About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Thursday, 22 December 2011

It takes u ONE SECOND to change ur mind

SaLam ~~


Nak sTory sikiT apa yg jadi today ..... firstly i wanna show these faces

(^_^) :D XD


Hehehe something "Too Good To Be True" has happened, sounds exagerrate but that's what I feel at least XDDD

Ok kita mula dgn ...

Plan hari ni adalah utk hantar borang permohonan menyambung MasTer di UBD .... Plan wiv Nad beberapa hari lepas, so kami janji nak jumpa di Examination Section sebab nak cop sijil2 sebelum dihantar ke bahagian penghantaran borang sambung belajar.

Aku bertolak dari rumah kira-kira jam 1.57ptg hehe, biasalah SUKAAAA sangat buat kerja LAST MINUTE so aku zoom lah dulu ke kedai berdekatan untuk memotokopi borang dan sijil2 untuk dihantar tu.....

Punyaalah lama pekerja tu nak photocopy smua sijil2/borang, ehmm dlm hati ada juga terdetik "baru kraja kali urg ani" adalah juga dalam hampir 20min nak kena tunggu ==' , ehmm dugaan betul lah kan~~ sabar je lah.... salah sendiri sbb hari ni baru nak photocopy~~

Okay lepas dh siap, aku terus je lah menuju ke UBD , cari tempat letak kereta berdekatan admin, sambil2 tu aku pun menyusun semua sijil dan borang yg baru sj diphotocopy ...

Ni lagiiii satu hal, cukup menduga kesabaran... sebab semua berteraburan!!! pekerja tu bukannya nak SUSUN ELOK2 , lepas tu siap ada yg KURANG lagiii ... pheww tarik nafas ... lepaskan! hehe..... naik juling juga mata nak kena susun balik semua kertas2 tu... sambil2 tu Nad pun sampai, memandangkan aku masih sibuk menyusun kertas2 tersebut, aku pun suruh dia masuk dalam kereta dulu,

nasib baik Nad ada tolong serba sedikit XD ,and nasib baik mula2 masa di kedai tu aku suruh photocopy lebih, so yg KURANG tadi tu bukanlah jadi masalah sngt... ehm....

Ok lepas selesai susun semua, kami berdua pun naik lah ke bangunan bahagian "Examination" utk menCop sijil2 kami, adalah juga nak kena tunggu dlm 11 minit *i think so* hehe

Habis je urusan kat sana, kami terus menuju ke bangunan ILIA utk hantar borang tersebut dgn menaiki kereta ku, lecehlah klw tu pun nak kena guna kereta asing2 ,bknnya jauh sngt pun, tp klw jln kaki, JAUH lah jugak!!! XDDD

Sesampai di sana... ehm cuaca pun semakin kelihatan romantik... hujan mula merintik... Sebelum naik tu, kami sekali lagi menyemak borang kami klw ada yg kurang ke apa ke,lupa nak isi ke.....

Ternyata memang ada yg KURANG!!! borang ku memang ada masalah!! haahhaha XD ada masalah pun boleh gelak XD ......

Borangku rupanya TIDAK SEMPURNA hehe setiap muka surat ada yg kurang di bahagian bawah muka surat kecuali muka surat terakhir .... Aku pun baru teringat...

Aku sebelum ni cuma perasan yg cuma muka surat terakhir sj yg mempunyai kekurangan bahagian bawah muka surat... ternyata mukasurat2 sebelumnya JUGA mempunyai kekurangan .... semua sebab TECHNICAL ERROR!!! mls lh nak ceta camna boleh jd mcm tu =='


Ok .... so apa lagi..... saat2 seperti itu... PLAN B atau KREATIVITI terrrramaaat sangaaaatlah dititikberatkan , lantaklah entah layak ke tidak tu disebut kreativiti ==' hahahaha but apa2 pun TAK SALAH MENCUBA!!!

jam sudah menunjukkan pukul 3.35ptg .... aku tanya nad "pukul berapa kan tutupnya?"

