6hb Ramadhan .........
3 biji kurma dan beberapa teguk air selesai masuk ke dalam perutku, Alhamdulillah sudah tiba waktunya berbuka, tanpa berlengah aku solat maghrib dulu. Jumpa "DIA" dulu sebelum aku menyambung tugasan lagi :D , DIA yang bagi aku peluang utk berpuasa lagi kali ini. Terima kasih.
Ku kerling jam seketika, ek? dah pukul 7? aduh kena cepat ni, janji 7.15 kena ada semua di sekolah.
Ah ah ye , malam ni giliran sekolah tempatku bertugas pula untuk memenuhi jemputan Tadarus Al-Quran di Istana Nurul Iman, satu kebiasaan yang tidak pernah ditinggalkan oleh raja kami yang menjunjung tinggi perintah sang pencipta, pada setiap Ramadhan, aku bersyukur menjadi rakyat baginda :) ,sungguh...
Hehe tengok, mudah carried away tapi takpekan? hehe.....
Aku pun dengan seberapa segera bersiap untuk bertolak dari rumah, jumpa ibu kejap, pergi luar meja makan, abang offer something, cendol, teguk cendol sikit, eh sedaplah pulak? tapi syukurlah at least sempat rasa sikit
Kunci kereta aku ambil seberapa pantas, erk dah pukul 7.15 dah? aku sempat lagi tarik keluar hp , cek mesej melalui WhatsApp group , eh eh masih ramai yang baru nak bertolak dari rumah, phew nasib.
kereta ku pandu dalam kadar "kebiasaan"ku (hehehehe muka bersalah) ... okay, drama bermula........
sampai pada lampu isyarat utk menuju ke sekolahku..... erkk JALAN TUTUP ke??! O.o ada polis, alahai apani? pikir punya pikir, Memaaaanglaaah tutup, kenapalah aku tak terfikir dari mula, mungkin sebab ini baru pertama kali aku melalui jalan tersebut pada malam bulan ramadhan, memang "Jalan Tutup" adalah satu kebiasaan sebab mengelakkan kesesakan kereta di hadapan Istana Nurul Iman.....
Tapi perempuan sorang ni memang tak reti bahasa, redah kasi pecah! buat muka toya je......
Pak Polis: "kita kan ke mana?"
Aku: "ke sekolah arab, jemputan tadarus di istana"
Pak Polis: "banarnya jalan tutup dah ni, kita lalu jalan sana saja short cut"
Aku: "Jalan mana ah? lalu mana tu?" , eh??? sejak bila pula aku tak tahu jalan tu? hahahha lantaklah kau, buat muka blur tahap siput. polis tu pun tunjuk ke arah tu, aku masih buat2 tak faham. akhirnya........
Pak Polis: "inda apalah, kita cuba nasib saja lalu sini"
ALHAMDULILLAH, boleh LEPAS pun kan??!! bukan apa, jalan yang dicadangkan tu aku tengok kereta dah panjang macam lelipan gergasi bersaiz 2KM , kalau aku lalu sana, pukul berapalah aku nak sampai skolah? ........ Terima kasih pak polis! :DDD
Aku pun menyusuri perlahan laluan "Babu raja" dan hadapan Istana Nurul Iman.... masya Allah boleh tahan juga ramai orang yang sudah berbaris untuk masuk ke istana.......hah sudah2 menyibuk, jalan terus, dalam beberapa minit kemudian, sampai perkarangan sekolah, park kereta,
kakak-kakakku ramai dah berada di sekolah, mereka sudah bagai keluarga baruku, lagak macamlah jarang-jarang berjumpa pada waktu kerja, cerita tak pernah mahu selesai, itu ini begitu begini, mereka punya pelbagai karakter yang membuatku terhibur :D you know I love you all ! Thanks Allah kerana dikurniakan insan2 terhebat seperti mereka, sumber rujukan agama, penawar hati di kala duka :D
Bas pun tiba untuk membawa kami semua menuju ke Istana Nurul Iman, dua buah bas sudah cukup untuk menampung keramaian kami para guru-guru perempuan. keadaan malam agak sejuk sikit sebab hujan rahmat turun di malam ramadhan :) , hujan yang berirama perlahan.
Setiba di Istana, kami memasuki salah sebuah dewan yang terdapat di sana untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Di sinilah aku bertemu dengan beberapa wajah yang sungguh ku kenali, rakan-rakan dari sekolah arab yang lain, aku hanya mampu menghulurkan senyuman dan lambaian pada mereka yang sudah hadir terlebih awal dan mengambil tempat duduk yang selesa, takkanlah aku nak redah kasi pecah lagi buat kali kedua? jangan.............
