About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Tuesday 24 July 2012

....26 is noT JusT A Number.....

"Engkau (Allah) memasukkan malam kepada siang, dan Engkau (Allah) memasukkan siang kepada malam. Dan Engkau (Allah) mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau (Allah) keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau (Allah) mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Engkau (Allah) kehendaki tanpa hisab (berkira)" (3:27)

Maha benar kata-kata Allah Yang Maha Agung

Sungguh janji Allah itu pasti benar, pasti akan berlaku.... 
26 Tahun Yang Lalu.... pada tanggal 24.07.1986..... Dengan kuasa dan Izin Allah, Dia telah menghidupkan aku... tahun demi tahun, bulan berganti bulan, minggu silih bertukar, hari,jam,minit dan saat...........
Semuanya....... adalah MENGHAMPIRI SATU KEMATIAN........

Ya Aku sedar, dan aku tidak mahu leka, setiap bertambahnya umur seseorang itu adalah satu peringatan daripada yang maha Esa bahawa setiap kita pasti akan mati, semuanya adalah menghampiri kematian, kematian semakin dekat, tidak mungkin ianya semakin jauh........ 


Pun begitu.... Aku BERSYUKUR pada yang maha Esa kerana masih memberi kesempatan pada diriku untuk menjangkau usia hingga 26 tahun pada hari ini.... semuanya mudah bagi Allah.... Pasti Allah punya rencananya yang hebat sehingga membiarkan aku hidup lagi, pasti Allah mahu agar aku meningkatkan amalan lagi, pasti aku masih punya banyak dosa yang perlu Allah ampuni, Terima Kasih padaMu Ya Allah kerana memberi kesempatan ini, NikmatMu maha luas............ TERAMAT LUAS....


Usia 26 Tahun.............

Banyak kata, usia hanya nombor semata....
Aku kata, usia mempunyai makna.....

Ada pula yang tanya, "bila pula nak mendirikan rumah tangga?"....
Aku kata, Aku masih mencari jawapannya.....

Ada pula yang hanya diam seribu bahasa, tak mahu komen apa-apa...
Aku mula takut untuk mentafsirkannya......

Jujur, 26 tahun seolah-olah memberi aku satu amanah yang perlu aku mula pandang serius......
Banyak harapan yang perlu dipenuhi, Ada 'kisah' yang perlu 'diakhiri' .....
Tapi adakah semuanya hanya perlu DINANTI atau mesti DICARI? 

25 Tahun telah berlalu, mencipta sejarahnya yang tersendiri, menjelajah jalan hidupnya yang penuh pelbagai rasa.... 

Dan Kini Di usia 26 Tahun, pasti, pasti semuanya akan tetap ada "pelbagai rasa" itu, cuma yang berbeza mungkin adalah cara untuk "menilai" rasa tersebut..... semoga usia ini akan membuatku lebih matang dalam menilai erti sebuah kehidupan yang hanya dipinjamkan.....

Waktu sahur tadi........ aku peluk cium mak..... tanda terima kasih kerana penat lelahnya membesarkan anak perempuannya ini yang kadang-kadang degil tak bertempat, kuat merajuk, tak senang kan nak jaga anak mak ni? takpe,lepas ni kita jaga diri kita sama-sama ye? :')

Mak kata .."Mana jua ulah, ada tu nanti, mana tau waktu raya ani, mama dulu kana pinang waktu hari raya jua" 
*speechless* 
Tengok...... perkara pertama yang mak fikirkan adalah soal "itu" , nampak gayanya persoalan itu bukanlah lagi satu soalan pilihan, tapi satu soalan WAJIB yang perlu dijawab di dalam peperiksaan kehidupan. 

Tapi pecah jugak tawaku, baru tau tentang kisah mak, waktu raya rupanya..... hehe.... rupa2nya, zaman mak, untuk merisik, dalam rumah tu kalau ada anak dara, ibu bapa mereka akan letak "kepala meja" yang berbentuk sebiji kek,..... kek tu hanya akan dikerat oleh orang yg "berhajat", 
kalau ada yang kerat, faham le tu, tak lama lepas tu pasti ada rombongan yang datang bertandang.... hehe unik jugak kan?

Nak buat zaman ni? fikirlah sendiri apa yang akan jadi hehe.......

Ok kalau nak cakap pasal benda ni, entah bila lah nak habis, kita tunggu jelah ye siapa nanti yang berani "berhajat" nak kan "kepala meja" ni ...:P ...sekarang kita stop cite psl tu ...

