About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Saturday 12 April 2014

Siapa yang paling berat diuji?

Bismillah…..


Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad At-Tirmizi, An-Nasaie dan Ibn Majah di dalam sunan mereka dengan sanad yang sahih.

Daripada Saad Ibn Abi Waqqas r.a berkata, aku berkata "Wahai Rasulullah, siapakah yang PALING BERAT DIUJI?"
Baginda bersabda: Yang paling berat diuji ialah PARA NABI, kemudian orang yang paling baik…… setiap orang diuji mengikut PEGANGAN AGAMAnya. Jika dia berpegang teguh kepada agamanya, maka ujian yang berat akan menimpanya. Jika agamanya lemah, ujian mengikut kadar keimanannya. Ujian itu tidak akan diangkat sehingga dia kembali hidup di bumi tanpa sebarang dosa.

Rasulullah (solallahu 'alaihi wasallam) telah ditimpa ujian PALING BERAT.

Cukuplah apa yang berlaku kepadanya.
Ketika disakiti oleh kaumnya sendiri.
Mereka mendustakan dan mengejeknya
Menghalang manusia daripada agamanya
Menggesa Baginda keluar dari negaranya
Melancarkan perang terhadapnya
Menghasut orang ramai menentangnya dan dakwahnya
Memerangi kediamannya di Madinah, kediaman keluarga dan sahabatnya
Untuk membunuhnya dan menghapuskan agamanya, serta melenyapkan kewujudannya
Mengadakan persepakatan terhadapnya
Melanggar perjanjian yang dipersetujui
Membentuk pakatan orang-orang musyrik untuk melawannya dan segala usaha untuk membunuhnya

Baginda Nabi solallahu 'alaihi wasallam adalah sama seperti para nabi sebelumnya yang telah diuji dengan pelbagai ujian dan kesusahan

Tabah dan sabar dengan ujian berjuang di jalan Allah yang sebenarnya sehingga Allah berikan KEMENANGAN dan manusia menganut agama Allah. Allah menyempurnakan agama-Nya dan kurnia-Nya kepada hamba-hamba-Nya sehingga cahaya hidayah masuk ke jiwa. Dan kemanisan iman memenuhi hati.

Sumber: Khutbah Jumaat dari Masjidilharam






Tolong sayangi ibu bapa kita!

Bismillah….


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) 

(31:14)



Please………….Please…. sayangi ibu bapa kita ya….

Ibu bapa tidak akan pernah ada gantinya.
Taatilah mereka selagi mana tidak melanggar perintah agama.

Kita sangat perlukan redha mereka, kerana di sana letaknya redha Allah juga.
Dengan ibu bapa, jangan pernah ada istilah "berkira-kira",
Sakit demam kita dulu, siapa yang jaga?
Sikit luka pada tubuh kita, bagai "hilang nyawa" mereka rasa.

Derhaka namanya kalau kau kata "Aku sudah balas jasa kedua orang tua"
Sedangkan SATU TITIK susu ibu pun tidak akan mampu kita tebus sampai bila-bila

Usah berbangga andai kita berjaya dalam pelajaran mahupun kerjaya andai Hak Ibu bapa pun kita tidak pernah mahu jaga.

Andai sampai usia tua mereka, jagalah mereka. Tolong, jagalah mereka.

Kita mungkin tidak akan pernah sedar betapa nikmat dan indahnya hidup Ber-ibu-bapa sehingga mereka sudah tiada lagi depan mata. Haruskah kita menunggu sehingga "saat itu tiba" , barulah kita menyedari segala-galanya?
Di saat mereka sudah tiada, terputuslah sudah doa-doa mereka buat kita.

Bagi yang masih punya kedua ibu bapa, tolong, jagalah mereka, tunaikanlah hak mereka, sayangilah mereka, sentuhlah mereka dengan kasih mesra. Mereka mungkin tidak berkata apa-apa, tapi percayalah, mereka pasti bahagia.

Tolong……. jangan jadi anak derhaka.

#selfreminder

Ana July, 9:11 pm, 7th April 2014




Baik atau Buruk, itu ujian.

Bismillah….

Manusia mudah lupa, sebab itulah Allah selalu "ingatkan" kita.
Kemudian lupa lagi, Allah "ingatkan" lagi….
Bila terlalu perit DIA uji , kita kata pula "why me, why me, why me?"

Ehmm... kita mau apa lagi? Mau dikirimkan segunung emas? Rasanya, pasti kita akan berkehendakkan gunung emas yang kedua lagi, dan lagi dan lagi.

Nyatanya, kemewahan dunia JUGA adalah ujian dan ianya ujian yang PALING BERAT rupanya!

Al-Anbiya (21 ayat 35):

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami"

--
Akan tetapi, Tidak adillah jika semua Si kaya itu kita boleh "Qarun"kan …. Mungkin saja dia mampu meniru hamba Allah yang hebat beriman seperti Nabi Sulaiman.

Yang miskin pula, andai tidak redha dengan ujian, tetap saja "2 x 5"
Tapi ingatkah kita?
Rasulullah (solallahu 'alaihi wasallam) tidak punya harta,
Tetapi baginda adalah kekasih Allah yang paling mulia!

#SELFREMINDERSEMATAMATA

Ana July, 8:56pm, 10hb April 2014


Bersyukurlah…...

Bismillah

Alhamdulillah, masih ada nyawa juga hari ini.

Pasti ada dosa yang masih tersisa dan perlu diperbaiki.
Pasti ada tanggungjawab kita masih belum terpenuhi.
Masih terlalu banyak NIKMAT dari ALLAH yang wajib kita syukuri.

Kita masih hidup hari ini, bersyukurlah.
Kita masih mampu melihat hari ini, bersyukurlah.
Kita masih mampu bercakap hari ini, bersyukurlah.
Kita masih sihat hari ini, bersyukurlah.

Ada yang tidak punya ibu ayah? Tapi masih ada keluarga & teman-teman kan? Yang penting, kita masih ada Allah. Bersyukurlah 
Jika dirimu sedang diuji dengan penyakit yang berat, percayalah itu kafarah… Itu tandanya Allah sayang, Allah mahu kita "bersih", memang perit, tapi sekurang-kurangnya, Bersyukurlah.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

BERSYUKURLAH…….

#selfreminder

Ana July, 10:05am, 11th April 2014