About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Wednesday, 1 January 2014

From "My Secret 2013" To "My Hope 2014"

1.1.2014 ….. Di sini….



2013

Alhamdulillah, 
Tiada siapa yang mampu membuat aku tetap bernafas di sini melainkan Hanya DIA yang MAHA MEMBERI. 

Selesai sudah kakiku berjalan di daerah 2013, tercipta pelbagai kisah, tersemadi beberapa sejarah. Kenangan? Tetap akan aku simpan …. 
Tapi perjalanan hidupku tetap masih bergerak tanpa henti selagi mana DIA berkehendakkan aku untuk terus berada di sini.

Tidak ada bezanya seperti tahun-tahun yang lalu. DIA lebih awal sudah mengingatkan bahawa hidup kita ini adalah untuk diuji, bukan calang-calang punya uji. 
IMAN kita yang hendak diuji duhai sahabat….
Lemahkah kita? Marahkah kita? Kecewakah kita? Kenapa? Bukankah Janji Allah itu benar…

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang bersabar" (2:153)

Percayalah, ujian itu adalah tarbiyah daripada Allah. Tarbiyah bukankah menunjukkan kasih Allah. Tarbiyah bukan mahu menghukum, Tarbiyah bukan mahu melemahkan. Allah hanya mahu kita untuk jadi lebih kuat dan DEKAT.

2013,
Ingin ku imbas, ada yang kata, Air mata itu pasti seiring jalannya, bukan bererti kita tidak redha, itu tanda kita perlu kembali padaNya, meminta kekuatan hanya padaNya. Kita semua lemah wahai kawan :') . Menangislah kalau itu mampu membuatmu membuka mata.. tidak mengapa, Allah yang ciptakan air mata..untuk apa? Untuk mengadu padaNya.

2013, 
Sudah aku kata, DIa MAHA MEMBERI, Dia beri aku KERJA , Syukur padaMu ya Allah :) , jika ku singkap kembali, Engkau uji aku di awal tahun, Engkau BERI aku juga di awal tahun…. :)

2013,
Banyak ilmu yang aku gali, hey, aku berjaya menjadi salah seorang "Pembantu kecemasan terlatih" , kursus selama dua hari ternyata sarat dengan pengalaman dan ilmu! Aku tahu buat CPR dah sekarang :D, aku reti selamatkan orang yg tercekik kot? *tak lucu* 

Agak-agak nyawa siapa yang Allah ingin aku bantu nanti kan? Kita tak tahu. :) Ilmu Allah beri pasti berguna dan luas sifatnya …

2013,
Woish first time ever dapat Gold Medal ! haha alahai betul lah tu hehhe, Dpat hasil perlawanan Badminton sempena sukan tahunan sekolah *konon-konon hebat* . Tapi at least tak kempunan juga , first time ever kot? :P


2013,
*Muhasabah seketika*…. 

Cuba ku renung dengan lebih dalam atas apa yang pernah terjadi di sini…. satu persatu ku cuba fahami hikmah yang tersembunyi… ada yang jelas, ada yang masih kabur…

Tidak mengapa, yang penting aku masih mampu tersenyum atas semua itu, memang hebat Allah, ujian yang DIA beri memang tiada siapa boleh challenge, Hebatnya Allah :)
Betul lahkan, dia uji kerna mahu kita dekat lagi…dan lagi….

Aku belajar dan mula faham erti sebenar "berbicara pada Allah" …. jika Dia tidak duga aku, pasti sampai bila-bila aku tidak akan mengerti, sampai bila-bila aku tidak akan dapat menikmati kasih sayang Allah.
DIA ajar aku erti Berserah, didik aku makna Istikharah, tunjukkan aku jalan untuk menghadapi masalah.

2013 sempat menguji aku dengan "3 persimpangan dilema" …. semuanya berlaku sekaligus dan sekelip mata, bukan aku pinta, … ia terjadi begitu saja.
Aku tidak tahu apa yang orang cari dalam diri, Aku bukan srikandi seperti Rabiatul Adawiyah yang tidak gentar menghunus pedang di medan peperangan, jauh panggang dari api pula jika mahu dibandingkan seperti Saiditina Khadijah, Saiditina 'Aisyah mahupun Saiditina Fatimah……. AKu bukan begitu, aku bukan begitu  (>.<)

Aku di sini hanya berdiri sebagai seorang muslimah yang masih sentiasa mencari ruang untuk berubah…… mencari hikmah di setiap masalah.
Jika kamu anggap aku tidak akan pernah membuat orang kecewa, kamu silap.

Siapa kata membuat pilihan adalah perkara mudah? susah saudara…..
Mujur ada Allah , walau berat bagaimanapun semua itu, Allah ada , semua terasa ringan…
Tidak mudah membuat orang kecewa, kerana aku juga pernah merasa sakitnya kecewa. Jangan sangka aku akan tertawa terbahak2 melihat keperitan orang lain, tidak, tidak. Aku juga terseksa.

Tidak mudah membuat harapan orang punah, kerana aku pernah nyaris2 rebah
Tapi kita harus mengerti, setiap yang terjadi tidak selari dengan apa yang kita harapkan, setiap pilihan yang dilakukan pasti ada juga sesuatu yang harus dilepaskan…… bukankah lumrah alam memang nyatanya begitu? Tapi kenapa masih ada juga yang tidak mengerti atau tidak mahu mengerti atau mungkin pura-pura tidak mengerti…. Terserahlah…. -.-



Finally, 

2013 meninggalkan aku dengan beberapa persoalan untuk aku jawab di 2014. Mungkinkah aku akan menyelesaikan kekusutan itu, mungkinkah aku akan jumpa "jalan yang baru", aku masih tidak tahu kerana 2014 masih misteri di hujung sana, entah aku ada bersama entah aku sudah kembali ke alam "sana" …


2014 , mari datang padaku!

Silakan! Aku ingin meneruskan "perjalananku"




2014

Bakal merubah sesuatu dalam diri
Diri yang masih cuba mencari siapa diri ini
Salah satu impianku mungkin akan terlaksana dengan izinNya
Moga Allah permudah semuanya
Aku hanya ingin langkahku seiring dengan redhaNya
Hanya itu

Impianku?
Jadi Hamba hanya buatNya
Aku teringin jadi "pengembara" . Inginku rentas beberapa ceruk dunia, mentadabbur alam ciptaan Allah untuk menambah keimanan di dada
Aku ingin menjadi guru yang bersifat murabbi
Aku teruja 2014 ini kerana….
:) 

Biarlah masih menjadi rahsia kerana kita tidak tahu mungkin yang di ATAS punya rancangan yg berbeza






2014 is just one step there. One step to another chapter of life. Enjoy the journey, you may meet "tigers", you may get tonnes of "flowers" , but surely, Allah is always there waiting for us to say "Thank You", waiting for us to say "I need You"

-Liyana Julay-
Hanya sekeping nama milik insan biasa

Selamat Tahun Baru 2014


No comments: