waktu kerja, cerita tak pernah mahu selesai, itu ini begitu begini, mereka punya pelbagai karakter yang membuatku terhibur :D you know I love you all ! Thanks Allah kerana dikurniakan insan2 terhebat seperti mereka, sumber rujukan agama, penawar hati di kala duka :D


Bas pun tiba untuk membawa kami semua menuju ke Istana Nurul Iman, dua buah bas sudah cukup untuk menampung keramaian kami para guru-guru perempuan. keadaan malam agak sejuk sikit sebab hujan rahmat turun di malam ramadhan :) , hujan yang berirama perlahan.

Setiba di Istana, kami memasuki salah sebuah dewan yang terdapat di sana untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Di sinilah aku bertemu dengan beberapa wajah yang sungguh ku kenali, rakan-rakan dari sekolah arab yang lain,  aku hanya mampu menghulurkan senyuman dan lambaian pada mereka yang sudah hadir terlebih awal dan mengambil tempat duduk yang selesa, takkanlah aku nak redah kasi pecah lagi buat kali kedua? jangan.............


Di sini, kami dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan sudah dipilih untuk menjadi pembaca utama dan satu lagi membaca Quran secara sendiri menurut juzuk yang bakal diedarkan...
satu keping kad kecil bertulis juzuk yang ditetapkan diedarkan satu persatu........akhirnya sampai juga ke tanganku...... aku dapat nombor 24, eh? macam tau2lah pulak itu nombor kita~~ tersengih manjanglah aku tak mampu ku tahan :DD


Setelah semua peserta sudah bersedia, bacaan tadarus pun dimulakan oleh kumpulan dari sekolah lain dan diikuti oleh satu kumpulan awam (mungkin, aku tak pasti sangat) dan akhirnya menuju kepada kami. sungguh  tenang ku rasa, satu perkumpulan yang penuh rahmat dihujani dengan alunan kalam-kalam Allah yang tiada tolok bandingnya, dalam bulan yang penuh hikmah dan berkat yang melimpah ruah........ Ya Allah :')


Oh ye, lupa mention, salah sebuah sekolah yang turut hadir adalah sekolah di mana aku pernah ditempatkan bertugas sementara pada beberapa bulan yang lepas, wajah2 mereka masih ku kenal :D .. setelah selesai bertadarus, kami diarahkan untuk menikmati jamuan di salah satu ruang legar yang terdapat di istana, angin di luar yang dingin pula nyaman menampar wajah, indah sungguh rekabentuk seni bina istana itu :) sempat ku nikmati.... nampak kaya.... raja yang kaya.....bukan hanya dari ukuran harta benda... tapi juga kaya jiwa.. :)


Di ruang makan pula aku sempat bersua muka lagi malah makan semeja dengan bekas rakan sekerja sementara dulu, sempat juga berbual mesra, walaupun masa agak singkat kerana mahu bergegas balik dan menuju ke bas masing-masing......

Dalam perjalanan keluar di istana mewah itu, ada jeritan kecil yang menyapa gegendang telingaku "Teacher, teacher...." di kiri dan di kanan suara itu mengambil tempat, ah! mereka! haha diantara teman yang hanya sempat ku berikan lambaian pada awal tadi, phew, ingatkan siapa!

Perbualan yang agak singkat itu diisi dengan soalan yang tidak pernah tidak, tidak pernah tidak akan disoal! erk! soalan itu lagi dan lagi dan lagi......

"Bila kan kawin ani? Lama kami kan nunggu kau kawin ani, bila? bila?" phew boleh tahan jugak kan mereka ni memacukan berdas-das pertanyaan untuk satu persoalan yang serupa? HEBAT! :P

Aku pun biasalah dengan selamba jawab relek je walau nafas sudah hampir tersekat,
"Doakan saja" ... dan terus apa lagi , teknik mendivert soalan pun terjadi .. sambil mengusap perut si teman "ada isi dah?" ....... hehe .... kedua mereka pula tersengih "belum ada rezeki" ..... in sya Allah, aku doakan terbaik buat mereka, pasti Allah akan kurniakan nanti, Allah itu kan sifatNya Maha Pemurah :)

Dan perbualan singkat tapi padat itu berakhir apabila kami ingin menuju pada hala yang bertentangan..... jumpa lagi nanti in sya Allah :)


.........

