About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Thursday 31 January 2013

Biarkan Januari Pergi

Dengan nama Allah.... Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....

Allah uji tanda DIA sayang ....

Benar.... Bermula 2013, Januari, Ujian datang melanda satu persatu ...
Aku mula bertanya, kenapa aku? kenapa perlu begitu? kenapa .. kenapa...?
Ya Allah..... :'( ... baru dugaan sekecil ini pun aku lupa, aku mula mempersoal , astaghfirullah..... :'( .....
Aku lupa bahawa Engkau pernah berfirman....

< Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? > (29:2)


Astaghfirullah... sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau timpakan pada hambaMu tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menguji kesetiaan kami, kejujuran kami dalam menjadi hambaMu yang bertaqwa ....

Memang, kadang2 ujian itu berat dirasa, terasa hampir tidak termampu bahu untuk memikulnya, terasa hampir tersungkur sadis di lereng dunia. Tapi aku yakin, kerana .....

"Allah tidak memberati seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya...." (Al-Baqarah: 286) 

Ku renung sejenak atas kekhilafan, ku tinjau sebentar atas kelalaian. Lantas, ku cuba kutip semula segala yang berciciran........
Pecah juga mutiara itu, mengalir tanpa segan silu.....
Masya Allah....! Rupanya Allah ingin AKU MENGADU! Mengadu padaNya, hanya PadaNya :'D
Kurang segala beban, terubat juga luka, Allahumma Allah .... :') ... Allah ternyata ingin aku lebih dekat, mengadu segala sakitku, merintih segala sengsaraku, Allah ingin kita tahu, Hanya padaNya lah tempat mengadu :')


"Di sana" ... aku terlalu banyak berbicara..... terlalu banyak meluahkan rasa....
"Di sini".... aku lebih banyak berdiam.... menelan segala duka.....
Namun ternyata, DIA sedang "mengajar" aku tentang satu perkara ....

Kadang-Kadang kita perlu DIAM untuk MENDENGAR
Kadang-kadang kita perlu DIAM untuk MENGENAL
Kadang-kadang kita perlu DIAM untuk MENILAI
Kita akan sedar, Kita lebih banyak BELAJAR


Terima kasih Allah kerana sedang mengajar hambaMu...... UjianMu kali ini mengajar erti sebenar KESABARAN ...... erti sebenar TOPENG KEHIDUPAN .......

Hampir saja aku tidak percaya dengan realiti dunia sedang terjadi di depan mata. Manusia nyatanya boleh memiliki bermacam-macam muka dalam satu jasad yang bernyawa... , ingin saja aku tertawa . Bukan tertawa gembira, tapi kecewa.

Sekarang aku semakin nampak segala HIKMAH yang Allah mahu aku saksikan, segala HIKMAH yang Allah mahu aku sematkan ......

Walau terpaksa "berjauhan" buat sementara , aku redha.. kerana ini ketentuan, walau ternyata cara 'mereka' memang menduga perasaan...

Kini berjauhan, baru aku sedar betapa aku sayangkan sekolah itu.... ya, sekolah itu :') ... hatiku terikat di sana... ESOK GENAPLAH SATU TAHUN USIA PERKENALAN kita :'D Alhamdulillah!
1hb Februari 2012 mencatat memori indah dalam hidup, jika Allah izin dan restu, aku ingin simpan dan kekalkan semuanya dalam kalbu :)

Bukan setakat rasa kasih dari seorang Guru pada murid-murid, tapi juga rasa sayang pada rakan sekerja yang sudah ku anggap seperti keluarga. Kami berkongsi bermacam rasa, semuanya penuh warna! Anugerah Allah yang paling terindah!

Aku rindu, rindu, rindu untuk kembali semula, harap2 mereka juga begitu, menanti "kepulanganku"????? :'))) ..... aku rindu semuanya, semua tentang sekolah itu :'D ... aku maksudkan SEMUANYA , ya SEMUANYA :'D

Ya Allah, pinjamkan aku  lagi sedikit kekuatan, tambahkan lagi padaku kesabaran.. Akan aku cuba bertahan :') ...


ALLAH AKAN SENTIASA MENGUJI DAN TERUS MENGUJI
AGAR KITA SENTIASA TERUS KUAT DAN TERUS KUAT

- Liyana Julay-


6 comments:

Anonymous said...

Semoga terus tabah...

Lensa Syuna said...

Terima Kasih :)

Arysa Nasir said...

melalui ujian itu mmg adakalanya getir dan menyakitkan. Tapi bila sudah dilewati, kita akan senyum bila mampu melihat keindahan yang didatangkan bersama ujian itu.

Keep up the strong heart sis!

P/s : LS, susahnya akak nak lepas 'prove you're not robot' bila nak comment di sini hu hu...

Lensa Syuna said...

Betul sangat tu Kak R.A :)))))

Thanksssssssss Kak R.A , really appreciate that :'DDDD

P/s : hahahhahaaha *ketawa senak perut* XD

Unicorn fx said...

Selepas petir dan badai melanda, pasti hari kan tenang semula,
Matahari kan menyinari,
sang pelangi menghiasi.

Yakin yang susah kan jadi senang dan Allah sentiasa menolong :'). Setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya. Hugs behh, we'll be here for you.

n Alhamdulillah jua for d good news ^_^

Lensa Syuna said...

Nothing is more wonderful than takdir Allah yang surely ada hikmahnya right :'DDD Thankkssss beh :D