Bismillah.
Banyaknya lebihan makanan budak-budak ni. Bisik hatiku di saat melihat masih banyak lebihan "feeding" budak-budak sekolah yang hanya dibiarkan di dalam kontiner itu tanpa dijamah. Walau hanya sekadar kuih ala-ala muffin yang simple, still bukan alasan untuk dibazirkan. Ni kalau diberi pada budak-budak somalia ni pasti mereka akan tersenyum bersyukur.
"Kamu, lekas ni bawa semua makanan ni bawa balik asrama, untuk makan nanti malam"panggil aku pada mereka yang sudah bersedia mahu berangkat pulang. Memang geram jugaklah apabila budak-budak ni langsung tidak menjamah makanan tersebut. Punyalah kerajaan baik hati sediakan feeding dorang hari-hari, senang-senang saja mereka nak bazirkan? Tak patut!
"Tak mahu cikgu, kami takkan makan tu" jawab salah seorang dari mereka. Haaiih baik punya jawapan, kalau ikut rasa hati, ingin saja disumbatkan kuih tu ke mulut dorang ni biar dorang "kenyang" sampai bila-bila!
Memang kecewa mendengar jawapan sebegitu. Paksa punya paksa, akhirnya ada jugak yang "mahu" membawa kuih2 tersebut, itu pun mereka tak mahu bawa semua. Takpelah kalau dah tak nak, aku boleh bawa, aku bukan tak mahu bawa tapi semua tu kan feeding budak2, mereka lebih berhak. Tapi kalau dah dipaksa pun tak nak, apa boleh buat.
Namun, dalam kehampaan, tiba-tiba ada satu suara menyapa…..
"Cikgu, saya nak" ku perhatikan seketika raut wajah yang penuh dengan senyuman tanpa paksaan. Ya Allah, ternyata masih ada di kalangan mereka yang MENGHARGAI REZEKI ALLAH ini! Aku pun tersenyum bersyukur. Memang budak ini "lain daripada yang lain" :)
Aku kenal budak ni, dia adalah salah seorang pelajar yang memang excel dalam akademik..
Memang keEXCELan budak ini menyerlah apabila dia tidak suka membazir. Tidak mustahil, mungkin ini adalah one of the contributing factors yang menjurus kepada keEXCELannya kan? *grammar berterabur*
…..
Hari berikut.
"Kotornya" ujarku sambil tangan menuju ke arah tong sampah yang sudah muntah dengan isinya. Sehingga mee yang tidak habis dimakan kelihatan berkeluaran daripada tong sampah tersebut dan mengotori lantai.
"Mari tolong cikgu bersihkan" inilah kata-kata yang masih tersangkut di hati belum sempat ku lafazkan, apabila ada seorang budak tanpa disuruh mula mengaut sisa-sisa sampah itu dengan menggunakan plastik sebagai alas dan membersihkan lantai tersebut sehingga bersih.
Masya Allah, tersentuh hatiku melihat kesucian pekerti budak ni.
Inilah budak yang sama yang TIDAK SUKA MEMBAZIR itu.
Ya Allah, budak ini memang BUDAK STANDARD A !!!
*MENANGIS*
Kadang HaTi Lebih LanTang BerBisik Dari Lidah Yang TerJeriT MemBisu (Liyana Julay, 2011)
About Me
- Lensa Syuna
- Brunei
- Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA
Pages
Sunday, 8 December 2013
Friday, 6 December 2013
Kisah Budak-Budak I.S
Bismillah.
Ni nak cerita "sikit" (yang mungkin boleh jadi panjang tanpa niat) pasal BUDAK-BUDAK I.S , I.S? hehe al ma'na : Ibnu Sinaa, ahhh senang cakap, aku nak cerita pasal kisah budak2 pra u1 ibnu sinaa yang selama lebih kurang sepanjang tahun 2013 ini diamanahkan untuk berada di bawah jagaanku,
Dalam erti kata yang tidak berbelit dan lebih kedengaran akademik adalah,
Aku adalah Form Teacher mereka, *tangan ke bahu, mata ke atas"
First thing first, aku nak suarakan rasa tidak puas hati ni, *hopefully mereka baca* :P ,
Perkara yang paling aku tidak puas hati adalah dari awal tahun sampailah aku "bersara" dari menjadi form teacher dorang, dinding papan yang ada di bahagian belakang kelas dorang ni LANGSUNG TIDAK MENJADI, planning mula2 bagai nak rak, nak simpan itulah, nak simpan inilah,
last2, semua terbabas *buat muka garang* , memang agaknya budak sains macam ni, ehhhh jap, bukan sepatutnya korang lebih "praktikal" ke?? Lalalalalla :P
Hehe, ok sekarang dah boleyh switch mode :)
Sepanjang hampir setahun bersama mereka, aku boleh simpulkan mereka ini jenis "gila-gila" sikit, bukan gila, tapi gila-gila, fahamkan? terpulanglah kalau tak faham, :P
Budak-Budak I.S ni asalnya adalah seramai 19 orang, tapi Alhamdulillah 3 orang daripada mereka telah berjaya mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pengajian A-Level mereka di luar negara. Alfu Mabrouk, teacher doakan semuanya akan pulang dengan kejayaan :D
Kalau nak diceritakan satu persatu perangai mereka ni memang alamatnya esok tak kerja lah aku *boleh?*
Actually mereka ni punya karenah yang pelbagai , "bising, ulat buku, suka ngantuk dalam kelas, suka cakap2, suka makan2" , nampak byk negatif? Negatif bagi yang berfikiran negatif tu…. :P
sambung lagi, "suka tangkap gambar, suka sambut harijadi, suka cakap TEACHER BELANJA KAMI TEACHER!!" *lagi sekali tangan ke bahu, mata ke atas" :PPP
Anyhow, dari lubuk hati yang paling dalam (alahai dah masuk bab hati lah pulak) , i love to have these kids under me, sometimes they've put smiles on my face pada waktu2 muka lupa nak senyum ….
