About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Wednesday, 20 August 2014

Pelik Tapi Benar

Bismillahirrahmanirrahiim….



Petang-petang begini teringat pula aku kenangan sewaktu umrah dulu. Allah…. bila teringat mesti rindu. Namun bukan 'rasa' ini yang mahu aku kongsi, tapi sebuah 'keajaiban' yang DIA telah beri.

Mama selalu berpesan, jika berada di tanah suci, jaga percakapan, jaga perbuatan, jangan main-main sebab di sana semuanya 'akan kelihatan'. Biasalah, aku hanya mampu menadah telinga, cuba untuk faham. Ehm nyatanya benar, ketika berada di sana, ada beberapa kejadian 'pelik' telah berlaku, tapi petang ini biarlah aku kongsikan salah satunya dulu.


Ketika berada di Mekah, kalau tidak silap itulah minggu kedua pelayaran kami. Terpaksa diakui, sebagai seorang "anak emak", sudah pasti dalam tempoh itu rasa rindu sudah mula membuak-buak. Hatta mendengar suara melalui panggilan telefon pun masih belum terubat, tapi apakan daya, haruslah juga kuatkan semangat! Hehe. Mama siap tolong aku menghitung hari, dia kata 'tidak lama lagi'!

Dan kejadian 'pelik' ini berlaku sewaktu aku dan kakakku melakukan solat fardhu Asar (kalau tidak silap) , seperti biasa, memang kami akan berangkat lebih awal sebelum waktu kerana tidak mahu membuang waktu dengan hal-hal lain yang tidak bermanfaat. Dan sewaktu tengah menunggu masuk waktu Asar, seusai membaca Quran, mataku liar memerhati sekeliling. Memerhatikan suasana yang bakal aku rindui. Dan….. pandanganku terpaut pada seseorang yang duduk di sebelah kiriku. Allahu Akbar, dalam hatiku terus berdetik MACAM MAMA!!


Betul! Perwatakan wanita berusia ini boleh aku katakan 90% seperti ibuku! Buka setakat wajahnya, tingkahlakunya, malah wanita itu juga berkerusi roda! Allahu Akbar! Sungguh, aku tergamam seketika! Dan kemudian aku menggamit si kakak di sebelah sambil berbisik padanya, kakak aku pun turut teruja! Subhanallah! DIA Maha Tahu bahawa aku sedang merindu dan dia kirimkan seorang wanita yang seakan-akan seperti ibuku, *starstruck*


Cerita ini tidak berhenti setakat itu.
Aku tidak tahu, mungkin terlalu ketara yang aku tengah terkejut melihatnya dan aku menatapnya lama, wanita itu memandangku pula dan tersenyum, LANTAS….. dia usap wajahku dengan penuh mesra! AKU TERGAMAM LAGI! Jujur pada detik itu aku terharu, subhanallah, seolah-olah mama di depan mata dan membelaiku mesra.

Walau kami berdua berbeza bahasa, aku cuba faham gerak tubuhnya, dia suruh aku doa sebanyak-banyaknya, sebanyaknya-banyaknya pada yang Maha Esa….. Dan setelah habis solat Asar, sebelum balik semula ke hotel, aku tidak membuang peluang untuk memeluknya, masya Allah, terubat sudah rindu!


Bila kejadian ini aku cerita pada mama pada malam itu, mama selamba kata "pasal kau rindu mama la tu" …..hahaha memanglah!

Thanks Allah!


-AnaJuly, babyTua -









No comments: