About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Sunday, 8 December 2013

Budak "sTandard A"

Bismillah.


Banyaknya lebihan makanan budak-budak ni. Bisik hatiku di saat melihat masih banyak lebihan "feeding" budak-budak sekolah yang hanya dibiarkan di dalam kontiner itu tanpa dijamah. Walau hanya sekadar kuih ala-ala muffin yang simple, still bukan alasan untuk dibazirkan. Ni kalau diberi pada budak-budak somalia ni pasti mereka akan tersenyum bersyukur.

"Kamu, lekas ni bawa semua makanan ni bawa balik asrama, untuk makan nanti malam"panggil aku pada mereka yang sudah bersedia mahu berangkat pulang. Memang geram jugaklah apabila budak-budak ni langsung tidak menjamah makanan tersebut. Punyalah kerajaan baik hati sediakan feeding dorang hari-hari, senang-senang saja mereka nak bazirkan? Tak patut!


"Tak mahu cikgu, kami takkan makan tu" jawab salah seorang dari mereka. Haaiih baik punya jawapan, kalau ikut rasa  hati, ingin saja disumbatkan kuih tu ke mulut dorang ni biar dorang "kenyang" sampai bila-bila!

Memang kecewa mendengar jawapan sebegitu. Paksa punya paksa, akhirnya ada jugak yang "mahu" membawa kuih2 tersebut, itu pun mereka tak mahu bawa semua. Takpelah kalau dah tak nak, aku boleh bawa, aku bukan tak mahu bawa tapi semua tu kan feeding budak2, mereka lebih berhak. Tapi kalau dah dipaksa pun tak nak, apa boleh buat.


Namun, dalam kehampaan, tiba-tiba ada satu suara menyapa…..

"Cikgu, saya nak" ku perhatikan seketika raut wajah yang penuh dengan senyuman tanpa paksaan. Ya Allah, ternyata masih ada di kalangan mereka yang MENGHARGAI REZEKI ALLAH ini! Aku pun tersenyum bersyukur. Memang budak ini "lain daripada yang lain" :)

Aku kenal budak ni, dia adalah salah seorang pelajar yang memang excel dalam akademik..
Memang keEXCELan budak ini menyerlah apabila dia tidak suka membazir. Tidak mustahil, mungkin ini adalah one of the contributing factors yang menjurus kepada keEXCELannya kan? *grammar berterabur*


…..

Hari berikut.



"Kotornya" ujarku sambil tangan menuju ke arah tong sampah yang sudah muntah dengan isinya. Sehingga mee yang tidak habis dimakan kelihatan berkeluaran daripada tong sampah tersebut dan mengotori lantai.


"Mari tolong cikgu bersihkan" inilah kata-kata yang masih tersangkut di hati belum sempat ku lafazkan, apabila ada seorang budak tanpa disuruh mula mengaut sisa-sisa sampah itu dengan menggunakan plastik sebagai alas dan membersihkan lantai tersebut sehingga bersih.

Masya Allah, tersentuh hatiku melihat kesucian pekerti budak ni.

Inilah budak yang sama yang TIDAK SUKA MEMBAZIR itu.

Ya Allah, budak ini memang BUDAK STANDARD A !!!

*MENANGIS*





No comments: