Kadang HaTi Lebih LanTang BerBisik Dari Lidah Yang TerJeriT MemBisu (Liyana Julay, 2011)
About Me
- Lensa Syuna
- Brunei
- Hidup adalah Tanggungjawab. Bukan untuk dunia, tapi untuk DIA
Pages
Monday, 31 December 2012
Team 007
Yes i know, LATE POST! :D im gonna do this in a very short one *semoga* hehe...
007!! what a number.... yes! semua orang cakap "wah james bond!" hahhaha tapi kami tidaklah Se-JamesBond yang disangka tapi we really had fun!!
Ok nak tahu amende sebenarnya ni? Dipendekkan cerita, my bestfriend tetiba ajak masuk this race called "Let's Extreme" anjuran TelBru ....
And surprisingly kami diberi nombor team 007!! macam tau2 pulak kan ada seorang ni memang fanatik dengan nombor 7 , entah apa2 entah... :PPPPP
Okay, pengalaman sepanjang 3 hari bermula dari 7-9 disember memang terrrrrrrrrrrrrsangaaaaat menyeronokkan, pengalaman yang tidak dapat dilupakan, itulah pertama kali seumur hidup aku "Berlumba" dalam erti kata yang sebenar, Memandu dari ujung daerah ke hujung daerah! walaupun Brunei ni kecik tapi yelah ehhehhehe
hari pertama kami cuma mengumpul poin di sekitar kawasan Jerudong Park Playground, tu pun penat! hehe tapi seronok!
Hari kedua adalah yang paling mencabar..... Kami bermula di daerah temburong guna boat, dari pagi hingga petang dlm kul 3 macam tu, lepas tu kami terus berlepas ke daerah Belait yg memakan masa lebih kurang dua jam perjalanan menggunakan kereta, dsana memang mencabarlah soalannya, pertama kali berjalan malam cuma berdua bersama sahabatku adalah pengalaman yg begitu berharga, mencari2 tempat tu yang sakit kepala jugaklah....
cabaran semakin menjadi-jadi ketika di daerah tutong, kami sampai dsana kira2 jam dua pagi kalau tak silap., betul surrender!! kami tak dapat kumpul bnyk poin dsana! hahahha mata pun dah mengantuk tahap tidak terkata, hahha
Tapi apa yang seronok adalah semangat setiakawan kami yang tidak berkesudahan, walaupun satu kumpulan cuma dua orang, tapi aku dan kumpulan lain yang merupakan kawan rapat kami juga turut bekerjasama!!
Oklah itu saja barangkali sebab aku nak tengok Drama Adam Dan Hawa!! ahhahha let pictures kat bawah ni explain the rest!! ahhahha
Loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!
Monday, 3 December 2012
Bahagia....
Kebahagiaan adalah satu rasa yang sukar
dijelaskan dengan himpunan abjad. Sukar diterjemahkan dengan ratusan ayat. Ada
yang cuba menzahirkannya dengan senyuman yang menawan. Kadangkala dengan
hilaian tawa yang seperti tidak berkesudahan. Tapi ada juga yang mengiringinya
dengan deraian tangis penuh kesyukuran. Tidak mampu dilihat tapi mampu dirasa.
Tidak mampu disentuh tapi tetap saja ada yang mampu meruntuh. Memang
menghairankan. Itulah ‘kuasa’ kebahagiaan. Penuh dengan 1001 pengertian.
Friday, 30 November 2012
"Ada duit, cari duit. Ada peluang, jangan buang"
A: "berapa umur kita?"
B: "cuba teka"
A: ehmm.... "50 labih?"
B: senyum ... "62"
A: "Ya Allah! banar???? kita nampak muda!" ...
A: "Apa petua kita nampak muda?" :)
B: "Duit ada, nada masalah" senyum senyum
B: sambung lagi...... "Kalau ada masalah, jangan terlampau difikirkan. Perkara lepas jangan dibawa ke masa depan. Kitani inda dapat mengubah tani punya past. Buang masa saja kan? Future mesti tani terus liat" :)
A: Angguk2 setuju. Dalam hati...."she is really something"
A & B really had a very qualitative conversation together. Si A dengar dgn tekun cerita perjalanan hidup B sehingga B berjaya seperti sekarang.........
Sampai satu ketika.... B mengungkapkan satu ayat yang sehingga kini melekat di minda dan hati si A
B: "Ada duit, cari duit. Ada peluang, jangan buang"
Si A terus tabik spring pada B, seorang Wanita yang berjaya dalam perniagaannya yang hanya bermula dengan minatnya jadi seorang tukang hias pengantin sehingga sekarang dia telah pun memiliki tiga buah cawangan butik pengantin milik peribadi beliau sendiri....
Si A tergamam seribu bahasa. Tidak sangka. Perwatakan wanita itu hanya bersederhana.... Humble, terlalu Humble..... Pelbagai nasihat dan petua yang dikongsikan......
Hidup mesti positif. Rebut peluang selagi ada. Jangan pernah kenal erti putus asa. Jika ada masalah, cari apa puncanya dan bukan mengalah. Jangan pernah tinggal di masa lampau. Masa depan lebih penting. Hobi boleh buat duit. Dan... JANGAN PERNAH BERHENTI..... dan yang lebih hebat lagi..... SOLAT JANGAN LUPA......... :')
Ye ye, si A itu akulah tu.... :) ... Si A yang masih punya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, banyak ilmu perlu dicari, banyak tunjuk ajar yang perlu diberi .... :)
Terima Kasih buat B yang memberi aku semangat dan lebih percaya diri. Memberi galakan untuk meneruskan bidang fotografi ku :).....
Tidak sangka bahawa aku akan berjumpa wanita sehebat ini pada petang tadi.... di rumah salah seorang pengantin tempat aku menjalankan tugasan fotografiku :) ....
Thanks Allah......... :)
Wednesday, 14 November 2012
1434H ...... Berhijrahlah...
HIJRAH ................
Tidak berdiri hanya dengan berkakikan NIAT
Tidak berjalan hanya dengan sehayun PERBUATAN
Tapi Hijrah yang sebenar akan memiliki denyutan nyawa dengan istiqamah yang berterusan. Pantang menyerah di pertengahan jalan, walau datarannya tajam dengan duri yang menyakitkan.
Siapa yang pernah menjamin perjalanan akan sentiasa rata jalannya? sedangkan si kecil yang mula merangkak lagikan tersungkur, si tupai pula, yang mahir melompat pun akhirnya terhempas ke tanah jua.
Tapi pernahkah kita melihat si kecil yang merangkak dan berkali-kali tersungkur itu berhenti berjuang? Tangisannya tetap saja ada, itu lumrah dunia, menangislah kalau rasa sakit, siapa kata ianya berdosa?
Namun, senyumlah semula sebab ....DIA kata "Jangan bersedih, Allah bersama kita" :'))) .... Menangislah dalam senyuman dan teruskan perjuangan!!! Allah sayang kita. Allah sayang kita. Allah sayang kita. Pertolongan Allah tetap saja dekat dekat dekat. Dan kenapa kita harus rasa takut dan menghentikan semuanya?
Berjuanglah jika ianya memberi kebaikan
BerHijrahlah kita semua ke arah kebaikan. Usah peduli apa orang mahu nilai, Bukan BUKU mereka yang dihisab dalam penentu syurga/neraka kita nanti. Hijrah kita, 'buku' kita.
Wahai saudara seagamaku, Mari Hijrah sama-sama ke arah yang lebih baik? :) Kalau jatuh, kita bangun sama-sama :) , jangan terus tidur hingga hilang nyawa.
SaLam Ma'aL Hijrah 1434H. MaaF Zahir BaTin.....
Love Allah, Love Rasulullah. Love Ibu Ayah. Love All Till Jannah.............
Tidak berdiri hanya dengan berkakikan NIAT
Tidak berjalan hanya dengan sehayun PERBUATAN
Tapi Hijrah yang sebenar akan memiliki denyutan nyawa dengan istiqamah yang berterusan. Pantang menyerah di pertengahan jalan, walau datarannya tajam dengan duri yang menyakitkan.
Siapa yang pernah menjamin perjalanan akan sentiasa rata jalannya? sedangkan si kecil yang mula merangkak lagikan tersungkur, si tupai pula, yang mahir melompat pun akhirnya terhempas ke tanah jua.
Tapi pernahkah kita melihat si kecil yang merangkak dan berkali-kali tersungkur itu berhenti berjuang? Tangisannya tetap saja ada, itu lumrah dunia, menangislah kalau rasa sakit, siapa kata ianya berdosa?
Namun, senyumlah semula sebab ....DIA kata "Jangan bersedih, Allah bersama kita" :'))) .... Menangislah dalam senyuman dan teruskan perjuangan!!! Allah sayang kita. Allah sayang kita. Allah sayang kita. Pertolongan Allah tetap saja dekat dekat dekat. Dan kenapa kita harus rasa takut dan menghentikan semuanya?
Berjuanglah jika ianya memberi kebaikan
BerHijrahlah kita semua ke arah kebaikan. Usah peduli apa orang mahu nilai, Bukan BUKU mereka yang dihisab dalam penentu syurga/neraka kita nanti. Hijrah kita, 'buku' kita.
Wahai saudara seagamaku, Mari Hijrah sama-sama ke arah yang lebih baik? :) Kalau jatuh, kita bangun sama-sama :) , jangan terus tidur hingga hilang nyawa.
