Seluruh dunia sudah tahu apa yang sedang menimpa saudara sesama Islam kita di bumi Palestin, Gaza. Kami mengikuti berita demi berita. Siapa tidak sakit jiwa apabila melihat saudara kita di sana dibunuh dengan kejamnya. Anak-anak kecil, para wanita, mereka tidak kira! Gila, memang gila! Rejim zionis Israel tidak akan tenteram di dunia dan akhirat, kamu tunggulah balasan Allah itu pasti tiba!
Hebat sungguh ujian Gaza, sayang sungguh Allah pada mereka sehingga diuji sebegitu rupa. Memang, dunia sudah berada di penghujungnya. Hikmahnya, Allah mahu seluruh dunia MEMBUKA MATA, dan BENAR! Hakikatnya seluruh dunia bangkit memberi sokongan buat Gaza, tidak mengira agama dan bangsa! Allahu Akbar! Mungkin ini salah satu hidayah Allah mahu turunkan, mungkin tiba masanya zaman kebangkitan Islam akan bermula, semua itu adalah rahsia Allah. Dan perancangan Allah tidak pernah salah, tidak pernah!
Duhai sahabat-sahabat, sungguh masa kita semua singkat. Amaran demi amaran, hidayah demi hidayah Allah sudah berikan. Kenapa kita masih berfikir untuk menjadi sebenar-benar hamba andai kematian itu tidak mengenal masa dan siapa?
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, malunya kami pada Gaza, semangat jihad mereka sungguh luar biasa! Mereka adalah duta sebenar ummah yang sedang mempertahankan bumi Palestin, bumi Anbiya daripada dihancurkan oleh kafir laknatullah!
Ya Allah, kami hanya mampu turut berperang dengan DOA, DOA & DOA.
Alhamdulillah, Allah juga beri jalan buat kita untuk membantu mereka selain daripada doa. Alhamdulillah, selama seminggu ini, aku dan sahabat cuba mengajak beberapa teman-teman dan juga ahli keluarga untuk sama-sama mengumpul sumbangan buat Gaza.
Syukur syukur, mereka berbesar hati untuk menyumbang kerana ternyata mereka juga sedang mencari peluang untuk sama-sama menghulur dana buat Gaza. Dan ternyata begitu ramai di luar sana juga yang tidak henti mengumpul dana, Allahu Akbar! Usaha-usaha mereka sungguh bermakna! Mari kita sama-sama bersatu walau dengan apa cara sekalipun, tidak kisahlah melalui siapa dan organisasi mana, yang penting MISI KITA SAMA!
Petang tadi aku dan teman telah pun menyerahkan sumbangan tersebut pada organisasi yang selayaknya, Alhamdulillah, rasa lega bila sudah selesai menjalankan amanah-amanah mereka.
Hadir di sini hanya sekadar berkongsi, bukan niat mahu menunjuk. Keikhlasan hanya Allah mampu menilainya, moga dengan ini akan membuka lebih banyak jalan-jalan untuk kita membantu saudara kita di Gaza. Jangan berhenti memerangi mereka dengan doa! Doa, kita semua mampu melakukannya, tidak ada alasan ya!
Kami percaya mereka yang ada di luar sana juga sedang berusaha dengan bermacam-macam cara, moga Allah redha. Allahu Akbar!
#PrayForGaza
-Catatan Jiwa, AnaJuly-
No comments:
Post a Comment