Maha Besar KuasaMu Ya Allah.... Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami ......
.... SemaLam Ada SesuaTu Kejadian Yang Tidak Terduga Telah Berlaku Menimpa Salah Seorang Ahli KeLuargaku.... Tujuanku mengongsikan kisah ini agar kita sama-sama turut menyaksikan betapa BESARNYA KUASA ALLAH, Betapa Agungnya Kasih Allah, Betapa MISKINnya kita manusia, kita langsung tidak mempunyai kuasa walau sebesar zahrah sekalipun, kuasa itu milik Allah...... Kita takkan mampu berbuat apa-apa tanpa pertolongan dari Allah....
Semalam......
Kakak Aku kurang sihat, aku pun teman dan jenguk dia dalam bilik dia seusai solat maghrib, aku nampak dia begitu lemah..., aku rasa badan dia, panas.... dia dah demam....
Kami kemudian berborak sikit-sikit, biasalah,aku lah yg bnyk ckp, itu ini,
dalam berborak tu, aku perasan yg tangan dia nmpk lain, mcm keras semacam, aku tnyalah kenapa, dia ckp mungkin sebab lengan dia rasa kebas sebab terhimpit waktu dia lena petang tu berehat sebab lemah sangat.....
Tapi memang lain mcm aku tengok, tp since dia dah ckp mcm tu, takpelah, ...aku temankan dia sementara menunggu masuk waktu isya, .... sampai dah abis azan isya, dia pun mula bangun dari katil dalam keadaan yg begitu lemah, aku hanya memerhatikan pergerakkannya, aku cakap, kalau tak larat nak solat berdiri, solat duduk je ..... kan Islam tu tak menyusahkan ....
Tidak lama lepas tu aku mula rasa tak sedap hati sebab melihat dia tiba-tiba tunduk dan mula mengadu seperti kesakitan, tangan dia semakin kebas, mula2 dia suruh aku tolong urutkan perlahan tangan dia, tapi aku semakin gelisah sebab dia mula memberitahu rasa kebas mula menular ke tangan kiri, kemudian dengan cepat menjangkit ke hujung kaki, Ya Allah apa yang sedang berlaku? Aku mula melafazkan beberapa ayat suci quran,
Tidak lama lepas tu kakak aku yg seorang yg kebetulan berkunjung ke rumah turut menjenguk , aku pun segera menyuruh kakak aku yg seorang itu untuk memanggil abang,
ayat suci quran tidak berhenti aku laungkan, kakak aku masih sedar cuma aku melihat dia sungguh dalam kesakitan akibat kekebasan yg luarbiasa, dia mengadu bahawa ianya semakin menular hampir ke separuh badan, Ya Allah, Ya Allah, bantu kakakku ya Allah, aku betul2 dalam keadaan yg sukar ku gambarkan, tidak pernah ku melihat kakakku berkeadaan sedemikian rupa,
Apabila abang aku tiba, aku suruh dia melaungkan azan di dalam bilik, kakak aku yang seorang lagi turut membantu berada di samping kakakku yg sedang bertarung dengan "sesuatu" ... Ya Allah jantungku berdegup kencang,aku risau Ya Allah, apa yang telah berlaku sebenarnya???
Kakakku menggenggam kuat tangannya dan apabila disuruh membuka genggaman itu, dia beritahu bahawa dia tiada kudrat utk berbuat demikian, semuanya diluar kawalannya, kakakku juga tidak berhenti membaca ayatul kursi,
Aku mula mengambil tempat di bahagian kaki kakakku, membaca surah al-quran, dari al-fatihah, 3 Qul, sehingga sampai satu saat aku terhenti dari membaca kerana kerongkongku perit kerana menahan sebak, air mata tidak mampu lagi ku kawal,
Sambil membaca, hatiku sambil merintih memohon ehsan daripada ALLAH yang MAHA BESAR, Ya Allah, Ya Allah, Engkau bantulah kami, engkau bantulah kakakku, tiada kuasa yang lebih kuat daripada kuasaMu ya Allah, tidak akan ada satu makhluk akan berkuasa selain daripada Engkau Ya Allah, kami insanmu yg lemah, aku memohon padaMu ya Allah, engkau bebaskanlah,engkau selamatkanlah kakakku daripada sebarang kejahatan dan kerosakan ,
Aku sungguh takut, gementar, she is the best sister i've ever had, aku tidak mahu sesuatu yg buruk berlaku padanya, :'( ,
Aku kemudian turut membaca Surah Ar-Rahmaan, kekuatan Al-Quran terletak pada surah Ar-rahmaan,........ "Fabi aiyi alaa irobbikuma tukadzibaan..."
Kemudian ku teruskan dengan surah Al-mulk, kerajaan Allah di langit dan di bumi, dia Lebih berkuasa,
Masya Allah, Allahu Akbar, Allahu Rahmaan, Allahu Rahiim.... Laa ilahaillallah!
Aku menyaksikan kebesaranMu Ya Allah, Ya Khaliq! Sungguh Engkau turunkan Al-Quran sebagai As-Syifa! Penawar bagi segala penyakit!
Kakakku kelihatan semakin membaik, cuma rasa lemah masih bersisa, tangannya yang tidak dapat dibuka dari genggaman tadi mula mengendur, Alhamdulillah dia terasa badannya mula terasa ringan, cuma dia kelihatan masih cemas dan lemah, siapa tidak akan gementar jika berada di tempatnya, berat mata memandang, berat lagi dia yang merasakannya.........
Ya Allah,, TERIMA KASIH ya Allah!! Engkau telah memperkenankan permintaan HambaMu yang seringkali lalai ini :'((((
Sungguh seluruh kekuasaan itu HANYA MILIKMU!! TanpaMu, kami pasti akan tidak mampu berbuat apa-apa, yA Allah jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur .......
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau AMAT DEKAT... Engkau Maha Memberi :')
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"( Qaff:16)
Sungguh aku masih bagai bermimpi, kejadian itu terlalu mendadak berlaku .......... mungkin tanpa usaha dengan membaca ayat suci Al-Quran dan pertolongan daripada Allah yang berkuasa, aku tidak tahu apa yang bakal berlaku, aku terfikir, mungkin inilah yang dikatakan sesetengah orang mengatakan "Angin Ahmar" , naudzubillahi mindzalik.... Allah telah menunjukkan kekuasaannya melalui ayat suci QuranNya .... Ya Allah Ya Allah Ya Allah, apalah daya kami tanpa pertolonganMu? sungguh kami tidak akan mampu berbuat apa2.......
Syukur Alhamdulillah Syukur Syukur ........ My sister sekarang ni cuma lemah demam biasa, mungkin agak terkejut dengan kejadian semalam..... kita sama-sama doakan agar dia mendapat kesihatan k? dan kita semua dilindungi Allah daripada gangguan yang tidak kita nampak ......
Apa jua yang berlaku, Ingatlah bahawa TIADA SIAPA atau Sebarang MAKHLUK pun akan mampu berbuat sesuatu melebihi dari kuasa Allah kerana Kuasa Itu MILIK ALLAH!!! ALLAHUAKBAR! Yakinlah bahawa ALLAH SENTIASA ADA UNTUK KITA.......
"Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" (Al-Baqarah: 152)
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Perliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau.Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menhadapai perkara yang sukar,”