About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Tuesday, 26 June 2012

Kenyataan yang menyakitkan

Dari satu susuk tubuh ku perhatikan, tajam mataku merenung mereka yang mundar mandir ke sana ke mari seolah-olah tanpa hala tuju yang pasti. Mataku tidak mampu lari daripada mereka, bukan kerana terpegun ataupun tertarik hati, tapi jauh di sudut hati, aku,... kecewa!, YA, AKU KECEWA , aku sedih melihat "adik-adik" remaja seagamaku kini sudah jauh tersimpang dari landasan yang sepatutnya. 

Luntur jiwaku saat melihat adik perempuan seagamaku mendedahkan "harta" mereka yang paling berharga, seolah-olah mereka berbangga mempamerkannya, ingin saja aku berikan sehelai telekung pada detik itu untuk dipakaikan padanya.......

Pakaian lelaki dan perempuan , aku lihat sudah tidak ada bezanya... aurat lelaki dan perempuan juga seolah-olah mempunyai ukuran yang sama. Masihkah kau ingat dan tahu duhai wanita seIslamku, bahawa aurat kita hanyalah muka dan dua tapak tangan?? Bukan antara pusat hingga lutut..... bukan, bukan!

Ku tenung lagi buat kesekian kalinya, ku harapkan saat itu aku melihat deraian air mata penuh keinsafan akan terbit pada wajah-wajah mereka kerana sedang melanggar perintahNYA... tapi aku tahu bahawa aku akan dikecewakan, kecewa dengan hilai ketawa mereka, senyuman yang penuh "keseronokan duniawi" , sungguh aku hairan kenapa mereka masih mampu tersenyum, aku berfikir sejenak, adakah senyuman yang sama jugakah akan aku dapat jika pada saat itu ibu dan bapa mereka sedang memerhatikan kelakuan anak2 mereka itu?? Tersenyumkah mereka??? Aku benar2 ingin tahu jawapannya.......

Sesekali, Ingin aku menipu diriku sendiri dengan mengatakan, "Suami Isteri lah ni" ... aku tahu dan aku sedar penipuan hati sedang berlaku. Aku tahu dan aku yakin melebihi 100% bahawa remaja yang berkepit, merangkul pinggang, berpegangan tangan di antara lelaki dan perempuan seusia mereka perbelasan tahun itu tidak mungkin mempunyai hubungan SUAMI ISTERI yang HALAL di sisi ISLAM! Astaghfirullahal'adzhiim....

Apa dah berlaku pada remaja kita pada hari ini? Apa kena pada mereka???? MANA AGAMA mereka? Ya Allah :'( ... Mana IBU BAPA mereka? Betulkah didikan agama sudah diterapkan dalam diri mereka? Jika betul, dimanakah lagi silapnya? Melampaukah aku jika aku ingin menuding jari pada ibu bapa mereka dan ingin menuduh mereka bahawa.... MEMANG! Kamu belum mendidik anak2mu dengan didikan agama dengan SEWAJARNYA! 

JIKA YA, pasti anak2mu tidak berani bersentuhan dengan yang bukan muhrim, JIKA YA, pasti anak2mu sedang menutup aurat, JIKA YA, pasti anak2mu ada sifat malu. JIKA YA, pasti anak2mu sedang berada di rumah BERSAMA2MU pada waktu MALAM begini!


Aku tidak menyalahkan remaja-remaja ini, aku menyalahkan ibu bapa mereka! MAAF!! Maaf! Bukankah pendidikan awal itu bermula dari rumah? They learn from what they see, from what they hear, from they've been told!

Wahai ibu bapa..... Inikah para remaja yang kita pertanggungjawabkan untuk "memerintah" generasi masa depan kita? Inikah para remaja yang kita harapkan untuk meneruskan perjuangan Negara Dzikir kita? Inikah mereka? Jika inilah yang kita "sajikan" untuk masyarakat dan generasi masa depan..... Sama-samalah kita saksikan sama ada "hidangan" ini adalah satu hidangan yang berkhasiat dan memberi kesihatan ataupun "hidangan" yang bakal menimbulkan pelbagai macam jenis penyakit yang tiada obatnya.........Na'udzubillah......

Imam Al-Ghazali pernah berkata 

"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak mudanya pada hari ini"

Tepuk Dada, Tanya Iman.....



Sunday, 17 June 2012

...Siapa 'Imam'ku .....?

Soalan Yang sering diajukan sejak akhir-akhir ni.... "Bila kawin?" "Cari tah boyfriend" bla bla bla .....

