About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Tuesday 1 July 2014

"Kosong yang Hilang kembali pulang"

Bismillah……


Bila cakap soal TAKDIR , ianya adalah sesuatu ketentuan Allah, berlakunya sesuatu itu sukar untuk kita teka. Datangnya tanpa diduga, perginya tanpa dipinta. Betapa serba kurangnya kemampuan kita sebenarnya, inilah bukti kelebihan sang pencipta. Tapi bila Takdir itu sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah, baik atau buruknya, entah kenapa kadang2 boleh pula buat kita ketawa!


"Kosong yang Hilang kembali pulang"…. macamana tu?

Hahaha belum mula cerita pun aku sudah senyum sampai ke telinga bila terkenangkan tragedi pada syawal tahun lepas. Sebetulnya ini adalah kisah sekeping Kad Raya, kiriman dari sahabat yang "sekepala"

Alkisahnya, ada beberapa tragedi berlaku sebelum kad raya tersebut akhirnya berjaya sampai ke tanganku. Tragedi yang sampai sekarang kalau aku teringat, aku ketawa seorang diri bagai 'putus fius' aku dibuatnya. Hah macam sekarang ni lah! XD


Pada suatu petang syawal tahun lepas (lupa syawal ke berapa), seperti hari-hari biasa, aplikasi whatsApp tidak pernah kenal erti rehat, dalam sehari pasti ada-ada saja mesej yang masuk, lebih-lebih lagi kalau whatsApp gaya 'nasyid berkumpulan', memang banyak yang aku biarkan sehingga terlepas pandang apa yang mereka bualkan. Sebab aku pasti, kalau perkara penting, pasti aku akan dimesej secara peribadi. So tak kisah sangat andai mesej beribu-ribu lemon itu aku tak ambil peduli.

Namun, dalam beberapa whatsApp group yang ada, tiba-tiba ada salah satu 'group' yang jarang-jarang bersuara ini pula bersuara dengan berkata "Teacher….. AnaJuly is you?" sebagai mukadimahnya.

Ya, whatsApp group bersama sekumpulan pelajar, group ini sebenarnya untuk kemudahan sebab aku adalah form teacher mereka, so anything, i can just text them thru aplikasi sebegini, itu saja…. teknologi haruslah digunakan sebaik2nya….cepat, mudah & jimat…..hehe

Okay balik semula pada cerita….

Mukadimah itu menarik perhatianku dan laju saja jariku membalas mesej tersebut

"Yes, it's me, why?" jawabku bersahaja, namun penuh tanda tanya, sebab soalan itu sungguh tiba-tiba!

Mana tidaknya, para pelajar hanya mengenal aku sebagai LIYANA, bukan ANA! nama Ana hanya aku gunakan pada akaun Facebook dan Instagram saja. Haha aduh, so bila ditanya begitu oleh salah seorang daripada mereka, memang terus 'panik' lah aku jadinya! Macamana boleh tau budak ni? Dan kenapa pula soalan begitu yang ditanya? Sebenarnya, untuk akaun Instagram, memang banyak pelajar yang "request" tapi aku abaikan saja..errr…. hahaha sekadar mahukan sikit privacy, alahai berilah peluang cikgu ni "syok sendiri"….



Okay, budak tu tidak jawab soalanku dengan perkataan…. tapi dengan sekeping GAMBAR menjadi tatapan! Errrr……

Apa pulak ni? Tolong! jangan buat cikgu ketar kaki! Dengan rasa curiosity yang tinggi, gambar itu terus aku buka dan amati……. eh kad raya ni!

Kad raya …… aku teliti satu persatu nama dan alamatnya….

                                                                            
*****

"Terbang tanpa sayap, "

buat AnaJuly
Alamat: …….

****


Phew, bukan main lagi TERBANG TANPA SAYAP, ehh apa sebenarnya ni?? memang, semakin aku tidak faham apa yang sebenarnya terjadi, apani???

Kemudian budak tu explained….. bahawasanya…. kad raya tersebut berada di rumah neneknya dan diberigakan bahawa posmen tersilap hantar ke rumah neneknya beberapa hari sebelum tu, dan budak ini baru pulang beraya dari rumah neneknya beberapa ketika tadi dan sempat menangkap gambar kad raya tersebut……

Allahu Akbar! Sekali lagi aku teliti gambar tersebut, dan tertanya-tanya, kenapa pula posmen boleh silap hantar?… teliti punya teliti…..

HAHAHA! memang lawak antarabangsa! Address memang 'almost perfect' …. hampir saja aku tidak perasan di mana SILAPNYA!….. alahaaiiii, silapnya cuma pada nombor KOSONG saja rupanya! ….

Nombor rumahku adalah 20, tapi alamat dalam kad itu cuma tertinggal kosong, menjadikannya cuma DUA! akibatnya surat itu sampai pada rumah yang lain pula, bukan silap posmen nampaknya! haha!

Ya Allah, "kebetulan" pelajar itu busybody ingin tahu tentang kad raya tersebut walau hakikatnya dia juga kurang pasti kerana nama itu sungguh 'ala-ala glemer' kononnya, lainlah kalau nama pada kad itu ditulis LIYANA JULAY, mungkin tahap keyakinannya jadi lebih tinggi!(mungkin)

"Kebetulan" pula kad raya itu sampai pada sebuah rumah milik nenek pelajarku, "kebetulan" pula pelajar itu rupa-rupanya adalah salah seorang pelajar di dalam kelas itu yang aku "terlajak accept" pada akaun Instagramku sehingga dia "agak familiar" dengan nama yang tertera pada kad raya itu.

Allahu Akbar! Sungguh tidak pernah ada istilah kebetulan sebenarnya. Semuanya disulam indah oleh Allah. Indah, cukup indah! Jalan cerita yang diatur-Nya cukup sempurna dan ada nilai seninya!

Dengan takdir tersalah alamat, pada 'logik'nya kad raya tersebut tidak akan sampai ke tanganku sampai bila-bila.

Sungguh, Allah mahu tunjukkan Dia punya kuasa.

Hikmahnya:

1- Apa-Apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak-Nya , walaupun kadang-kadang sesetengah perkara itu nampak mustahil untuk terjadi menurut akal kita yang terbatas. Tapi tiada yang mustahil di sisi Allah yang milik-Nya ilmu yang maha luas.

2- Dalam perjalanan hidup, kadang-kadang pasti ada-ada saja dugaan yang menghalang untuk kita sampai ke destinasi yang sebenar, tapi percayalah, percayalah pada Allah, semuanya akan jadi mudah dan akhirnya akan indah.

3- Luaskanlah ukhuwwah, kerana kehadiran setiap insan di sekeliling kita, pasti punya makna, makna yang tidak pernah terjangkau dek akal kita. Kita cuba :)


4- Lepas ni kena cek semula akaun FB dan IG….. haha! (abaikan)




#Catatan AnaJuly yang tiba-tiba…….

2 comments:

Nolizawati Mohd Saad said...

Menarik...Cukup menarik, Alhamdulillah. Padanya ada hikmah...

Lensa Syuna said...

Ameen , Allah punya banyak cara untuk tunjukkan kuasaNya kan 😊