2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013….. bukan satu jangka masa yang singkat… banyak sejarah sudah tercipta, banyak perjuangan sudah ku saksikan, ragam budak-budak keluar masuk silih berganti. ada ketikanya aku membesarkan suara kerana ingin mendidik, membisu ketika mentasmi'e , bukan mahu mencari kesalahan tapi ingin membetulkan kesalahan murid-murid…..
Aku sedar, aku banyak belajar erti kesabaran di sini. banyak belajar erti kehidupan.
Memang berat rasa hati di saat dimaklumkan bahawa
"Kelas Pengajian Al-Furqan terpaksa berhenti setakat di sini" …. Ya rabb…. sungguh lemah jiwaku…
Tidak pernah terlintas langsung di fikiran bahawa suatu hari nanti perkara ini berlaku…. KPAF terpaksa diberhentikan oleh sebab-sebab yang tertentu, aku kecewa pada "sesetengah pihak" yang seakan tidak menjulang tinggi satu pengajian yang mengangkat martabat mukjizat teragung…..
Biarlah Allah membukakan hati, mencelikkan pandangan 'mereka' tentang kepentingan Al-Quran….
Betul kata tuan pengerusi, mungkin perjuangan kami bukan di sini, pasti ada di luar sana yang lebih hebat sedang menanti.
Hari ini , in sya Allah pasti akan ku semadikan sebagai salah satu tarikh yang akan aku kenang hingga ke mati.
6hb Disember 2013 , Perjuangan Kami, Perjuangan KPAF kami akhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran buat anak-anak hasil didikan KPAF sendiri…..
Sewaktu perkumpulan ringkas pada pagi tadi, diiringi dengan ucapan ringkas daripada tuan pengerusi, aku tahu, pasti semua yang berada di situ menyembunyikan kesedihan yang ditahan…. aku tahu, keluarga KPAFku semua berat hati mahu melepaskan semuanya pergi….
Tidak mengapa wahai sahabat-sahabat, Allah punya perancangan yang lebih baik kan? :') …
Ukhwah kita tidak akan terputus setakat di sini, kerana Allah kita bertemu, kerana Allah juga pasti kita akan terus bersama walau di mana kita berada.
Tersentuh rasa hati apabila menerima satu mesej daripada salah seorang parents murid KPAF pada pagi tadi melalui WhatsApp...
Allahumma Masya Allah…. sungguh tinggi penghargaan ini. Namun, kami serahkan semuanya pada Allah, hanya Allah yang mampu menilai :') … syukur kerana perjuangan ini telah melahirkan anak-anak yang celik Al-Quran
Nasihatku, dari manusia yang serba kekurangan ini:
Semoga anak-anak didikan KPAF akan terus menjulang tinggi mukjizat yang terhebat.
Berakhir KPAF bukanlah penutup jalan bagi Kalam ALLAH ini daripada terus membasahi bibir-bibir anak-anak produk KPAF.
Teruskan Perjuangan bersama, walau di mana berada, biarlah kita bersatu dalam mencintai Al-Quran, kerana Allah CINTA pembaca Al-Quran…. tidak ada yang lebih hebat daripada mendapat cinta Allah… :)
Gambar kenangan bersama anak-anak KPAF yang berada di bawah jagaanku…. Ya Allah, lindungilah mereka agar sentiasa berada di bawah rahmatMu… :')))) Ameen...
"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."
Secara rasminya….
Bekas Tenaga Pengajar KPAF….
Cikgu Liyana
No comments:
Post a Comment