Hah! di sekolah tadi, malu pulak sebab my students nyanyikan lagu bday kat dalam kelas, malu+terharu, really appreciate it, tak sangka ada yang ingat kan.... hehe :)

and tak sangka juga, rupanya aku punya rakan sama2 cikgu punya bday SAMA dgn aku! haha how sweet? :D

..... Birthday tahun ni memang bagi aku SPECIAL daripada tahun2 yang lepas.. sebab apa?
Sebab..... ianya jatuh pada bulan Ramadhan.... :) sungguh aku punya 1 rasa yang tak mampu ku jelaskan dengan abjad2 dunia..... nikmat Allah di bulan Ramadhan, tenang sungguh rasanya :)

Bday kali ni memang "lame" semacam, sebab no more surprises mcm tahun2 lepas, dah bosan asyik nak buat surprise tapi tak menjadi, sudahnya, aku yang mula gambar kek ku sendiri!! haha apada~~ , dah tu, aku pulak sendiri yang cucuk lilin kat atas kek tu, apa ni~~~hahahaha tp seronok gak, nasib baik bukan aku jugak yang beli kek tu sendiri! Tapi..... walaupun begitu, kata Terima Kasih memang tidak cukup untukku berikan pada keluarga yang ku kasihi, ALL 7's, terima kasih atas semuanya....... you know, I LOVE YOU FOREVER!
 Nak tengok kek tu macamana? aku tak tahu sama ada nak tergelak atau apa, umur 26 tahun , dapat kek bentuk macam ni....????  hahaha memang tak patut kan!!! :P


ANGRY BIRD???? apa-apa jelah, garang semacam betul binatang ni, tapi kek ni sedap! kek aiskrim! hehehe *klw yg baca entri waktu tengah puasa, maaflah ye* 

Selain itu, pelbagai ucapan hari jadi yang ku terima, mcm2 jenis ucapan...dan kiriman bergambar


Tengoklah ni.... comelkan??? thankssss pada yg berkenaan... :D





Terima kasih pada keluarga dan teman2 yang sentiasa mengingati hari kelahiran insan yang serba kekurangan ini, Pelbagai jenis mesej harijadi yang ku terima, ada yang menghantar melalui SMS, facebook dan Twitter....

Memang mcm2 ragam mesej yg ku terima, tapi kebanyakkannya mendoakan doa-doa dan harapan yang sungguh buat aku terharu, doa kalian cukup bermakna buatku,

Hanya Allah dapat membalas semuanya :)))

Antara mesej tu, izinkan ku ambil dua buah kiriman sms yang agak comel bagi ku


Jom baca... hehe

Kategori mesej paling comeL : 
"Salam Sut, happy busday. hehe semoga apa yang dihajati dikabulkan, berjaya dunia akhirat,menjadi anak solehah, soon isteri solehah, soon g mami solehah hehehe k tatata" 

Kategori mesej paling "Jujur" :
"Selamat hari tua dang. Tuha udah, baik makai produk untuk kncangkan kulit. Mcm2 produk masa ani bejual. Olay ada, sk 11 ada. Sdia saja usin. Doaku mcm taun lepas cek saja sms ku taun lps mun masih kau simpan jua tu" 

JUJUR yang amat kan? hehehe......

Sedar, aku sedar, memang dah makin, tak lama lagi, nampaklah kedutan tu hehhehe

...

Dan lagi.... mesej dari.... artis2 ni... buat aku tersenyum menghargai.... tak sangka... hehehe 





And.......

Last but not least.....

My 247 ends with this.....



It's not just a present to me.... but it is the symbol of true friendship, true sisters.... :''''')

She said "8 tahun SuT we celebrates with cakes, indakan taun ani nada?"

Ya Allah, who is this woman standing in front of me at 11.50pm on 24th July 2012 , datang ke rumahku semata-mata nak bagi hadiah ni dan sepotong kek harijadi..... you made me smile wiv tears..... 

YES, I WILL NEVER FORGET, 9 years, usia 9 tahun persahabatan kita........ 
Tiada kata mampu ku balas.....
Tiada bicara mampu ku lafaz....


Buat sahabatku.... 

Terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerana bertahan dengan sikapku yg kadangkala mungkin menguji kesabaranmu
Terima kasih buat semua waktumu untukku
Terima Kasih kerana ada kalanya menjadi kakak yang lebih matang berbanding diriku....

Semoga Allah simpan semua kenangan persahabatan kita di dalam kotak memori ini buat selamanya...
Aku tak mahu lupa, aku tak mahu.

Ku hanya ingin berdoa pada Allah agar ikatan persahabatan kita akan terus berkekalan selagi hayat dikandung badan, yang penting aku mahu ianya berkekalan Till Jannah.... Amiin Ya Allah.....

Thanks RAIHAN! nak fly esok kan? nangislah kau puas2 esok! :PPP

Akhir kata.... 

Hargai apa yang ada,jgn dah hilang, baru nak berduka.....

Salam Ramadhan.....

Dari Hati,
Liyana JuLay

Friday 20 July 2012

....Brunei Bersedih....




Permulaan awal suci bulan Ramadhan..... Allahu Allah.... Allah telah menduga rakyat Brunei dengan satu tragedi menyayat hati...... 

Sebuah Helikopter Royal Brunei Air Force Bell 212 telah mengalami kemalangan di Ulu Belait dalam perjalanan pulang ke Daerah Brunei Muara .....

Kemalangan yang telah meragut 10 nyawa .... 2 cedera parah dan 2 masih belum ditemui (according to latest news)

Sungguh aku cukup terkesan mendengar berita ini semalam, membaca tweet rakan2 di laman Twitter..... Memang, Brunei umpama satu keluarga, sakit yang ditimpa oleh seorang rakyat Brunei, pasti semua akan terasa pedihnya, Ya Allah cukup besar dugaanmu di bulan Ramadhan ini.....