Aku hanya mampu tersenyum sendiri sewaktu memandu dalam perjalanan pulang. Perjalanan hidup, ku imbas dengan pantas. Indah sungguh "manuskrip" ciptaan Allah .... Aku rasa cukup bertuah kerana dikurniakan ramai teman yang pelbagai ragam dan perwatakan. Mula awal perkenalan yang punya pelbagai cerita yang unik, mereka yang tadi tu, bukanlah teman sesama bangku sekolah, bukan juga sesama fakulti, bukan sesama majlis pelajar, jauh sekali mengambil program yang serupa sewaktu di uni...... tapi hairan kan? hairan kerana kami tetap mampu sebegitu mesra, ada yang bermula dengan awal perkenalan yang begitu singkat, ada yang hanya baru kenal kerana hanya berjumpa sekali di majlis persandingan teman.

Tempat kerja pula, dalam beberapa jumlah sekolah yang terdapat di Brunei, akhirnya aku tetap juga berada di sekolah arab ini, dan mereka2 yang ku kenal tadi itu juga ironiknya kebanyakkan mereka memang anak kelahiran sekolah arab, aneh betulkan perancangan Allah? aneh tapi indah......Pasti ada HIKMAH :)

Aku percaya dan tetap percaya, setiap ciptaan Allah itu tidak pernah sia-sia, dan aku yakin bahawa

:: KEWUJUDAN SESEORANG ITU MAMPU MEMPENGARUHI DAN MERUBAH PELBAGAI KEADAAN ::

Ini semua ecosystem ciptaan Allah yang cukup unik dan hebat, setiap kita adalah penting sehingga kita diciptakan oleh Allah. Setiap dari kita memerlukan satu sama lain.

Pilihan di tangan kita........ mahu menjadi punca kepada duka? atau mahu menjadi sebab orang lain melakarkan senyuman gembira? :)






Ramadhan Kareem........ Maaf Zahir Batin....
Love for the sake of Allah.........

Tuesday 7 May 2013

Februari selepas Januari

Penantian selalu saja beriringan dengan harapan, tiada penantian tanpa harapan, namun apabila Allah sudah buka 'jalan', tiada yang lebih indah daripada setinggi kesyukuran......... 

Allah jualah pemberi nikmat, Allah jualah penganugerah rezeki.........

Alhamdulillah......... inilah yang ku nantikan, tidak ada bicara mampu mengganti rasa.... apabila aku menerima tawaran kerja pada Februari lepas.........penantian yang selama ini ku harapkan, 
Allah beri di bulan Februari setelah memberiku uji di Januari........

Air jernih pula bersorak mahu turut mengiringi, dan apabila berita itu ku sampaikan pada Mama, hanya Allah dan kami yang tahu apa yang terbuku di hati. Rasa syukur yang melepasi langit yang tinggi.......... 

Sungguh, rasa ini memang satu rasa yang jauh berbeza........ hendakku cerita pun pasti tidak sampai maksudnya......... cuma yang mampu ku kongsi bersama adalah ianya Satu Rasa Indah Apabila Kita Tahu Telah Tiba Saat Membalas Jasa................ walau ku sedar, mustahil bagiku hatta membalas balik jasa setitik air susu ibu yang mengalir di setiap saluran darah merahku............. Tapi aku hanya ingin coba membahagiakan, cuma itu.........


Dan ada satu ruang di sudut lain lagi............ :) mula berbisik satu fitrah yang tidak patut ku nafi........

"INI" sudah ku capai....mungkin sekarang sudah tiba masanya untuk aku fikirkan hal "ITU" pula selepas ini......... :) 


Liyana Julay...... kekurangan itu aku....



Tuesday 26 March 2013

Zaman yang ku tinggalkan....

Bismillah............



Orang kata........ "Time flies when we are having fun" .... 

Aku juga percaya.... Tapi ternyata bukan setakat "having fun" menjadi punca kita tidak sedar MASA berlalu dengan pantas ..... 

"Time flies when are BUSY with life" ... mungkin ini lebih sesuai aku katakan untuk diriku, mungkin kau punya tafsiran yang berbeza ,

Beberapa hari lepas...
Aku duduk memerhatikan my niece bermain game melalui Mini Ipad (hampir semua budak2 mungkin lebih mahir menggunakannya berbanding aku -.-) .......

