Petang tadi, aku telah pergi ke Tasek Lama untuk Jogging. Dalam perjalanan, hujan mula turun. Dalam hati terfikir sama ada hendak meneruskan niat atau patah balik saja ke rumah. Ehm tapi pedal minyak dan stereng kereta ternyata lebih pantas bergerak daripada akal yang masih membuat keputusan. Tup tup, Dah Sampai Tasek!! Alaaah Lari Je Lah!!! XD
Mp3 Dipasang, langkah demi langkah dihayun dari kelajuan paling minima hingga kelajuan yang boleh dipanggil sebagai JOGGING! Hujan yang pada mulanya hanya merenyai semakin menjadi-jadi seiring dengan larian yang semakin laju. Sesekali ada sekumpulan 3 budak kecil berbangsa cina menarik perhatianku, ku hanya tersenyum dalam hati melihat gelagat mereka entah apa2 entah XD. Mereka bermain air di salah satu kolam kecil yang terdapat di tasek tersebut, menyiut sesuatu, aku tidak pasti apa, ehm takkanlah ikan kot? aiiik ada ikan ke kat situ??
Ehm pedulilah, larian hanya diteruskan.
Air Hujan yang semakin deras menitis di wajahku yg bercampur dgn peluh yg mula bercucuran ternyata menyukarkan larianku....
SUNGGUH TIDAK KU SANGKA ... BERLARI DI BAWAH HUJAN MEMANG TIDAK SEMUDAH YG DIBAYANGKAN!!
Aku terpaksa bertarung dgn lebih kuat untuk menyerap Oksigen kerana rembesan air dari sang hujan sedikit sebanyak menjadi penghalang bagiku untuk bernafas, ehmmm ..... ditambah lagi dgn lagu2 indon dr mp3 yg tersumbat di telingaku semakin membuatku terasa seperti berada dlm sinetron Randi Pangalila hahahhaha RANDOM!!! XD LEMAS!!! XD
Tapi mindaku masih sempat berfikir tentang kebaikan berlari di dalam hujan.....
Ianya sesuatu yg bagus kerana tidak akan ada yg mampu mengagak sama ada wajah kita yg basah itu adalah Lebih kepada PELUH.... atau AIR HUJAN semata2.. ATAU pun...... AIR JERNIH yang jatuh dari kelopak MATA..... :)
Oh ya! ingat masih 3 budak kecil berbangsa cina yg bermain di kolam kecil tu?? Sewaktu ku dalam perjalanan menuju ke kereta, ku melihat ketiga2 mereka tersenyum girang membawa satu bekas berisi air setiap seorang, kelihatan dlm bekas itu terdapat BENDA HIDUP ahhahhaa aku tidak pasti APA!!! XD ikan barangkali...or BERUDU??? XDDD
Aku kemudian baru menyedari baju ku sudah basah dek air hujan, nasib baju itu hanyalah baju lapis, terasa penat juga berlari pada waktu hujan ni, kepenatan jelas terasa. Tanpa berlengah ku menuju ke gerai mak cik yg berjual AIR KELAPA! perrgghh nikmat,Alhamdulillah :D ,
Masa untuk pulang!!! Kejap!! Sewaktu dalam kereta, aku telah menerima 1 mesej, rupanya dr temanku NONI!! ea ckp "Serius jua" XD pada awalnya ku berfikir mungkin dia masih berada disana atau sudah mahu pulang, ku hanya membalas selamba mesejnya.
Mesej punya mesej..... ternyata.... yg dilihatnya dlm perjalanan,bukanlah aku tapi kakak ku!!! XD Yg kebetulan berada di kawasan lain pada waktu yg sama dan memakai kereta yg selalu ku gunakan utk pergi kemana2, hehehehe THINGS HAPPENED yea noni?? XDDD
No comments:
Post a Comment