Nad "pukul 4 kali" .... ok KALI XD

Berbalik pada isu "kreativiti" , dsebabkan borang yg ku miliki itu kurang butir2an yg tidak "TER-PRINT OUT" , so apa lagi, takde pilihan, aku pun menulis butir2an itu secara MANUAL dgn menggunakan PEN ==' , dah lah guna pen, tulisan pun bila aku tengok, istighfar banyak2 lah!! ehm tu baru borang pertama, ada 3 borang lg nak kena tulis, memandangkan tulisan tanganku TERLALU lah "menarik" , aku pun minta pertolongan Nadirah utk menuliskan kerana tulisan tangannya jauh lebih SMART drpada aku heeeheee jujur je lah XD , mujurlah tk bnyk sngt nak kena tulis, cuma 2 sections yg wajib sj, selebihnya tu nasib baik takde kena mengena so bolehlah skip XDD


Tapi dlm pada masa yg sama memaaaang aku beristighfar bnyk2 ,kenapalah cuai sangaaat , dah tu dgn keadaan borang mcm tu , aku ckp pada nad "Mudahan sj diorang terima ah" ishhhh hahhaa tak pernah dibuat org, borang tulis MANUAL macam tu =='

Selesai smua tu, kmi pun masuk ke bangunan tersebut, ada security tnya nak kemana, kmi ckplah nak hantar borang master.... tau apa dia jwb?

"Sbanarnya tutupnya pukul 3.45 plg ni,tp cuba saja tah dulu manatau diorang masih ada. tapi naik tangga tah biskita tu psl Lif rusak" ujarnya sambil tersenyum

like WHATT?!!! waktu tu dh pukul 3.46ptg!! hah takpelah, CUBA JE LAH NAIK!! kami pun naiklah, skali lagi,mujur ada Nad yg tau sikit selok belok kat sana hehee

so kmi menuju ke tmpt yg dmksdkan.... heeeeeeeeee ALHAMDULILLAH ternyata mereka masih sibuk bekerja, BERLONGGOKAN borang2 memenuhi ruang meja mereka, errkkk confirm drg kena kerja lebih masa ni hehhehehe

Sesampai tu agak panic juga kalau2 drg tak terima lagi sbb kami lewat tapi ALHAMDULILLAH nasib baik mereka ni SPORTING sngt2 dan tak cerewet.... mcm tu lah ada Tekad Pemedulian Orang Ramai!!!! :DDDDD


So masa nak bagi borang tu, aku bagitau lah masalah dgn borangku, mujur dorang ckp "OKAY" ,bukan masalah besar pun kan hehhehe tapi apabila difikir balik , antara semua borang2 tu, CONFIRM borangku lah yg PALING COMOT!!! eeee


Tapi lepas tu..... ALHAMDULILLAH rasa lega sangat2 :))))) walaupun bnyk DUGAAN yg dilalui tp dgn tekad dan keinginan yg kuat dan bnyk bertawakal pada Allah, Insya Allah, Allah pasti permudahkan semuanya :)))) ,mungkin ini baru dugaan ringan kan? more to come maybe? :D


.....................


Insya Allah moga2 Langkah ini Adalah Langkah yg Tepat... Mungkin ada yg agak terkejut dgn keputusan yg aku buat secara mendadak ni, MEMANG tak sangka :)))

Tapi Semua kuasa Allah... Kalau DIA nak buka pintu hati kita, bila2 masa saja DIA boleh buat kan? It takes u ONE SECOND to change ur mind :)))

Nak jadikan cerita..... sebetulnya sepanjang tahun ni, ramai rakan2 yg tanya padaku

"Inda ko sambung master?" "Kenapa ko nda nyambung?" "Baik Tah nyambung" "Sayang eh, krg klw bkraja pyh g" ... kata2 seperti itu yg slalu ku dgr tp ku cuma seringkali menjawabnya dgn senyuman dan yakin dgn matlamat asalku "kan kraja dulu", sbb kalau nak diterangkan panjang lebar pun ... ehm bukannya nak cakap mereka takkan faham cuma mungkin sudut pandang kami agak berbeza dan "environment" yg kami hadapi juga berbeza :))))


