Kadang HaTi Lebih LanTang BerBisik Dari Lidah Yang TerJeriT MemBisu (Liyana Julay, 2011)
About Me
- Lensa Syuna
- Brunei
- Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA
Pages
Friday, 24 February 2012
....Bila kiTa Di Uji....
Thursday, 23 February 2012
"Apakan Kristian ani?"
Negaraku Brunei Darussalam
Wednesday, 22 February 2012
Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-Nya
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
If you really love her, you won’t touch her.
“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…
Sumber:
http://diarihati.com/blog/2011/10/25/cukuplah-aku-mencintai-dalam-diam/
♥ ♥ ♥”Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita ..
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku..Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik ” ♥♥♥
Sumber:
http://diarihati.com/blog/2011/06/08/dalam-diam-aku-mencintai-dirinya/
:) I really love this article.... Thanks to my friend adyani for sharing this article. It really means a lot to me:)
Saturday, 18 February 2012
RIFDI 'ELMAN
Aku juga turut tidak sabar untuk menemui mereka di hospital!
Nampak kekok... but yea, SELAMAT JADI SEORANG AYAH bro!! :DD
RIFDI 'ELMAN????
Sesungguhnya "Teknologi" Allah Maha BIJAKSANA ... kan Allah tu MAHA PENCIPTA :) Al-Khaliq :)
My brother wiv his first son~~ aww~~ sorry gambar my kaka ipar tak dapat dipamerkan kerana tadi dia masih lemah dan perlu rehat :D
Alalalala sayang cunana~~~ :D
To Rifdi 'Elman....
Tuesday, 14 February 2012
14-02-2012
Okay kami pun masuk dan menanti detik2 utk ditemuduga!!
and salah satu soalan yg diajukan oleh salah seorang penemuduga yg mencepuemaskan keadaan adalah....
BACK TO THE MOST IMPORTANT EVENT OF THE DAY!!!!!!
Monday, 13 February 2012
Aku perlukan cintaMu...
Ya Allah.... Sungguh aku takut, aku gentar seandainya aku lalai ,seandainya aku lupa, seandainya aku mula tersasar jauh daripada jalanMu yang INDAH ini.....
Aku sedar aku bukanlah hambaMu yang sempurna, ibadahku mungkin belum layak untukku persembahkan padaMu pada hari kebangkitan nanti...
Aku sedar, masih banyak lagi perlu ku perbaiki, masih banyak lagi perlu ku pelajari, masih banyak lagi perlu ku cari....
Ya Allah, tanpa kasihMu, begitu tajam dan penuh duri ku rasakan perjalananku di bumi "khayalan" ciptaanMu...
Tanpa cintaMu, begitu sukar kakiku untuk mengorak tapak untuk mencapai tujuan sebenar hidupku....
Tanpa sayangMu, sungguh lemah rasanya jiwa dan ragaku...
Ya Allah ,
Betapa manisnya ku rasakan saat mengingatMu dalam setiap desah nafasku
Betapa damai ku rasakan saat mencium bumi,tunduk sujud menghambakan diriku padaMu...
Betapa tenteramnya sanubariku di kala air jernih membasahi wajahku di saat memohon pengampunan daripadaMu, menyesali atas setiap perbuatan lampauku yang seringkali mengundang murkaMu, ampunilah aku Ya Allah, Ampuni hambaMu, Maafkan hambaMu yang selalu lupa, selalu dibuai , selalu asyik dengan kelalaian dan permainan duniawi yang penuh tipu daya ini....
Ya Allah,
hanya padaMu ku mengadu segala-galanya,
hanya Engkau yang Maha Mendengar setiap bisik hatiku,setiap rahsiaku,setiap rintihan qalbuku
Ya Allah,
Layakkah hambaMu ini untuk mendambakan cintaMu?
Ya Allah,
Aku merinduiMu
Ya Allah,
Aku merindui kekasihMu, Rasulullah
Ya Allah,
Aku merindui syurgaMu
Ya Allah... layakkah hambaMu ini bertemu denganMu dan juga RasulMu...?
Ya Allah.....Ya Allah.... Ya Allah....
Jangan biarkan, Jangan sesekali Engkau biarkan Kami jauh daripadaMu...
Ya Allah,
Ingatkanlah di saat kami lupa
Sedarkanlah di saat kami lalai
Pimpinlah kami di jalanMu yg benar di saat kami jauh daripadaMu...
Amiin...Amiin... Amiin... Ya Robbal 'Alamiin..... :''')
Sunday, 5 February 2012
12hb Rabi'ulAwwal 1433H
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi (sal Allahu alaihi wa sallam), "Apabila hari kiamat akan ditubuhkan Rasul Ya Allah?" Nabi (sal Allahu alaihi wa sallam) bertanya, "Apakah anda bersedia untuk itu?" Lelaki itu berkata, "Saya belum bersedia untuk banyak solat atau puasa atau sedekah, tetapi saya mencintai Allah dan Rasul-Nya." Nabi (sal Allahu alaihi wa sallam) berkata, "ANDA AKAN BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG KAMU KASIHI" [Bukhari]
*****
Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya :
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab :
"Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain :
"tentulah para nabi, merekalah yang mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata :
"Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata :
"Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"
Nabi berkata :
"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata :
" Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-
Masya Allah... Betapa rindunya baginda Rasulullah S.A.W pada umatnya..... :'( , kita pula bagaimana? layakkah kita mengungkapkan bahawa kita rindu pada Rasulullah sedangkan kita masih lalai dan lupa melakukan Sunnahnya :'( ...
Ya Allah... izinkanlah kami untuk bersua dengan KekasihMu RASULULLAH di akhirat kelak ... Amiin... :')))
LOVE ALLAH. LOVE RASULULLAH
Friday, 3 February 2012
Sinopsis "Keranamu Putera"
PUTERA DANIAL. Itulah satu-satunya kekasih hati, perawat luka, penghibur duka buat wanita itu. Kerana Putera Danial, dia sanggup kehilangan cinta. Kerana mahu mempertahankan satu-satunya zuriat yang dikurniakan tuhan itu, dia rela Haikal membuangnya. Memang rasa sakit bukan kepalang. Betulkah perkahwinan di usia remaja tidak akan berkekalan? Bukankah lebih baik rumahtangga didirikan untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlaku? Atau adakah dirinya begitu naif dalam mengenal erti cinta sebenar.
SYAKILA. Keruntuhan rumahtangga di awal perkahwinan turut sekaligus menghalang cita-citanya untuk sama-sama melangkah ke menara gading bersama sahabat baiknya, Fizatul Akmal. Putera Danial lebih memerlukan perhatiannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Akhirnya Syakila menyambung kembali impiannya selepas beberapa tahun kejadian pahit itu berlaku. Semuanya juga kerana Putera Danial. Untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat Putera Danial.
Serik dengan seorang yang bernama lelaki! Kenangan lama itu cukup membuatkannya hilang kepercayaan pada seorang lelaki. Kasihnya hanya untuk Putera Danial. Sayangnya cuma untuk Putera Danial. Apa yang dilakukan hanya kerana kebahagiaan Putera Danial.
ASHRAF. Seorang pensyarah. Muda, berkaliber, mampu menarik banyak perhatian mahasiswi yang lain. Akan tetapi lelaki ini juga seringkali membuatkan Syakila rimas dan lemas dengan sikapnya. Semuanya kerana pertelingkahan yang berlaku pada awal pertemuan empat mata mereka. Bukan Syakila sengaja ingin menaikkan api kemarahan pensyarahnya itu. Dia terpaksa. Dia juga mempunyai hak. Sebetulnya, “ianya” adalah kewajipan!
Bagaimana pula dengan Ashraf? Masihkah berdendam? Jika sehari tidak melihat kelibat Syakila, pasti membuatkan harinya pudar, hilang warna. Akhirnya terpaksa akur dengan bisikan hati. Dia memang mula meminati wanita yang pernah mencabar egonya itu. Mampukah Ashraf memenangi hati Syakila? Dalam waktu yang sama, sukar baginya untuk memohon kemaafan. Perlukah ego itu dipertahankan? Tinggi sangatkah harga ego itu sehingga dia perlu melepaskan permata di depan mata. Layakkah dirinya buat Syakila?