SaLam Ma'aL Hijrah 1434H. MaaF Zahir BaTin.....
Love Allah, Love Rasulullah. Love Ibu Ayah. Love All Till Jannah.............
Sunday, 21 October 2012
31 Kali
Terlalu banyak rungutan........
Terlalu banyak kusutan.........
Terlalu banyak tidak puas hati.......
Terlalu banyak yang dipinta........
Tak penat ke? Tak jenuh? .... Seperti tidak pernah cukup rasanya kan ? Semua kita nak, semua kita mahu, tapi sudahkah kita lakukan satu perkara?
Satu perkara yang paling penting... Fikirkan..... Pejam mata buat seketika........ Helalah nafas semahunya......
Terima Kasih Allah........
Ya.... TERIMA KASIH ALLAH .......
For Every Air that we breath
For Every Seconds That we Live
For Every Foods That We Eat
For Every Loves That We Had..........
Sudah CUKUP ke kita BERSYUKUR....... Berterima Kasih Pada Yang Maha Memberi???
Hentikanlah kusutan buat seketika
Hentikanlah rungutan buat sementara.....
Allah Tak Pernah Tinggalkan Kita... Cuma kita saja yang Tinggalkan DIA.
Allah Tak Pernah Lupakan Kita.... Cuma kita saja yang Lupakan DIA.
Allah Tak Pernah Kedekut untuk Beri Rezeki Pada Kita.... Cuma kita saja yang LUPA untuk MENSYUKURI nikmat pemberianNYa.......
- Satu Malam....... Saiditina 'Aisyah RA melihat Rasulullah s.a.w menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda...... Lalu bertanya : "Apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang...?
Menjawab Baginda .... "apakah tidak aku menjadi hamba yang BERSYUKUR?"
(Hadith riwayat Imam At-Tirmizi, daripada Al-Mughirah bin Su'bah)
Masya Allah....! :'''(( Luluh hati ini mendengar jawapan Baginda....
Betapa tingginya rasa syukur Baginda........ Sedangkan Syurga dijamin Allah buat Baginda.....
Bagaimana pula dengan kita yang langsung tidak setaraf dengan ibadah, keimanan, amalan dan perjuangan Rasulullah? Apatah lagi untuk yakin mendapat syurga? :'''/
Apa pula alasan kita untuk tidak atau lupa bersyukur? Jika tak dapat apa yang dihajati, mulalah tarik muka, mulalah nak merajuk tak tentu pasal. Dapat 1, mahu lagi 2 , orang cakap "Diberi betis, paha lagi yang diminta" .......
Sedangkan nikmat Allah itu tidak akan mungkin dapat kita hitung.... TERLALU BANYAK sudah yang Allah beri....
Tak cukup ke Allah ingatkan kita sehingga mengulang2 "FA BI AYYI AALAA IROBBIKUMA TUKADZIBAAN" sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman Nya .......??
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
NIKMAT-NIKMAT wahai teman........ tak cukup ke 31 x tu untuk buat kita terasa disindir?
Sebab tu lah Allah SELALU ingatkan kita... bukan sekali, bukan dua kali tapi BERKALI-KALI.... sebab Allah sayang kita.... kan Ar-Rahman tu maknanya YANG MAHA PENGASIH ...... Allah kasih kita....Jangan pernah ragui itu .....
Ya Allah, ku akui...aku sering lupa...aku sering lalai........ maafkan hambaMu...
Ya Allah... jadikanlah kami tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yang Bersyukur.... Ameen........
TERIMA KASIH ALLAH...........
Terlalu banyak kusutan.........
Terlalu banyak tidak puas hati.......
Terlalu banyak yang dipinta........
Tak penat ke? Tak jenuh? .... Seperti tidak pernah cukup rasanya kan ? Semua kita nak, semua kita mahu, tapi sudahkah kita lakukan satu perkara?
Satu perkara yang paling penting... Fikirkan..... Pejam mata buat seketika........ Helalah nafas semahunya......
Terima Kasih Allah........
Ya.... TERIMA KASIH ALLAH .......
For Every Air that we breath
For Every Seconds That we Live
For Every Foods That We Eat
For Every Loves That We Had..........
Sudah CUKUP ke kita BERSYUKUR....... Berterima Kasih Pada Yang Maha Memberi???
Hentikanlah kusutan buat seketika
Hentikanlah rungutan buat sementara.....
Allah Tak Pernah Tinggalkan Kita... Cuma kita saja yang Tinggalkan DIA.
Allah Tak Pernah Lupakan Kita.... Cuma kita saja yang Lupakan DIA.
Allah Tak Pernah Kedekut untuk Beri Rezeki Pada Kita.... Cuma kita saja yang LUPA untuk MENSYUKURI nikmat pemberianNYa.......
- Satu Malam....... Saiditina 'Aisyah RA melihat Rasulullah s.a.w menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda...... Lalu bertanya : "Apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang...?
Menjawab Baginda .... "apakah tidak aku menjadi hamba yang BERSYUKUR?"
(Hadith riwayat Imam At-Tirmizi, daripada Al-Mughirah bin Su'bah)
Masya Allah....! :'''(( Luluh hati ini mendengar jawapan Baginda....
Betapa tingginya rasa syukur Baginda........ Sedangkan Syurga dijamin Allah buat Baginda.....
Bagaimana pula dengan kita yang langsung tidak setaraf dengan ibadah, keimanan, amalan dan perjuangan Rasulullah? Apatah lagi untuk yakin mendapat syurga? :'''/
Apa pula alasan kita untuk tidak atau lupa bersyukur? Jika tak dapat apa yang dihajati, mulalah tarik muka, mulalah nak merajuk tak tentu pasal. Dapat 1, mahu lagi 2 , orang cakap "Diberi betis, paha lagi yang diminta" .......
Sedangkan nikmat Allah itu tidak akan mungkin dapat kita hitung.... TERLALU BANYAK sudah yang Allah beri....
Tak cukup ke Allah ingatkan kita sehingga mengulang2 "FA BI AYYI AALAA IROBBIKUMA TUKADZIBAAN" sebanyak 31 kali di dalam Surah Ar-Rahman Nya .......??
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
NIKMAT-NIKMAT wahai teman........ tak cukup ke 31 x tu untuk buat kita terasa disindir?
Sebab tu lah Allah SELALU ingatkan kita... bukan sekali, bukan dua kali tapi BERKALI-KALI.... sebab Allah sayang kita.... kan Ar-Rahman tu maknanya YANG MAHA PENGASIH ...... Allah kasih kita....Jangan pernah ragui itu .....
Ya Allah, ku akui...aku sering lupa...aku sering lalai........ maafkan hambaMu...
Ya Allah... jadikanlah kami tergolong dalam golongan hamba-hambaMu yang Bersyukur.... Ameen........
TERIMA KASIH ALLAH...........
Tuesday, 14 August 2012
Aina Al-Qadr......
"Sesunggunya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam "Lailatul-Qadar" itu?. Malam "Lailatul-Qadar" lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (97: 1-5)
Maha benar kata-kata Allah Yang Mahu Agung.........
Malam ini masuklah malam ke-26 Ramadhan..... Ya, kita sudah berada pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan........Terasa Sayu hati ini.....berat hati untuk melepaskanmu pergi......maafkan jika aku tidak melayanmu sebagai tetamu yang paling hebat yang hanya hadir setahun sekali....... :'''/
Bagaimanakah sudah ramadhan kita setakat ini? Masih sama seperti tahun2 yg sudah? Atau amalan semakin merundum?
Andai saja ku mampu, pasti aku ingin terus berada di dalam bulan yang penuh ketenangan dan kerahmatan ini. Sungguh ketenangan seperti ini tidak akan mampu diraih pada bulan2 yang lain. Tidak perlu rasanya untukku bercerita kelebihan2 yang terdapat pada bulan ramadhan kerana pasti jika kita mahu dan ingin mengenal Ramadhan dgn lebih dekat, pasti kita akan mencari pelbagai macam jenis sumber bacaan untuk mengetahui kesemuanya kan?
Carilah dimana-mana saja , pasti banyak artikel-artikel yang mampu menggamit hati.
Ramadhan kali ini cukup berbeza ku rasakan. Ramadhan kali ini telah menyedarkan aku erti kejahilan yang pernah ku cipta pada tahun2 yang sudah. YA! Aku mengaku AKU JAHIL! Menyesal kerana telah melepaskan kelebihan2 ramadhan pada tahun2 yang sudah. Maafkan aku Ramadhan kerana tidak melayanmu dengan baik ...
1 perkara yang paling istimewa yang Allah kurniakan buat kita hamba2Nya ialah LAILATUL QADAR......
Apakah dia Lailatul Qadar? Allah telah menjawabnya dalam surah Al-Qadr..... Satu malam yang di mana jika beribadah dgn penuh tekun pada malam tersebut dengan mengharapkan keampunan dan redha Allah, ianya adalah menyamai dgn.....
1000 bulan = lebih kurang 83 tahun !
Mari kita sama2 tanya diri kita sendiri........Hebat sangatkah sudah amalan kita setakat ini sehingga kita seolah-olah tidak mahu merebut peluang malam yang penuh kemuliaan ini?