Setiap keputusan yg dibuat pasti mempunyai sebabnya yg tersendiri, klw pada mula2 aku bercadang hanya akan menyambung belajar selepas mendapat pekerjaan sebab Niat UTAMA aku adalah untuk mendapat satu pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan tak sabar nak BELANJA MAMA :)))) , tapi ni dah setahun lebih masih belum mendapat pekerjaan, mungkin rezeki belum ada, tp takdelah aku buat "nothing" , adalah juga buat kerja part time ..... lagi pun klw nak ckp psl rezeki, rezeki ni tak semestinya dr unsur kewangan kan? :)


Tapi aku yakin semua yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersendiri yg Allah rancangkan untuk kita kan?? :) , Contohlah kalau dari awal tahun aku dah dapat pekerjaan tetap.... pastiiiii bnyk perkara yg aku TERRLEPAS peluang, sperti mnjd salah seorang "Pegawai Banci Penduduk" , Menulis Novel, Sukarelawan Yayasan dan kenal ramai kawan baru, mengajar kelas tuition which semua ni memberi aku peluang MELUASKAN pengalaman, menambah KAWAN2 , dan mcm2 mungkin aku terlepas pandang dan banyak lagi PERKARA2 YG TAK PERLU DITERANGKAN :))) , yang pasti.... aku TIDAK pernah menyesal dgn keputusanku dgn tidak menyambung terus lepas habis ijazah pertamaku :)))


berbalik dgn "Kenapa aku tiba2 decide nak sambung master" .... it started actually the day aku jln wiv my fren Noni ke Bridex :DDD ada Job Fair ..... Minggu lepas

16/12/2011

Pendekkan crita, aku tanya lah dia sebelum kami balik, "Apatah ko pilih program mastermu?" *lebih kurang* , noni ckp "Master of Counseling" 1st choice, hati ku pun tiba2 mcm cuba berbisik sesuatu tp ku buat tak endah je sebab aku dulu mmg ada bercadang juga nak pilih program tu sbagai salah satu program yg ku nak buat......

Then Noni ckp smtg abt klw dpt kerja pun takpe, runding dgn jabatan je nanti,mesti senang punya~~ hahha lebih kurang lah kan Noni?? :PP and Noni cakap lagi yg TARIKH TUTUP UNTUK MENGHANTAR BORANG TELAH DIGANJAKKAN HINGGA 31/12/2011 yg sepatutnya sudah tutup pada november lepas.... ehmm..... *pasti ada hikmahnya kan?* :)

Aku pun mcm ehmm ada betul jugak ckp dia hehe.... so lps balik mmg tak fikir langsung lah psl benda tu, kembali normal, "Nanti saja, kraja saja ku dulu"

Tapi keesokan harinya hari Sabtu (17.12.11) .... entah kenapa tiba2 sj hatiku rasa teringin sangat nak tengok Video Dato' Dr. Fadzilah Kamsah sebab aku memang meminati beliau, memang aku nak jadi seperti beliau.....
waktu tengah tengok tu ehmm... Dato ni kan pakar kaunselor/motivasi...... tiba2 , aik mcm kebetulan lah pulak kan? or mungkin itu satu petunjuk???... tapi hatiku masih tidak pasti namun jauh disudut hati, ada sesuatu yg berbisik kuat dlm hati.....

Dengan perlahan.... aku pun mula memasuki laman web Universiti Brunei Darussalam..... cursorku dgn pantas menuju ke bahagian "Post Graduates" section untuk melihat program2 yg ditawarkan ..... dan di luar kawalanku juga ternyata aku telah memuat turun "Soft copy borang untuk menyambung belajar" .....

hatiku semakin kuat tiba2 berminat utk mencuba nasib..... seharian ianya menghantui fikiranku... tp dlm masa yg sama terfikir "klw ku masih alum kraja jua, rugi jua if nda nyambung kan...." aku lebih bnyk bersoal jawab dgn diriku pada hari tu.....

Tapi aku yakin bahawa Allah pasti mempunyai jawapan sebenar untuk setiap persoalanku... aku sedar bahawa ILMU manusia memang TERLALU CETEK dan TERBATAS .....

pada hari Ahad (18/12/11), aku berdoa dgn bersungguh2 dan juga solat istikharah seperti biasa agar aku diberikan kemudahan utk membuat keputusan.... Aku memang tidak mampu utk mengetahui apa yg berlaku di masa depan Kerana
MASA DEPAN ITU RAHSIA ALLAH , tapi aku pasti , Allah mempunyai perancangannya yg terbaik ....


(note: Solat istikharah boleh diamalkan selalu wlwpun bkn utk mbuat pilihan yg besar, insya Allah dipermudahkan :) )

Hari Ahad pun berlalu......
Tiba hari isnin (19-12-11) .... pada waktu pagi selepas matahari terbit... aku pun mula merapati ibuku...... agak gementar juga nak membuka topik ... tp apa2 pun I HAVE TO MAKE DECISION VERY FAST!!

Perbualan pun bermula, ternyata ianya cukup membuat ku sebak.... aku cuma hendak memohon restu dari ibuku kerana aku tahu jauh disudut hatinya adalah ingin mahu aku mendapat pekerjaan secepat mungkin tp ibuku juga ingin melihat anaknya menjadi orang yg semakin berjaya...... ayat demi ayat yg terluah dari mulut ibuku cukup membuatku terkesan.... dia cukup restu dengan keputusanku utk menyambung belajar kerana itu mungkin adalah yg terbaik utkku dan masa depan KAMI :'))))))

... TERIMA KASIH IBU KERANA MERESTUI ANAKMU ... :')))) dengan itu hatiku bertambah YAKIN utk meneruskan hasratku itu kerana aku tahu....

"Redha Allah Tergantung Kpd Keredhaan Ibubapa & Murka Allah Tergantung Kpd Kemurkaan Ibubapa" (Hadith Riwayat Bukhari)


.... Dan aku pun memulakan misi mengisi borang permohonan dan dihantar pada hari ini (22-12-11) ..... Alhamdulillah..... ehm ternyata kurang dari seminggu aku telah membuat satu keputusan yg agak besar :D , satu keputusan yg selama ini aku begitu yakin tidak akan melakukannya....
Aku bukan mahu mengatakan yg keputusanku itu adalah yg terrrbaik utk masa depanku sebab as i said, Masa Depan Itu Rahsia Allah...... Tapi sekurang-kurangnya aku tahu itu adalah keputusan yg terbaik SETAKAT INI :)

Apa-apa yg akan berlaku di masa akan datang masih di luar batas kemampuan kita kan? Tawakkaltu 'Alallah.....


NOTE:

1- Kalau nak hantar borang.. cek betul2 esp. yg memPrint direct terus dari internet.... JGN CUAI :)

2- Setiap benda yg berlaku PASTI ada hikmah disebaliknya, walau sekecil2 kejadian.... Misalnya..... Kalau Nadhirah tak ikut sama2 aku hantar borang, pasti aku takkan tahu ada kekurangan dlm borang aku kan? :D and kalau lah Tarikh Tutup tu tidak diganjakkan, pasti aku tak apply sambung master kan? :D .... so Never UnderEstimate The Littlest Thing dat happn in our lives!!! :D .....

3- Jgn lupa minta restu mak bapak sebab tanpa mereka, we are NOTHING

4- Jgn gusar jika kita BELUM dapat apa yg kita mahu..... sebab Allah TAHU bila waktu yg TEPAT untuk kita dapatkannya dan DIA tahu bila kita benar2 BERSEDIA.... atau Allah punya perancangan LEBIH baik dari itu.... Sentiasa Yakin dengan Ketentuan Allah :)

5- Jgn buat kerja LAST MINUTE!!! bahaya!!! *keep on reminding myself* hehhehe


4 comments:

Nad said...

Hahahaha! manith~~ thanks muji tulisanku :p~ Awih2 beh, semua yg terjadi mesti ada hikmah d sebaliknya. mungkin jua bth nunggu kaja tu sal u av to take master lu ^_^).

Lensa Syuna said...

awu thanks nad :DDDDD , yes sure ada hikmah disebaliknya :DDD

RYS AREESA NASIR said...

oh, this is smtg gud! further study ya, bagus LJ. Akak tumpang gembira! Smeoga sukses!

Lensa Syuna said...

Thanks Sis!! Amiin! :DDD