Di sini, kami dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan sudah dipilih untuk menjadi pembaca utama dan satu lagi membaca Quran secara sendiri menurut juzuk yang bakal diedarkan...
satu keping kad kecil bertulis juzuk yang ditetapkan diedarkan satu persatu........akhirnya sampai juga ke tanganku...... aku dapat nombor 24, eh? macam tau2lah pulak itu nombor kita~~ tersengih manjanglah aku tak mampu ku tahan :DD
Setelah semua peserta sudah bersedia, bacaan tadarus pun dimulakan oleh kumpulan dari sekolah lain dan diikuti oleh satu kumpulan awam (mungkin, aku tak pasti sangat) dan akhirnya menuju kepada kami. sungguh tenang ku rasa, satu perkumpulan yang penuh rahmat dihujani dengan alunan kalam-kalam Allah yang tiada tolok bandingnya, dalam bulan yang penuh hikmah dan berkat yang melimpah ruah........ Ya Allah :')
Oh ye, lupa mention, salah sebuah sekolah yang turut hadir adalah sekolah di mana aku pernah ditempatkan bertugas sementara pada beberapa bulan yang lepas, wajah2 mereka masih ku kenal :D .. setelah selesai bertadarus, kami diarahkan untuk menikmati jamuan di salah satu ruang legar yang terdapat di istana, angin di luar yang dingin pula nyaman menampar wajah, indah sungguh rekabentuk seni bina istana itu :) sempat ku nikmati.... nampak kaya.... raja yang kaya.....bukan hanya dari ukuran harta benda... tapi juga kaya jiwa.. :)
Di ruang makan pula aku sempat bersua muka lagi malah makan semeja dengan bekas rakan sekerja sementara dulu, sempat juga berbual mesra, walaupun masa agak singkat kerana mahu bergegas balik dan menuju ke bas masing-masing......
Dalam perjalanan keluar di istana mewah itu, ada jeritan kecil yang menyapa gegendang telingaku "Teacher, teacher...." di kiri dan di kanan suara itu mengambil tempat, ah! mereka! haha diantara teman yang hanya sempat ku berikan lambaian pada awal tadi, phew, ingatkan siapa!
Perbualan yang agak singkat itu diisi dengan soalan yang tidak pernah tidak, tidak pernah tidak akan disoal! erk! soalan itu lagi dan lagi dan lagi......
"Bila kan kawin ani? Lama kami kan nunggu kau kawin ani, bila? bila?" phew boleh tahan jugak kan mereka ni memacukan berdas-das pertanyaan untuk satu persoalan yang serupa? HEBAT! :P
Aku pun biasalah dengan selamba jawab relek je walau nafas sudah hampir tersekat,
"Doakan saja" ... dan terus apa lagi , teknik mendivert soalan pun terjadi .. sambil mengusap perut si teman "ada isi dah?" ....... hehe .... kedua mereka pula tersengih "belum ada rezeki" ..... in sya Allah, aku doakan terbaik buat mereka, pasti Allah akan kurniakan nanti, Allah itu kan sifatNya Maha Pemurah :)
Dan perbualan singkat tapi padat itu berakhir apabila kami ingin menuju pada hala yang bertentangan..... jumpa lagi nanti in sya Allah :)
.........
Aku hanya mampu tersenyum sendiri sewaktu memandu dalam perjalanan pulang. Perjalanan hidup, ku imbas dengan pantas. Indah sungguh "manuskrip" ciptaan Allah .... Aku rasa cukup bertuah kerana dikurniakan ramai teman yang pelbagai ragam dan perwatakan. Mula awal perkenalan yang punya pelbagai cerita yang unik, mereka yang tadi tu, bukanlah teman sesama bangku sekolah, bukan juga sesama fakulti, bukan sesama majlis pelajar, jauh sekali mengambil program yang serupa sewaktu di uni...... tapi hairan kan? hairan kerana kami tetap mampu sebegitu mesra, ada yang bermula dengan awal perkenalan yang begitu singkat, ada yang hanya baru kenal kerana hanya berjumpa sekali di majlis persandingan teman.
Tempat kerja pula, dalam beberapa jumlah sekolah yang terdapat di Brunei, akhirnya aku tetap juga berada di sekolah arab ini, dan mereka2 yang ku kenal tadi itu juga ironiknya kebanyakkan mereka memang anak kelahiran sekolah arab, aneh betulkan perancangan Allah? aneh tapi indah......Pasti ada HIKMAH :)
Aku percaya dan tetap percaya, setiap ciptaan Allah itu tidak pernah sia-sia, dan aku yakin bahawa
:: KEWUJUDAN SESEORANG ITU MAMPU MEMPENGARUHI DAN MERUBAH PELBAGAI KEADAAN ::
Ini semua ecosystem ciptaan Allah yang cukup unik dan hebat, setiap kita adalah penting sehingga kita diciptakan oleh Allah. Setiap dari kita memerlukan satu sama lain.
Pilihan di tangan kita........ mahu menjadi punca kepada duka? atau mahu menjadi sebab orang lain melakarkan senyuman gembira? :)
Ramadhan Kareem........ Maaf Zahir Batin....
Love for the sake of Allah.........
No comments:
Post a Comment