Aku pun memerhatikan selama beberapa minit, cuba memahami, cuba mendalami, tapi masih juga aku tidak puas hati........ aku pun mula mengajukan pertanyaan kepada my niece yang berumur 7 tahun itu.....

"Game apakan Eqa main ani? Bahapa tah tu? Jalan2 saja kesana kemari, supaya apa?" bla bla bla Mak Su nya mula membebel panjang berjela.....aku mempertikaikan motif permainan itu, aku tidak nampak apa sebenar motif yang cuba ditonjolkan didalam game itu seperti tidak ada arah tuju yang pasti, YANG PENTING aku langsung tidak faham MORAL of that game .......

My niece cuma jawab ringkas saja dan cukup membuatkan aku hilang kata dan berfikir seketika......

Dia jawab "Cunana, game jua saja ni" ......

Errrrrrrrrrrrrrrrrr....................................

Memang! Ianya cuma GAME sebagai hiburan kanak2 dan ianya juga tidaklah melanggar moral seperti segelintir Game yang tidak memberi contoh yang baik. Aduhai.......... jawapan itu cukup simple ..... aku tersenyum kembali setelah tersentak buat seketika......

Aku seolah-olah lupa yang aku juga pernah hidup di zaman itu. Aku lupa yang aku pernah juga bermain permainan seperti itu. Cuma dulu tidaklah secanggih sekarang tapi motifnya lebih kurang sama... HANYA HIBURAN, HANYA GAME...! Berilah apa saja Game, pasti akan aku cuba. 

......

Begitu cepat kan masa berlalu.. :) aku tidak sedar yang sudah lama aku tinggalkan zaman itu. Kadang2 kita tidak akan sedar yang kita sebenarnya sudah jauh lebih dewasa berbanding dulu, bukan hanya dari segi usia tetapi dari segi gaya berfikir. Begitu ringkasnya budak2 berfikir, kita pula? Semakin rumit, semakin banyak persoalan, semakin banyak mempertikaikan ....benda yang simple pula mahu disusah2kan, haish haish~~


Mungkin itulah perlunya dan hikmahnya Rasulullah sendiri menyukai budak2 ..... supaya kita boleh channel balik cara pemikiran yang kadang2 kritis tidak kena tempat *hanya pendapat peribadi* .... tidak perlu yang susah kalau yang mudah lebih berkesan right? :) In shaa Allah....

SO!! I stop here! :D 

...

Liyana Julay........ Love...

Thursday 31 January 2013

Biarkan Januari Pergi

Dengan nama Allah.... Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....

Allah uji tanda DIA sayang ....

Benar.... Bermula 2013, Januari, Ujian datang melanda satu persatu ...
Aku mula bertanya, kenapa aku? kenapa perlu begitu? kenapa .. kenapa...?
Ya Allah..... :'( ... baru dugaan sekecil ini pun aku lupa, aku mula mempersoal , astaghfirullah..... :'( .....
Aku lupa bahawa Engkau pernah berfirman....

< Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? > (29:2)


Astaghfirullah... sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau timpakan pada hambaMu tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menguji kesetiaan kami, kejujuran kami dalam menjadi hambaMu yang bertaqwa ....

Memang, kadang2 ujian itu berat dirasa, terasa hampir tidak termampu bahu untuk memikulnya, terasa hampir tersungkur sadis di lereng dunia. Tapi aku yakin, kerana .....

"Allah tidak memberati seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya...." (Al-Baqarah: 286) 

Ku renung sejenak atas kekhilafan, ku tinjau sebentar atas kelalaian. Lantas, ku cuba kutip semula segala yang berciciran........
Pecah juga mutiara itu, mengalir tanpa segan silu.....
Masya Allah....! Rupanya Allah ingin AKU MENGADU! Mengadu padaNya, hanya PadaNya :'D
Kurang segala beban, terubat juga luka, Allahumma Allah .... :') ... Allah ternyata ingin aku lebih dekat, mengadu segala sakitku, merintih segala sengsaraku, Allah ingin kita tahu, Hanya padaNya lah tempat mengadu :')


"Di sana" ... aku terlalu banyak berbicara..... terlalu banyak meluahkan rasa....
"Di sini".... aku lebih banyak berdiam.... menelan segala duka.....
Namun ternyata, DIA sedang "mengajar" aku tentang satu perkara ....

Kadang-Kadang kita perlu DIAM untuk MENDENGAR
Kadang-kadang kita perlu DIAM untuk MENGENAL
Kadang-kadang kita perlu DIAM untuk MENILAI
Kita akan sedar, Kita lebih banyak BELAJAR


Terima kasih Allah kerana sedang mengajar hambaMu...... UjianMu kali ini mengajar erti sebenar KESABARAN ...... erti sebenar TOPENG KEHIDUPAN .......

Hampir saja aku tidak percaya dengan realiti dunia sedang terjadi di depan mata. Manusia nyatanya boleh memiliki bermacam-macam muka dalam satu jasad yang bernyawa... , ingin saja aku tertawa . Bukan tertawa gembira, tapi kecewa.

Sekarang aku semakin nampak segala HIKMAH yang Allah mahu aku saksikan, segala HIKMAH yang Allah mahu aku sematkan ......

Walau terpaksa "berjauhan" buat sementara , aku redha.. kerana ini ketentuan, walau ternyata cara 'mereka' memang menduga perasaan...

Kini berjauhan, baru aku sedar betapa aku sayangkan sekolah itu.... ya, sekolah itu :') ... hatiku terikat di sana... ESOK GENAPLAH SATU TAHUN USIA PERKENALAN kita :'D Alhamdulillah!
1hb Februari 2012 mencatat memori indah dalam hidup, jika Allah izin dan restu, aku ingin simpan dan kekalkan semuanya dalam kalbu :)

Bukan setakat rasa kasih dari seorang Guru pada murid-murid, tapi juga rasa sayang pada rakan sekerja yang sudah ku anggap seperti keluarga. Kami berkongsi bermacam rasa, semuanya penuh warna! Anugerah Allah yang paling terindah!

Aku rindu, rindu, rindu untuk kembali semula, harap2 mereka juga begitu, menanti "kepulanganku"????? :'))) ..... aku rindu semuanya, semua tentang sekolah itu :'D ... aku maksudkan SEMUANYA , ya SEMUANYA :'D

Ya Allah, pinjamkan aku  lagi sedikit kekuatan, tambahkan lagi padaku kesabaran.. Akan aku cuba bertahan :') ...


ALLAH AKAN SENTIASA MENGUJI DAN TERUS MENGUJI
AGAR KITA SENTIASA TERUS KUAT DAN TERUS KUAT

- Liyana Julay-


Tuesday 1 January 2013

From "My Clueless 2012" To "My Secret 2013"



1.1.2013

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera....


ALHAMDULILLAH: Tiada kalimah yang paling hebat yang layak untuk aku lafazkan buat pertama kali melangkahkan tapak kecilku untuk menjalani satu lagi kisah yang mungkin panjang... mungkin juga pendek.......

Terima Kasih Ya Allah kerana masih menghidupkan aku di tahun 2013..... :')
Terima Kasih Ya Rahman kerana kasih sayangMu melebihi murkaMu ....

ALLAHUAKBAR! Ini membuktikan Betapa besar kuasaNya ... Lihatlah langit dan bumi, apakah tidak cukup lagi? ...... 2013 tetap saja muncul dengan kuasaNya...... kerana

LAA ILAHAILLALLAH .... DIA lah yang memungkinkan semua ini berlaku ..

SUBHANALLAH ... Yang memiliki kerajaan di langit dan di bumi....


Umpama baru semalam rasanya aku baru mengemaskini dan membuat ringkasan blogpostku yang bertajuk
"From My 2011 To My Clueless 2012" ......

Dan kini .... kini sekali lagi aku bersyukur kerana masih punya nyawa di tahun

2013 ............

Kata orang, tidak sopan jika sebelum kita keluar dari rumah orang yang kita kunjungi tetapi tidak meminta izin dan berterima kasih pada tuan punya rumah.......

"Sebelum aku masuk" ke rumah 2013...... Aku ingin berterima kasih pada "tuan rumah" 2012 yang mengizinkan aku untuk menumpang lama tapi tidak terasa.... selama setahun aku menumpang rumahmu....

2012.....

