B: "cuba teka"
A: ehmm.... "50 labih?"
B: senyum ... "62"
A: "Ya Allah! banar???? kita nampak muda!" ...
A: "Apa petua kita nampak muda?" :)
B: "Duit ada, nada masalah" senyum senyum
B: sambung lagi...... "Kalau ada masalah, jangan terlampau difikirkan. Perkara lepas jangan dibawa ke masa depan. Kitani inda dapat mengubah tani punya past. Buang masa saja kan? Future mesti tani terus liat" :)
A: Angguk2 setuju. Dalam hati...."she is really something"
A & B really had a very qualitative conversation together. Si A dengar dgn tekun cerita perjalanan hidup B sehingga B berjaya seperti sekarang.........
Sampai satu ketika.... B mengungkapkan satu ayat yang sehingga kini melekat di minda dan hati si A
B: "Ada duit, cari duit. Ada peluang, jangan buang"
Si A terus tabik spring pada B, seorang Wanita yang berjaya dalam perniagaannya yang hanya bermula dengan minatnya jadi seorang tukang hias pengantin sehingga sekarang dia telah pun memiliki tiga buah cawangan butik pengantin milik peribadi beliau sendiri....
Si A tergamam seribu bahasa. Tidak sangka. Perwatakan wanita itu hanya bersederhana.... Humble, terlalu Humble..... Pelbagai nasihat dan petua yang dikongsikan......
Hidup mesti positif. Rebut peluang selagi ada. Jangan pernah kenal erti putus asa. Jika ada masalah, cari apa puncanya dan bukan mengalah. Jangan pernah tinggal di masa lampau. Masa depan lebih penting. Hobi boleh buat duit. Dan... JANGAN PERNAH BERHENTI..... dan yang lebih hebat lagi..... SOLAT JANGAN LUPA......... :')
Ye ye, si A itu akulah tu.... :) ... Si A yang masih punya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, banyak ilmu perlu dicari, banyak tunjuk ajar yang perlu diberi .... :)
Terima Kasih buat B yang memberi aku semangat dan lebih percaya diri. Memberi galakan untuk meneruskan bidang fotografi ku :).....
Tidak sangka bahawa aku akan berjumpa wanita sehebat ini pada petang tadi.... di rumah salah seorang pengantin tempat aku menjalankan tugasan fotografiku :) ....
Thanks Allah......... :)