About Me

My photo
Brunei
Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA

Pages

Friday, 3 February 2012

Sinopsis "Keranamu Putera"




PUTERA DANIAL. Itulah satu-satunya kekasih hati, perawat luka, penghibur duka buat wanita itu. Kerana Putera Danial, dia sanggup kehilangan cinta. Kerana mahu mempertahankan satu-satunya zuriat yang dikurniakan tuhan itu, dia rela Haikal membuangnya. Memang rasa sakit bukan kepalang. Betulkah perkahwinan di usia remaja tidak akan berkekalan? Bukankah lebih baik rumahtangga didirikan untuk mengelak perkara yang tidak diingini dari berlaku? Atau adakah dirinya begitu naif dalam mengenal erti cinta sebenar.

SYAKILA. Keruntuhan rumahtangga di awal perkahwinan turut sekaligus menghalang cita-citanya untuk sama-sama melangkah ke menara gading bersama sahabat baiknya, Fizatul Akmal. Putera Danial lebih memerlukan perhatiannya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Akhirnya Syakila menyambung kembali impiannya selepas beberapa tahun kejadian pahit itu berlaku. Semuanya juga kerana Putera Danial. Untuk memberi kehidupan yang lebih baik buat Putera Danial.

Serik dengan seorang yang bernama lelaki! Kenangan lama itu cukup membuatkannya hilang kepercayaan pada seorang lelaki. Kasihnya hanya untuk Putera Danial. Sayangnya cuma untuk Putera Danial. Apa yang dilakukan hanya kerana kebahagiaan Putera Danial.

ASHRAF. Seorang pensyarah. Muda, berkaliber, mampu menarik banyak perhatian mahasiswi yang lain. Akan tetapi lelaki ini juga seringkali membuatkan Syakila rimas dan lemas dengan sikapnya. Semuanya kerana pertelingkahan yang berlaku pada awal pertemuan empat mata mereka. Bukan Syakila sengaja ingin menaikkan api kemarahan pensyarahnya itu. Dia terpaksa. Dia juga mempunyai hak. Sebetulnya, “ianya” adalah kewajipan!

Bagaimana pula dengan Ashraf? Masihkah berdendam? Jika sehari tidak melihat kelibat Syakila, pasti membuatkan harinya pudar, hilang warna. Akhirnya terpaksa akur dengan bisikan hati. Dia memang mula meminati wanita yang pernah mencabar egonya itu. Mampukah Ashraf memenangi hati Syakila? Dalam waktu yang sama, sukar baginya untuk memohon kemaafan. Perlukah ego itu dipertahankan? Tinggi sangatkah harga ego itu sehingga dia perlu melepaskan permata di depan mata. Layakkah dirinya buat Syakila?

4 comments:

Adyn Adynda said...

Gregetan ku tu si Ashraf ah...gregetan bnr2.....eee...btw,sugar,this synopsis is really engganging!!! bah,release cia novel mu nanti ok?

Lensa Syuna said...

hahahha awu sweet g c ilham kali eh??? XDDD
thanks madu!!!!! :DDD ,insya Allah klw ada rezeki hehe doa2kan k :D

E-rah said...

Awih2, wen is d release of ur novel? Eseh! cukup ngan kata2ku yg formal g >_<). Ngam sudah ni synopsisnya aa, ^O^). Yg ku msih g nda puas ati tu beh, yg "u know what". Why does it hav to b dat way? Why? why? (over over) XD

Lensa Syuna said...

hahahhahaa nad nad~~ idup ani nda selamanya "mudah" :PPPP