Sedangkan Rasulullah merupakan ahli Syurga lagikan sanggup menghidupkan 10 malam terakhir bulan ramadhan SEMATA-MATA INGIN mendapatkan keistimewaan malam Al-Qadar...... Inikan pula kita yang belum tentu akan melangkah mudah menuju ke SyurgaNya (Astaghfirullah :''''/ ... )
Tidak malukah kita pada kekasih Allah? Apakah perasaan baginda jika melihat keadaan kita sekarang? Jika melihat kita masih tidur nyenyak pada 10 malam terakhir bulan ramadhan, jika ada yang masih lebih memilih untuk berkeliaran di sana sini sehingga lewat subuh........ Akan tersenyumkah baginda? Pasti TIDAK! pasti ...pasti......... pasti.... Rasulullah akan menatap kita dengan penuh deraian air mata....... kenapa umatnya seperti sudah TIDAK TAKSUB DENGAN PAHALA!
Bagaimanakah HARGA PAHALA bagi kita? Janganlah kita jadi hamba yang hanya percaya dengan apa yang nampak di depan mata sehingga kelazatan dunia lebih memberi makna.....
Rasulullah menganjurkan kita untuk memohon keampunan pada malam Al-Qadr.........kenapa?
Kerana DOSA lah kita terjerumus ke Neraka!
Kerana DOSA lah kita jauh dari Syurga!
Kerana DOSA lah hati kita lalai dari mengingat sang Pencipta!
Kerana DOSA jugalah Doa2 kita sukar untuk diterima.........
Ya..... memang, kita adalah hamba yg sentiasa penuh dosa, tapi kenapa kita masih sombong , tidak mahu meraih keampunan dari yang Maha Esa? Allah sayang kita, Allah kasih kita, Kasih sayang Allah melebihi dari MurkaNya....... cuma kita saja yang menjahili diri kita sendiri, menganiaya diri kita sendiri........
Kadang aku hairan............ hairan kerana ada segelintir kita yang lebih memilih untuk bersikap "BERSEDERHANA" dalam merebut pahala bonus di bulan ramadhan ini...... sehingga ada yg kata ...
"Cukuplah asal aku tak buat jahat, yg penting aku puasa, aku solat 5 waktu"
"Terawih tu kan sunat saja, tinggal pun takpe"
"Tak buat Qiyamulail pun bukannya dosa kan?"
:''''/ Ya Allah........ kenapa perlu bersikap seperti ini? Yakin sangatkah kita semua amalan yang kita lakukan selama ini SEMPURNA??? Yakin sangatkah kita bahawa semua ibadah kita akan mampu menyelamatkan kita daripada API NERAKA???
MALAM AL-QADAR LEBIH BAIK DARIPADA 1000 BULAN!!
Allahu Akbar! :''''/ Tidak tertarikkah kita pada "promosi pahala besar2an" yang Allah perhidangkan buat kita????
Andai saja pahala ini umpama harta berbentuk wang,emas, berlian, PASTI ramai yang berebut2 mahu mendapatkannya...... Tapi Allah mahu menduga kita, menduga iman kita, sejauh mana kita mahu berlumba2 untuk mendapatkan sesuatu yang masih menjadi rahsianya....... pahala itu akan terbongkar rupa bentuknya di akhirat nanti....... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan hambaNya yang RUGI, pasti kita akan menyesal, gigit jari di sana nanti apabila melihat bagaimana rupa bentuk pahala yang selama ini kita sia-siakan....... Menyesal pun tiada guna lagi, Masa TIDAK MUNGKIN dapat diputar kembali.......
Ya Allah......... Malam ini sudah masuk 26 Ramadhan........ Lailatul Qadar tetap menjadi rahsiaMu untuk menguji kejujuran hambaMu dalam beribadat....... Dimanakah Lailatul QadarMu Ya Robb....? Terimalah diriku yang penuh dosa ini untuk merasa nikmat pada malam Al-Qadr...... Malam yang membawa Takdir..... Takdir yang Engkau lebih mengetahui...Takdir yang mungkin boleh berubah dengan kekuasaanMu......
Ya Allah.......jangan biarkan Ramadhan kali ini menjadi ramadhan kami yang paling rugi.....
Ya Allah.......jangan biarkan RamadhanMu cepat berlalu pergi........ bagaimanakah nasib kami nanti selepas tiada Ramadhan lagi? Bantulah kami supaya menjadi hambaMu yang SEMAKIN HEBAT!
Ya Allah......terimalah taubat kami...........LailatulQadarMu MUNGKIN telah berlalu pergi.....mungkin juga berlaku pada malam ini.....mungkin juga masih belum lagi terjadi.......TAPI aku tahu....... Engkau Masih Akan Tetap DEKAT, TERLALU DEKAT, mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu..........
Ya Allah...jadikanlah Ramadhan kami Kali ini sebagai Penyuci Jiwa......Sentiasa Mendekatkan Diri PadaMu...dan Menjadi Seorang Muslim/Muslimah yang Lebih BAIK dari sebelumnya.....
Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir.....Jadikanlah ini Ramadhan Yang TERHEBAT bagi kami...
Amiin.........
Tuesday, 24 July 2012
....26 is noT JusT A Number.....
"Engkau (Allah) memasukkan malam kepada siang, dan Engkau (Allah) memasukkan siang kepada malam. Dan Engkau (Allah) mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau (Allah) keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau (Allah) mengurniakan rezeki kepada sesiapa yang Engkau (Allah) kehendaki tanpa hisab (berkira)" (3:27)
Maha benar kata-kata Allah Yang Maha Agung
Sungguh janji Allah itu pasti benar, pasti akan berlaku....
26 Tahun Yang Lalu.... pada tanggal 24.07.1986..... Dengan kuasa dan Izin Allah, Dia telah menghidupkan aku... tahun demi tahun, bulan berganti bulan, minggu silih bertukar, hari,jam,minit dan saat...........
Semuanya....... adalah MENGHAMPIRI SATU KEMATIAN........
Ya Aku sedar, dan aku tidak mahu leka, setiap bertambahnya umur seseorang itu adalah satu peringatan daripada yang maha Esa bahawa setiap kita pasti akan mati, semuanya adalah menghampiri kematian, kematian semakin dekat, tidak mungkin ianya semakin jauh........
Pun begitu.... Aku BERSYUKUR pada yang maha Esa kerana masih memberi kesempatan pada diriku untuk menjangkau usia hingga 26 tahun pada hari ini.... semuanya mudah bagi Allah.... Pasti Allah punya rencananya yang hebat sehingga membiarkan aku hidup lagi, pasti Allah mahu agar aku meningkatkan amalan lagi, pasti aku masih punya banyak dosa yang perlu Allah ampuni, Terima Kasih padaMu Ya Allah kerana memberi kesempatan ini, NikmatMu maha luas............ TERAMAT LUAS....
Usia 26 Tahun.............
Banyak kata, usia hanya nombor semata....
Aku kata, usia mempunyai makna.....
Ada pula yang tanya, "bila pula nak mendirikan rumah tangga?"....
Aku kata, Aku masih mencari jawapannya.....
Ada pula yang hanya diam seribu bahasa, tak mahu komen apa-apa...
Aku mula takut untuk mentafsirkannya......
Jujur, 26 tahun seolah-olah memberi aku satu amanah yang perlu aku mula pandang serius......
Banyak harapan yang perlu dipenuhi, Ada 'kisah' yang perlu 'diakhiri' .....
Tapi adakah semuanya hanya perlu DINANTI atau mesti DICARI?
25 Tahun telah berlalu, mencipta sejarahnya yang tersendiri, menjelajah jalan hidupnya yang penuh pelbagai rasa....
Dan Kini Di usia 26 Tahun, pasti, pasti semuanya akan tetap ada "pelbagai rasa" itu, cuma yang berbeza mungkin adalah cara untuk "menilai" rasa tersebut..... semoga usia ini akan membuatku lebih matang dalam menilai erti sebuah kehidupan yang hanya dipinjamkan.....
Waktu sahur tadi........ aku peluk cium mak..... tanda terima kasih kerana penat lelahnya membesarkan anak perempuannya ini yang kadang-kadang degil tak bertempat, kuat merajuk, tak senang kan nak jaga anak mak ni? takpe,lepas ni kita jaga diri kita sama-sama ye? :')
Mak kata .."Mana jua ulah, ada tu nanti, mana tau waktu raya ani, mama dulu kana pinang waktu hari raya jua"
*speechless*
Tengok...... perkara pertama yang mak fikirkan adalah soal "itu" , nampak gayanya persoalan itu bukanlah lagi satu soalan pilihan, tapi satu soalan WAJIB yang perlu dijawab di dalam peperiksaan kehidupan.
Tapi pecah jugak tawaku, baru tau tentang kisah mak, waktu raya rupanya..... hehe.... rupa2nya, zaman mak, untuk merisik, dalam rumah tu kalau ada anak dara, ibu bapa mereka akan letak "kepala meja" yang berbentuk sebiji kek,..... kek tu hanya akan dikerat oleh orang yg "berhajat",
kalau ada yang kerat, faham le tu, tak lama lepas tu pasti ada rombongan yang datang bertandang.... hehe unik jugak kan?
Nak buat zaman ni? fikirlah sendiri apa yang akan jadi hehe.......
Ok kalau nak cakap pasal benda ni, entah bila lah nak habis, kita tunggu jelah ye siapa nanti yang berani "berhajat" nak kan "kepala meja" ni ...:P ...sekarang kita stop cite psl tu ...
Hah! di sekolah tadi, malu pulak sebab my students nyanyikan lagu bday kat dalam kelas, malu+terharu, really appreciate it, tak sangka ada yang ingat kan.... hehe :)
and tak sangka juga, rupanya aku punya rakan sama2 cikgu punya bday SAMA dgn aku! haha how sweet? :D
..... Birthday tahun ni memang bagi aku SPECIAL daripada tahun2 yang lepas.. sebab apa?
..... Birthday tahun ni memang bagi aku SPECIAL daripada tahun2 yang lepas.. sebab apa?
Sebab..... ianya jatuh pada bulan Ramadhan.... :) sungguh aku punya 1 rasa yang tak mampu ku jelaskan dengan abjad2 dunia..... nikmat Allah di bulan Ramadhan, tenang sungguh rasanya :)
Bday kali ni memang "lame" semacam, sebab no more surprises mcm tahun2 lepas, dah bosan asyik nak buat surprise tapi tak menjadi, sudahnya, aku yang mula gambar kek ku sendiri!! haha apada~~ , dah tu, aku pulak sendiri yang cucuk lilin kat atas kek tu, apa ni~~~hahahaha tp seronok gak, nasib baik bukan aku jugak yang beli kek tu sendiri! Tapi..... walaupun begitu, kata Terima Kasih memang tidak cukup untukku berikan pada keluarga yang ku kasihi, ALL 7's, terima kasih atas semuanya....... you know, I LOVE YOU FOREVER!
Nak tengok kek tu macamana? aku tak tahu sama ada nak tergelak atau apa, umur 26 tahun , dapat kek bentuk macam ni....???? hahaha memang tak patut kan!!! :P
ANGRY BIRD???? apa-apa jelah, garang semacam betul binatang ni, tapi kek ni sedap! kek aiskrim! hehehe *klw yg baca entri waktu tengah puasa, maaflah ye*
Selain itu, pelbagai ucapan hari jadi yang ku terima, mcm2 jenis ucapan...dan kiriman bergambar
Tengoklah ni.... comelkan??? thankssss pada yg berkenaan... :D
Terima kasih pada keluarga dan teman2 yang sentiasa mengingati hari kelahiran insan yang serba kekurangan ini, Pelbagai jenis mesej harijadi yang ku terima, ada yang menghantar melalui SMS, facebook dan Twitter....
Memang mcm2 ragam mesej yg ku terima, tapi kebanyakkannya mendoakan doa-doa dan harapan yang sungguh buat aku terharu, doa kalian cukup bermakna buatku,
Hanya Allah dapat membalas semuanya :)))
Antara mesej tu, izinkan ku ambil dua buah kiriman sms yang agak comel bagi ku
Hanya Allah dapat membalas semuanya :)))
Antara mesej tu, izinkan ku ambil dua buah kiriman sms yang agak comel bagi ku
Jom baca... hehe
Kategori mesej paling comeL :
"Salam Sut, happy busday. hehe semoga apa yang dihajati dikabulkan, berjaya dunia akhirat,menjadi anak solehah, soon isteri solehah, soon g mami solehah hehehe k tatata"
Kategori mesej paling "Jujur" :
"Selamat hari tua dang. Tuha udah, baik makai produk untuk kncangkan kulit. Mcm2 produk masa ani bejual. Olay ada, sk 11 ada. Sdia saja usin. Doaku mcm taun lepas cek saja sms ku taun lps mun masih kau simpan jua tu"
JUJUR yang amat kan? hehehe......
Sedar, aku sedar, memang dah makin, tak lama lagi, nampaklah kedutan tu hehhehe
...
Dan lagi.... mesej dari.... artis2 ni... buat aku tersenyum menghargai.... tak sangka... hehehe
And.......
Last but not least.....
My 247 ends with this.....
It's not just a present to me.... but it is the symbol of true friendship, true sisters.... :''''')
She said "8 tahun SuT we celebrates with cakes, indakan taun ani nada?"
Ya Allah, who is this woman standing in front of me at 11.50pm on 24th July 2012 , datang ke rumahku semata-mata nak bagi hadiah ni dan sepotong kek harijadi..... you made me smile wiv tears.....
YES, I WILL NEVER FORGET, 9 years, usia 9 tahun persahabatan kita........
Tiada kata mampu ku balas.....
Tiada bicara mampu ku lafaz....
Buat sahabatku....
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih kerana bertahan dengan sikapku yg kadangkala mungkin menguji kesabaranmu
Terima kasih buat semua waktumu untukku
Terima Kasih kerana ada kalanya menjadi kakak yang lebih matang berbanding diriku....
Semoga Allah simpan semua kenangan persahabatan kita di dalam kotak memori ini buat selamanya...
Aku tak mahu lupa, aku tak mahu.
Ku hanya ingin berdoa pada Allah agar ikatan persahabatan kita akan terus berkekalan selagi hayat dikandung badan, yang penting aku mahu ianya berkekalan Till Jannah.... Amiin Ya Allah.....
Thanks RAIHAN! nak fly esok kan? nangislah kau puas2 esok! :PPP
Akhir kata....
Hargai apa yang ada,jgn dah hilang, baru nak berduka.....
Salam Ramadhan.....
Dari Hati,
Liyana JuLay
Friday, 20 July 2012
....Brunei Bersedih....
Permulaan awal suci bulan Ramadhan..... Allahu Allah.... Allah telah menduga rakyat Brunei dengan satu tragedi menyayat hati......
Sebuah Helikopter Royal Brunei Air Force Bell 212 telah mengalami kemalangan di Ulu Belait dalam perjalanan pulang ke Daerah Brunei Muara .....
Kemalangan yang telah meragut 10 nyawa .... 2 cedera parah dan 2 masih belum ditemui (according to latest news)
Sungguh aku cukup terkesan mendengar berita ini semalam, membaca tweet rakan2 di laman Twitter..... Memang, Brunei umpama satu keluarga, sakit yang ditimpa oleh seorang rakyat Brunei, pasti semua akan terasa pedihnya, Ya Allah cukup besar dugaanmu di bulan Ramadhan ini.....
Namun aku pasti, semua ini pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya Engkau Maha Mengetahui,
Allah knows the best, Always knows the best.... Allah uji tanda dia sayang kita kan? :''')
Salah seorang mangsa adalah rakan seperjuangan semasa aku menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, seorang bekas ahli exco kolej kediaman, seorang yang sentiasa ceria, Semoga roh mereka dicucuri rahmat,Allah pasti sayang mereka sebab Allah "ambil" mereka di dalam bulanNya yang penuh rahmat, penuh keberkatan, senyumlah wahai pejuang negara, gugur nyawamu sebagai perwira negara! :')
Buat keluarga mangsa, Aku tahu semua ini tidak mudah buatmu, Aku tahu tiada siapa akan mampu menahan tangisanmu, aku tahu sebab aku juga pernah mengalami kehilangan, kehilangan orang yang cukup dicintai,
Namun percayalah, semua ini pasti ada hikmahnya, percayalah pada Allah, percayalah dengan apa yang telah diaturkanNya, sandarkanlah kepiluan kita pada yang maha Esa, hanya Dia yang mampu mengerti, Hanya Dia yang mampu memahami..... Insya Allah, pasti Allah izinkan kita untuk berjumpa mereka di "sana" nanti :')
Kejadian ini juga turut membuka mataku buat kesekian kalinya....
AJAL tidak mengira usia,
Ajal tidak mengira siapa,
Ajal tidak mengira di mana
Ajal tidak mengira BILA ......
Malaikat maut mungkin sedang berada beberapa tapak lagi menghampiri kita.....
Persoalannya..... Bila SAAT itu tiba... CUKUPKAH sudah AMALAN kita? Cukupkah sudah semuanya untuk kita persembahkan pada yang Maha Esa? ... marilah duhai sahabat, sama-samalah kita bertaubat.... bukalah mata hati kita... hidup di dunia hanya beberapa detik.... Hidup di dunia adalah untuk menanam benih Amalan kita untuk menuainya di alam sana nanti..... Mungkin nafasku juga akan terhenti seusai menulis warkah ini, maafkanlah segala dosa-dosaku....... Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya buat kita semua.. Amiin....
Al-fatihah buat mereka yang telah pergi........
Link , Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ...... ya Allah, Raja yang memeduli rakyatnya :''') Semoga Allah merahmati Baginda , Ameen :') I Love my Raja Forever
Thursday, 19 July 2012
Sunday, 15 July 2012
Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik!
<<15th JuLy 2012>>
SeLamaT Puja Usia Ke-66 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Dirgahayu Kebawah Duli Tuan PaTik!
Ya Allah, lanjutkanlah usia raja kami, golongkanlah baginda sebagai seorang pemerintah yang adil. Ameen!
I Love My RaJa Forever! Aku bangga menjadi seorang rakyat Brunei di bawah naungan Raja Adil Lagi Bijaksana~~! May Allah always Bless and Protect our SuLTan, Ameen! <3
Saturday, 14 July 2012
MaLam SasTera IsLam
Alhamdulillah pada 7hb Julai 2012 Yang lalu, aku dan temanku telah memenuhi undangan majlis "MaLam SasTera IsLam" anjuran Pusat Da'wah Islamiah yang bertempat di Dewan Banquet Bangunan Majlis Mesyuarat Negara.....
Satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan, pengalaman yang cukup tinggi nilainya, sebab pada malam itu aku berpeluang bersua muka dengan beberapa penulis-penulis tempatan yang memang cukup berpengalaman dan mempunyai nama yang hebat dalam bidang penulisan, Aku cukup kagum pada mereka, pasti penulisan mereka ini jika dibandingkan dengan penulisanku bagai LANGIT DENGAN BUMI :)
Selain itu, sepanjang majlis itu, kami turut di"hiburkan" dengan beberapa persembahan syair, deklamasi sajak, lakonan teater, semuanya yang berunsurkan keislaman, siapa cakap tiada "hiburan" di dalam Islam? cuma pilihlah "hiburan" yang tepat kan? :) Hiburan yang tidak melalaikan dari mengingati ALLAH ...
Memang cukup menarik lebih2 lagi persembahan "Puisi Teatrikal" yang sebelum ini aku langsung TIDAK pernah menyaksikannya, naik meremang bulu tengkuk jugak sebab lakonan mereka cukup berkesan, ditambah lagi dengan dua orang pendeklamasi puisi yang cukup mahir dalam mendeklamasikannya dengan lontaran suara mereka yang cukup BERTENAGA dan MENUSUK KE QALBU , sungguh aku kagum pada mereka :)
Itulah serba sedikit cerita di Bulan JULAI ku :) ...
Aku dan temanku bersama Salina Salleh , Novelis "Wajah Seiras Cinta"
Sijil Penyertaan Penulisan Novel Islam Anjuran PDI 2010 :))) Alhamdulillah ... Aku akan cuba memperbaiki gaya penulisan dari semasa ke semasa Insya Allah ..... :)
Tuesday, 26 June 2012
Kenyataan yang menyakitkan
Dari satu susuk tubuh ku perhatikan, tajam mataku merenung mereka yang mundar mandir ke sana ke mari seolah-olah tanpa hala tuju yang pasti. Mataku tidak mampu lari daripada mereka, bukan kerana terpegun ataupun tertarik hati, tapi jauh di sudut hati, aku,... kecewa!, YA, AKU KECEWA , aku sedih melihat "adik-adik" remaja seagamaku kini sudah jauh tersimpang dari landasan yang sepatutnya.
Luntur jiwaku saat melihat adik perempuan seagamaku mendedahkan "harta" mereka yang paling berharga, seolah-olah mereka berbangga mempamerkannya, ingin saja aku berikan sehelai telekung pada detik itu untuk dipakaikan padanya.......
Pakaian lelaki dan perempuan , aku lihat sudah tidak ada bezanya... aurat lelaki dan perempuan juga seolah-olah mempunyai ukuran yang sama. Masihkah kau ingat dan tahu duhai wanita seIslamku, bahawa aurat kita hanyalah muka dan dua tapak tangan?? Bukan antara pusat hingga lutut..... bukan, bukan!
Ku tenung lagi buat kesekian kalinya, ku harapkan saat itu aku melihat deraian air mata penuh keinsafan akan terbit pada wajah-wajah mereka kerana sedang melanggar perintahNYA... tapi aku tahu bahawa aku akan dikecewakan, kecewa dengan hilai ketawa mereka, senyuman yang penuh "keseronokan duniawi" , sungguh aku hairan kenapa mereka masih mampu tersenyum, aku berfikir sejenak, adakah senyuman yang sama jugakah akan aku dapat jika pada saat itu ibu dan bapa mereka sedang memerhatikan kelakuan anak2 mereka itu?? Tersenyumkah mereka??? Aku benar2 ingin tahu jawapannya.......
Sesekali, Ingin aku menipu diriku sendiri dengan mengatakan, "Suami Isteri lah ni" ... aku tahu dan aku sedar penipuan hati sedang berlaku. Aku tahu dan aku yakin melebihi 100% bahawa remaja yang berkepit, merangkul pinggang, berpegangan tangan di antara lelaki dan perempuan seusia mereka perbelasan tahun itu tidak mungkin mempunyai hubungan SUAMI ISTERI yang HALAL di sisi ISLAM! Astaghfirullahal'adzhiim....
Apa dah berlaku pada remaja kita pada hari ini? Apa kena pada mereka???? MANA AGAMA mereka? Ya Allah :'( ... Mana IBU BAPA mereka? Betulkah didikan agama sudah diterapkan dalam diri mereka? Jika betul, dimanakah lagi silapnya? Melampaukah aku jika aku ingin menuding jari pada ibu bapa mereka dan ingin menuduh mereka bahawa.... MEMANG! Kamu belum mendidik anak2mu dengan didikan agama dengan SEWAJARNYA!
JIKA YA, pasti anak2mu tidak berani bersentuhan dengan yang bukan muhrim, JIKA YA, pasti anak2mu sedang menutup aurat, JIKA YA, pasti anak2mu ada sifat malu. JIKA YA, pasti anak2mu sedang berada di rumah BERSAMA2MU pada waktu MALAM begini!
Aku tidak menyalahkan remaja-remaja ini, aku menyalahkan ibu bapa mereka! MAAF!! Maaf! Bukankah pendidikan awal itu bermula dari rumah? They learn from what they see, from what they hear, from they've been told!
Wahai ibu bapa..... Inikah para remaja yang kita pertanggungjawabkan untuk "memerintah" generasi masa depan kita? Inikah para remaja yang kita harapkan untuk meneruskan perjuangan Negara Dzikir kita? Inikah mereka? Jika inilah yang kita "sajikan" untuk masyarakat dan generasi masa depan..... Sama-samalah kita saksikan sama ada "hidangan" ini adalah satu hidangan yang berkhasiat dan memberi kesihatan ataupun "hidangan" yang bakal menimbulkan pelbagai macam jenis penyakit yang tiada obatnya.........Na'udzubillah......
Imam Al-Ghazali pernah berkata
"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak mudanya pada hari ini"
Tepuk Dada, Tanya Iman.....
Sunday, 17 June 2012
...Siapa 'Imam'ku .....?
Soalan Yang sering diajukan sejak akhir-akhir ni.... "Bila kawin?" "Cari tah boyfriend" bla bla bla .....
Isu kahwin 1 hal, Isu cari boyfriend 1 hal ... mungkin kalau dulu , isu "cari boyfriend" ni aku anggap benda biasa je, tapi sekarang tak, syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan petunjuknya padaku , syukur kerana Allah masih sayang padaku kerana tidak membiarkan diri ini terjerumus ke dalam satu hubungan "couple" yang langsung tidak mencerminkan imej Islam itu sendiri dan juga akan mengundang pelbagai mcm unsur kemaksiatan >.< astaghfirullah..... :'/
kenapa perlu couple? untuk apa? utk sekadar ingin rasa dimiliki dan memiliki? kenapa tak nak terus kawin je? mungkin ada yg akan memberi alasan "nak kenal hati budi masing2 dulu" , betul ke dengan ber'couple' tu nnt akan kenal diri masing2? betul ke tak ada yg akan hipokrit? siapa yg nak tunjuk belang semasa ber'couple' kan? lagi pun klw dah CUKUP kenal sewaktu ber'couple' , apa lagi yg hendak dikenal ketika perkahwinan? hilanglah nikmat erti sebenar perkahwinan itu sendiri klw masing2 dah CUKUP kenal......
aku bknlah hendak menuding jari pada mereka yg punya teman lelaki ataupun wanita itu semuanya jahil dlm beragama , semoga kita sama2 diberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebaikan, amiin :) ....
Tak salah jika kita ingin merasa disayangi dan dikasihi kerana itu memang fitrah manusia cuma tinggal kebijaksanaan kita untuk menyalurkannya ke landasan yg betul iaitu ikatan pernikahan.... dah HaLaL barulah awesome right? :)
Aku teringat kata2 ustazah ni aku lupa nama dia siapa , lebih kurang dia cakap mcm ni dalam ceramah dia...
Cinta itu memang sesuatu yg baik dan indah tetapi apabila ianya dilakukan dgn cara yg bertentangan dgn agama, ia akan 'memudaratkan' kita, seperti contoh memakan gula, gula itu memang sesuatu yg HaLaL..... nak makan, makanlah, takde siapa nak larang.... tapi apabila kita mula makan BERLEBIHAN, ianya akan memudaratkan kesihatan kita,
Same goes to CinTa & Couple vs Cinta & Nikah .... :) , kita cukup bijak untuk menilai mana yg baik dan buruk kan? .... pilihlah yg tidak memudaratkan.... yg penuh barakah... penuh redha Allah....
Apabila Allah redha, insya Allah rumahtangga akan bahagia walaupun TANPA CINTA SEBELUM NIKAH ..... yang penting kita jaga hubungan kita dengan Allah, kita beri hati kita pada Allah... Insya Allah aku percaya, Allah akan beri sekeping hati yang terbaik buat kita...... Allah adalah pemilik hati yang hakiki ....
Kita tengok orang2 tua zaman dahulu, kebanyakan mereka kahwin ikut pilihan orang tua mereka, kita tengok mereka bahagia hingga akhir hayat kan? Ni lah namanya keberkatan dalam perkahwinan, jauh dari kemaksiatan dalam perhubungan sebelum pernikahan... Ya Allah kuatkanlah iman ini untuk menuruti perintahMu ... :')
Berbalik soal Jodoh...... Jodoh adalah Rahsia Allah... Sungguh aku tidak punya sebarang jawapan pada ketika ini jika ditanya "Bila nak kahwin?" ..... Biarlah ku serahkan semuanya pada sang pencipta hati..... mungkin si 'Dia' ketika ini masih juga tercari2 akan diri ini....
