About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Thursday, 23 February 2012

Negaraku Brunei Darussalam

"ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR"

Itulah kalimat keramat yang dilaungkan oleh Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien tepat dinihari 1 Januari 1984 Di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien!





Alhamdulillah pada hari ini ..

23hb Februari 2012 bersamaan dengan 1hb Rabiulakhir 1433H..
Genaplah 28 tahun usia Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam dibawah pemerintahan Raja yang berdaulat, adil lagi bijaksana iaitu
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.


Seorang Raja yang menjadi kebanggaan para rakyat jelata Negara Brunei Darussalam. Yang Menyanjung tinggi Al-Quran dan As-Sunnah.

Aku selaku rakyat Brunei, sejujurnya rasa bertuah dan bersyukur menjadi rakyat Brunei,berada di bawah pemerintahan baginda Kebawah Duli Tuan Patik! Di saat di serata dunia mengalami kekacauan dan malapetaka, namun Alhamdulillah, Brunei kekal dalam kedamaian dalam perlindungan Allah Subhanahu WaTa'ala...
Sama-samalah kita berusaha dengan berdoa dan bertawakal pada Allah, melakukan suruhanNya serta meninggalkan laranganNya agar kedamaian ini akan sentiasa kita kecapi bersama :'D

Sepertimana harapan Raja yang kita kasihi supaya menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah NEGARA ZIKIR! Amiin Yarobbal 'Alamiin! ;D

Oh yea! Aku cukup tersentuh dan tertarik hati melihat persembahan padang sempena sambutan Hari Kebangsaan pada pagi tadi .

Persembahan padang Yang Bertemakan "DEMI MASA" dengan membawakan Surah Al'Asr sebagai pembuka acara ;'D Masya Allah!

I LOVE BRUNEI!!!!! FOREVER!

ALLAHU AKBAR! Allahumma solli 'Alaa Saiyyidina Muhammad! :D





"YA ALLAH, PELIHARAKANLAH RAJA KAMI" AMIIN! ;D

No comments: