About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Monday 2 May 2011

Awan Menangis


Duhai awan.

Kenapa kau bersedih? Adakah kerana tanggungjawab hidupmu?

Tanpa cerahmu, cacatlah putaran air.

Tanpa ketangkasanmu, hilanglah semangat mentari.

Kesusahanmu menghirup air laut untuk memenuhi keperluan bumi, adakah ada yang mengerti?

Ku lihat kau semakin bersedih

Begitu berat beban yang kau tanggung, semakin gelap dan ada sendu di wajahmu.

Kau ingin menangis?

Keluarkanlah air matamu dengan segera.

Biar bumi sama-sama merasa kesedihannya.

Biar mentari berhenti berbicara.

Biar langit termenung seketika

Biar manusia terpana.


Karya : Pena Syuna