Bismillah….
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
(31:14)
Please………….Please…. sayangi ibu bapa kita ya….
Ibu bapa tidak akan pernah ada gantinya.
Taatilah mereka selagi mana tidak melanggar perintah agama.
Kita sangat perlukan redha mereka, kerana di sana letaknya redha Allah juga.
Dengan ibu bapa, jangan pernah ada istilah "berkira-kira",
Sakit demam kita dulu, siapa yang jaga?
Sikit luka pada tubuh kita, bagai "hilang nyawa" mereka rasa.
Derhaka namanya kalau kau kata "Aku sudah balas jasa kedua orang tua"
Sedangkan SATU TITIK susu ibu pun tidak akan mampu kita tebus sampai bila-bila
Usah berbangga andai kita berjaya dalam pelajaran mahupun kerjaya andai Hak Ibu bapa pun kita tidak pernah mahu jaga.
Andai sampai usia tua mereka, jagalah mereka. Tolong, jagalah mereka.
Kita mungkin tidak akan pernah sedar betapa nikmat dan indahnya hidup Ber-ibu-bapa sehingga mereka sudah tiada lagi depan mata. Haruskah kita menunggu sehingga "saat itu tiba" , barulah kita menyedari segala-galanya?
Di saat mereka sudah tiada, terputuslah sudah doa-doa mereka buat kita.
Bagi yang masih punya kedua ibu bapa, tolong, jagalah mereka, tunaikanlah hak mereka, sayangilah mereka, sentuhlah mereka dengan kasih mesra. Mereka mungkin tidak berkata apa-apa, tapi percayalah, mereka pasti bahagia.
Tolong……. jangan jadi anak derhaka.
#selfreminder
Ana July, 9:11 pm, 7th April 2014
No comments:
Post a Comment