About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Tuesday, 14 August 2012

Aina Al-Qadr......

"Sesunggunya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam "Lailatul-Qadar" itu?. Malam "Lailatul-Qadar" lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (97: 1-5)

Maha benar kata-kata Allah Yang Mahu Agung.........

Malam ini masuklah malam ke-26 Ramadhan..... Ya, kita sudah berada pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan........Terasa Sayu hati ini.....berat hati untuk melepaskanmu pergi......maafkan jika aku tidak melayanmu sebagai tetamu yang paling hebat yang hanya hadir setahun sekali....... :'''/

Bagaimanakah sudah ramadhan kita setakat ini? Masih sama seperti tahun2 yg sudah? Atau amalan semakin merundum?

Andai saja ku mampu, pasti aku ingin terus berada di dalam bulan yang penuh ketenangan dan kerahmatan ini. Sungguh ketenangan seperti ini tidak akan mampu diraih pada bulan2 yang lain. Tidak perlu rasanya untukku bercerita kelebihan2 yang terdapat pada bulan ramadhan kerana pasti jika kita mahu dan ingin mengenal Ramadhan dgn lebih dekat, pasti kita akan mencari pelbagai macam jenis sumber bacaan untuk mengetahui kesemuanya kan?

Carilah dimana-mana saja , pasti banyak artikel-artikel yang mampu menggamit hati.

Ramadhan kali ini cukup berbeza ku rasakan. Ramadhan kali ini telah menyedarkan aku erti kejahilan yang pernah ku cipta pada tahun2 yang sudah. YA! Aku mengaku AKU JAHIL! Menyesal kerana telah melepaskan kelebihan2 ramadhan pada tahun2 yang sudah. Maafkan aku Ramadhan kerana tidak melayanmu dengan baik ...


1 perkara yang paling istimewa yang Allah kurniakan buat kita hamba2Nya ialah LAILATUL QADAR......
Apakah dia Lailatul Qadar? Allah telah menjawabnya dalam surah Al-Qadr..... Satu malam yang di mana jika beribadah dgn penuh tekun pada malam tersebut dengan mengharapkan keampunan dan redha Allah, ianya adalah menyamai dgn.....

 1000 bulan = lebih kurang 83 tahun !

Mari kita sama2 tanya diri kita sendiri........Hebat sangatkah sudah amalan kita setakat ini sehingga kita seolah-olah tidak mahu merebut peluang malam yang penuh kemuliaan ini?

Sedangkan Rasulullah merupakan ahli Syurga lagikan sanggup menghidupkan 10 malam terakhir bulan ramadhan SEMATA-MATA INGIN mendapatkan keistimewaan malam Al-Qadar...... Inikan pula kita yang belum tentu akan melangkah mudah menuju ke SyurgaNya (Astaghfirullah :''''/ ... )

Tidak malukah kita pada kekasih Allah? Apakah perasaan baginda jika melihat keadaan kita sekarang? Jika melihat kita masih tidur nyenyak pada 10 malam terakhir bulan ramadhan, jika ada yang masih lebih memilih untuk berkeliaran di sana sini sehingga lewat subuh........ Akan tersenyumkah baginda? Pasti TIDAK! pasti ...pasti......... pasti.... Rasulullah akan menatap kita dengan penuh deraian air mata....... kenapa umatnya seperti sudah TIDAK TAKSUB DENGAN PAHALA!

Bagaimanakah HARGA PAHALA bagi kita? Janganlah kita jadi hamba yang hanya percaya dengan apa yang nampak di depan mata sehingga kelazatan dunia lebih memberi makna.....

Rasulullah menganjurkan kita untuk memohon keampunan pada malam Al-Qadr.........kenapa?

Kerana DOSA lah kita terjerumus ke Neraka!
Kerana DOSA lah kita jauh dari Syurga!
Kerana DOSA lah hati kita lalai dari mengingat sang Pencipta!
Kerana DOSA jugalah Doa2 kita sukar untuk diterima.........


Ya..... memang, kita adalah hamba yg sentiasa penuh dosa, tapi kenapa kita masih sombong , tidak mahu meraih keampunan dari yang Maha Esa? Allah sayang kita, Allah kasih kita, Kasih sayang Allah melebihi dari MurkaNya....... cuma kita saja yang menjahili diri kita sendiri, menganiaya diri kita sendiri........


Kadang aku hairan............ hairan kerana ada segelintir kita yang lebih memilih untuk bersikap "BERSEDERHANA" dalam merebut pahala bonus di bulan ramadhan ini...... sehingga ada yg kata ...
"Cukuplah asal aku tak buat jahat, yg penting aku puasa, aku solat 5 waktu"
"Terawih tu kan sunat saja, tinggal pun takpe"
"Tak buat Qiyamulail pun bukannya dosa kan?"

:''''/ Ya Allah........ kenapa perlu bersikap seperti ini? Yakin sangatkah kita semua amalan yang kita lakukan selama ini SEMPURNA??? Yakin sangatkah kita bahawa semua ibadah kita akan mampu menyelamatkan kita daripada API NERAKA???

MALAM AL-QADAR LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN!!

Allahu Akbar! :''''/ Tidak tertarikkah kita pada "promosi pahala besar2an" yang Allah perhidangkan buat kita????

Andai saja pahala ini umpama harta berbentuk wang,emas, berlian, PASTI ramai yang berebut2 mahu mendapatkannya...... Tapi Allah mahu menduga kita, menduga iman kita, sejauh mana kita mahu berlumba2 untuk mendapatkan sesuatu yang masih menjadi rahsianya....... pahala itu akan terbongkar rupa bentuknya di akhirat nanti....... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan hambaNya yang RUGI,  pasti kita akan menyesal, gigit jari di sana nanti apabila melihat bagaimana rupa bentuk pahala yang selama ini kita sia-siakan....... Menyesal pun tiada guna lagi, Masa TIDAK MUNGKIN dapat diputar kembali.......


Ya Allah......... Malam ini sudah masuk 26 Ramadhan........ Lailatul Qadar tetap menjadi rahsiaMu untuk menguji kejujuran hambaMu dalam beribadat....... Dimanakah Lailatul QadarMu Ya Robb....? Terimalah diriku yang penuh dosa ini untuk merasa nikmat pada malam Al-Qadr...... Malam yang membawa Takdir..... Takdir yang Engkau lebih mengetahui...Takdir yang mungkin boleh berubah dengan kekuasaanMu......

Ya Allah.......jangan biarkan Ramadhan kali ini menjadi ramadhan kami yang paling rugi.....
Ya Allah.......jangan biarkan RamadhanMu cepat berlalu pergi........ bagaimanakah nasib kami nanti selepas tiada Ramadhan lagi? Bantulah kami supaya menjadi hambaMu yang SEMAKIN HEBAT!

Ya Allah......terimalah taubat kami...........LailatulQadarMu MUNGKIN telah berlalu pergi.....mungkin juga berlaku pada malam ini.....mungkin juga masih belum lagi terjadi.......TAPI aku tahu....... Engkau Masih Akan Tetap DEKAT, TERLALU DEKAT,  mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu..........

Ya Allah...jadikanlah Ramadhan kami Kali ini sebagai Penyuci Jiwa......Sentiasa Mendekatkan Diri PadaMu...dan Menjadi Seorang Muslim/Muslimah yang Lebih BAIK dari sebelumnya.....


Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir.....Jadikanlah ini Ramadhan Yang TERHEBAT bagi kami...

Amiin.........