Namun aku pasti, semua ini pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Engkau Maha Mengetahui, 

Allah knows the best, Always knows the best.... Allah uji tanda dia sayang kita kan? :''')

Salah seorang mangsa adalah rakan seperjuangan semasa aku menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, seorang bekas ahli exco kolej kediaman, seorang yang sentiasa ceria, Semoga roh mereka dicucuri rahmat,Allah pasti sayang mereka sebab Allah "ambil" mereka di dalam bulanNya yang penuh rahmat, penuh keberkatan, senyumlah wahai pejuang negara, gugur nyawamu sebagai perwira negara! :')

Buat keluarga mangsa, Aku tahu semua ini tidak mudah buatmu, Aku tahu tiada siapa akan mampu menahan tangisanmu, aku tahu sebab aku juga pernah mengalami kehilangan, kehilangan orang yang cukup dicintai,
Namun percayalah, semua ini pasti ada hikmahnya, percayalah pada Allah, percayalah dengan apa yang telah diaturkanNya, sandarkanlah kepiluan kita pada yang maha Esa, hanya Dia yang mampu mengerti, Hanya Dia yang mampu memahami..... Insya Allah, pasti Allah izinkan kita untuk berjumpa mereka di "sana" nanti :')

Kejadian ini juga turut membuka mataku buat kesekian kalinya.... 
AJAL tidak mengira usia, 
Ajal tidak mengira siapa,
Ajal tidak mengira di mana
Ajal tidak mengira BILA ......

Malaikat maut mungkin sedang berada beberapa tapak lagi menghampiri kita..... 

Persoalannya..... Bila SAAT itu tiba... CUKUPKAH sudah AMALAN kita? Cukupkah sudah semuanya untuk kita persembahkan pada yang Maha Esa? ... marilah duhai sahabat, sama-samalah kita bertaubat.... bukalah mata hati kita... hidup di dunia hanya beberapa detik.... Hidup di dunia adalah untuk menanam benih Amalan kita untuk menuainya di alam sana nanti..... Mungkin nafasku juga akan terhenti seusai menulis warkah ini, maafkanlah segala dosa-dosaku....... Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya buat kita semua.. Amiin....

Al-fatihah buat mereka yang telah pergi........



Link , Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ...... ya Allah, Raja yang memeduli rakyatnya :''') Semoga Allah merahmati Baginda , Ameen :') I Love my Raja Forever






Sunday 15 July 2012

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik!


<<15th JuLy 2012>>
SeLamaT Puja Usia Ke-66 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dirgahayu Kebawah Duli Tuan PaTik!


Ya Allah, lanjutkanlah usia raja kami, golongkanlah baginda sebagai seorang pemerintah yang adil. Ameen!

I Love My RaJa Forever! Aku bangga menjadi seorang rakyat Brunei di bawah naungan Raja Adil Lagi Bijaksana~~! May Allah always Bless and Protect our SuLTan, Ameen! <3





Saturday 14 July 2012

MaLam SasTera IsLam

Alhamdulillah pada 7hb Julai 2012 Yang lalu, aku dan temanku telah memenuhi undangan majlis "MaLam SasTera IsLam" anjuran Pusat Da'wah Islamiah yang bertempat di Dewan Banquet Bangunan Majlis Mesyuarat Negara.....

Satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan, pengalaman yang cukup tinggi nilainya, sebab pada malam itu aku berpeluang bersua muka dengan beberapa penulis-penulis tempatan yang memang cukup berpengalaman dan mempunyai nama yang hebat dalam bidang penulisan, Aku cukup kagum pada mereka, pasti penulisan mereka ini jika dibandingkan dengan penulisanku bagai LANGIT DENGAN BUMI :)

Selain itu, sepanjang majlis itu, kami turut di"hiburkan" dengan beberapa persembahan syair, deklamasi sajak, lakonan teater, semuanya yang berunsurkan keislaman, siapa cakap tiada "hiburan" di dalam Islam? cuma pilihlah "hiburan" yang tepat kan? :) Hiburan yang tidak melalaikan dari mengingati ALLAH ...

Memang cukup menarik lebih2 lagi persembahan "Puisi Teatrikal" yang sebelum ini aku langsung TIDAK pernah menyaksikannya, naik meremang bulu tengkuk jugak sebab lakonan mereka cukup berkesan, ditambah lagi dengan dua orang pendeklamasi puisi yang cukup mahir dalam mendeklamasikannya dengan lontaran suara mereka yang cukup BERTENAGA dan MENUSUK KE QALBU , sungguh aku kagum pada mereka :)

Itulah serba sedikit cerita di Bulan JULAI ku :) ... 



Aku dan temanku bersama Salina Salleh , Novelis "Wajah Seiras Cinta"
Sijil Penyertaan Penulisan Novel Islam Anjuran PDI 2010 :))) Alhamdulillah ... Aku akan cuba memperbaiki gaya penulisan dari semasa ke semasa Insya Allah ..... :)