Bismillah…..
Senyap sepi si blog tanpa entri , maaf cik blog, lama aku tak update entri ni. Sepi bukan sebab tiada kisah mahu aku kongsi , atau "hilang" rasa untuk diberi. Melampau pula kalau sibuk aku jadikan alasan. Sudahlah cukuplah aku mengarut.
Kadang-kadang ada saatnya kita pasti akan merasa terlalu banyak untuk diluah tapi tersekat di dinding hati yang halus sifatnya. Tidak akan mungkin mampu dikeluarkan semua secara sempurna.
"Pigeon hole hati?"
Entah burung hantu mana pula yang singgah meletakkan "surat" tanpa alamat pada si pigeon hole hati yang sudah berhabuk ni. Ish --''
Tiba-tiba ada pula jiwa sedang diduga ketenangannya. Aku tahu, DIA mahu aku belajar menguatkan jiwa. Memang unik cara sang penganugerah cinta yang hakiki. DIA mahu aku ingat kembali, memang betulkah aku SERIUS dengan "ikrar"ku selama ini , atau aku hanya sekadar CAKAP KOSONG yang punya tarikh luput buat sepurnama dua. Sebab itulah barangkali ada surat tanpa alamat sedang mengisi pigeon hole ni.
Nah, kau buktikanlah sekarang….
Iye, in sya Allah, terima kasih Allah kerana mengingatkan "janji" itu kembali. Tapi hambaMu ini lemah jiwanya, masih rapuh imannya. Bagaimana aku mampu lakukan semua ini tanpaMu duhai Rabbku….
Aku tahu, KAU amat dekat, terlalu dekat. Tidak perlu aku menjerit pada dunia untuk mereka memahami, cukuplah ENGKAU mengerti…..
Aku yakin, Allah yang Rahman pasti akan bantu aku atasi semua ini. Tunjukkan jalan keluar yang terbaik. Berikan pilihan yang ada redha bagiMu…. agar tidak cacat perjalanan hidupku…..
Basah wajahku bukan kepalang, kerana mengenang betapa masih melimpah ruah kasihMu buat aku yang masih terkontang kanting mencari makna untuk semua ini…… kenapa perlu aku menagih kasih dunia sedangkan kasihMu di depan mata dan tidak terhitung kiraannya. Bodoh betul aku.
Duhai pencipta hatiku, izinkan aku untuk lebih dekat padaMu dalam mencari makna yang sebenar dalam mencari jawapan yang pasti akan Engkau beri. Jika juga ada redhaMu, permudahkanlah jalan bagiku,Entah esok, lusa, aku tidak tahu. Yang aku PASTI, …. cuma satu. KAU akan beri yang terbaik buat aku.
Hanya padaMu aku bergantung harap. Aku takut jika ada surat yang tidak mampu aku hayati kata-katanya. Aku masih bernyawa di sini hanya untuk mencapai redhaMu
Pigeon hole hati, maaf, setakat ini aku masih membiarkanmu berhabuk dengan kehadiran si burung hantu pengantar surat tanpa alamat.
Aku sekadar mencari erti,
L.J
2 comments:
This is so lovely sugar :_) touched my heart deep-deep <3
Thanks love :''')
Post a Comment