Buat Dirimu "Bakal Imamku" ......
Jika engkau ingin menyuntingku menjadi yang halal bagimu... Hormatilah diriku dengan menemui waliku... Bukan dengan mengajakku jauh dari keredhaan Allah, jauh dari jalan menuju syurgaNya dengan hanya menjadikanku sebagai teman wanitamu, aku tidak ingin itu, aku hanya ingin menjadi pendamping halal bagimu untuk sama2 memimpin tanganku menuju SyurgaNya......
Wahai Bakal Imamku.....
Aku tahu saat ini kau masih tercari-cari diriku seperti mana ku mencari dirimu tapi aku yakin nama kita berdua sudah tertulis di dalam kitabNya ... cuma masa belum lagi tepat untuk mempertemukan kita, hanya Allah yang tahu bila..... hanya Allah yang tahu siapakah dirimu untukku dan siapakah aku buatmu..... Namun ku harap di dalam waktu pencarian kita ini, sama-samalah kita cuba memperbaiki iman kita agar kita mampu membina satu mahligai yang penuh cinta keranaNya ...
Wahai Bakal Imamku ..... bila waktu itu tiba... inginku berterima kasih padaNya kerana menganugerahkan dirimu buatku yang serba kekurangan ini, juga terima kasih padamu kerana sanggup memilih diri ini untuk menjadi yang halal bagimu.... sentiasalah menjadi imam buatku dan buat bakal anak2 kita agar menjadi anak2 yg soleh dan solehah.. ajarlah dan bimbinglah aku agar menjadi seorang isteri yang solehah... Amiin.....
Tapi semua ini masih menjadi rahsia Illahi.... jika kita tidak berkesempatan bertemu di dunia ini kerana mungkin besok bukan milikku lagi..... biarlah Allah mempertemukan kita di syurga nanti Amiin Ya Allah Ya Rahman.... kekasih hati yg kekal abadi...... :')
Ya Allah..... Engkau kurniakanlah bagi kami Jodoh Yang terbaik .... Yang Mendekatkan kami kepadaMu...... dan Jauhkanlah kami daripada seseorang yang akan menjauhkan kami daripadaMu :'/ ... Amiin.......
Isu kahwin 1 hal, Isu cari boyfriend 1 hal ... mungkin kalau dulu , isu "cari boyfriend" ni aku anggap benda biasa je, tapi sekarang tak, syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan petunjuknya padaku , syukur kerana Allah masih sayang padaku kerana tidak membiarkan diri ini terjerumus ke dalam satu hubungan "couple" yang langsung tidak mencerminkan imej Islam itu sendiri dan juga akan mengundang pelbagai mcm unsur kemaksiatan >.< astaghfirullah..... :'/
kenapa perlu couple? untuk apa? utk sekadar ingin rasa dimiliki dan memiliki? kenapa tak nak terus kawin je? mungkin ada yg akan memberi alasan "nak kenal hati budi masing2 dulu" , betul ke dengan ber'couple' tu nnt akan kenal diri masing2? betul ke tak ada yg akan hipokrit? siapa yg nak tunjuk belang semasa ber'couple' kan? lagi pun klw dah CUKUP kenal sewaktu ber'couple' , apa lagi yg hendak dikenal ketika perkahwinan? hilanglah nikmat erti sebenar perkahwinan itu sendiri klw masing2 dah CUKUP kenal......
aku bknlah hendak menuding jari pada mereka yg punya teman lelaki ataupun wanita itu semuanya jahil dlm beragama , semoga kita sama2 diberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebaikan, amiin :) ....
Tak salah jika kita ingin merasa disayangi dan dikasihi kerana itu memang fitrah manusia cuma tinggal kebijaksanaan kita untuk menyalurkannya ke landasan yg betul iaitu ikatan pernikahan.... dah HaLaL barulah awesome right? :)
Aku teringat kata2 ustazah ni aku lupa nama dia siapa , lebih kurang dia cakap mcm ni dalam ceramah dia...
Cinta itu memang sesuatu yg baik dan indah tetapi apabila ianya dilakukan dgn cara yg bertentangan dgn agama, ia akan 'memudaratkan' kita, seperti contoh memakan gula, gula itu memang sesuatu yg HaLaL..... nak makan, makanlah, takde siapa nak larang.... tapi apabila kita mula makan BERLEBIHAN, ianya akan memudaratkan kesihatan kita,
Same goes to CinTa & Couple vs Cinta & Nikah .... :) , kita cukup bijak untuk menilai mana yg baik dan buruk kan? .... pilihlah yg tidak memudaratkan.... yg penuh barakah... penuh redha Allah....
Apabila Allah redha, insya Allah rumahtangga akan bahagia walaupun TANPA CINTA SEBELUM NIKAH ..... yang penting kita jaga hubungan kita dengan Allah, kita beri hati kita pada Allah... Insya Allah aku percaya, Allah akan beri sekeping hati yang terbaik buat kita...... Allah adalah pemilik hati yang hakiki ....
Kita tengok orang2 tua zaman dahulu, kebanyakan mereka kahwin ikut pilihan orang tua mereka, kita tengok mereka bahagia hingga akhir hayat kan? Ni lah namanya keberkatan dalam perkahwinan, jauh dari kemaksiatan dalam perhubungan sebelum pernikahan... Ya Allah kuatkanlah iman ini untuk menuruti perintahMu ... :')
Berbalik soal Jodoh...... Jodoh adalah Rahsia Allah... Sungguh aku tidak punya sebarang jawapan pada ketika ini jika ditanya "Bila nak kahwin?" ..... Biarlah ku serahkan semuanya pada sang pencipta hati..... mungkin si 'Dia' ketika ini masih juga tercari2 akan diri ini....
Buat Dirimu "Bakal Imamku" ......
Jika engkau ingin menyuntingku menjadi yang halal bagimu... Hormatilah diriku dengan menemui waliku... Bukan dengan mengajakku jauh dari keredhaan Allah, jauh dari jalan menuju syurgaNya dengan hanya menjadikanku sebagai teman wanitamu, aku tidak ingin itu, aku hanya ingin menjadi pendamping halal bagimu untuk sama2 memimpin tanganku menuju SyurgaNya......
Wahai Bakal Imamku.....
Aku tahu saat ini kau masih tercari-cari diriku seperti mana ku mencari dirimu tapi aku yakin nama kita berdua sudah tertulis di dalam kitabNya ... cuma masa belum lagi tepat untuk mempertemukan kita, hanya Allah yang tahu bila..... hanya Allah yang tahu siapakah dirimu untukku dan siapakah aku buatmu..... Namun ku harap di dalam waktu pencarian kita ini, sama-samalah kita cuba memperbaiki iman kita agar kita mampu membina satu mahligai yang penuh cinta keranaNya ...
Wahai Bakal Imamku ..... bila waktu itu tiba... inginku berterima kasih padaNya kerana menganugerahkan dirimu buatku yang serba kekurangan ini, juga terima kasih padamu kerana sanggup memilih diri ini untuk menjadi yang halal bagimu.... sentiasalah menjadi imam buatku dan buat bakal anak2 kita agar menjadi anak2 yg soleh dan solehah.. ajarlah dan bimbinglah aku agar menjadi seorang isteri yang solehah... Amiin.....
Tapi semua ini masih menjadi rahsia Illahi.... jika kita tidak berkesempatan bertemu di dunia ini kerana mungkin besok bukan milikku lagi..... biarlah Allah mempertemukan kita di syurga nanti Amiin Ya Allah Ya Rahman.... kekasih hati yg kekal abadi...... :')
Ya Allah..... Engkau kurniakanlah bagi kami Jodoh Yang terbaik .... Yang Mendekatkan kami kepadaMu...... dan Jauhkanlah kami daripada seseorang yang akan menjauhkan kami daripadaMu :'/ ... Amiin.......
Monday, 16 April 2012
Hi ApriL.....
..... :') ......
La Tahzan Ya Qalbi .... Innallah Ma'anaa...... :')
Bukanlah namanya hidup tanpa masalah kan? Nak happy? Tunggulah Di Jannah Nanti :''') Insya Allah .... I jusT Don't know why LaTeLy I FeeL sO FragiLe.... Am i Being Too sensitive? .... For Unnecessary thing.....
I know Tak semua orang boleh menghulur kasih seadilnya kan? Tidak Mengapa jika kita tidak mendapat kasih seutuhnya dari Manusia ..... Biar kiTa Meraih Kasih Dari Yang maha ESA :') ..... Bersyukur dengan apa yang ada.... Allah iTu Maha Pencinta. Maha Penyayang. Maha Pengasih. :')
Ok take care ALL! :)
Friday, 23 March 2012
... Allah iTu DekaT ... "Thanks Allah" ...
Maha Besar KuasaMu Ya Allah.... Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami ......
