Bismillah…..
Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad At-Tirmizi, An-Nasaie dan Ibn Majah di dalam sunan mereka dengan sanad yang sahih.
Daripada Saad Ibn Abi Waqqas r.a berkata, aku berkata "Wahai Rasulullah, siapakah yang PALING BERAT DIUJI?"
Baginda bersabda: Yang paling berat diuji ialah PARA NABI, kemudian orang yang paling baik…… setiap orang diuji mengikut PEGANGAN AGAMAnya. Jika dia berpegang teguh kepada agamanya, maka ujian yang berat akan menimpanya. Jika agamanya lemah, ujian mengikut kadar keimanannya. Ujian itu tidak akan diangkat sehingga dia kembali hidup di bumi tanpa sebarang dosa.
Rasulullah (solallahu 'alaihi wasallam) telah ditimpa ujian PALING BERAT.
Cukuplah apa yang berlaku kepadanya.
Ketika disakiti oleh kaumnya sendiri.
Mereka mendustakan dan mengejeknya
Menghalang manusia daripada agamanya
Menggesa Baginda keluar dari negaranya
Melancarkan perang terhadapnya
Menghasut orang ramai menentangnya dan dakwahnya
Memerangi kediamannya di Madinah, kediaman keluarga dan sahabatnya
Untuk membunuhnya dan menghapuskan agamanya, serta melenyapkan kewujudannya
Mengadakan persepakatan terhadapnya
Melanggar perjanjian yang dipersetujui
Membentuk pakatan orang-orang musyrik untuk melawannya dan segala usaha untuk membunuhnya
Baginda Nabi solallahu 'alaihi wasallam adalah sama seperti para nabi sebelumnya yang telah diuji dengan pelbagai ujian dan kesusahan
Tabah dan sabar dengan ujian berjuang di jalan Allah yang sebenarnya sehingga Allah berikan KEMENANGAN dan manusia menganut agama Allah. Allah menyempurnakan agama-Nya dan kurnia-Nya kepada hamba-hamba-Nya sehingga cahaya hidayah masuk ke jiwa. Dan kemanisan iman memenuhi hati.
Sumber: Khutbah Jumaat dari Masjidilharam
No comments:
Post a Comment