About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Saturday, 3 May 2014

"Pujuklah Hati" di Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim....


Segala puji hanya bagi Allah, syukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan buat semua hamba2-Nya....

In this post, i would love to share just a short and wonderful "walk" of mine and friends.

Kuala Lumpur, Malaysia
1hb Mei 2014: 9+ pm hingga 2hb Mei 2014 9+ pm

Alhamdulillah, dengan bertawakal dan berserah sepenuhnya urusan pada Allah, apa yang telah dirancang pada bulan lepas, akhirnya terlaksana jua denga izin-Nya. Finally we managed untuk hadir ke PestaBukuAntarabangsaKualaLumpur(PBAKL)! Alhamdulillah! "Asbab"nya sebab nak jumpa "my one and only BondaNor!" Hehehe :D tapi memang berbaloi2 sbb dpt angkut byk buku! Memang PBAKL meriah sangat!

Kami kata perjalanan kali ni sebagai "running man" or "rush hour" haha memang 1st time experience benda ni, landed di KL pada waktu malam, balik pula esoknya! Haahh baiklah!!

Okay, tak mau cerita panjang tentang "rush hour", dah nama "rush hour", smua mesti perlu di-rush-kan (mohon tidak ada guru BM baca post ni :P)

Ehm... 1st thing 1st, bersyukur sangat2 pada Allah sebab perjalanan kali ni aku ditemani oleh 3 org sahabat yg memang TERBAIK, semua ada sikap bertolak ansur dan saling memahami, dan Alhamdulillah hasilnya "rush-hour" kami berjalan dengan lancarnya, tidak seperti yg disangka! Allah! :') . Terima kasih sahabat-sahabat , Raihan, Suzi & Hazwan, terima kasih banyak2! I feel so blessed to have you three as my travel buddies! Alhamdulillah. Hazwan, you've done a good job as "ketua rombongan" , Raihan , I love your "ada caranya" , very positive of you! Suzi, you are penceria & runner! yes love u! haha!





And....



Apabila berlepas dari tanah KualaLumpur semalam dan sedang berada di atas langit ciptaan Allah yang Maha Luas... Minda pula ligat berfikir, hati jadi sebak, ya Allah, air mata mengalir...

Tidak sangka, perjalanan musafir yang serba singkat dan pantas ini, Allah beri Hadiah yang istimewa... Ya, istimewa.

Pwtc, akhirnya dapat juga si "makcik" ni bersua muka dengan seorang penulis yang menjadi sumber inspirasi, haih hebat BondaNor mampu cam saya! hehe.

Sesungguhnya bukan saya yang pendek ni BondaNor, BondaNor yang Tinggi! Pedih! hhahha!

Yay!!! Seronok BULI BondaNor suruh signature semua buku! Yes yes *puas hati* :P

Yeaha, meh saya ajar BondaNor tatacara selfie… hihi

Allah… love this so much!!!!! sweetness overload, bole kena "kencing manis" macam ni haha bertambah lagi koleksi "pin tudung" saya! a haha besaarrr tuuuuu. Haih teringat pula pin yang pernah aku beri pada "budak arab" sewaktu menunaikan umrah dua bulan lepas, masya Allah, mungkinkah Allah telah "refund" dgn ini! :'D

*this gambar credit to Galeri Ilmu, terbaik!!!*



Allahu Allah….. Benar, Allah telah berikan BondaNor ilham menulis yang berjaya membuka mata hati para pembaca termasuk aku sendiri.
Percaya atau tidak, banyak perkara yang telah aku pelajari daripada wanita hebat ini. TerimaKasih BondaNor, benarlah, "kewujudan seseorang mampu merubah pelbagai keadaan"... Setiap nyawa yang Allah ciptakan, pasti istimewa dan bermakna!

Dan...
Sewaktu mahu masuk pesawat semalam, Allahu Akbar, tidak sangka, boleh jumpa dengan Dato Dr. Fadzilah Kamsah! Kami satu flight :D ! Seorang lagi tokoh yg menyumbang kepada sumber inspirasiku! Seorang lagi manusia hebat!
Sempat juga minta nasihat daripada beliau, nasihat untuk guru "kecil" seperti kami, yang masih baru mula bertatih mendidik aset negara masa hadapan, aset negara yg "mencabar". Masya Allah, tersentuh hati apabila beliau sudi menulis sesuatu di bukukecilku dengan dimulakan dengan bacaan doa, ya Allah tersentuh rasanya. Sesuatu yang ringkas namun penuh bermakna, in sya Allah akan dijadikan "bekalan" di sepanjang "perjalanan"
Semua brown! :D



Ya Allah….Ya Rahman…. Unik dan indah sungguh aturan takdir Allah. Pada waktu sesingkat ini, Allah beri peluang untuk bertemu dengan DUA orang tokoh hebat. Yang tidak mengenal erti putus asa dalam coba memotivasi dan memberikan semangat pada masyarakat, pada masyarakat yang akhir2 ini kelihatan semakin "tenat".


Ada DUA "khazanah ilmu" yang sempat diberikan oleh mereka…..

Khazanah Ilmu Pertama:
Pesanan BondaNor,
"Manfaatkan usia yang berbaki untuk berbakti. Semoga beroleh husnul khotimah"
Buat BondaNor,
masya Allah, sungguh ringkas dan padat, penuh isi! Terimakasih atas nasihat yang diberi, terima kasih untuk PUJUKLAH HATI, terima kasih untuk PIN SAYA TUNGGU AWAK. Benaaarr saya teruja tidak terkata! Rasa bertuah sebab dapat kenal BondaNor, pertemuan yang singkat ini akan saya abadikan dlm kenangan sampai bila2 in sya Allah, bukan senang dpt jumpa BondaNor ya macam mimpi! I really sayang BondaNor for the sake of Allah, moga Allah akan kuatkan ikatan ukhwah keranaNya ini, mahu jumpa BondaNor di syurga... :') *aduhai dah mula rindu BondaNor lah!*





Khazanah Ilmu Kedua:
Pesanan Dr. Fadzilah Kamsah,
"Guru adalah ibarat matahari, bukan ibarat lilin. Sentiasa memberi cahaya tanpa terbakar. Berikan yg terbaik untuk menghasilkan yg terbaik"

Allahu Akbar! Sungguh terinspirasi dan termotivasi! Inilah kata2 seorang pakar motivasi yang hebat. Betul! Untuk dpt yg terbaik, haruslah beri yg terbaik! In sya Allah, nasihat ini juga akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri, dalam mendidik anak bangsa... Moga Allah mudahkan. Ameen :')


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Engkau Berilah kehidupan yang terbaik dunia akhirat buat BondaNor sekeluarga & Dato Dr. Fadzilah Kamsah sekeluarga. Berilah mereka tubuh badan yang sihat agar mampu terus berjuang menyumbang sesuatu untuk agama Allah. Ameen ameen ameen ya robbal 'alameen….

"Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menetapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran" (Surah Muhammad, ayat 7)



Musafir lalu,
Liyana Julay…..