.... SemaLam Ada SesuaTu Kejadian Yang Tidak Terduga Telah Berlaku Menimpa Salah Seorang Ahli KeLuargaku.... Tujuanku mengongsikan kisah ini agar kita sama-sama turut menyaksikan betapa BESARNYA KUASA ALLAH, Betapa Agungnya Kasih Allah, Betapa MISKINnya kita manusia, kita langsung tidak mempunyai kuasa walau sebesar zahrah sekalipun, kuasa itu milik Allah...... Kita takkan mampu berbuat apa-apa tanpa pertolongan dari Allah....
Semalam......
Kakak Aku kurang sihat, aku pun teman dan jenguk dia dalam bilik dia seusai solat maghrib, aku nampak dia begitu lemah..., aku rasa badan dia, panas.... dia dah demam....
Kami kemudian berborak sikit-sikit, biasalah,aku lah yg bnyk ckp, itu ini,
dalam berborak tu, aku perasan yg tangan dia nmpk lain, mcm keras semacam, aku tnyalah kenapa, dia ckp mungkin sebab lengan dia rasa kebas sebab terhimpit waktu dia lena petang tu berehat sebab lemah sangat.....
Tapi memang lain mcm aku tengok, tp since dia dah ckp mcm tu, takpelah, ...aku temankan dia sementara menunggu masuk waktu isya, .... sampai dah abis azan isya, dia pun mula bangun dari katil dalam keadaan yg begitu lemah, aku hanya memerhatikan pergerakkannya, aku cakap, kalau tak larat nak solat berdiri, solat duduk je ..... kan Islam tu tak menyusahkan ....
Tidak lama lepas tu aku mula rasa tak sedap hati sebab melihat dia tiba-tiba tunduk dan mula mengadu seperti kesakitan, tangan dia semakin kebas, mula2 dia suruh aku tolong urutkan perlahan tangan dia, tapi aku semakin gelisah sebab dia mula memberitahu rasa kebas mula menular ke tangan kiri, kemudian dengan cepat menjangkit ke hujung kaki, Ya Allah apa yang sedang berlaku? Aku mula melafazkan beberapa ayat suci quran,
Tidak lama lepas tu kakak aku yg seorang yg kebetulan berkunjung ke rumah turut menjenguk , aku pun segera menyuruh kakak aku yg seorang itu untuk memanggil abang,
ayat suci quran tidak berhenti aku laungkan, kakak aku masih sedar cuma aku melihat dia sungguh dalam kesakitan akibat kekebasan yg luarbiasa, dia mengadu bahawa ianya semakin menular hampir ke separuh badan, Ya Allah, Ya Allah, bantu kakakku ya Allah, aku betul2 dalam keadaan yg sukar ku gambarkan, tidak pernah ku melihat kakakku berkeadaan sedemikian rupa,
Apabila abang aku tiba, aku suruh dia melaungkan azan di dalam bilik, kakak aku yang seorang lagi turut membantu berada di samping kakakku yg sedang bertarung dengan "sesuatu" ... Ya Allah jantungku berdegup kencang,aku risau Ya Allah, apa yang telah berlaku sebenarnya???
Kakakku menggenggam kuat tangannya dan apabila disuruh membuka genggaman itu, dia beritahu bahawa dia tiada kudrat utk berbuat demikian, semuanya diluar kawalannya, kakakku juga tidak berhenti membaca ayatul kursi,
Aku mula mengambil tempat di bahagian kaki kakakku, membaca surah al-quran, dari al-fatihah, 3 Qul, sehingga sampai satu saat aku terhenti dari membaca kerana kerongkongku perit kerana menahan sebak, air mata tidak mampu lagi ku kawal,
Sambil membaca, hatiku sambil merintih memohon ehsan daripada ALLAH yang MAHA BESAR, Ya Allah, Ya Allah, Engkau bantulah kami, engkau bantulah kakakku, tiada kuasa yang lebih kuat daripada kuasaMu ya Allah, tidak akan ada satu makhluk akan berkuasa selain daripada Engkau Ya Allah, kami insanmu yg lemah, aku memohon padaMu ya Allah, engkau bebaskanlah,engkau selamatkanlah kakakku daripada sebarang kejahatan dan kerosakan ,
Aku sungguh takut, gementar, she is the best sister i've ever had, aku tidak mahu sesuatu yg buruk berlaku padanya, :'( ,
Aku kemudian turut membaca Surah Ar-Rahmaan, kekuatan Al-Quran terletak pada surah Ar-rahmaan,........ "Fabi aiyi alaa irobbikuma tukadzibaan..."
Kemudian ku teruskan dengan surah Al-mulk, kerajaan Allah di langit dan di bumi, dia Lebih berkuasa,
Masya Allah, Allahu Akbar, Allahu Rahmaan, Allahu Rahiim.... Laa ilahaillallah!
Aku menyaksikan kebesaranMu Ya Allah, Ya Khaliq! Sungguh Engkau turunkan Al-Quran sebagai As-Syifa! Penawar bagi segala penyakit!
Kakakku kelihatan semakin membaik, cuma rasa lemah masih bersisa, tangannya yang tidak dapat dibuka dari genggaman tadi mula mengendur, Alhamdulillah dia terasa badannya mula terasa ringan, cuma dia kelihatan masih cemas dan lemah, siapa tidak akan gementar jika berada di tempatnya, berat mata memandang, berat lagi dia yang merasakannya.........
Ya Allah,, TERIMA KASIH ya Allah!! Engkau telah memperkenankan permintaan HambaMu yang seringkali lalai ini :'((((
Sungguh seluruh kekuasaan itu HANYA MILIKMU!! TanpaMu, kami pasti akan tidak mampu berbuat apa-apa, yA Allah jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur .......
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau AMAT DEKAT... Engkau Maha Memberi :')
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"( Qaff:16)
Sungguh aku masih bagai bermimpi, kejadian itu terlalu mendadak berlaku .......... mungkin tanpa usaha dengan membaca ayat suci Al-Quran dan pertolongan daripada Allah yang berkuasa, aku tidak tahu apa yang bakal berlaku, aku terfikir, mungkin inilah yang dikatakan sesetengah orang mengatakan "Angin Ahmar" , naudzubillahi mindzalik.... Allah telah menunjukkan kekuasaannya melalui ayat suci QuranNya .... Ya Allah Ya Allah Ya Allah, apalah daya kami tanpa pertolonganMu? sungguh kami tidak akan mampu berbuat apa2.......
Syukur Alhamdulillah Syukur Syukur ........ My sister sekarang ni cuma lemah demam biasa, mungkin agak terkejut dengan kejadian semalam..... kita sama-sama doakan agar dia mendapat kesihatan k? dan kita semua dilindungi Allah daripada gangguan yang tidak kita nampak ......
Apa jua yang berlaku, Ingatlah bahawa TIADA SIAPA atau Sebarang MAKHLUK pun akan mampu berbuat sesuatu melebihi dari kuasa Allah kerana Kuasa Itu MILIK ALLAH!!! ALLAHUAKBAR! Yakinlah bahawa ALLAH SENTIASA ADA UNTUK KITA.......
"Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" (Al-Baqarah: 152)
Sabda Nabi diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Perliharalah Allah nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau.Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang menhadapai perkara yang sukar,”
Tuesday, 20 March 2012
....PeLangi MaLam....
Harap-harap siap jugaklah nanti novel ni, haha faham2 je lah kadang2 kalau dah sibuk tu, novel entah ke mana, idea pun dibiarkan saja XD ... Apa-apa pun kawan2 doakan lah supaya saya diberikan semangat utk menyiapkan novel ni ek? :DDD hehhehehe
"...Jika Kau Anggap PELANGI hanya muncul Di Siang Hari..
Kau Lupa Bahawa Sang Rembulan Juga Memancar Cahaya MenTari.."
(PeLangi MaLam, 2012)
Errr kawan-kawan pernah dengar term "Moonbows" tak? itulah dia pelangi yang terjadi di malam hari..... :)
Marilah kita sama-sama tengok video menarik ni kay? :D Indahnya Ciptaan Allah!
Saturday, 17 March 2012
Kad Istimewa
Yesterday, tiba2 aku dapat satu kad "istimewa" daripada salah seorang my niece EQA , 6yrs old.....
Comel betul kad tu hehehhee mcm2 budak tu tulis... tapi......... satu ayat yg buat aku tergamam sejenak adalah ........ kita tengok je lah dalam gambar kat bawah ni....
Mau aku tak terkedu? hahhahhahhaa entah apa2 budak ni pikir! calon pun takde! nak kawin mcamana?!! LOL XD
Bila aku tanya kenapa dia tulis benda tu? tau ke apa maknanya??? dia jawab
"Eqa salah tulis" ,.... boleh plak mcm tu???? hahahha adoyyaiii apa2 je lah!
Friday, 2 March 2012
Tanda haTi
SaLam Jumu'ah duhai saudara dan sahabat :D
Jom kita terus baca je lah ye kisah yang aku nak kongsi ni? :D
Tadi sekitar jam 2 petang, ketika aku tengah seronok melayari internet, tiba2 mama panggil, aku pun turunlah jumpa mama....
Baru je aku masuk bilik mama, aku nampak mama sedang meramas2 sesuatu di pergelangan tangannya, aku pun menghampiri mama dengan perlahan, lantas mama menoleh padaku lantas tersenyum penuh makna lalu berkata...
"Mau ko ni galang ku ah?" sambil menunjukkan padaku seutas gelang emas nipis, dihiasi dengan 3 biji emas kecil berbentuk hati ......
ku amat2i dengan tekun buat seketika,....