Isu kahwin 1 hal, Isu cari boyfriend 1 hal ... mungkin kalau dulu , isu "cari boyfriend" ni aku anggap benda biasa je, tapi sekarang tak, syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan petunjuknya padaku , syukur kerana Allah masih sayang padaku kerana tidak membiarkan diri ini terjerumus ke dalam satu hubungan "couple" yang langsung tidak mencerminkan imej Islam itu sendiri dan juga akan mengundang pelbagai mcm unsur kemaksiatan >.< astaghfirullah..... :'/

 kenapa perlu couple? untuk apa? utk sekadar ingin rasa dimiliki dan memiliki? kenapa tak nak terus kawin je? mungkin ada yg akan memberi alasan "nak kenal hati budi masing2 dulu" , betul ke dengan ber'couple' tu nnt akan kenal diri masing2? betul ke tak ada yg akan hipokrit? siapa yg nak tunjuk belang semasa ber'couple' kan? lagi pun klw dah CUKUP kenal sewaktu ber'couple' , apa lagi yg hendak dikenal ketika perkahwinan? hilanglah nikmat erti sebenar perkahwinan itu sendiri klw masing2 dah CUKUP kenal......

aku bknlah hendak menuding jari pada mereka yg punya teman lelaki ataupun wanita itu semuanya jahil dlm beragama , semoga kita sama2 diberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebaikan, amiin :) ....

Tak salah jika kita ingin merasa disayangi dan dikasihi kerana itu memang fitrah manusia cuma tinggal kebijaksanaan kita untuk menyalurkannya ke landasan yg betul iaitu ikatan pernikahan.... dah HaLaL barulah awesome right? :)

Aku teringat kata2 ustazah ni aku lupa nama dia siapa , lebih kurang dia cakap mcm ni dalam ceramah dia...

Cinta itu memang sesuatu yg baik dan indah tetapi apabila ianya dilakukan dgn cara yg bertentangan dgn agama, ia akan 'memudaratkan' kita,  seperti contoh memakan gula, gula itu memang sesuatu yg HaLaL..... nak makan, makanlah, takde siapa nak larang.... tapi apabila kita mula makan BERLEBIHAN, ianya akan memudaratkan kesihatan kita,

Same goes to CinTa & Couple vs Cinta & Nikah .... :) , kita cukup bijak untuk menilai mana yg baik dan buruk kan? .... pilihlah yg tidak memudaratkan.... yg penuh barakah... penuh redha Allah....

Apabila Allah redha, insya Allah rumahtangga akan bahagia walaupun TANPA CINTA SEBELUM NIKAH ..... yang penting kita jaga hubungan kita dengan Allah, kita beri hati kita pada Allah... Insya Allah aku percaya, Allah akan beri sekeping hati yang terbaik buat kita...... Allah adalah pemilik hati yang hakiki ....

Kita tengok orang2 tua zaman dahulu, kebanyakan mereka kahwin ikut pilihan orang tua mereka, kita tengok mereka bahagia hingga akhir hayat kan? Ni lah namanya keberkatan dalam perkahwinan, jauh dari kemaksiatan dalam perhubungan sebelum pernikahan... Ya Allah kuatkanlah iman ini untuk menuruti perintahMu ... :')


Berbalik soal Jodoh...... Jodoh adalah Rahsia Allah... Sungguh aku tidak punya sebarang jawapan pada ketika ini jika ditanya "Bila nak kahwin?" ..... Biarlah ku serahkan semuanya pada sang pencipta hati..... mungkin si 'Dia' ketika ini masih juga tercari2 akan diri ini....

Buat Dirimu "Bakal Imamku" ......

Jika engkau ingin menyuntingku menjadi yang halal bagimu... Hormatilah diriku dengan menemui waliku... Bukan dengan mengajakku jauh dari keredhaan Allah, jauh dari jalan menuju syurgaNya  dengan hanya menjadikanku sebagai teman wanitamu, aku tidak ingin itu, aku hanya ingin menjadi pendamping halal bagimu untuk sama2 memimpin tanganku menuju SyurgaNya......

Wahai Bakal Imamku.....

Aku tahu saat ini kau masih tercari-cari diriku seperti mana ku mencari dirimu tapi aku yakin nama kita berdua sudah tertulis di dalam kitabNya ... cuma masa belum lagi tepat untuk mempertemukan kita, hanya Allah yang tahu bila..... hanya Allah yang tahu siapakah dirimu untukku dan siapakah aku buatmu..... Namun ku harap di dalam waktu pencarian kita ini, sama-samalah kita cuba memperbaiki iman kita agar kita mampu membina satu mahligai yang penuh cinta keranaNya ...

Wahai Bakal Imamku ..... bila waktu itu tiba... inginku berterima kasih padaNya kerana menganugerahkan dirimu buatku yang serba kekurangan ini, juga terima kasih padamu kerana sanggup memilih diri ini untuk menjadi yang halal bagimu.... sentiasalah menjadi imam buatku dan buat bakal anak2 kita agar menjadi anak2 yg soleh dan solehah.. ajarlah dan bimbinglah aku agar menjadi seorang isteri yang solehah... Amiin.....

Tapi semua ini masih menjadi rahsia Illahi.... jika kita tidak berkesempatan bertemu di dunia ini kerana mungkin besok bukan milikku lagi..... biarlah Allah mempertemukan kita di syurga nanti Amiin Ya Allah Ya Rahman.... kekasih hati yg kekal abadi...... :')



Ya Allah..... Engkau kurniakanlah bagi kami Jodoh Yang terbaik .... Yang Mendekatkan kami kepadaMu...... dan Jauhkanlah kami daripada seseorang yang akan menjauhkan kami daripadaMu :'/ ... Amiin.......