Maaf.... jika aku bukan tetamu yang baik sedangkan engkau telah cuba melayanku dengan sebaik mungkin...
Sejak dari mula lagi ENGKAU melayanku dengan baik.....
Khabar gembira telah KAU beri pada Februari.. aku mendapat pekerjaan sebagai guru sambilan..... Alhamdulillah.....
KAU juga izinkanku menamatkan sebuah lagi hasil karya kerdilku... Keranamu Putera berjaya juga ku tamatkan penulisannya..... Alhamdulillah...... seperti yang ku harapkan pada mula lagi :)

Bulan berganti bulan...... tetap saja KAU melayanku dengan baik , tapi mungkin aku adalah insan yang tidak sedar diri, maafkan jika ada ketikanya aku mengeluh, tidak puas hati , tidak tahu bersyukur, lupa akan semua jasa-jasaMu....  memang aku dasar insan yang tidak sedar diri, maafkan aku.... :'/

Jujur, 2012 lebih memberi aku banyak keselesaan dan ketenangan..... hanya Allah maha mengetahui ... setiap perjalanan pasti tidak akan pernah mudah tanpa liku ... di mana akan terletak kemanisan hidup jika semuanya indah belaka?

Allah beri kita pahit agar kita mampu merasa nikmat manis
Allah beri kita sakit agar kita menghargai nikmat sihat
Allah beri kita sempit agar kita sedar nikmat lapang.......

Semuanya Allah lakukan adalah untuk mengajar kita supaya tahu bersyukur, tahu erti nikmat, tahu..... tahu..... yang kita semuanya langsung tidak punya kuasa.... Allah mahu kita tahu... bahawa Allah sentiasa ada buat kita... di mana saja dan bila-bila masa..... :')


2012, kelahiran cahaya mata hasil dari perkahwinan abangku di tahun 2011 menambahkan lagi "kekurangan"  .... Sungguh Allah maha Pemberi, aku kasih pada si kecil yang dikurniakan dari Illahi......... Seri mahligai keluarga besar kami semakin bergemerlapan, tawanya, tangisnya, rungutan dan jeritannya sentiasa menjadi antara penawar yang paling mujarab di kala nafas sukar dihela.

Sungguh, 2012, KAU melayanku dengan begitu baik sekali...........  tidak akan pernah aku jemu untuk mengatakannya berulangkali......

Jika aku terluka sekalipun , aku akui itu semua atas kelalaianku sendiri, aku sendiri yang membiarkan hal itu terjadi..... :') ....... aku yang selalu lupa bahawa sang pencipta selalu saja memberi peringatan.....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
( Al-Baqarah: 216)


Jangan pernah putus daripada berpegang pada tali Allah.... aku sedar aku punya banyak kekurangan, hatta mungkin aku bukan manusia yang layak untuk berbahasa mahupun berkata-kata, tapi jika aku hanya punya satu peluang untuk berbicara.......
Tolong.... tolong, jangan pernah berhenti daripada meraih cintaNya.... jangan pernah berhenti daripada memohon pengampunan daripadaNya.......setiap kesukaran, pasti akan kau temukan jalannya pada waktu yang tidak terduga......
di saat itu kau akan sedar walaupun habis selautan tangisan kau tumpahkan, ternyata masih ada senyuman yang tersisa disimpan........
 DIA tidak pernah akan membiarkan.......tidak akan......



2012 tetap saja punya pelbagai cerita di dalamnya.....
semakin banyak pula pertanyaan yang ditinta .... sehingga sukar bagiku untuk memberi jawapan yang aku sendiri masih tercari-cari akan jawapannya.......

Memang tidak mudahkan untuk membuat semua manusia mengerti? apatah lagi untuk menyelami ke dasar hati....... , hanya yang mampu memahami adalah satu-satunya sang pencipta hati ..... :)


Terlalu banyak ingin ku curah tapi tidak terluah.....mungkin sudah cukuplah sudah..... :)


2013

Selamat datang "My Secret 2013" ...... rahsia........? :) bukankah masa depan itu masih tetap menjadi rahsiaNya? .... aku sendiri tidak mampu menerka, aku sendiri tidak mampu menduga..... namun yang pasti, rahsia itu akan ku cuba selongkar jua jawapannya di setiap titik saat yang tersisa.... :)

sekali lagi.....


SELAMAT DATANG 2013 ............. ALLAHUAKBAR!


Bismillahirrahmanirrahiim......... Moga perjalanan kita semua diberkati..... :)



Love.....................................