About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Tuesday, 26 June 2012

Kenyataan yang menyakitkan

Dari satu susuk tubuh ku perhatikan, tajam mataku merenung mereka yang mundar mandir ke sana ke mari seolah-olah tanpa hala tuju yang pasti. Mataku tidak mampu lari daripada mereka, bukan kerana terpegun ataupun tertarik hati, tapi jauh di sudut hati, aku,... kecewa!, YA, AKU KECEWA , aku sedih melihat "adik-adik" remaja seagamaku kini sudah jauh tersimpang dari landasan yang sepatutnya. 

Luntur jiwaku saat melihat adik perempuan seagamaku mendedahkan "harta" mereka yang paling berharga, seolah-olah mereka berbangga mempamerkannya, ingin saja aku berikan sehelai telekung pada detik itu untuk dipakaikan padanya.......

Pakaian lelaki dan perempuan , aku lihat sudah tidak ada bezanya... aurat lelaki dan perempuan juga seolah-olah mempunyai ukuran yang sama. Masihkah kau ingat dan tahu duhai wanita seIslamku, bahawa aurat kita hanyalah muka dan dua tapak tangan?? Bukan antara pusat hingga lutut..... bukan, bukan!

Ku tenung lagi buat kesekian kalinya, ku harapkan saat itu aku melihat deraian air mata penuh keinsafan akan terbit pada wajah-wajah mereka kerana sedang melanggar perintahNYA... tapi aku tahu bahawa aku akan dikecewakan, kecewa dengan hilai ketawa mereka, senyuman yang penuh "keseronokan duniawi" , sungguh aku hairan kenapa mereka masih mampu tersenyum, aku berfikir sejenak, adakah senyuman yang sama jugakah akan aku dapat jika pada saat itu ibu dan bapa mereka sedang memerhatikan kelakuan anak2 mereka itu?? Tersenyumkah mereka??? Aku benar2 ingin tahu jawapannya.......

Sesekali, Ingin aku menipu diriku sendiri dengan mengatakan, "Suami Isteri lah ni" ... aku tahu dan aku sedar penipuan hati sedang berlaku. Aku tahu dan aku yakin melebihi 100% bahawa remaja yang berkepit, merangkul pinggang, berpegangan tangan di antara lelaki dan perempuan seusia mereka perbelasan tahun itu tidak mungkin mempunyai hubungan SUAMI ISTERI yang HALAL di sisi ISLAM! Astaghfirullahal'adzhiim....

Apa dah berlaku pada remaja kita pada hari ini? Apa kena pada mereka???? MANA AGAMA mereka? Ya Allah :'( ... Mana IBU BAPA mereka? Betulkah didikan agama sudah diterapkan dalam diri mereka? Jika betul, dimanakah lagi silapnya? Melampaukah aku jika aku ingin menuding jari pada ibu bapa mereka dan ingin menuduh mereka bahawa.... MEMANG! Kamu belum mendidik anak2mu dengan didikan agama dengan SEWAJARNYA! 

JIKA YA, pasti anak2mu tidak berani bersentuhan dengan yang bukan muhrim, JIKA YA, pasti anak2mu sedang menutup aurat, JIKA YA, pasti anak2mu ada sifat malu. JIKA YA, pasti anak2mu sedang berada di rumah BERSAMA2MU pada waktu MALAM begini!


Aku tidak menyalahkan remaja-remaja ini, aku menyalahkan ibu bapa mereka! MAAF!! Maaf! Bukankah pendidikan awal itu bermula dari rumah? They learn from what they see, from what they hear, from they've been told!

Wahai ibu bapa..... Inikah para remaja yang kita pertanggungjawabkan untuk "memerintah" generasi masa depan kita? Inikah para remaja yang kita harapkan untuk meneruskan perjuangan Negara Dzikir kita? Inikah mereka? Jika inilah yang kita "sajikan" untuk masyarakat dan generasi masa depan..... Sama-samalah kita saksikan sama ada "hidangan" ini adalah satu hidangan yang berkhasiat dan memberi kesihatan ataupun "hidangan" yang bakal menimbulkan pelbagai macam jenis penyakit yang tiada obatnya.........Na'udzubillah......

Imam Al-Ghazali pernah berkata 

"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak mudanya pada hari ini"

Tepuk Dada, Tanya Iman.....



2 comments:

Unknown said...

berdoalah utk saudara kita..salam ziarah :)

Lensa Syuna said...

Insya Allah, salam kembali :)