Lantas senyumanku melebar!!
MASYA ALLAH!!!!!! ALHAMDULILLAH!!!
Nak tau apa???
Itulah gelang emas yang selama ini aku cari!!! Bukan hilang... cuma belum jumpa :PPPP , aku sudah mencarinya sejak dua tahun yang lalu bermula semenjak berpindah dari rumah kami di Salambigar, tu lah akibat berpindah ke sana kemari, barang2 pun high chance akan hilang buat seketika atau pun buat selama-lamanya, syukurlah Gelang emas ku ini masuk dalam kategori "Hilang buat seketika" :P
Aku cukup sayang pada gelang itu, bukan kerana nilai mata wang yang terdapat padanya, tapi nilai kasih sayang yang tersemat di dalamnya :)
Nilai cinta, kira, sentimental valuelah senang cakap.. :)
Sebab gelang itu adalah pemberian istimewa dari ratu hatiku iaitu Mama, mama telah memberikan gelang itu pada Aku dan jugak kakakku, kami berkongsi gelang yang serupa :).... Ya Allah, aku bersyukur teramat sangat kerana telah mengembalikan "harta" itu semula kepadaku walau aku sangka yang aku mungkin tidak akan menemukannya kembali :') ....
Terima Kasih Allah :') , Semuanya mudah bagiMu :'D..
This is my treasure...... :D
Friday, 24 February 2012
....Bila kiTa Di Uji....
:: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? :: (29:2)
Maha benar kata-kata Allah Yang Mahu Agung.....
Untuk mendapatkan Imaan memang tidak semudah ucapan dan tidak sesenang perbuatan...... hati ini sentiasa saja terasa berbolak-balik , tidak mudah untuk mendapatkan Syurga Allah yang kekal abadi... namun jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan cintaNya kerana Allah itu terlalu dekat.... :')
Apa itu ujian? Kenapa kita diuji? Kenapa PERLU diuji???
Aku yakin, semua pasti akan terdetik di dalam hati kecil kita tanpa sedar atau pun tidak....
Allah maha mengetahui bahawa PASTI hambaNya akan "bertanya".....
Allah yang Maha Agung menjawab persoalan kita melalui kitabNya....
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (29:3)
Ya! Bagaimanakah kita layak mengucap "Aku beriman" sedangkan kita belum mendapat ujian? Sebagai misal.... Layakkah kita mengakui bahawa kita mendapat Grade A dalam peperiksaan tanpa melalui sebarang ujian dan juga peperiksaan? Mustahil kan? mustahil untuk kita "clarify" bahawa kita adalah "A" student tanpa LULUS dengan CEMERLANG dalam peperiksaan.....
Namun bezanya, imaan itu HANYA ALLAH yang mampu mengukurnya... hanya Allah yang layak menilainya..... Tidak guna kita hebat di mata manusia jika HINA di sisiNya :'(
Bagaimana pula untuk kita mendapatkan iman? hanya sekadar berangan-angan? seperti kita berangan-angan untuk mendapat Grade A dalam peperiksaan TANPA USAHA?
Sudah setentunya TIDAK!
Semuanya perlukan USAHA. Iman berkait rapat dengan "hati" .... bila berbicara soal hati, kita akan menyentuh pula soal perasaan..... di sinilah bermula titik yang agak sukar..... kerana perasaan adalah sesuatu yang "intangible" .... tidak mampu dilihat, tidak mampu didengar, tidak mampu disentuh....
Sungguh mudah jika Imaan yang berwajahkan perasaan itu mampu kita lihat kerana kita akan dapat menilai sejauh mana tahap keimanan kita......
Tapi persoalannya... kenapa kita BELUM "diizinkan" untuk melihatnya? Allah maha Mengetahui..... Mungkin jika kita mampu melihatnya, kita akan mula "berkira" ? jika imaan kita berada di "tahap yang selesa" ... mungkin kita akan bersikap sambil lewa?.....
jika iman kita merundum, barulah terkapai-kapai nak "upgrade" nya semula? ....
Na'udzubillah..... >.<
Berbalik dengan USAHA..... memang kita perlu berusaha untuk sentiasa dekat padaNya.... sedangkan untuk MENGEKALKAN silaturrahim dengan saudara mara, kita patut sentiasa berkunjung ziarah....
Inikan pula hubungan kita dengan Allah.....
Cinta Allah MAHA AGUNG.
AGUNG! Adakah layak kita ingin mendapatkannya dengan "Jalan Sambil lewa"?
Setentunya tidak :'(
Syurga itu begitu tinggi tarafnya, Syurga itu begitu tinggi nilainya, Syurga itu begitu indah ciptaannya, Syurga itu bagai sebuah cinta yang hanya orang yang layak saja mampu mendapatkannya :')
SYURGA ITU HEBAT!
Bacalah surah Ar-Rahmaan, kita akan mula jatuh cinta pada syurgaNya
Hayatilah surah Al-Waaqi'ah, kita akan rindu untuk berada di dalam syurgaNya .. :')
Sesuatu yang HEBAT tidak mungkin kita akan dapatkan TANPA USAHA!
Laksana Mutiara.... perlu juga kau menyelaminya
Laksana Emas.... perlu juga kau menggalinya
Semua itu tetap saja perlu usaha.
Sekali lagi, kita patut BERUSAHA, jangan berputus asa.... :') .. kekalkan ibadah padaNya.... jauhi laranganNya.... memohon taubat dan istighfar daripadaNya.....
Kita bukanlah Nabi yang maksum yang dijamin untuk mendapat syurga,
Sedangkan Rasulullah yang dijamin syurga baginya juga melakukan taubat dan istighfar padaNya, kenapa kita pula yang cuba menyombongkan diri??? merasa ibadah kita sudah cukup??? merasa diri kita hebat???? Jangan... Jangan....Jangan.... Naudzubillahi mindzalik..... :'(
Terkadang..... di dalam pencarian imaan... di dalam memburu cintaNya....
kita seringkali DI UJI... untuk menguji SEJAUH mana, SEKUAT mana, SETEGUH mana, SEDALAM mana cinta kita padaNya..... bukankah jika kita betul-betul inginkan sesuatu benda itu, walau apa rintangan pun pasti kita akan tempuhinya?
Jika DIUJI pun kita tidak sanggup..... bagaimana kita layak untuk mengakui dan mendapatkan cintaNya? mendapatkan Imaan itu?
TANPA UJIAN........ APA BUKTINYA? apa buktinya kita beriman pada Allah? Jika kita bersabar dan terus bangkit meneruskan perjuangan dalam berusaha mendapatkan imaan yang sejati, mendapatkan cintaNya, ITULAH BUKTINYA..... jika kita berpatah balik jauh daripada jalanNya, memang tidak layak untuk kita mengatakan kita beriman... tidak layak!
Ya Allah.. jauhkanlah kami daripada golongan yang berpaling daripadaMu... Amiin :')
Walaupun Allah menguji kita..... Kita haruslah bersabar dan berserah pada Allah, menerimanya dengan berlapang dada... :') kerana......... kerana.... kerana bukankah Allah dengan jelas telah berfirman dalam kitab suciNya...
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya......................"
(Al-Baqarah, 286)
Nah, apa alasan kita untuk mengeluh sehingga mengeluarkan kata2 "Aku tidak sanggup untuk memikul semua ini" .... tidak cukupkah lagi JAMINAN yang ALLAH berikan? Jaminan bahawa DIA tidak akan menduga seseorang MELAINKAN apa yang terdaya oleh kita???
Pasti setiap ujian itu Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya... kerana Allah sekali lagi berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216
".......dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya....."
Dari itu, tidak usah kita cuba "mempersoalkan" setiap ujian yang kita hadapi kerana ALLAH LEBIH MENGETAHUI..kita LANGSUNG tidak layak untuk mempersoalkannya kerana Ilmu kita TERLALU terbatas, bukankah ILMU ITU MILIK ALLAH?
ALLAH KNOWS THE BEST, ALWAYS KNOWS THE BEST!! :'D
Duhai saudaraku, sahabatku, semua yang ku nukilkan ini adalah semata-mata nasihat untuk diriku dan juga peringatan buat dirimu agar kita semua sama-sama mengiring langkah menuju ke satu negeri yang kekal abadi.... negeri di mana kita akan memperoleh kebahagiaan yang HAKIKI..... biarlah kita merasa "sakit" hidup di dunia ini kerana "di sana" lebih bererti..... :')
Love Till Jannah..... Amiin Insya Allah :'D
Allah Engkau Dekat
Penuh Kasih Sayang
Takkan Pernah Engkau Biarkan
HambaMU Menangis
Karna KemurahanMU
Karena Kasih SayangMu
Hanya Bila DiriMu
Ingin Nyatakan Cinta
Pada Jiwa-jiwa
Yang Rela Dia Kekasihmu
Kau yang Slalu Terjaga
yang Memberi segala
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Disetiap Nafas Disegala Waktu
Semua Bersujud Memuji Memuja AsmaMu
Kau yang slalu Terjaga
Yang Memberi Segala...
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Setiap Makhluk Bergantung PadaMu
dan Bersujud Semesta UntukMu
Setiap Wajah Mendamba CintaMu CahyaMu
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Allah Rahman, Allah Rahim
Allahu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
(Cahaya hati, opick)
Subscribe to:
Posts (Atom)