About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Monday, 14 July 2014

SaaT Terakhir : 16hb Ramadhan 1435H


"Abang….. I love you"


Kata-kata seorang isteri buat suaminya sebelum melelapkan mata dan selepas itu keadaannya disahkan semakin kritikal. Low oxygen, every 1-2 hours terpaksa diberi painkiller, keadaan jantungnya pula semakin lemah dan kudratnya sudah semakin menipis dan tidak berdaya.

Siapa sangka, pada petang Sabtu lepas (14 Ramadhan), itu adalah tidurnya yang terakhir, sebelum 'tidur' buat selama-lamanya. Dan itulah juga kata-kata dan salam terakhir daripada seorang isteri buat si suami.

Dan pada….

16 Ramadhan 1435H, 1+ petang :: Innalillahi wa inna ilaihi rooji'un…..

Halida Haji Mahali, kakak iparku telah dibawa 'pergi' untuk selama-lamanya. Allahu Akbar, hanya Engkau yang layak menjaganya, hanya Engkau yang berkuasa menghentikan penderitaan yang selama ini ditanggungnya.

Berat mata memandang, sudah pasti berat lagi tubuh yang menanggung bebanannya. Namun selama beberapa tahun dia menderita sengsara kanser, aku perhati, dia memang seorang wanita yang cukup kuat. Dia sentiasa bersikap positif atas ujian yang melandanya. Hebatnya dia kerana masih mampu tersenyum di saat menderita kanser yang berbisa.

Bertuahnya dia sebab sentiasa didampingi oleh suami yang tercinta, mungkin itu salah satu daripada sumber semangatnya. Beberapa hari lepas, aku sempat menjenguknya, kami masih mampu berkomunikasi seperti biasa walaupun zahirnya sudah tampak jauh berubah daripada dulu. Dia selalu pesan supaya bantu abang untuk jaga anak-anak bila dia tiada. Subhanallah….. aku sebak mendengarnya. Ternyata, dia pula yang lebih "bersedia". In sya Allah kak, kami akan bantu sedaya yang mampu, anak-anakmu adalah anak-anak kami juga.



Dear brother,
Aku tahu semua ini tidak mudah, tapi aku percaya kau seorang yang tabah. Jika tidak, masakan kau mampu bertahan hingga ke hari ini tanpa sebarang rungutan dan gundah.

Masya Allah,
Inilah namanya lelaki, sentiasa menjadi pelindung buat si isteri.
Inilah namanya lelaki, sentiasa setia menemani isteri yang sedang bertarung nyawa dari malam hingga ke pagi, setiap hari.
Inilah namanya lelaki, yang bersedia menggalas tugas seorang isteri menjaga anak-anak di saat dia sedar yang isterinya sudah tidak berdaya lagi.
Allahu Akbar, aku bangga padamu duhai abang. Kau memang lelaki sejati.


Benar, setiap yang hidup pasti akan mati, cuma bagaimana, di mana dan bila? Itu yang masih menjadi tanda tanya. Cuma YANG PASTI, MATI ITU PASTI terjadi. Kita mesti akur dengan kehendak Illahi. Berat memang berat, sakit memang sakit, tapi kita mesti percaya, kita masih ada akhirat.

Ya Allah, berkat ramadhanMu yang penuh rahmat, Kau tempatkanlah arwah kakak iparku Halida Haji Mahali bersama golongan hambaMu yang beriman. Berikanlah baginya syurga. Dan kurniakanlah kami semua untuk beroleh Husnul Khotimah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa "bersedia".


Sahabat-sahabat, bantu sedekahkan Al-Fatihah buat dia ya… dan juga mereka-mereka yang sudah dijemput Illahi…… keluarga yang kita sayang, moga Allah izinkan kita bertemu dengan mereka di syurgaNya nanti, Ameen Ya Allah….


Al-Fatihah buat orang-orang yang tersayang dan tetap akan aku kenang….

- Haji Julay Bin Amat
- Hajah Sahara Binti Haji Julay
- Halida Binti Haji Mahali
- Syazani Bin Abdul Khani
- Nurhusna Barizah Binti Mohd.Salleh

Ya Allah, tempatkanlah mereka semua bersama golongan hamba-hambaMu yang beriman..Ameen….






-Catatan Hati, Ana July, 17 Ramadhan 1435, Salam Nuzul Al-Quran-

No comments: