Bismillah…….
Tiba-tiba rasa rindu membuak-buak untuk berbual bersama awak dear Blog… maafkan saya, saya bukan tuan blogger yang baik. Bloggers lain mungkin tiap hari boleh update cerita pada awak, (mood imaginasi melampau) , oh well, blog pun ada perasaan kan? Hehe , maaf andai awak rasa diketepikan (enough!! :P)
"Bawah mata kau dah hitam. Okay ke?" soalan diajukan padaku dari kakak @ rakan sekerja pada petang tadi. Aku hanya mampu tersenyum saja sambil memeluk tubuh yang sejak tadi pagi menggigil tidak berhenti. Eh, demam ke ni?
Akhir-akhir ni memang tubuh aku rasa kurang sedap, dan subuh tadi tekak ni rasa mahu memuntahkan sesuatu, tapi tak juga jadi. Beberapa hari lepas, beberapa tablets panadol sudah aku balun, normally demam boleh kebah. Aku tahu, ubat tu asbab saja untuk berusaha menyembuhkan tubuh ni, tapi semuanya balik semua pada Allah, aku tau Dia sedang uji, Dia mahu bersihkan dosa-dosa yang masih banyak berbaki…… sebab tu agaknya "demam"ku masih belum sembuh-sembuh lagi.
Tapi hari ni memang aku rasa level demam aku semakin menjadi-jadi…..errrr…..
Namun, bersyukur juga sebab demam kali ni tidak begitu mendera seperti biasa. Syukur sebab Tonsil aku tidak buat hal pula! Phew! cuma kepala ni berat semacam, tubuh lemah, asyik mahu baring saja. Biasalah, adat demam memang begitu, memang terasa mahu memanjakan diri -.-"
"Ko minum minuman sejuk kan? Macamlah aku inda tau ko tu" haaahhh tu lagi satu dialog dari rakan sekerja yang lain, *dushes* memang 100% terasa macam batu seberat 1000 tan menghempap kepala. Lagi, aku hanya mampu tersengih saja, diam seribu bahasa, "benang" sudah basah dari mula, sia-sia kalau aku mahu "tegakkannya"
Hehe… nak buat macamana, kelmarin dah craving sangat mahu minum ice milktea, what to do? -.-"
Memang Encik Tonsil dalam tekak ni LORAT kan, sejuk tak boleh, manis sangat tak boleh, alahai nampaknya Engkau LEBIH MANJA berbanding tuan badannnya… sabar ye cik Ana.. hehe….
Semoga Allah memberikan kesembuhan pada kita yang diuji dengan kesakitan dan segala dosa-dosa kita dihapuskan. Ameen!
Liyana Julay ….
-Demam Mode-
No comments:
Post a Comment