walaupun begitu, as a teacher, i hope my kids ni akan lebih matang dalam kehidupan, i believe, pengalaman akan mengajar mereka untuk bersikap lebih dewasa dalam menjayakan hidup :)
As what I've told them, next year will be the very tough year, I've been there and done that,
so my advice is
GRAB EVERY SINGLE OPPORTUNITIES, BECAUSE GOOD THING WILL NEVER KNOCK YOU TWICE…
Akhir kalam, I love my Budak-Budak I.S , keep strong in life, you all know where to find me IF YOU NEED ME :P but first, FIND ALLAH FIRST…. He knows where to lead your way.. :)
By the way…. mohon share the pixies via I.G haahahaha
Selamat Maju Jaya semuanya,
Love Love,
Your Ex-Form Teacher, pis pis kacang pis

KPAF Di HaTi
2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013….. bukan satu jangka masa yang singkat… banyak sejarah sudah tercipta, banyak perjuangan sudah ku saksikan, ragam budak-budak keluar masuk silih berganti. ada ketikanya aku membesarkan suara kerana ingin mendidik, membisu ketika mentasmi'e , bukan mahu mencari kesalahan tapi ingin membetulkan kesalahan murid-murid…..
Aku sedar, aku banyak belajar erti kesabaran di sini. banyak belajar erti kehidupan.
Memang berat rasa hati di saat dimaklumkan bahawa
"Kelas Pengajian Al-Furqan terpaksa berhenti setakat di sini" …. Ya rabb…. sungguh lemah jiwaku…
Tidak pernah terlintas langsung di fikiran bahawa suatu hari nanti perkara ini berlaku…. KPAF terpaksa diberhentikan oleh sebab-sebab yang tertentu, aku kecewa pada "sesetengah pihak" yang seakan tidak menjulang tinggi satu pengajian yang mengangkat martabat mukjizat teragung…..
Biarlah Allah membukakan hati, mencelikkan pandangan 'mereka' tentang kepentingan Al-Quran….
Betul kata tuan pengerusi, mungkin perjuangan kami bukan di sini, pasti ada di luar sana yang lebih hebat sedang menanti.
Hari ini , in sya Allah pasti akan ku semadikan sebagai salah satu tarikh yang akan aku kenang hingga ke mati.
6hb Disember 2013 , Perjuangan Kami, Perjuangan KPAF kami akhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran buat anak-anak hasil didikan KPAF sendiri…..
Sewaktu perkumpulan ringkas pada pagi tadi, diiringi dengan ucapan ringkas daripada tuan pengerusi, aku tahu, pasti semua yang berada di situ menyembunyikan kesedihan yang ditahan…. aku tahu, keluarga KPAFku semua berat hati mahu melepaskan semuanya pergi….
Tidak mengapa wahai sahabat-sahabat, Allah punya perancangan yang lebih baik kan? :') …
Ukhwah kita tidak akan terputus setakat di sini, kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga pasti kita akan terus bersama walau di mana kita berada.
Tersentuh rasa hati apabila menerima satu mesej daripada salah seorang parents murid KPAF pada pagi tadi melalui WhatsApp...
Allahumma Masya Allah…. sungguh tinggi penghargaan ini. Namun, kami serahkan semuanya pada Allah, hanya Allah yang mampu menilai :') … syukur kerana perjuangan ini telah melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran
Nasihatku, dari manusia yang serba kekurangan ini:
Semoga anak-anak didikan KPAF akan terus menjulang tinggi mukjizat yang terhebat.
Berakhir KPAF bukanlah penutup jalan bagi Kalam ALLAH ini daripada terus membasahi bibir-bibir anak-anak produk KPAF.
Teruskan Perjuangan bersama, walau di mana berada, biarlah kita bersatu dalam mencintai Al-Quran, kerana Allah CINTA pembaca Al-Quran…. tidak ada yang lebih hebat daripada mendapat cinta Allah… :)
Gambar kenangan bersama anak-anak KPAF yang berada di bawah jagaanku…. Ya Allah, lindungilah mereka agar sentiasa berada di bawah rahmatMu… :')))) Ameen...
"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."
Secara rasminya….
Bekas Tenaga Pengajar KPAF….
Cikgu Liyana
Subscribe to:
Posts (Atom)