Orang kata........ "Time flies when we are having fun" ....
Aku juga percaya.... Tapi ternyata bukan setakat "having fun" menjadi punca kita tidak sedar MASA berlalu dengan pantas .....
"Time flies when are BUSY with life" ... mungkin ini lebih sesuai aku katakan untuk diriku, mungkin kau punya tafsiran yang berbeza ,
Beberapa hari lepas...
Aku duduk memerhatikan my niece bermain game melalui Mini Ipad (hampir semua budak2 mungkin lebih mahir menggunakannya berbanding aku -.-) .......
Aku pun memerhatikan selama beberapa minit, cuba memahami, cuba mendalami, tapi masih juga aku tidak puas hati........ aku pun mula mengajukan pertanyaan kepada my niece yang berumur 7 tahun itu.....
"Game apakan Eqa main ani? Bahapa tah tu? Jalan2 saja kesana kemari, supaya apa?" bla bla bla Mak Su nya mula membebel panjang berjela.....aku mempertikaikan motif permainan itu, aku tidak nampak apa sebenar motif yang cuba ditonjolkan didalam game itu seperti tidak ada arah tuju yang pasti, YANG PENTING aku langsung tidak faham MORAL of that game .......
My niece cuma jawab ringkas saja dan cukup membuatkan aku hilang kata dan berfikir seketika......
Dia jawab "Cunana, game jua saja ni" ......
Errrrrrrrrrrrrrrrrr....................................
Memang! Ianya cuma GAME sebagai hiburan kanak2 dan ianya juga tidaklah melanggar moral seperti segelintir Game yang tidak memberi contoh yang baik. Aduhai.......... jawapan itu cukup simple ..... aku tersenyum kembali setelah tersentak buat seketika......
Aku seolah-olah lupa yang aku juga pernah hidup di zaman itu. Aku lupa yang aku pernah juga bermain permainan seperti itu. Cuma dulu tidaklah secanggih sekarang tapi motifnya lebih kurang sama... HANYA HIBURAN, HANYA GAME...! Berilah apa saja Game, pasti akan aku cuba.
......
Begitu cepat kan masa berlalu.. :) aku tidak sedar yang sudah lama aku tinggalkan zaman itu. Kadang2 kita tidak akan sedar yang kita sebenarnya sudah jauh lebih dewasa berbanding dulu, bukan hanya dari segi usia tetapi dari segi gaya berfikir. Begitu ringkasnya budak2 berfikir, kita pula? Semakin rumit, semakin banyak persoalan, semakin banyak mempertikaikan ....benda yang simple pula mahu disusah2kan, haish haish~~
Mungkin itulah perlunya dan hikmahnya Rasulullah sendiri menyukai budak2 ..... supaya kita boleh channel balik cara pemikiran yang kadang2 kritis tidak kena tempat *hanya pendapat peribadi* .... tidak perlu yang susah kalau yang mudah lebih berkesan right? :) In shaa Allah....
SO!! I stop here! :D
...
Liyana Julay........ Love...