About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Wednesday, 14 November 2012

1434H ...... Berhijrahlah...

HIJRAH ................

Tidak berdiri hanya dengan berkakikan NIAT
Tidak berjalan hanya dengan sehayun PERBUATAN

Tapi Hijrah yang sebenar akan memiliki denyutan nyawa dengan istiqamah yang berterusan. Pantang menyerah di pertengahan jalan, walau datarannya tajam dengan duri yang menyakitkan.

Siapa yang pernah menjamin perjalanan akan sentiasa rata jalannya? sedangkan si kecil yang mula merangkak lagikan tersungkur,  si tupai pula, yang mahir melompat pun akhirnya terhempas ke tanah jua.
Tapi pernahkah kita melihat si kecil yang merangkak dan berkali-kali tersungkur itu berhenti berjuang? Tangisannya tetap saja ada, itu lumrah dunia, menangislah kalau rasa sakit, siapa kata ianya berdosa?

Namun, senyumlah semula sebab ....DIA kata "Jangan bersedih, Allah bersama kita" :'))) .... Menangislah dalam senyuman dan teruskan perjuangan!!! Allah sayang kita. Allah sayang kita. Allah sayang kita. Pertolongan Allah tetap saja dekat dekat dekat. Dan kenapa kita harus rasa takut dan menghentikan semuanya?

Berjuanglah jika ianya memberi kebaikan
BerHijrahlah kita semua ke arah kebaikan. Usah peduli apa orang mahu nilai, Bukan BUKU mereka yang dihisab dalam penentu syurga/neraka kita nanti. Hijrah kita, 'buku' kita.

Wahai saudara seagamaku, Mari Hijrah sama-sama ke arah yang lebih baik? :) Kalau jatuh, kita bangun sama-sama :) , jangan terus tidur hingga hilang nyawa.


SaLam Ma'aL Hijrah 1434H. MaaF Zahir BaTin.....

Love Allah, Love Rasulullah. Love Ibu Ayah. Love All Till Jannah.............




4 comments:

E-rah said...

Love it beh :'). Insya Allah sama2 lah tni berpimpin tangan berhijrah untuk menjadi lebih baik kerana-Nya jua. Mudah2an sentiasa consistent dalam berusaha, sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah serta sentiasa dlindungi Allah drpd hasutan syaitan dan kejahatan manusia Aamiin.

Lensa Syuna said...

Allahumma Amiin :'DDDD .... Let's walk together to Jannah ... Insya Allah.... walautah perlu merangkak :'/

Adyn Adynda said...

Love love love~:') *speechless. xoxo D. "published"! hahaha mau2 nya jua

Lensa Syuna said...

ME TOO.....Loveeeeeeeeeeeee! "published" jua hehehhehe XD